Sunday, June 20, 2010

Aku Benci Sekolah, Tapi Aku Suka UPSR dan PMR

UPSR dan PMR dimansuhkan? sebagai pelajar yang malas ke sekolah dan perkara pertama yang difikirkan ketika mendapat jadual baru ialah hari apa boleh ponteng, aku masih sokong UPSR dan PMR. seperti status Facebookku "I love to learn, I'm excited to study, but I despise school". UPSR and PMR are just an exciting sort of competition, aren't they?

kalau dimansuhkan UPSR dan PMR, kita tak takut sangat dengan outcomenya, sebab rasa its not a big deal. ambik mudah je periksa ni. budak-budak jugak takdelah beriya daripada awal tahun nak tingkatkan achievement. its just another exam, kata mereka.

pencapaian dan kebolehan sebenar pelajar pun tak dapat dikenal pasti. contohnya, Luna Maya (nama samaran) bijak, tapi takde apa yang rangsang dia untuk berusaha sebab UPSR dan PMR bukannya apa-apa. Ariel Peterporn pulak (nama samaran) tak kisah dengan UPSR dan PMR, pastu masa SPM kecundang. kalau masa PMR dia fail, mesti dia study betul-betul untuk SPM kan. ramai antara kita tak kisah dengan result periksa biasa berbanding periksa besar.

budak yang berjaya bertambah semangat untuk kekalkan pencapaian dia. budak yang tak capai target pulak, belajar dari kesilapan.


subjek PMR berkait dengan SPM, macam matematik. PMR buatkan aku denda diri kalau salah satu pun dalam kertas objektif. kesannya, aku ingat sampai sekarang matematik PMR. budak-budak pun kurang ponteng menjelang periksa besar, library pulak penuh je, even muka-muka yang biasa ponteng smoke belakang sekolah pun masuk library.

objektif nak mansuhkan supaya pelajar banyak participate dalam koko dan sukan. memang bagus tu. masalahnya, takde kaitan. sebab aku masuk kawad negeri, pergi kem jugak masa UPSR tapi still 5A sebab aktiviti tu sampai pertengahan tahun je. alah kalau malas, malas jugak. UPSR dan PMR tu alasan taknak join je kan?

target jangka pendek ialah UPSR dan PMR. bila dah capai target jangka pendek, senanglah nak capai target jangka panjang, SPM and beyond. aku ni pemalas orangnya. tapi sebab nak UPSR, aku mula buat latihan. sikap tu aku bawak ke menengah rendah. bila nak PMR, aku mula siapkan homework, siapkan nota, ubah attitude, dekatkan diri dengan tuhan. sikap tu aku bawak ke menengah atas dan stage hidup yang lain, Insyaallah.

aku memang sokong UPSR dan PMR. bagi yang tak dapat macam dorang nak, itu bukan masalah. aku ada kawan yang UPSR dapat 3 A je, 1 A pun ada tapi masa PMR dapat 8A. see, you learn from failure.

memang pahit untuk sesapa yang tak gembira dengan keputusan dia. tapi itu naikkan semangat untuk bangun dari kejatuhan kan? setakat fail ujian sekolah, kita tak terasa sangat semangat untuk berubah tu. kita pun dapat tahu pencapaian dan kebolehan kita tahap mana, kita bolehlah fikir apa kita nak buat dengan hidup ni. semua periksa bukan penentu hidup kita, tapi periksa kasi kita gambaran apa yang kita akan tempuhi nanti.

oh, aku cakap lebih. SPM pun belum lepas. keke.

10 comments:

semut lelabah said...

kalau mansuhkan UPSR dan PMR, makanya lepas budak2 sekolah tumbuh tanduk, mereka akan tumbuh ekor la plak..

Keretapi said...

ha? apa dorang jadi jahat ke? hoho, tak paham --"

Anonymous said...

kalau perkara salah satu cara nak transformasi pendidikan, sepatutnya kementerian kena pertimbangkan alternatif lain. kaedah pengajaran, pendekatan mengajar, objektif mengajar..tu semua lagi penting daripada memikirkan sama ada exam upsr & pmr ni dimansuhkan. dorang patut fikir semula, kalau mansuhkan peperiksaan ni, adakah sistem pendidikan akan bertambah baik?

kalau upsr dan pmr tetap nak dimansuhkan juga (mungkin ni pun sebab dah takde duit kot), patut kena ade cara lain untuk menilai prestasi pelajar.

Keretapi said...

tau takpe. rasanya dah elok dah upsr dengan pmr ni, bagi pendekatan sebelum spm tu sendiri. dorang nak lebihkan koko dan sukan, all rounded studentlah, taktau ade kena mengena tak dengan pendidikan yang rasenye maksudnye lebih tumpukan intellect.

dulu kata nak buat SPM based on pecahan peratus. yang kononnya 50% markah periksa, 30% markah koko. . . camtulah. camne nak nilai betul2 kalau macamtu.

c's said...

salam.. setuju dengan point kat atas.

tapi nak buat koko jadi core/major evaluation pun harap2 dipergalusi. again, xpuas hati dgn skola2 yang well established, n skola2 kluster.. kalau bab koko masuk utk sebahagian dari result spm.. kacau2..

xya ubah besar sangat kot, masukkan dlm final testi form 5, cuma perlu kerjasama tinggi dengan higher education utk buat systemic review n decision.. SPM as it is.. + tambah more reinforcement to consider koko.. cth: mcm apply scholar. we need tests, interview etc2

[selamba je komen. i hope the adults got the sense]

suerafe said...

sue sokong sgt ! serius pas dapat 4a UPSR dulu , baru skunk sue sedar yg PMR is the platform , then kalau PMR tader , so ? adakah bawahan bole bgn ??

Keretapi said...

tau takpa. i hope they got the sense too, biasalah pendapat orang muda cam kita :D

tulah, SPM as it is. jangan mengada nak pecahkan2 bahagian pulak, kena ingat bukan semuanya berbakat dalam semua bidang kan?

too bad kalau ada yg layak academically tapi sebab flawed sikit dalam koko, dah hancus. untuk scholarship, mmg kena tengok koko jugaklah kan, tulah time yg kritikal nak pilih sape qualify, so takpe. SPM hanyalah periksa, its not something yg kita kena rebut.

Keretapi said...

SUEIM: tq menyokong! heheh. harap2 kerajaan consider betul2 apa pandangan rakyat, bukan setakat cakap je nak consider tp last2 buat jugak.

ini bukan setakat jeles dorg nanti takde upsr and pmr, tapi untuk mase depan negara gak nih xD

ainatul said...

k.ama,buku tu bleh ambil x?
lme sngt x mintak,last2 malu nk ambil :(

ps;sye takut pmr,tpi lgi x suka klau xde pmr

Keretapi said...

ainatul: lah akak pun dah lupaa. awatlah lama sgt tak ambik2?

sile tgk entry pasal buku nak dijual tu dulu, konfemkan balik mana nak beli, tau? kot2 dah berubah fikiran ke apa.

boleh jumpa akk pagi2 kat tapak perhimpunan or bile2 je ye.

goodluck pmr dear!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails