Friday, December 30, 2011

Kahwin Muda? Ok

Assalamualaikum. harini kita akan bercakap pasal kahwin muda. KAHWIN? TAKDE TOPIK LAIN? suka hati lah, gua dah habis sekolah dah boleh kahwin cakap pasal kahwin laaah.


sebelum tu, nak share video yang terfemes di Malaysia tahun ni, tak lain tak bukan.... i've been proposed and i'm engaged! untunglaaah.




it's so comel i cried. they do it the right way. that's why it's special, and will be even more special later starting from their wedding day :')

Kak Dena yang comel ni sangat bertuah k. siapa je dapat peluang menangis kena propose dengan cara yang begitu sweet sekali, bukan je sweet pada kita, tapi sweet pada Allah juga? kita setakat menangis feeling lagu Thousand Years bolehlah kan. forever alone.

it's okay. now let's be forever alone, cos one day He will give us someone to be together with until jannah, our very own. Insyaallah :)



Kata Orang?

bila dengar pasal kahwin muda, respon biasa ialah "kau dah gatal sangat kenapa? belajar pun tak 4 flat!" dihambur kepada budak sekolah dan budak U. "kerja pun buat cukup duit poket! rumah pun setakat flat!" dihambur pula kepada budak dah kerja tapi gaji tak setinggi mana.


sinonim dengan adat tradisional, kalau letak mas kahwin, hantaran, macam jual anak. belajar tinggi, up sikit. cantik rupawan, up banyak. hotstuff, up lagiii. bila kenduri, benda yang tak perlu, makruh, haram buat berlumba-lumba, lepas kahwin akaun bank tinggal habuk je.

sabda nabi "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya"


sinonim jugak dengan budaya liberal, ke sini ke sana dengan makwe pakwe, lagak macam suami isteri? "biasalah tu" tapi bila suruh pegi jumpa tok kadi asyik-asyik "tunggu dulu".


tu dia orang kita. bila nak buat benda baik, persoalkan umur, duit. padahal kahwin ni simple je.


Kata Agama?

bila cakap simple, bukan maksudkan tanggungjawab, nafkah semua. tu memanglah berat brader. simple ni maksudnya kau kahwin dengan anak dara orang, sara dia. bukan bagi dia kaya. yang wajib tu rukun nikah je, bukan kenduri macam Wedding of The Year.

kahwin memang susah, bukan benda main. rasa tak mampu, jangan. tapi kalau mampu? teruskan. mampu bukan maksudnya ada segala-galanya ye.


“Wahai pemuda-pemuda,sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin,maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri”- (riwayat Bukhari dan Muslim)






Taknak Kahwin Muda?

kalau tak masuk dalam kategori wajib kahwin, takyahlah. buatpe nak buat sesuatu yang tak perlu dan tak mampu kan? asalkan pandai jaga diri, sudah. tapi sabda nabi

"Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah ia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah"


kan comel tu? sebab tu biasanya orang yang kahwin muda ialah orang alim. tak alim pun, mendalami agama. kalau tengok suami isteri muda yang jalan pegang tangan, sorang tolak stroller sorang dukung anak, dari luaran pun tahu dorang ni soleh solehah belaka. comel gila!





pernah tengok movie Ketika Cinta Bertasbih? cowok cewek yang belajar kat tanah arab tu semua fikir pasal jodoh. setiap sorang dalam hati ada cinta, buat cara halal and simple je. mak bapak pun ucap syukur tau anak dah jumpa calon, tak kesah anak still study and duit tak penuh seguni. yang penting apa yang wajib, dan bila yang wajib tu sekadar rukun dan nafkah asas, tanggungjawab pun tak terasa berat. asalkan sempurna separuh agama, besar maknanya.


Umar bin al-Khattab r.a berkata:“Kahwinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.”



Nak Kumpul Duit Dulu?

sekarang semua benda cekik darah. bukan lagi macam dulu, murah dan mudah. sebab tu jugaklah sekarang kahwin ni susah. kalau kahwin setakat nikah je, takde kenduri memanglah bagus, tapi hidup lepas nikah kalau takde duit pun payah. nak makan apa? pasir?

sebab tu orang sekarang prefer kerja dulu gila-gila, kumpul duit sampai kaya. tapi kalau duit tak berapa nak ada, hajat di hati nak kahwin pula, camne?


“Dan berkahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu,lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka kekayaan dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah SWT Maha Luas (rahmatnya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui”- (Surah An-Nur)


jangan risau pasal duit kalau kahwin. sebab Allah akan bukak pintu rezeki untuk orang yang beribadah dengan cara ni, bercinta cara diredhai.






Nak Enjoy Dulu?

"lek lu, kita masih muda. tak perlu semua ni. banyak lagi dalam hidup yang boleh dikecapi". cakap macam bermatlamat sangat, padahal mengayat  pompuan tak sempat-sempat. dia cakap lagi "kalau bercinta pun, take it slowly. tak funlah cakap pasal kahwin, go with the flow, baby!"

kau taknak kahwin, suka hati, takde sape paksa. tapi taknak kahwin buat cara taknak kahwin. takyah bercinta, takyah ke hulu ke hilir heret makwe. study sampai habis, kerja sampai success, enjoyla dengan kawan sejantina sampai tua.

laki yang lebih2 dengan perempuan tanpa niat nak bawak hubungan ke arah perkahwinan, berdosa. bila orang suruh halalkan hubungan tu, kata takyah terburu-buru. kalau camtu takyah couple saje-saje. buang duit, buang kredit, buang tenaga, buang masa. baik kau pergi lepak dengan member.


ada pulak dia kata orang yang serius mencari jodoh yang desperate. habis dia desperate apa?



Nak Pandang Rendah?

aku tak suka bila ada yang menggeletis bila dengar pasal kahwin. kolotlah, tak urbanlah. kalau satu hari nanti kad kahwin kau sampai depan aku, memang aku ucap tahniah sambil tanya "tak geli nak kahwin dah?" yang confirm sangat taknak kahwin awal tu pun satu. macam tau je bila nak sampai seru, sekali kau kahwin dulu.





tak kisahlah taknak kahwin pun, tapi jangan cakap seolah-olah itu perkara buruk. dulu kecoh pasal budak bawah umur dibenarkan kahwin, ramai tak setuju termasuk menteri, mufti Perak cakap kalau tak setuju, serupa hina nabi. sebab nabi kahwin dengan Siti Aisyah sebelum Siti Aisyah baligh lagi. nikah gantung, nikah tapi tak tunaikan sepenuhnya nafkah sampailah Siti Aisyah dah baligh.


memanglah budak sekolah tak sesuai kahwin, ini bukan zaman atok nenek kita yang baru 12 tahun dah pandai berdikari. budak sekarang ni dah habis sekolah pun bergantung dengan mak bapak sendiri. terasa. kalau aku kahwin umur 16 pun, awal-awal aku surrender.

tapi janganlah kata tak membantu generasi mudalah, timbulkan masalahlah, kes cerai makin banyaklah, pendidikan terbiarlah. kalau dah wajib nikah sangat, nak biarkan budak-budak tu buat maksiat? memanglah kahwin semata-mata sebab nafsu banyak negatifnya, kalau boleh elakkanlah. tapi takyah persoalkan apa kesannya. itu penyelesaian yang Allah dah bagi, jangan banyak bunyi.


kalau tak perlu kahwin, kahwin setakat taknak berpisah dengan pakwe tanpa fikir tanggungjawab dalam islam, tugas dalam budaya sebagai isteri, takyah susahkan diri.


“Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku” -(Bukhari dan Muslim)


kahwin muda itu bukan masalah kalau kita yakin dan pasti dengan Dia dan dia. cuba baca cerita ni dengan ni, dorang kahwin muda.









Kata Aku?

aku pernah tanya mak aku, camne kalau aku kahwin muda? dia jawab kalau dah jodoh, ikut je. tapi mak aku selalu cakap "pompuan takyah fikir, tunggu je orang meminang. kalau ada, ada. kalau takde, nak buat camne." hai maa, part kalau takde tu macam dah pasrah menyerah je bunyinya.

abang-abang aku ada yang kahwin muda. paling muda umur 21, kawan sejak form 4, yang aku cerita kat sini. nikah time still study dekat overseas, balik baru buat kenduri. lepastu dah dapat anak kakak ipar aku sambung master, and then PhD. takde masalah, asalkan memang jodoh lah.





aku kalau boleh nak macamtu, eh bukan part kahwin cepat, tapi part kawan lama tu. kawan lama, bukan berkasih-sayang lama eh. ada beza. kawan macam biasa, biar kenal luar dalam, tau kebaikan, tau keburukan, kalau dah terima as kawan, bolehlah terima as lebih kan? best gila kawan before kahwin, cakap guna kau aku, selamba.

friendship is the most important relationship. kahwin best kalau suami isteri macam kawan, boleh share pape, buat benda sama2. tapi kawan 10 tahun pun kalau takde jodoh, ada je halangan. kalau dah jodoh, kenal sebulan pun takde hal. so apa-apa pun kepada yang nak kahwin muda, back to istikharahlah.





aku mengaku, aku bukan jenis main-main, jenis yang suka tanpa ada tujuan. kalau aku nak suka orang betul-betul, aku fikir dulu dia boleh dibuat laki ke tak. kalau setakat suka syok sendiri macam Baju Belang, takdela aku fikir camtu. Baju Belang, semoga kau ada jodoh dengan awek tersayang. redha ikhlas ni.


dari kecik lagi aku pelik tengok orang couple yang bukan nak kahwin pun. memangla muda lagi, buatpe fikir pasal kahwin kan? so takyah fikir pasal nak bercinta. umur berapa pun kalau ada perasaan tu, make sure ada niat nak kahwin dalam kepala. orang lain boleh cakap orang macam aku ni tak berwawasan ke apa ke, tapi buatpe main-main buang masa?


bila fikir pasal tujuan nak kahwin, janganlah fikir sebab nak seronok tanpa buat dosa semata-mata. fikir "it's the right thing to do".

biar jadi macam Ted Mosby, kenal perempuan fikir "she might be the one", bukan macam Barney Stinson, kenal perempuan sebab nak mengawan.



aku ada instinct yang aku takyah risau pasal hal ni. setakat berangan suka suki bolehlah, tapi nak fikir betul-betul, lambat lagi.


tapi kawan aku pernah tetiba cakap kat aku "awak kena kahwin cepat"....... ok.


pada aku kahwin cepat is awesome. terutama untuk orang yang tak berapa nak social sangat, macam aku. takde sangat istilah "kita enjoy dulu!", dah jadi anak dara duk umah je. keluar pun dengan kawan-kawan rapat. kahwin pun boleh enjoy what? enjoy ngan suami, lagi terbaik. forever alone together.

study? kan lagi semangat nak study sama-sama, ada orang kejutkan kalau kaki tidur macam aku ni, support each other. takde dah peristiwa mengusha orang yang diminati. study focus, iman pun terjaga. tanggungjawab isteri semua tu? boleh tunggu. ramai je orang yang dah kahwin tapi duduk asing sementara study, duit mak bapak boleh tolong hulur asalkan saling meredhai, dah grad, kerja, barulah hidup sama-sama.


personally, aku takleh bayangkan ada orang nak kahwin ngan aku. hahaha. tapi kalau dah jodoh, terimalah saya seadanya. that's a wonderful thing about being fated together, Allah will put the love in our hearts, that's why despite the flaws and faults, we'll accept each other :')



LOLOLOL poor y-u-no guy. learn to wait, eh?



aku dengan budak-budak kelas, antara topik biasa kitorang ialah kahwin. kawan aku cakap yang dia sejak dulu rasa kahwin ni best, tapi orang lain tak cakap pasal kahwin so dia pun diam jelah, tertanya-tanya "aku normal tak excited sangat ni?" hahaha takleh blah k. bila dia cakap camtu, aku pun angguk-angguk setuju.

dulu nak cakap pasal kahwin taboo sangat, nanti orang kata miang. tapi bila masuk form 5 kebanyakan budak pompuan dah mula open pasal ni. semua teruja bayangkan situasi.





what you need to know about girls is we're excited to get married bukan sebab kitorang gatal atau sangap sangat. we're not boys with biological difficulties to... er, control their desire to get married.

we love the idea of marriage because we love the idea of a halal relationship, when we can watch movies late at night together cuddling on a sofa, go to a supermarket with the husband pushing a trolly and the wife checking on household items, clean and decorate our home together, the wife cooks and the husband helps in the kitchen, bring the husband to relatives' houses during raya, introduce the husband to old friends at a reunion, you know, that kind of fairytale-ever-ever-after-happy-ending-together life.


OK IT IS UNREALISTIC. no need to remind us about all the divorces these days, not accepted by the in laws, being cheated on, the sparks vanish after a few years, unaccepted attitudes or habits of the spouse, abuse, violence and all that craps. we know. but there's nothing wrong to dream and hope for the best, right?


kitorang mungkin jugak teruja pasal kahwin ni sebab kitorang bukan jenis yang terbawak-bawak sangat sebelum kahwin... faham? so kalau nak merasa tu semua, kena kahwin dululah. bila, Allah je tau. jadi takyah risau, there's someone for everyone. tapi kalau lagi 10 tahun takda tanda there's someone for you, bolehlah mula cari dating site mana nak masuk, hantar gambar masuk majalah Mangga ke dengan caption "yang kesunyian, perlukan teman".








someday. Insyaallah. all we have to do is wait. Believe in Him, and you shall believe in fate :)





Tuesday, December 27, 2011

Apa Course and Career Yang Sesuai Dengan Kita?

Assalamualaikum. mari sambung our quest, searching for the right course and career. bosan kan? time ni la nak bosan, jangan pulak bosan bila salah buat keputusan. if you choose the wrong course and career, you'll regret it laterrr, alligatorrrrr. tetiba.


So Very Important Points - SVIP!

let me introduce you to my very own method, SVIP! ciptaanku sendiri ni.

SVIP stands for Strengths, Values, Interests and Personality. these are the points which are very vital, screaming for our consideration. let's elaborate a lil further, shall we?


1. Strengths

kekuatan, kebolehan. bakat, terer buat, buat tanpa rasa penat, buat naturally with little energy. ce fikir pencapaian akademik, koko, and social korang. markah tinggi subjek membaca atau mengira? lagi terer melukis atau menulis? wakil tennis peringkat sekolah? pertandingan kejuruteraan peringkat kebangsaan? pembimbing rakan sebaya? itu semua kena ambil kira!





kalau handal menghafal, boleh jadi doctor. kalau berbakat melukis, boleh jadi designer. contohnya lah, gua doctor tak nak, designer tak layak.


2. Values

apa yang korang pentingkan? pencapaian? jadilah politician ke, scientist ke. menolong orang? jadilah lawyer ke, psychologist ke. kreativiti? jadilah penulis ke, pengarah filem ke. duit? jadilah engineer petronas ke, tauke dadah ke.

fikir apa yang penting pada korang, cari kerjaya yang dapat puaskan korang.


3. Interests




what fascinates you? catches your attention? enjoy doing? hobby? suka tengok bulan? major in astronomy. suka baca buku? major in literature. minat dengan mayat? major in forensics. hobby stalk orang? major in facebook.

seriously, your interest matters. this will prevent you from waking up with the weight pulling you to bed like gravity, moaning every single day and faking sick every single morning. cos you do what you hate. forget how it feels? ingat balik perasaan terpaksa pergi sekolah bila korang taknak. at least school can be fun, ada kawan, subject, cikgu, orang yang kita minat... kerja? setiap hari sama. sampai pencen derrr.






4. Personality

macam aku cakap dalam post sebelum ni, personality yang sama type dengan work environment memerlukan energy yang paling sikit sebab semuanya datang dengan semula jadi. oleh itu amat penting untuk kita tahu jenis personality kita, supaya kita tahu jenis pekerjaan yang sesuai untuk kita.

ada jugak psychologically proven personality and career test yang sangat membantu, kalau korang buat test tu, korang akan terpana, terkesima, teruja, siap tanya "HOW THE HELL DO YOU KNOW ME SO WELL?" korang akan ternganga.

nantilah aku blog pasal test tu, post berkenaan akan panjang berjela. post ni pun tak habis lagi.




Holland's Theory

obviously ni bukan theory aku, tapi theory someone named Holland, maybe. theory ni pasal personality type dengan work environment type. the hypothesis is if your personality type matches your work environment type, you're more likely to be successful and satisfied.





personality yang sama type dengan work environment paling sesuai, contohnya Artistic person in Artistic work environment. a personality type juga agak sesuai dengan work environment type yang paling dekat, contohnya Artistic person can work in Investigative or Social work environment, referring to the hexagon. tapi a personality type sangat tak sesuai dengan work environment type yang bertentangan, yakni yang paling jauhlaa. contohnya Artistic person akan miserable kerja in Conventional work environment. so the theory is personality types closest to each other are more alike than those farther away. refer hexagon tu k.


macam mana nak tau korang yang mana? baca ni


Realistic

strength, interest - animals, tools, machines, mechanical drawings
avoid - social activities (teaching, counseling, nursing)
value - things you can see and touch (plants, animals)
            things you build and improve (machines, buildings)
personality - practical, mechanical, realistic
occupation - forester, farmer, engineer, fire fighter, police officer, pilot, electrician, mechanic, etc


Investigative

strength, interest - studying and solving math or science
avoid - leading, selling things, persuading people
value - science
personality - precise, scientific, intellectual
occupation - chemist, mathematician, meteorologist, biologist, dentist, physician, veterinarian, pharmacist, architect, scientist, lab assistant, etc


Artistic

strength, interest - creative activities (art/drama/dance/crafts/music/writing/etc)
avoid - highly ordered, repetitive activities
value - creative arts (drama, music, works of writers, etc)
personality - expressive, original, independent
occupation - dancer, book editor, art teacher, fashion/graphic designer, novelist, film writer, composer, actor, musician, etc








Social

strength, interest - helping people (teaching/counseling/etc), dealing with people
avoid - animals, machines, tools
value - helping people, solving social problems
personality - helpful, trustworthy, friendly
occupation - counselor, social worker, nurse, therapist, teacher, trainer, psychologist, dietician, nutritionist, etc


Enterprising

strength, interest - leading, persuading people and selling things, idea
avoid - careful observations, scientific and analytic thinking
value - politics, leadership, business
personality - energetic, ambitious, sociable
occupation - sales person, travel agent, recreation leader, judge, lawyer, sales manager, TV newscaster, hotel manager, real estate agent, businessman, stylist, promoter, etc


Conventional

strength, interest - numbers, records, machines in a set, orderly way
avoid - ambiguous, not in order activities
value - business
personality - orderly, good at following a plan
occupation - clerk, secretary, typist, timekeeper, accountant, bank teller, etc





atas ni semua kiranya aku dah ringkaskan sikitla. jika mahu tahu dengan lebih lanjut, termasuklah jurusan yang perlu anda ambil mengikut personality anda, silalah ke sini.




so amacam? 

dah tau dah personality korang? tak percaya dengan theory ni? suka hati. tapi aku  nak cerita pasal abang aku.

dia dari kecik suka gila binatang. rumah kitorang dulu pelbagai spesis binatang peliharaan ada, rumah macam taman, banyak jenis pokok, siap ada kolam ikan. semua tu dia yang jaga. dia nak kerja something yang ada kaitan dengan binatang, macam vet and zoologist. malangnya takde sape nak kasi scholarship kerja camtu (sesuatu yang mungkin akan jadi pada aku). tapi dia dapat dua scholarship. electrical engineering kat UK, mechanical engineering kat US. sebab dia kata UK boring, US lagi best, makanya sekarang dia seorang mechanical engineer di TNB. untunglah pandai gila sampai boleh pilih nak study kat negara mana, siap fly before result SPM keluar segala. untunglaaaaah.


point kisah abangku ini ialah Holland's Theory boleh diguna pakai. aku rasa personality type dia Realistic. dia suka binatang, boleh kerja dengan machine, tak suka social activities, workaholic balik rumah tengok tv tengok ikan je.






ni aku nak cerita pasal aku pulak.

i'm somewhere between Investigative, Artistic, and Social. kalau tengok dekat hexagon tu, tiga-tiga tu sebelah-sebelah. kalau ikut hati aku nak jadi Artistic je, habiskan hidup dengan menulis. tapi itu boleh jadi back up plan. tak, back up plan di sini tak bermaksud aku lagi suka yang lain tapi aku gunakan menulis tu sebagai second choice in case tak diterima oleh pilihan pertama. ouch that hurts, to be the second choice. back up plan di sini bermaksud menulis akan jadi kerja part time aku, walaupun aku laaagi cintakan bidang penulisan. ada faktor yang memerlukan aku untuk memilih kerja lain sebagai kerjaya tetap. sama ada astronomer/astrophysicist (Investigative) atau psychologist (Social). kenapa aku minat mereka? lain kali aku cerita.


point kisah aku yang bosan dan takde kesimpulan ni ialah, Holland's Theory boleh diguna pakai.








korang pulak camne? teori ni boleh pakai tak? 





Friday, December 23, 2011

Kenapa Kena Pilih Course and Career? Penting Sangat Ke?

Assalamualaikum!

aku rasa ada lepasan SPM yang tengah macam aku, pening fikir sesuatu. hal ini antara hidup dengan mati. antara hutang dengan gaji. antara sengsara dengan happy. antara bosan dengan puas hati. apa lagi? pasal course and career laaaaah!

sejak lower form lagi aku dah pening fikir pasal ni. tapi sebab selalu terjerat at dead end, maka aku pun tangguh dulu proses penentuan wawasan hidup tu. sekarang nak tak nak, kenalah mula semakkan otak.


macam mana? salah satu caranya dengan buat kuiz!

dulu aku suka gila buat kuiz. pasal personality, friendship, career, romance geli geli semua ada. result yang kena dengan jiwa raga, aku print screen. semangat. bertahun-tahun pengalaman, aku dapat satu kesimpulan, which is kalau kuiz tu merapu meraban, korang boleh tau daripada soalan yang takde kaitan, spelling, grammar segala grandmother tunggang langgang, memang ada aura mengarutlah di situ. jadi jangan buang karan buat soalan camtu. bukan setakat salah kuiz je, salah pilihan hidup kang naya.






ini antara kuiz yang aku buat kat internet dulu. underline merah tu maksudnya memang kena gila la dengan aku. kuiz-kuiz ni aku buat kat website biasa, bukan yang psychologically proven or anything prestigious. tapi overall in general memang tepatlah. i thing sho la, dun thing im bein pompous pulak tau.



ini baru kuiz kat website tak bertauliah. ada proven personality text, career test yang anda semua boleh percaya kerana outcomenya membuatkan kami yang telah mencuba puas hati! siap ada kuiz yang kena bayar lagi, banyak company besar and counselor guna, kira betul-betul berjayalah ni. free test pun awesome, dah cukup takyah beli test lain dah! siot jugak sebab test macamni  kadang2 kasi ranking kerja yang paling kena dengan kita, tapi sebab aku ambik free punya, dia kasi ranking bawah-bawah, contohnya pekerjaan paling sesuai tangga ke 20 hingga 30. kalau nak tau top 20 kena bayarla brader.

serious aku excited nak berkongsi. weeeee. tapi banyak sangat, so nanti-nantila aku blog pasal test yang dipercayai. stay tune okay. kalau tak sabar nak stay tune kejap pun tak boleh, google sendirila sister.







sekarang aku nak tekankan kenapa aku begitu beriya memikirkan jurusan dan kerjaya. ya aku kena plan benda ni. ya manusia hanya merancang, Allah menentukan, tapi siapa aku nak goyang kaki go with the flow bergantung harap pada Allah saje supaya memimpinku ke destinasi yang patut dituju?

we've gotta earn it to get it. walaupun hanya dengan goyang kaki meng-google sahaja

semua semata-mata sebab taknak tersalah pilih lorong.



kenapa jangan salah pilih course and career, kenapa?!


1. Bosan Itu Musuh Utama

baru 11 tahun belajar kat sekolah, ulang rutin harian yang sama, hadap benda yang tak buat aku teruja,  aku dah bosan. itu baru sekolah. tapi kalau kerja? sampai mati akan bosan nanti. kalau bosan tapi boleh teruskan hidup takpe, tapi kalau bosan nak memberontak? nak berhenti? nak tukar angin? dah masalah.

kalau pilih course and career yang kita suka, kita takkan rasa bosan. biarlah orang lain tengok kita kata kita takde life, yang penting kita rasa itulah life kita. teruja walaupun ulang benda sama. takkan ada hari yang bangun je rasa "another unbearable day," sambil heret kaki pergi bilik air. bangun je rasa tak sanggup nak menghadapi hari ini, biarkan aku sendiri. masalah lagi.

pekerjaan tak sepatutnya jadi beban. pekerjaan sepatutnya jadi periuk nasi kita yang buat kita puas hati.





2. If There's a Will, There's a Way

katelah benda tu susah gila, perlukan komitmen menggunung, pengorbanan yang tak surut-surut, kerja kat tempat yang korang tak suka, hadap orang yang tak suka korang, dan pelbagai lagi badai yang harus diharungi. mesti rasa baik mati jelah. ok itu sangat ekstreem. mesti rasa baik berhenti jelah.

tapi korang akan kuat hadapi semua tu kalau korang ada keinginan! keinginan datang daripada kemahuan! keinginan dan kemahuan itu sama! sebab dua-dua datang daripada apa yang korang suka! macam aku dulu. masa mak aku mengandung, bukan dia yang mengidam, tapi aku yang mengidam dalam perut mak aku. mengidam nak masuk asrama. banyak rintangan yang mendatang, aku gagahkan diri, aku langsung tak terfikir aku akan blah dari tempat tu. aku rasa itu yang terbaik untuk aku, kalau sekolah luar aku takleh hidup, aku nak asrama, i will survive!

tapi nak buat camne, itulah takdir. mungkin memang dari asalnya aku tak patut masuk asrama. tapi aku masuk jugak. so Allah did everything to get me back on the right track. which brings us to no 3.





3. Berdoa dan Istikharah lah

turn to Allah, because you'll never know, while He knows everything.  walaupun korang sure itu yang korang nak jadi, nak study, tapi manalah tau kan itu bukan yang terbaik untuk korang. katelah korang dah doa, takde halangan, korang pursue apa yang korang nak tu, tetiba something doesn't happen the way you want to. time tu mestilah frust mengguling kan, tapi korang akan rasa "takleh buat apalah, aku dah doa, tetiba jadi camni. Allah wants me to learn from this, He has a better plan for me".


 barulah redha. redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah..... Ombak Rindu takleh tinggal beb.



4. Menurunkan Kemungkinan Dicop FAILURE

apabila kita buat benda yang kita tak suka, yang kita tak terdaya nak buat, yang kita tak pro sangat, mesti prestasi kat tempat belajar and tempat kerja pun merosot kan. sebab perr? sebab tak minat and tak larat lerr. kalau korang ambik course banyak kira-kira. tapi malas nak buat latihan. kira-kira ni takleh master semalaman je, perlukan latihan intensif tidak bermusim! so korang pun fail sebagai pelajar. kalau korang kerja banyak guna machine, tapi korang tak rela handle benda tu semua. so korang pun fail sebagai pekerja.




kalau kita suka and terdaya, buat latihan, buat kerja pun tak rasa apa. rasa macam pergi vacation pun ada. barulah sukses sentiasa.



5. Less Energy = Semulajadi

tahukah korang, setiap manusia ada personality type yang tersendiri? setiap pekerjaan ada environment type yang tersendiri? tahukah korang, kalau personality type seorang pekerja sama dengan environment type pekerjaan dia, itulah keadaan yang terbaik sekali?

kenapa? sebab bila pekerjaan kena dengan personality kita, kita akan guna energy yang paling kurang untuk pekerjaan tu. maksudnya, talent, passion, skill and kehendak kita yang diperlukan untuk pekerjaan tu datang dengan semula jadi (ke semulajadi? habeh SPM punah BM).





tak ke best tu? belajar rasa cam tak belajar. kerja rasa cam tak kerja. memang sesuai untuk aku.

tapi untuk orang yang sukakan cabaran, boleh je kerja something yang tak sama dengan personality dia. perlu extra effort and work hard sangatlah for it, sebab everything doesn't come naturally. so they need over the top energy. memang tak sesuai untuk aku.



nak tau personality type dengan environment type ni? stay tune. penat menaip. 


pantun dua kerat;

bukan saja pilih jodoh tak boleh salah,
pilih course and career pun tak boleh salah!




kehbai.


Thursday, December 22, 2011

Misteri Pelukan Itu

Aku type benda ni beberapa minggu lepas, pengalaman sendiri.

_____________________________


Sekarang pukul 4.40 pagi, 19/11, sabtu. Aku ada cerita hantu. ok takdelah hantu sangat, tapi boleh masuk dalam Mastika lah jugak.

Minggu depan physics. Tapi aku tak study apa pun lagi. Hajat nak study dari siang tergendala akibat stress pasal math. Malam baru nak study. Before tu aku online dulu.

Lepak dekat group budak SPM, cek soalan spot baru, sama-sama kena tipu oleh message yang kononnya kena buat sejarah lagi sekali, dan sama-sama berdoa yang Malaysia banjir so paper math hancur dibawa air.

Tetiba ada sorang mamat post gambar hantu. Gambar tak real, cuma bajet pocong je. Tapi still terkejutlah, malam buta kot. Aku bertindak balas dengan “HOI AKU NAK STAY UP LAH MALAM NI THIS IS NOT COOL!”

Lepastu aku comment pulak “staring at this pic makes it less creepy. No ghost or living soul will keep me from doing physics”.


Bila desperate, hantu ke pencuri ke, semua mati aku kerjakan. Kau jangan buat hal. Aku nak study. Kalau aku tak study, esok exam aku nak jawab apa? Timbang rasa sikit.




Itulah niat aku setiap kali last minute study sampai pagi. Biasanya aku bukak tingkap, sebab best dibelai angin malam. Sikit pun tak takut kalau ada kepala intai. hanya nak buktikan “takkan ada pape”.

Padahal rumah ni dari aku kecik ada kes orang hantar hantu setan, hantu setan datang sendiri, bunyi tapak kaki, nampak benda tak sepatutnya, masa tidur gigi aku berlaga. bukan kancing gigi okeh. first time mak aku dengar, dia ingat perompak gergaji pintu rumah kitorang. Bila lagakan gigi masa sedar bunyi lain sebab masa tidur kuat macam besi. ada ustaz cakap sebab gangguan jin. Ah sudah, wallahualam. 

Tapi tu dulula. Latest, form 3. malam tu gigi aku berlaga. Esoknya abang aku cerita malam tu pintu almari dia kena main, dia berdehem, tegur suruh diam. dia memang nampak benda ni so dia tak cuak. Lepastu dia mimpi apa tah, dengar suara pompuan luar tingkap, dengar orang jerit. Time tu jugak, family bini dia call, cakap adik dorang kat rumah tunjuk pintu, menangis jerit “taknak benda tu masuk!”

Siot, dengar pompuan luar bilik abang aku. Dahlah bilik dia sebelah bilik aku. Dahlah jiran belakang rumah pernah nampak benda lintas luar bilik aku. Siot, sampai aku pernah takut duduk dalam bilik sendiri.




Tapi sekarang aku tak kisah. tengok tv gelap sorang-sorang, turun buat kopi kat dapur, tegur kalau ada bunyi pelik, keluar rumah tengok bulan malam buta, tanpa takut kena kacau pape. Kira dah besar ah ni.

K so, selepas buat beberapa soalan, tetiba aku dapat idea untuk tulis novel. Idea gempak gila. Sebelum lupa, aku tulis idea aku. Untuk lebih selesa, aku beralih ke katil. tanpa aku sedar, aku tertidur, macam biasa.

Aku mimpi benda paling random. Yang aku ingat, aku nampak junior aku masuk pertandingan rekacipta kat asrama dia, buat dekat tennis court (oh ye tennis court asrama aku dulu berhantu kata orang). beg dorang semua colour pink sangkut atas jaring court tu. Tetiba ada futsal court. bola datang arah aku, setangkas Apek aku stopkan bola tu. Ada budak datang ambik, aku lupa siapa. Aku jalan, tapi makin susah sebab pasir makin dalam. aku tenggelam paras pinggang. 

Pastu ada orang panggil, dia kat tempat lagi tinggi. Aku nak pergi kat dia pun payah, nafas macam lari satu padang dah. Bila  sampai tetiba aku dalam teater, atau lecture hall. aku kat level paling bawah. buruk, macam dah ditinggalkan, kerusi tunggang langgang. tetiba ada cikgu aku. Kitorang sembang apa tah, yang aku ingat dia kutuk Kim Kardashian. Aku dah kata mimpi aku random. aku cakap dulu aku pun tak suka dia. Tapi lepas tengok Keeping Up with the Kardashians, aku terus suka the Kardashians siap jadi peminat setia. Dorang gelak. Cikgu nak keluar, kitorang pun naik tangga untuk keluar ikut pintu exit paling atas.

Masa naik, sebelah kitorang ada tingkap. kat luar kabur. Aku cakap ribut pasir kot, terus pasir masuk dalam tempat tu. Angin kuat, pandangan jadi coklat, dah macam bencana alam suasana. Aku cakap cepat cikgu, kita keluar. Dia gelak, gelak yang pelik, pastu terus peluk leher aku.




Mula-mula aku tak kesah. Aku naik lagi tangga tu. Lama-lama makin berat. Aku longgarkan pegangan dia, takleh. Tetiba scene bertukar-tukar. Dia peluk makin kuat, aku makin lemas. Aku nak bercakap takleh, so cakap dalam hati. “Lepaskan”, sambil tarik tangan tu. Time ni aku dah separa sedar. Daripada tengah mendaki tangga, aku rasa aku baring mengiring. Tapi masalah dia sama; kena peluk. Mula-mula aku ingat mak aku, aku raba-raba rasa ada tangan, mungkin dalam mimpi je tangan tu, aku pun taktau. 

Tapi kenapa mak aku ada dalam bilik aku? Kalau orang lain peluk aku tak lain tak bukan penjahat namanya. Cuak, bila fikir ada orang atas katil aku. Tapi situasi ni agak tak logik. Tetiba aku terfikir, oh damn. Adakah ini yang orang panggil kena tindih?

Aku dengar kalau kena himpap memang azab. Aku takdelah azab sangat, just susah bernafas. pelukan tu sangat membebankan, tapi tak menyakitkan. Maybe aku tak kena himpap tapi kena peluk, sebab aku tengah tidur mengiring? Kalau aku tidur meniarap mesti dah separuh mati. dahlah bibik abang aku pernah kena himpap masa dia tido kat rumah ni, bilik dia bawah bilik aku pulak tu.



Ye aku dah sedar untuk fikir tu semua. Tapi tak betul2 sedar sebab susah nak bukak mata. Kadang aku nampak langsir aku, kadang aku nampak scene yang bertukar-tukar tu. Aku dengar kalau kena himpap, boleh nampak rupa benda yang himpap kita. Aku bersyukur aku tidur mengiring dan kena peluk dari belakang, so aku tak nampaklah makhluk yang bertanggungjawab ni. aku dapat rasa badan aku meronta and mulut tertutup rapat. nak sebut Allah memang takleh, dalam hati pun susah

Aku lawan mata and mulut, takleh bukak tapi aku cuba. Aku lupa if dalam mimpi je ke aku pegang leher sebab nak lepaskan diri, or dalam dunia betul pun aku buat benda sama. Aku rasa ye.

Time ni fikir Allah Allah Allah jelah. Makin lama dapat bukak mata. bila dah bukak mata sepenuhnya, mulut pahit, badan penat. Tengkuk lenguh, tapi mungkin sebab posisi tidur yang tunggang langgang. nasib baik lampu terbukak. Aku bangun, pandang tempat aku baring tadi, mengucap, pastu aku macam “blah!”



Aku taktaula tu betul atau mimpi.




Aku usha hot tingkap. Kot-kot kalau ada yang tenung aku, taula dia yang this is not cool. Not cool man.



Aku ada physics minggu depan man.







Sunday, December 18, 2011

Lepas SPM? Kahwinla Apa Lagi

Assalamualaikum! sejak baru-baru ni ada soalan yang selalu singgah kat telinga aku.

tak, tak. bukan soalan "dah habis SPM ni dah boleh kahwin kan?", ish makcik, malu saya dibuatnya. apa tanya soalan macam tu. hikhik. emm, kenapa, makcik ada anak lelaki bujang ke?


tak. bukan itu.


soalan yang ditanya ialah "lepas SPM ni buat apa?"

seriously? kenapa nak tau aku buat apa? kenapa semua orang berminat dengan apa yang aku buat? kenapa masa lapang dan aktivitiku menjadi pertanyaan masyarakat? okay fine, aku akan blog pasal apa plan aku lepas SPM. 

sesiapa lagi tanya akan dijeling dengan panahan mata yang tajam beserta soalan "DID YOU NOT READ MY BLOG?"


PLAN SAYA SELEPAS SPM :


1. MEMBACA NOVEL

WHAT? NOVEL? ASAL LAME GILA KAU? i am not lame okay. membaca itu amalan mulia, daaa. plus, dah lama aku tak baca novel tau tak? sebab bila aku baca novel, dunia sekeliling aku hilang. aku tak buat apa-apa selain menghadap dunia baru tu sampai aku tau ending dia. ini sangat tak beretika dilakukan ketika di tingkatan 5. sudahnya, satu kerja pun tak siap. jadi aku terpaksa berpuasa, faham?




sekarang aku baru berjinak dengan karya Hlovate. WHAT? BARU BACA? ASAL LAME GILA KAU? okay, kali ni aku memang lame. sebelum ni aku tak minat langsung novel melayu, sebab kebanyakannya terlampau jiwang, geli, berjela dan basi. maaflah, just not my cup of tea. tapi aku sanggup beli novel melayu for the first time in my life sebab orang kata Hlovate best. lain daripada lain




seriously, best. tak jiwang tahap meremang bulu kaki, tapi comel tahap buat aku berguling-guling mata berair. besar kesannya tu.



2. MENULIS NOVEL

aku dah berangan nak tulis novel since kecik sebenarnya. sebab dulu aku macam bermasalah and aku sangat berahsia. aku akan tulis buku pasal diri sendiri, sebagai cara luahkan perasaan tanpa minta simpati.





aku nak tulis novel lagi lepas aku habis darjah 6, cerita pasal budak-budak kecik yang ada drama orang besar. serious, aku dengan geng aku dulu, kami bukan budak sekolah rendah yang tak bersalah.

pastu aku nak tulis novel pasal MRSM, ceritakan segala yang terbuku di hati, apa yang aku tak cerita dekat orang. hidup setahun kat asrama memang banyak kenangan pahit  manis. aku nak kongsi.

form 2, aku mula dapat idea untuk tulis bukan pasal aku, tapi pasal watak yang ada kaitan dengan hidup, pemikiran, prinsip, personal issues aku. aku mula serius nak publish novel satu hari nanti. form 4, aku mula develop idea satu-satu. sambung, tak biar tergantung. form 5, makin banyak idea untuk novel lain muncul. idea menggelegak masa nak SPM pun, aku terus draft dalam phone. eh banyak sebablah kenapa aku nak menulis, kita kupas persoalan ini dalam post lain ye.


sekarang masa dah ada, aku taknak tunggu lagi. i want this dream to come true.



3. BELAJAR DRIVE

dulu aku sangat excited nak ambik lesen. because i'm not a public transport person. tanpa teman, aku terumbang ambing di jalanan. teksi boleh lagi sorang. tapi lrt, wa cuak k. so aku ialah contoh manusia yang kena ada kenderaan sendiri kalau nak hidup sejahtera.

cuma sekarang ni aku malas lah pulak nak kena belajar ambik test segala. takpe, hidup masih panjang. kalau tak panjang pun, tak perlu lesen kereta untuk kita seberang ke sana.



4. BELAJAR MASAK



memasak ialah tanggungjawab seorang perempuan terhadap dirinya dan keluarganya. tak molek jika anak dara tau makan fast food je. terasa. tak molek kalau mak mentua tengok kita siang ikan sampai hancur macam belacan. ternganga. tak molek juga bagi laki kita makan air tangan orang gaji, kang dia pasang dua. merana.

mak aku sangat tekankan hal ni. dia takkan biarkan satu-satunya anak perempuan dia tak mewarisi kebolehan memasak dia yang mengalahkan peserta Masterchef. jadi saya akan makin gemuk sekarang. sebab kalau saya masak tak sedap, saya kena makan semuanya. tapi orang tak paksa pun saya akan makan jugak semua, sebab makanan itu nikmat daripada syurgaaaaa.



5. TETAPKAN CITA-CITA

last but not least, in fact, the most important aim untuk dicapai, kalau tak hidup akan terkapai-kapai. masa kecik, aku nak kerja yang ada class je, yang famous, yang semua orang suka, kerja yang bila Nyonya Mansur tanya " Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?", aku boleh cakap dengan bangga "Saya bukan Kassim Selamat! tapi saya, saya lah lawyer! saya juga majistret!"




tapi makin lama, aku makin sedar yang passion comes first. takde guna kerja nak gempak je, nak professional je, tapi hati tak rela. itulah mulanya saat aku dihimpit dilemma ini. aku tau aku nak jadi apa, tapi aku tak pasti. aku mula keliru, walaupun kalau ikutkan hati, aku kerja je apa aku mahu.


walaupun aku dah tau minat aku, kekuatan aku, tapi aku still buat research untuk pilih the right course and career. harap-harap beberapa bulan ni cukuplah, sebab aku taknak lagi buat pilihan yang salah.





so, aku akan blog pasal course and career, untuk tolong kita semua yang masih confuse and clueless. kalau nak tau lebih lagi, silalah berkunjung ke blog Keretapi!



geli je buat promosi.



Wednesday, December 14, 2011

Post Pasca-SPM - Mula Merdeka!

Assalamualaikum! hai blog! sorry berhabuk!

tanda seru yang berulangan menunjukkan aku sangat teruja dah habis spm!



harhar tak sebenarnya. keterujaan aku dah lama hilang. sebab aku dah habis SPM sejak 30.11.12 lagi, menutup tirai dengan Biology. tapi aku baru mula blog harini sebab aku menghormati rakan seperjuangan di seluruh Malaysia yang ada baru habis SPM semalam.



harhar tak sebenarnya. sebab aku malas. so far aku baca novel, tulis novel, tido berguling bila-bila aku suka (sehinggalah mak aku bersyarah "camni ke anak dara?!"), tengok tv goyang kaki, keluar bersama rakan, oh ye, dan hari-hari online.


walaupun ketika SPM menjelang dan tengah berperang.



Perang SPM dan Perang FB

aku online sebab dekat FB ada page yang sediakan tips, spot dan etc untuk budak SPM. kemudian tersebarnya ura-ura mengatakan page itu terlalu public, lembaga tukar soalan BM kepada set 3 yang lebih susah kerana spot tepat, maka ada pihak buat private group yang tujuannya sama, namanya sama. 

sejak itu admin public page lancarkan perang terhadap private group. bajet orang nak rampas followers dan curi popularity dia. admin page tak ambik SPM, admin dan member group semua ambik SPM, memang ada masa kitorang nak hack dia dan macam-macam lagi yang didakwa sebenarnya. mengutuk mencarut kejadahnya, buat orang geleng kepala. taulah kau banyak berjasa, walaupun kau hanya kumpul soalan negeri dan tips orang lain pastu upload, cop sendiri punya. 

paling takleh blah bila budak2 kat private group bincang cara nak ingat untuk chemistry, lucu dan lucah pun ada. admin emo ambik usaha kami, tanpa credit, siap ada cap mohor page dia pula. ironiknya, dia menggelabah kata group kami yang sentiasa curi tips dia. siapa yang stalker sebenarnya?

aku pro private group tu, since aku antara ahli awal yang aktif. aku suka group tu sebab semua hanyalah budak SPM yang nak berkongsi dan mencari. semua tahap ada. daripada  yang macam tak pernah belajar apa-apa, sampai yang dah pro gila. semua work together, bagitau tips, bincang soalan, belajar sama2, yang taktau tanya, yang tau ajar, kongsi cara sendiri, dah lepas paper share jawapan, buat meme yang kelakar, kasi semangat kat each other, segala bagailah. 

lagi berjaya realisasikan 1Malaysia daripada mana-mana idea Najib. dapat kawan baru, bergaul dengan bangsa lain, lahirlah masyarakat bersatu padu.


apa-apa pun kepada public page dan private group, terima kasih, kerana sangat membantu budak tak cukup study macam aku. bila aku kata tak cukup, maksud aku -



Persediaan Perang

last time aku study masa trial. selepas trial plan aku untuk study sentiasa tak kesampaian. sebab banyak homework, maka study plan terpaksa diabaikan. tapi sebab semua cikgu kasi amanah yang sangat menggunung, tak terdaya saya untuk siapkan. terlampau banyak sampai malas, boleh tak?





yang aku buat Addmath jelah. sebab Addmath paling lemah since aku selalu clueless and careless, dan sebab Cikgu Hamidah garang. tapi sayang cikgu, awww. Sejarah jap buat jap tak. yang lain? akan saya wariskan kertas-kertas dan buku-buku tersebut kepada generasi seterusnya.


jadi untuk SPM, yang aku study betul-betul ialah Sejarah 4 hari, lain 1 hari sebelum hari paper tersebut. tengok jadual SPM, banyak gila gap. aku rasa aku mesti akan study punyalah bila weekend, hari jumaat yang sentiasa free, dan cuti-cuti lain tu. bersyukur SPM time ni, banyak masa untuk study.....




but not an effort was pulled anyway. aku dah terbiasa study last minute hari sebelum exam sampai pagi, so masa SPM pun old habits die hard nampaknya. and memang dah study last minute camtu, patut pun bila rasa tak cukup study langsung.


Pesanan 1: DUNGIBBASHED

Don't start giving a shit about exams unless it's SPM. you know why? cos i cared too much too early. before the real thing even began, i'd given my everything already.


sukahati lah nak percaya ke tak, tapi aku memang manusia yang tak suka study. ada orang yang suka study, walaupun hanya subject yang dorang suka. ada orang yang tak suka study, tapi boleh hidup study hari-hari.

ya, aku tak mati bila study. tapi apa yang aku dah bagi, habis macamtu je, faham tak? semangat dan usaha aku macam air dalam botol. aku haus, aku minum, aku segar. tapi aku takkan dapat dah air tu. botol tu susah nak refill, gali dalam mana pun kalau tak kena tempat tak kena alat, memang takkan ada air dah bila aku dahaga. aku guna air tu awal2, bila kemarau sebenar sampai air tu dah habis.


aku tonggeng botol tu setitik pun takda. dan masa tu aku mati. mati semangat, mati usaha.





Maaflah kalau ada yang rasa aku tak bersyukur ke, sia2kan peluang ke. tapi mungkin peluang aku, kegilaan aku yang buat aku berusaha, tak terhad untuk apa yang korang nampak je, insyaallah.


masalah aku ialah aku memang kalau tak suka, aku takkan rela.

sebelum ni kalau kawan2 aku tanya "kenapalah kena study benda alah ni?", kalau kawan2 aku cakap "aku tak sanggup dah, cepatlah SPM! aku taknak belajar dah!"


siapa yang cakap "study sebab Allah"? "suka tak suka pun belajar jelah"?


siapa? aku jugak. but who was i kidding man.




botol yang ada semangat dan usaha aku cukup besar untuk tolong aku belajar selama ni. tolong aku dapat straight A's. tapi tak cukup besar untuk dapat straight A+'s dalam SPM rasanya. kalau sukatan aku salah, mungkin tak cukup besar untuk aku dapat semua A pun. nauzubillah!


But i have to prepare for the worst right? this is what i meant by saying kita target sebelum buat, lepastu kita expect apa kita akan dapat. aku target menggunung 10 A+ dengan harapan itu kuatkan semangat dan usaha aku. tapi lepas dah settle SPM, i know i did not give my best effort, so aku pun sedar diri dan turunkan target, tak lagi kat puncak, tapi kat kaki gunung pun dah alhamdulillah sangat.


The torture i felt when i was lying on my bed staring at the ceiling thinking "i'm supposed to be studying like everyone else, it's SPM for real now," it's killing me. i just couldn't. i was demotivated. i studied, but not enough. i didn't study sampai tak cukup tidolah rasa nak muntahlah. i studied like it was just another exam. 




on the outside i was cool and calm, but no one knew how my inside was.



Pesanan 2: Gibbashed

give a shit for other exams before SPM. you know why?

sebab aku rasa botol aku tu, walaupun tak membantu untuk SPM, tapi membantu untuk exam lain. dan secara tak langsung membantu untuk SPM. atas nama usaha, and atas dasar at least aku pernah tahu tu semua. kot-kotla apa aku belajar gila-gila last year aku ingat balik masa SPM, kan dah alhamdullillah tu.


aku sangat sangat sangat give a shit dulu. i took every test and exam seriously. walaupun aku tak study hari-hari, tak study minggu-minggu, tapi aku still study gila-gila untuk setiap ujian dan peperiksaan sepanjang aku sekolah menengah. walaupun study gila-gila tu hanya satu hari. tapi aku study.


jadi walaupun aku pelupa, habis exam otak blank like a clean piece of paper, tapi ada topic yang aku pernah master. fakta yang pernah ada dalam kepala. nombor yang aku pernah tau kira.


masa SPM, aku aku harap sangat yang effort aku sebelum ni, diambil kira. camne aku stay up malam sebelumnya, minum kopi satu teko, pergi sekolah tak cukup tidur, belajar untuk exam punya pasal. aku doa sangat yang aku ingat, tahu, apa yang aku pernah buat dulu, walaupun aku tak buat sangat sekarang.





ya, usaha untuk SPM aku takdelah segempak mana. tapi aku pernah berusaha. aku harap itu membantu, itu dikira. sebab semalas-malas aku yang tak dapat dikawal ni, aku pun nak berjaya.



dan untuk sedapkan hati, makes me think at least i did something.




mesti korang pelikkan? apalah aku melalut ni. buang tebiat agaknya. mula-mula cakap don't give a shit. pastu cakap give a shit pulak. sungguh pelik tuan punya blog ini.


bukan pelik, tapi paradox. two statements which contradict each other, but nevertheless true.







muka fghesh habes SPM. kegemukan bertambah sebab banyak stress soalan SPM susah, balik rumah makan tak fikir berat badan, "ah lantaklah! aku spm, aku boleh makan sesuka hati!". dan sekarang tak sanggup tengok diri sendiri.

Last paper, Bio P3. siap je, excited pandang belakang. orang lain pandang balik sambil sengih. saat terakhir sebelum jam menunjukkan 3.30 petang. saat terakhir menjadi pelajar sekolah. lepas ni, lepasan SPM dah.

masa kertas dikutip, memang mata berair-air, tak sangka dah habis SPM satu, tak sangka dah habis sekolah dua, happy tiga, sedih empat, perasaan tak dapat diclassify lima. pengawas peperiksaan tetiba berlembut cakap tahniah, kertas terakhir, itu ini yang aku lupa, tapi time tu buat aku terharu sebab bermakna.


keluar dewan, tengok muka dorang, ya Allah macam aku tengok cermin yang pantulkan emosi sendiri. peluk-peluk. bising-bising. record-record. tangkap-tangkap. pass-pass. salam-salam. bye-bye kepada rakan yang tak ikut gi McD. jalan dari sekolah lalu lorong menyusuri kampung kecik meniti jambatan jalan lagi naik jejantas jalan lagi sampai McD. buat kali terakhir perjalanan itu, pakai baju sekolah. lepas ni takde lagi dah.


bye-bye kawan-kawan.



Alhamdulillah.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails