Assalamualaikum! hai blog! sorry berhabuk!
tanda seru yang berulangan menunjukkan aku sangat teruja dah habis spm!
harhar tak sebenarnya. keterujaan aku dah lama hilang. sebab aku dah habis SPM sejak 30.11.12 lagi, menutup tirai dengan Biology. tapi aku baru mula blog harini sebab aku menghormati rakan seperjuangan di seluruh Malaysia yang ada baru habis SPM semalam.
harhar tak sebenarnya. sebab aku malas. so far aku baca novel, tulis novel, tido berguling bila-bila aku suka (sehinggalah mak aku bersyarah "camni ke anak dara?!"), tengok tv goyang kaki, keluar bersama rakan, oh ye, dan hari-hari online.
Perang SPM dan Perang FB
aku online sebab dekat FB ada page yang sediakan tips, spot dan etc untuk budak SPM. kemudian tersebarnya ura-ura mengatakan page itu terlalu public, lembaga tukar soalan BM kepada set 3 yang lebih susah kerana spot tepat, maka ada pihak buat private group yang tujuannya sama, namanya sama.
sejak itu admin public page lancarkan perang terhadap private group. bajet orang nak rampas followers dan curi popularity dia. admin page tak ambik SPM, admin dan member group semua ambik SPM, memang ada masa kitorang nak hack dia dan macam-macam lagi yang didakwa sebenarnya. mengutuk mencarut kejadahnya, buat orang geleng kepala. taulah kau banyak berjasa, walaupun kau hanya kumpul soalan negeri dan tips orang lain pastu upload, cop sendiri punya.
paling takleh blah bila budak2 kat private group bincang cara nak ingat untuk chemistry, lucu dan lucah pun ada. admin emo ambik usaha kami, tanpa credit, siap ada cap mohor page dia pula. ironiknya, dia menggelabah kata group kami yang sentiasa curi tips dia. siapa yang stalker sebenarnya?
aku pro private group tu, since aku antara ahli awal yang aktif. aku suka group tu sebab semua hanyalah budak SPM yang nak berkongsi dan mencari. semua tahap ada. daripada yang macam tak pernah belajar apa-apa, sampai yang dah pro gila. semua work together, bagitau tips, bincang soalan, belajar sama2, yang taktau tanya, yang tau ajar, kongsi cara sendiri, dah lepas paper share jawapan, buat meme yang kelakar, kasi semangat kat each other, segala bagailah.
lagi berjaya realisasikan 1Malaysia daripada mana-mana idea Najib. dapat kawan baru, bergaul dengan bangsa lain, lahirlah masyarakat bersatu padu.
apa-apa pun kepada public page dan private group, terima kasih, kerana sangat membantu budak tak cukup study macam aku. bila aku kata tak cukup, maksud aku -
Persediaan Perang
last time aku study masa trial. selepas trial plan aku untuk study sentiasa tak kesampaian. sebab banyak homework, maka study plan terpaksa diabaikan. tapi sebab semua cikgu kasi amanah yang sangat menggunung, tak terdaya saya untuk siapkan. terlampau banyak sampai malas, boleh tak?
yang aku buat Addmath jelah. sebab Addmath paling lemah since aku selalu clueless and careless, dan sebab Cikgu Hamidah garang. tapi sayang cikgu, awww. Sejarah jap buat jap tak. yang lain? akan saya wariskan kertas-kertas dan buku-buku tersebut kepada generasi seterusnya.
jadi untuk SPM, yang aku study betul-betul ialah Sejarah 4 hari, lain 1 hari sebelum hari paper tersebut. tengok jadual SPM, banyak gila gap. aku rasa aku mesti akan study punyalah bila weekend, hari jumaat yang sentiasa free, dan cuti-cuti lain tu. bersyukur SPM time ni, banyak masa untuk study.....
but not an effort was pulled anyway. aku dah terbiasa study last minute hari sebelum exam sampai pagi, so masa SPM pun old habits die hard nampaknya. and memang dah study last minute camtu, patut pun bila rasa tak cukup study langsung.
Pesanan 1: DUNGIBBASHED
Don't start giving a shit about exams unless it's SPM. you know why? cos i cared too much too early. before the real thing even began, i'd given my everything already.
sukahati lah nak percaya ke tak, tapi aku memang manusia yang tak suka study. ada orang yang suka study, walaupun hanya subject yang dorang suka. ada orang yang tak suka study, tapi boleh hidup study hari-hari.
ya, aku tak mati bila study. tapi apa yang aku dah bagi, habis macamtu je, faham tak? semangat dan usaha aku macam air dalam botol. aku haus, aku minum, aku segar. tapi aku takkan dapat dah air tu. botol tu susah nak refill, gali dalam mana pun kalau tak kena tempat tak kena alat, memang takkan ada air dah bila aku dahaga. aku guna air tu awal2, bila kemarau sebenar sampai air tu dah habis.
aku tonggeng botol tu setitik pun takda. dan masa tu aku mati. mati semangat, mati usaha.
Maaflah kalau ada yang rasa aku tak bersyukur ke, sia2kan peluang ke. tapi mungkin peluang aku, kegilaan aku yang buat aku berusaha, tak terhad untuk apa yang korang nampak je, insyaallah.
masalah aku ialah aku memang kalau tak suka, aku takkan rela.
sebelum ni kalau kawan2 aku tanya "kenapalah kena study benda alah ni?", kalau kawan2 aku cakap "aku tak sanggup dah, cepatlah SPM! aku taknak belajar dah!"
siapa yang cakap "study sebab Allah"? "suka tak suka pun belajar jelah"?
siapa? aku jugak. but who was i kidding man.
botol yang ada semangat dan usaha aku cukup besar untuk tolong aku belajar selama ni. tolong aku dapat straight A's. tapi tak cukup besar untuk dapat straight A+'s dalam SPM rasanya. kalau sukatan aku salah, mungkin tak cukup besar untuk aku dapat semua A pun. nauzubillah!
But i have to prepare for the worst right? this is what i meant by saying kita target sebelum buat, lepastu kita expect apa kita akan dapat. aku target menggunung 10 A+ dengan harapan itu kuatkan semangat dan usaha aku. tapi lepas dah settle SPM, i know i did not give my best effort, so aku pun sedar diri dan turunkan target, tak lagi kat puncak, tapi kat kaki gunung pun dah alhamdulillah sangat.
The torture i felt when i was lying on my bed staring at the ceiling thinking "i'm supposed to be studying like everyone else, it's SPM for real now," it's killing me. i just couldn't. i was demotivated. i studied, but not enough. i didn't study sampai tak cukup tidolah rasa nak muntahlah. i studied like it was just another exam.
on the outside i was cool and calm, but no one knew how my inside was.
Pesanan 2: Gibbashed
give a shit for other exams before SPM. you know why?
sebab aku rasa botol aku tu, walaupun tak membantu untuk SPM, tapi membantu untuk exam lain. dan secara tak langsung membantu untuk SPM. atas nama usaha, and atas dasar at least aku pernah tahu tu semua. kot-kotla apa aku belajar gila-gila last year aku ingat balik masa SPM, kan dah alhamdullillah tu.
aku sangat sangat sangat give a shit dulu. i took every test and exam seriously. walaupun aku tak study hari-hari, tak study minggu-minggu, tapi aku still study gila-gila untuk setiap ujian dan peperiksaan sepanjang aku sekolah menengah. walaupun study gila-gila tu hanya satu hari. tapi aku study.
jadi walaupun aku pelupa, habis exam otak blank like a clean piece of paper, tapi ada topic yang aku pernah master. fakta yang pernah ada dalam kepala. nombor yang aku pernah tau kira.
masa SPM, aku aku harap sangat yang effort aku sebelum ni, diambil kira. camne aku stay up malam sebelumnya, minum kopi satu teko, pergi sekolah tak cukup tidur, belajar untuk exam punya pasal. aku doa sangat yang aku ingat, tahu, apa yang aku pernah buat dulu, walaupun aku tak buat sangat sekarang.
ya, usaha untuk SPM aku takdelah segempak mana. tapi aku pernah berusaha. aku harap itu membantu, itu dikira. sebab semalas-malas aku yang tak dapat dikawal ni, aku pun nak berjaya.
dan untuk sedapkan hati, makes me think at least i did something.
mesti korang pelikkan? apalah aku melalut ni. buang tebiat agaknya. mula-mula cakap don't give a shit. pastu cakap give a shit pulak. sungguh pelik tuan punya blog ini.
bukan pelik, tapi paradox. two statements which contradict each other, but nevertheless true.
muka fghesh habes SPM. kegemukan bertambah sebab banyak stress soalan SPM susah, balik rumah makan tak fikir berat badan, "ah lantaklah! aku spm, aku boleh makan sesuka hati!". dan sekarang tak sanggup tengok diri sendiri.
Last paper, Bio P3. siap je, excited pandang belakang. orang lain pandang balik sambil sengih. saat terakhir sebelum jam menunjukkan 3.30 petang. saat terakhir menjadi pelajar sekolah. lepas ni, lepasan SPM dah.
masa kertas dikutip, memang mata berair-air, tak sangka dah habis SPM satu, tak sangka dah habis sekolah dua, happy tiga, sedih empat, perasaan tak dapat diclassify lima. pengawas peperiksaan tetiba berlembut cakap tahniah, kertas terakhir, itu ini yang aku lupa, tapi time tu buat aku terharu sebab bermakna.
keluar dewan, tengok muka dorang, ya Allah macam aku tengok cermin yang pantulkan emosi sendiri. peluk-peluk. bising-bising. record-record. tangkap-tangkap. pass-pass. salam-salam. bye-bye kepada rakan yang tak ikut gi McD. jalan dari sekolah lalu lorong menyusuri kampung kecik meniti jambatan jalan lagi naik jejantas jalan lagi sampai McD. buat kali terakhir perjalanan itu, pakai baju sekolah. lepas ni takde lagi dah.
bye-bye kawan-kawan.
Alhamdulillah.






1 Saman Rel:
ensem awak eak..=)
kemain ppnye...
Post a Comment