Aku type benda ni beberapa minggu lepas, pengalaman sendiri original recipe tanpa perencah Adabi.
_____________________________
Sekarang pukul
4.40 pagi, 19/11, sabtu. Aku ada cerita hantu. ok takdelah hantu sangat, tapi boleh masuk dalam Mastika lah jugak.
Minggu depan
physics. Tapi aku tak study apa pun lagi. Hajat nak study dari siang tergendala
akibat stress pasal math. Malam baru nak study. Before tu aku online dulu.
Lepak dekat group
budak SPM, cek soalan spot baru, sama-sama kena tipu oleh message yang kononnya
kena buat sejarah lagi sekali, dan sama-sama berdoa yang Malaysia banjir so
paper math hancur dibawa air.
Tetiba ada
sorang mamat post gambar hantu. Gambar tak real, cuma bajet pocong je. Tapi
still terkejutlah, malam buta kot. Aku bertindak balas dengan
“HOI AKU NAK STAY UP LAH MALAM NI THIS IS NOT COOL!”
Lepastu aku
comment pulak “staring at this pic makes it less creepy. No ghost or living
soul will keep me from doing physics”.
Bila desperate,
hantu ke pencuri ke, semua mati aku kerjakan. Kau jangan buat hal. Aku nak
study. Kalau aku tak study, esok exam aku nak jawab apa? Timbang rasa sikit.
Itulah niat aku
setiap kali last minute study sampai pagi. Biasanya aku bukak tingkap, sebab
best dibelai angin malam. Sikit pun tak takut kalau ada kepala intai. hanya nak buktikan “takkan ada pape”.
Padahal rumah ni dari aku kecik ada kes orang hantar hantu setan, hantu setan datang
sendiri, bunyi tapak kaki, nampak benda tak sepatutnya, masa
tidur gigi aku berlaga. bukan kancing gigi okeh. first time
mak aku dengar, dia ingat perompak gergaji pintu rumah kitorang. Bila lagakan gigi masa sedar bunyi lain sebab masa tidur kuat macam besi. ada ustaz cakap sebab
gangguan jin. Ah sudah, wallahualam.
Tapi tu dulula. Latest, form 3. malam tu gigi aku berlaga. Esoknya abang aku cerita
malam tu pintu almari dia kena main, dia berdehem, tegur suruh diam.
dia memang nampak benda ni so dia tak cuak. Lepastu dia mimpi apa tah, dengar
suara pompuan luar tingkap, dengar orang jerit. Time tu jugak,
family bini dia call, cakap adik dorang kat rumah tunjuk pintu, menangis jerit “taknak
benda tu masuk!”
Siot, dengar
pompuan luar bilik abang aku. Dahlah bilik dia sebelah bilik aku. Dahlah jiran
belakang rumah pernah nampak benda lintas luar bilik aku. Siot,
sampai aku pernah takut duduk dalam bilik sendiri.
Tapi sekarang aku
tak kisah. tengok tv gelap sorang-sorang, turun buat kopi kat dapur, tegur
kalau ada bunyi pelik, keluar rumah tengok bulan
malam buta, tanpa takut kena kacau pape. Kira dah besar ah ni.
K so, selepas
buat beberapa soalan, tetiba aku dapat idea untuk tulis novel.
Idea gempak gila. Sebelum lupa, aku tulis idea aku. Untuk lebih selesa, aku
beralih ke katil. tanpa aku sedar, aku tertidur, macam biasa.
Aku mimpi benda
paling random. Yang aku ingat, aku nampak junior aku masuk pertandingan
rekacipta kat asrama dia, buat dekat tennis court (oh ye tennis court asrama
aku dulu berhantu kata orang). beg
dorang semua colour pink sangkut atas jaring court tu. Tetiba ada futsal court.
bola datang arah aku, setangkas Apek aku stopkan bola tu. Ada budak datang ambik, aku lupa siapa. Aku jalan, tapi makin susah sebab pasir makin dalam.
aku tenggelam paras pinggang.
Pastu ada orang panggil, dia kat tempat
lagi tinggi. Aku nak pergi kat dia pun payah, nafas macam lari satu padang dah. Bila
sampai tetiba aku dalam teater, atau lecture hall. aku kat level paling bawah. buruk,
macam dah ditinggalkan, kerusi tunggang langgang. tetiba ada cikgu aku.
Kitorang sembang apa tah, yang aku ingat dia kutuk Kim Kardashian. Aku dah kata
mimpi aku random. aku cakap dulu aku pun tak suka dia. Tapi lepas tengok
Keeping Up with the Kardashians, aku terus suka the Kardashians siap jadi
peminat setia. Dorang gelak. Cikgu nak keluar, kitorang pun naik tangga untuk
keluar ikut pintu exit paling atas.
Masa naik,
sebelah kitorang ada tingkap. kat luar kabur. Aku cakap ribut pasir
kot, terus pasir masuk dalam tempat tu. Angin kuat, pandangan jadi coklat, dah macam bencana alam suasana. Aku cakap cepat cikgu, kita keluar. Dia gelak, gelak yang pelik, pastu terus peluk leher aku.
Mula-mula aku
tak kesah. Aku naik lagi tangga tu. Lama-lama makin berat. Aku longgarkan pegangan
dia, takleh. Tetiba scene bertukar-tukar. Dia peluk makin kuat, aku makin
lemas. Aku nak bercakap takleh, so cakap dalam hati. “Lepaskan”, sambil tarik
tangan tu. Time ni aku dah separa sedar. Daripada tengah mendaki tangga, aku
rasa aku baring mengiring. Tapi masalah dia sama; kena peluk. Mula-mula aku
ingat mak aku, aku raba-raba rasa ada tangan, mungkin dalam mimpi je tangan tu, aku pun taktau.
Tapi kenapa mak aku ada dalam bilik aku? Kalau orang lain peluk aku tak lain
tak bukan perogol namanya. Cuak, bila fikir ada orang atas katil aku. Tapi
situasi ni agak tak logik. Tetiba aku terfikir, oh
damn. Adakah ini yang orang panggil kena himpap?
Aku dengar kalau
kena himpap memang azab. Aku takdelah azab sangat, just susah bernafas. pelukan
tu sangat membebankan, tapi tak menyakitkan. Maybe aku tak kena himpap tapi
kena peluk, sebab aku tengah tidur mengiring? Kalau aku tidur meniarap mesti
dah separuh mati. dahlah bibik abang aku pernah kena himpap
masa dia tido kat rumah ni, bilik dia bawah bilik aku pulak tu.
Ye aku dah sedar untuk fikir tu semua. Tapi tak betul2 sedar sebab susah nak bukak
mata. Kadang aku nampak langsir aku, kadang aku nampak scene yang
bertukar-tukar tu. Aku dengar kalau kena himpap, boleh nampak rupa benda yang
himpap kita. Aku bersyukur aku tidur mengiring dan kena peluk dari belakang, so
aku tak nampaklah makhluk yang bertanggungjawab mencabul aku ni. aku dapat rasa
badan aku meronta and mulut tertutup rapat. nak sebut Allah memang takleh,
dalam hati pun susah
Aku lawan mata
and mulut, takleh bukak tapi aku cuba . Aku lupa if dalam mimpi je ke
aku pegang leher sebab nak lepaskan diri, or dalam dunia betul pun aku buat
benda sama. Aku rasa ye.
Time ni fikir Allah
Allah Allah jelah. Makin lama dapat bukak mata. bila dah bukak mata sepenuhnya,
mulut pahit, badan penat. Tengkuk lenguh, tapi mungkin sebab posisi tidur yang tunggang
langgang. nasib baik lampu terbukak. Aku bangun, pandang tempat aku baring
tadi, mengucap, pastu aku macam “blah!”
Aku taktaula tu
betul atau mimpi.
Aku usha hot tingkap.
Kot-kot kalau ada yang tenung aku, taula dia yang this is not cool. Not cool
man.
Aku ada physics
minggu depan man.




2 Saman Rel:
hahaha...
celaru gak...
tp gigih gak bace....hihi...
seram je...mmg rumah gitu eak?ade orang phd ngn family ker?or mmg rumah gitu?
hahah terima kasih kerana gigih. orang phd laaa. tp dulu je semua tu.
Post a Comment