Assalamualaikum. harini kita akan bercakap pasal kahwin muda. KAHWIN? TAKDE TOPIK LAIN? suka hati lah, gua dah habis sekolah dah boleh kahwin cakap pasal kahwin laaah.
sebelum tu, nak share video yang terfemes di Malaysia tahun ni, tak lain tak bukan.... i've been proposed and i'm engaged! untunglaaah.
it's
so comel i cried. they do it the right way. that's why it's special,
and will be even more special later starting from their wedding day :')
Kak Dena yang comel ni sangat bertuah k. siapa je dapat peluang menangis kena propose dengan cara yang begitu sweet sekali, bukan je sweet pada kita, tapi sweet pada Allah juga? kita setakat menangis feeling lagu Thousand Years bolehlah kan. forever alone.
it's okay. now let's be forever alone, cos one day He will give us someone to be together with until jannah, our very own. Insyaallah :)
Kata Orang?
bila dengar pasal kahwin muda, respon biasa ialah "kau dah gatal sangat kenapa? belajar pun tak 4 flat!" dihambur kepada budak sekolah dan budak U. "kerja pun buat cukup duit poket! rumah pun setakat flat!" dihambur pula kepada budak dah kerja tapi gaji tak setinggi mana.
sinonim dengan adat tradisional, kalau letak mas kahwin, hantaran, macam jual anak. belajar tinggi, up sikit. cantik rupawan, up banyak. hotstuff, up lagiii. bila kenduri, benda yang tak perlu, makruh, haram buat berlumba-lumba, lepas kahwin akaun bank tinggal habuk je.
sabda nabi "Wanita yang paling
banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang
senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah
wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi
pekertinya"
sinonim jugak dengan budaya liberal, ke sini ke sana dengan makwe pakwe, lagak macam suami isteri? "biasalah tu" tapi bila suruh pegi jumpa tok kadi asyik-asyik "tunggu dulu".
tu dia orang kita. bila nak buat benda baik, persoalkan umur, duit. padahal kahwin ni simple je.
Kata Agama?
bila cakap simple, bukan maksudkan tanggungjawab, nafkah semua. tu memanglah berat brader. simple ni maksudnya kau kahwin dengan anak dara orang, sara dia. bukan bagi dia kaya. yang wajib tu rukun nikah je, bukan kenduri macam Wedding of The Year.
kahwin memang susah, bukan benda main. rasa tak mampu, jangan. tapi kalau mampu? teruskan. mampu bukan maksudnya ada segala-galanya ye.
kahwin memang susah, bukan benda main. rasa tak mampu, jangan. tapi kalau mampu? teruskan. mampu bukan maksudnya ada segala-galanya ye.
“Wahai pemuda-pemuda,sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan
untuk berkahwin,maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat
menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri”- (riwayat Bukhari dan Muslim)
Taknak Kahwin Muda?
kalau tak masuk dalam kategori wajib kahwin, takyahlah. buatpe nak buat sesuatu yang tak perlu dan tak mampu kan? asalkan pandai jaga diri, sudah. tapi sabda nabi
"Apabila seseorang melaksanakan
pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka
hendaklah ia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah"
kan comel tu? sebab tu biasanya orang yang kahwin muda ialah orang alim. tak alim pun, mendalami agama. kalau tengok suami isteri muda yang jalan pegang tangan, sorang tolak stroller sorang dukung anak, dari luaran pun tahu dorang ni soleh solehah belaka. comel gila!
pernah tengok movie Ketika Cinta Bertasbih? cowok cewek yang belajar kat tanah arab tu semua fikir pasal jodoh. setiap sorang dalam hati ada cinta, buat cara halal and simple je. mak bapak pun ucap syukur tau anak dah jumpa calon, tak kesah anak still study and duit tak penuh seguni. yang penting apa yang wajib, dan bila yang wajib tu sekadar rukun dan nafkah asas, tanggungjawab pun tak terasa berat. asalkan sempurna separuh agama, besar maknanya.
Umar bin al-Khattab r.a berkata:“Kahwinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.”
Nak Kumpul Duit Dulu?
sekarang semua benda cekik darah. bukan lagi macam dulu, murah dan mudah. sebab tu jugaklah sekarang kahwin ni susah. kalau kahwin setakat nikah je, takde kenduri memanglah bagus, tapi hidup lepas nikah kalau takde duit pun payah. nak makan apa? pasir?
sebab tu orang sekarang prefer kerja dulu gila-gila, kumpul duit sampai kaya. tapi kalau duit tak berapa nak ada, hajat di hati nak kahwin pula, camne?
“Dan berkahwinlah orang bujang (lelaki atau
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba
kamu,lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan
mereka kekayaan dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah SWT Maha
Luas (rahmatnya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui”- (Surah An-Nur)
jangan risau pasal duit kalau kahwin. sebab Allah akan bukak pintu rezeki untuk orang yang beribadah dengan cara ni, bercinta cara diredhai.
Nak Enjoy Dulu?
"lek lu, kita masih muda. tak perlu semua ni.
banyak lagi dalam hidup yang boleh dikecapi". cakap macam bermatlamat
sangat, padahal mengayat pompuan tak sempat-sempat. dia cakap lagi "kalau bercinta pun, take it
slowly. tak funlah cakap pasal kahwin, go with the flow, baby!"
kau taknak kahwin, suka hati, takde sape paksa. tapi taknak kahwin buat cara taknak kahwin. takyah bercinta, takyah ke hulu ke hilir heret makwe. study sampai habis, kerja sampai success, enjoyla dengan kawan sejantina sampai tua.
laki yang lebih2 dengan perempuan tanpa niat nak bawak hubungan ke arah perkahwinan, berdosa. bila orang suruh halalkan hubungan tu, kata takyah terburu-buru. kalau camtu takyah couple saje-saje. buang duit, buang kredit, buang tenaga, buang masa. baik kau pergi lepak dengan member.
ada pulak dia kata orang yang serius mencari jodoh yang desperate. habis dia desperate apa?
Nak Pandang Rendah?
aku tak suka bila ada yang menggeletis bila dengar pasal kahwin. kolotlah, tak urbanlah. kalau satu hari nanti kad kahwin kau sampai depan aku, memang aku ucap tahniah sambil tanya "tak geli nak kahwin dah?" yang confirm sangat taknak kahwin awal tu pun satu. macam tau je bila nak sampai seru, sekali kau kahwin dulu.
tak kisahlah taknak kahwin pun, tapi jangan cakap seolah-olah itu perkara buruk. dulu kecoh pasal budak bawah umur dibenarkan kahwin, ramai tak setuju termasuk menteri, mufti Perak cakap kalau tak setuju, serupa hina nabi. sebab nabi kahwin dengan Siti Aisyah sebelum Siti Aisyah baligh lagi. nikah gantung, nikah tapi tak tunaikan sepenuhnya nafkah sampailah Siti Aisyah dah baligh.
memanglah budak sekolah tak sesuai kahwin, ini bukan zaman atok nenek kita yang baru 12 tahun dah pandai berdikari. budak sekarang ni dah habis sekolah pun bergantung dengan mak bapak sendiri. terasa. kalau aku kahwin umur 16 pun, awal-awal aku surrender.
tapi janganlah kata tak membantu generasi mudalah, timbulkan masalahlah, kes cerai makin banyaklah, pendidikan terbiarlah. kalau dah wajib nikah sangat, nak biarkan budak-budak tu buat maksiat? memanglah kahwin semata-mata sebab nafsu banyak negatifnya, kalau boleh elakkanlah. tapi takyah persoalkan apa kesannya. itu penyelesaian yang Allah dah bagi, jangan banyak bunyi.
kalau tak perlu kahwin, kahwin setakat taknak berpisah dengan pakwe tanpa fikir tanggungjawab dalam islam, tugas dalam budaya sebagai isteri, takyah susahkan diri.
“Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku” -(Bukhari dan Muslim)
kahwin muda itu bukan masalah kalau kita yakin dan pasti dengan Dia dan dia. cuba baca cerita ni dengan ni, dorang kahwin muda.
Kata Aku?
aku pernah tanya mak aku, camne kalau aku kahwin muda? dia jawab kalau dah jodoh, ikut je. tapi mak aku selalu cakap "pompuan takyah fikir, tunggu je orang meminang. kalau ada, ada. kalau takde, nak buat camne." hai maa, part kalau takde tu macam dah pasrah menyerah je bunyinya.
abang-abang aku ada yang kahwin muda. paling muda umur 21, kawan sejak form 4, yang aku cerita kat sini. nikah time still study dekat overseas, balik baru buat kenduri. lepastu dah dapat anak kakak ipar aku sambung master, and then PhD. takde masalah, asalkan memang jodoh lah.
aku kalau boleh nak macamtu, eh bukan part kahwin cepat, tapi part kawan lama tu. kawan lama, bukan berkasih-sayang lama eh. ada beza. kawan macam biasa, biar kenal luar dalam, tau kebaikan, tau keburukan, kalau dah terima as kawan, bolehlah terima as lebih kan? best gila kawan before kahwin, cakap guna kau aku, selamba.
friendship is the most important relationship. kahwin best kalau suami isteri macam kawan, boleh share pape, buat benda sama2. tapi kawan 10 tahun pun kalau takde jodoh, ada je halangan. kalau dah jodoh, kenal sebulan pun takde hal. so apa-apa pun kepada yang nak kahwin muda, back to istikharahlah.
aku mengaku, aku bukan jenis main-main, jenis yang suka tanpa ada tujuan. kalau aku nak suka orang betul-betul, aku fikir dulu dia boleh dibuat laki ke tak. kalau setakat suka syok sendiri macam Baju Belang, takdela aku fikir camtu. Baju Belang, semoga kau ada jodoh dengan awek tersayang. redha ikhlas ni.
dari kecik lagi aku pelik tengok orang couple yang bukan nak kahwin pun. memangla muda lagi, buatpe fikir pasal kahwin kan? so takyah fikir pasal nak bercinta. umur berapa pun kalau ada perasaan tu, make sure ada niat nak kahwin dalam kepala. orang lain boleh cakap orang macam aku ni tak berwawasan ke apa ke, tapi buatpe main-main buang masa?
bila fikir pasal tujuan nak kahwin, janganlah fikir sebab nak seronok tanpa buat dosa semata-mata. fikir "it's the right thing to do".
biar jadi macam Ted Mosby, kenal perempuan fikir "she might be the one", bukan macam Barney Stinson, kenal perempuan sebab nak mengawan.
aku ada instinct yang aku takyah risau pasal hal ni. setakat berangan suka suki bolehlah, tapi nak fikir betul-betul, lambat lagi.
tapi kawan aku pernah tetiba cakap kat aku "awak kena kahwin cepat"....... ok.
pada aku kahwin cepat is awesome. terutama untuk orang yang tak berapa nak social sangat, macam aku. takde sangat istilah "kita enjoy dulu!", dah jadi anak dara duk umah je. keluar pun dengan kawan-kawan rapat. kahwin pun boleh enjoy what? enjoy ngan suami, lagi terbaik. forever alone together.
study? kan lagi semangat nak study sama-sama, ada orang kejutkan kalau kaki tidur macam aku ni, support each other. takde dah peristiwa mengusha orang yang diminati. study focus, iman pun terjaga. tanggungjawab isteri semua tu? boleh tunggu. ramai je orang yang dah kahwin tapi duduk asing sementara study, duit mak bapak boleh tolong hulur asalkan saling meredhai, dah grad, kerja, barulah hidup sama-sama.
personally, aku takleh bayangkan ada orang nak kahwin ngan aku. hahaha. tapi kalau dah jodoh, terimalah saya seadanya. that's a wonderful thing about being fated together, Allah will put the love in our hearts, that's why despite the flaws and faults, we'll accept each other :')
aku dengan budak-budak kelas, antara topik biasa kitorang ialah kahwin. kawan aku cakap yang dia sejak dulu rasa kahwin ni best, tapi orang lain tak cakap pasal kahwin so dia pun diam jelah, tertanya-tanya "aku normal tak excited sangat ni?" hahaha takleh blah k. bila dia cakap camtu, aku pun angguk-angguk setuju.
dulu nak cakap pasal kahwin taboo sangat, nanti orang kata miang. tapi bila masuk form 5 kebanyakan budak pompuan dah mula open pasal ni. semua teruja bayangkan situasi.
what you need to know about girls is we're excited to get married bukan sebab kitorang gatal atau sangap sangat. we're not boys with biological difficulties to... er, control their desire to get married.
we love the idea of marriage because we love the idea of a halal relationship, when we can watch movies late at night together cuddling on a sofa, go to a supermarket with the husband pushing a trolly and the wife checking on household items, clean and decorate our home together, the wife cooks and the husband helps in the kitchen, bring the husband to relatives' houses during raya, introduce the husband to old friends at a reunion, you know, that kind of fairytale-ever-ever-after-happy-ending-together life.
we love the idea of marriage because we love the idea of a halal relationship, when we can watch movies late at night together cuddling on a sofa, go to a supermarket with the husband pushing a trolly and the wife checking on household items, clean and decorate our home together, the wife cooks and the husband helps in the kitchen, bring the husband to relatives' houses during raya, introduce the husband to old friends at a reunion, you know, that kind of fairytale-ever-ever-after-happy-ending-together life.
OK IT IS UNREALISTIC. no need to remind us about all the divorces these days, not accepted by the in laws, being cheated on, the sparks vanish after a few years, unaccepted attitudes or habits of the spouse, abuse, violence and all that craps. we know. but there's nothing wrong to dream and hope for the best, right?
kitorang mungkin jugak teruja pasal kahwin ni sebab kitorang bukan jenis yang terbawak-bawak sangat sebelum kahwin... faham? so kalau nak merasa tu semua, kena kahwin dululah. bila, Allah je tau. jadi takyah risau, there's someone for everyone. tapi kalau lagi 10 tahun takda tanda there's someone for you, bolehlah mula cari dating site mana nak masuk, hantar gambar masuk majalah Mangga ke dengan caption "yang kesunyian, perlukan teman".
someday. Insyaallah. all we have to do is wait. Believe in Him, and you shall believe in fate :)








9 Saman Rel:
its so true babe :)
tapi ramai mak bapak yang tak setuju pasal bende ni. takot nnti takleh nak carry ngn pelajaran kate nye.
tapi, kate ustazah aku, kat arab tu ramai je yang kahwin time blaja. siap kendong anak lagi time nak exam. sometimes, aku rase bile dah kahwin time study ni lebih bagus sbb u know, we realize tanggungjawab kite rite? I mean, nikah after high school. :)
but, in Malaysia we dont really practice it. I dont know why. maybe because kite kat Malaysia ni dah terbiase ngn bende sanding etc. actually its not a need at all.
yeah, I agreed with you. all of the content. but, u know, to change a tradition or we called it warisan zaman berzaman mmg susah. I hope someday the olders including my mum and dad understand it.
one more riwayah said that;
Jabir bin Abdillah r.a. menyatakan Rasulullah bersabda: “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku’.” (HR. Ibnu ‘Addi)
really nice entry. Keep it up. :)
haah, memang kadang-kadang mak bapak tak kasi pun sebab munasabah jugak, dorang tau anak tak berapa reti jaga diri sendiri, jaga study, camne nak kahwin kan.
tulah, bila google baca pengalaman orang, nasihat orang agama semua, dorang kata mostly orang yang dah kahwin memang excel dalam study. nak buktikan kahwin tu bukan pilihan yg salah, and sebab bertambah tanggungjawab so kena belajar betul2, ada duit nak kena cari semua :)
kaaan? kat malaysia ni mulalah nanti orang cakap-cakap. takkan nak biar anak nikah camtu je, takde sanding semua? itula yang makin menyusahkan orang nak kahwin. yes it has become a tradition for a long time, so entahlah, keadaan maybe takkan berubah. hopefully it will laa.
awww that hadis! :')
thank you!
very very true, especially part yang orang zaman sekarang tau couple je, tapi bab kahwin nak hold on. i never understood that.
senyum je kita baca post ni :)
hahaa senyum apa makna tuuuu
haha ama,ppl nvr understand,ppl will nvr undrstnd i guess.prmpuan mana taknak kawin awal.well for me,nak sgt doh.prmpuan pegi kelab je kot yg taknak.the idea of marriage is just beautiful kan.getting married early bkn sbb gatal,but to feel true love frm a person.mmg org blh pk mcm2,tp they will nvr understand how it feels like to be the one for a guy,the one maaannnnn
info tentang kahwin - Permata Yang Hilang - Panduan Hubungan Suami Isteri Melayu Islam
amaaa.video tu comel gler okehh. aku mula2 bajet tough lah kan taknak menangis,tp tak blh tahan kut. sumpah dorang sweet glerr!jeless i tau.hihi doakan aku jumpa jodoh cepat2 tau.hikhik *gedikk :D
Aizureen - kaaan? pompuan yang taknak is pompuan yang terlalu bebas dan liberal. bebas nak enjoy, liberal nak hidup modern dan bekerjaya. yes, so beautiful. who doesn't want to experience true love which is blessed by Allah? who doesn't want to be loved by the one? kan?
Murnie - air mata wanitamu takleh deny kecomelan video ini kan? eh bukan kau taknak kahwin cepat ke? hamboiii~ ok aku doakan ^_^
kita sgt setujuuuu Ama! selalu jugak fikir2 psl bnd ni. seronok. we can spend every single day with our husbands. crte sgle bndee kan? haih, xsabooo. ya Allah, permudahknlah jodoh ku :)
Post a Comment