Sunday, December 18, 2011

Lepas SPM? Kahwinla Apa Lagi

Assalamualaikum! sejak baru-baru ni ada soalan yang selalu singgah kat telinga aku.

tak, tak. bukan soalan "dah habis SPM ni dah boleh kahwin kan?", ish makcik, malu saya dibuatnya. apa tanya soalan macam tu. hikhik. emm, kenapa, makcik ada anak lelaki bujang ke?


tak. bukan itu.


soalan yang ditanya ialah "lepas SPM ni buat apa?"

seriously? kenapa nak tau aku buat apa? kenapa semua orang berminat dengan apa yang aku buat? kenapa masa lapang dan aktivitiku menjadi pertanyaan masyarakat? okay fine, aku akan blog pasal apa plan aku lepas SPM. 

sesiapa lagi tanya akan dijeling dengan panahan mata yang tajam beserta soalan "DID YOU NOT READ MY BLOG?"


PLAN SAYA SELEPAS SPM :


1. MEMBACA NOVEL

WHAT? NOVEL? ASAL LAME GILA KAU? i am not lame okay. membaca itu amalan mulia, daaa. plus, dah lama aku tak baca novel tau tak? sebab bila aku baca novel, dunia sekeliling aku hilang. aku tak buat apa-apa selain menghadap dunia baru tu sampai aku tau ending dia. ini sangat tak beretika dilakukan ketika di tingkatan 5. sudahnya, satu kerja pun tak siap. jadi aku terpaksa berpuasa, faham?




sekarang aku baru berjinak dengan karya Hlovate. WHAT? BARU BACA? ASAL LAME GILA KAU? okay, kali ni aku memang lame. sebelum ni aku tak minat langsung novel melayu, sebab kebanyakannya terlampau jiwang, geli, berjela dan basi. maaflah, just not my cup of tea. tapi aku sanggup beli novel melayu for the first time in my life sebab orang kata Hlovate best. lain daripada lain




seriously, best. tak jiwang tahap meremang bulu kaki, tapi comel tahap buat aku berguling-guling mata berair. besar kesannya tu.



2. MENULIS NOVEL

aku dah berangan nak tulis novel since kecik sebenarnya. sebab dulu aku macam bermasalah and aku sangat berahsia. aku akan tulis buku pasal diri sendiri, sebagai cara luahkan perasaan tanpa minta simpati.





aku nak tulis novel lagi lepas aku habis darjah 6, cerita pasal budak-budak kecik yang ada drama orang besar. serious, aku dengan geng aku dulu, kami bukan budak sekolah rendah yang tak bersalah.

pastu aku nak tulis novel pasal MRSM, ceritakan segala yang terbuku di hati, apa yang aku tak cerita dekat orang. hidup setahun kat asrama memang banyak kenangan pahit  manis. aku nak kongsi.

form 2, aku mula dapat idea untuk tulis bukan pasal aku, tapi pasal watak yang ada kaitan dengan hidup, pemikiran, prinsip, personal issues aku. aku mula serius nak publish novel satu hari nanti. form 4, aku mula develop idea satu-satu. sambung, tak biar tergantung. form 5, makin banyak idea untuk novel lain muncul. idea menggelegak masa nak SPM pun, aku terus draft dalam phone. eh banyak sebablah kenapa aku nak menulis, kita kupas persoalan ini dalam post lain ye.


sekarang masa dah ada, aku taknak tunggu lagi. i want this dream to come true.



3. BELAJAR DRIVE

dulu aku sangat excited nak ambik lesen. because i'm not a public transport person. tanpa teman, aku terumbang ambing di jalanan. teksi boleh lagi sorang. tapi lrt, wa cuak k. so aku ialah contoh manusia yang kena ada kenderaan sendiri kalau nak hidup sejahtera.

cuma sekarang ni aku malas lah pulak nak kena belajar ambik test segala. takpe, hidup masih panjang. kalau tak panjang pun, tak perlu lesen kereta untuk kita seberang ke sana.



4. BELAJAR MASAK



memasak ialah tanggungjawab seorang perempuan terhadap dirinya dan keluarganya. tak molek jika anak dara tau makan fast food je. terasa. tak molek kalau mak mentua tengok kita siang ikan sampai hancur macam belacan. ternganga. tak molek juga bagi laki kita makan air tangan orang gaji, kang dia pasang dua. merana.

mak aku sangat tekankan hal ni. dia takkan biarkan satu-satunya anak perempuan dia tak mewarisi kebolehan memasak dia yang mengalahkan peserta Masterchef. jadi saya akan makin gemuk sekarang. sebab kalau saya masak tak sedap, saya kena makan semuanya. tapi orang tak paksa pun saya akan makan jugak semua, sebab makanan itu nikmat daripada syurgaaaaa.



5. TETAPKAN CITA-CITA

last but not least, in fact, the most important aim untuk dicapai, kalau tak hidup akan terkapai-kapai. masa kecik, aku nak kerja yang ada class je, yang famous, yang semua orang suka, kerja yang bila Nyonya Mansur tanya " Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?", aku boleh cakap dengan bangga "Saya bukan Kassim Selamat! tapi saya, saya lah lawyer! saya juga majistret!"




tapi makin lama, aku makin sedar yang passion comes first. takde guna kerja nak gempak je, nak professional je, tapi hati tak rela. itulah mulanya saat aku dihimpit dilemma ini. aku tau aku nak jadi apa, tapi aku tak pasti. aku mula keliru, walaupun kalau ikutkan hati, aku kerja je apa aku mahu.


walaupun aku dah tau minat aku, kekuatan aku, tapi aku still buat research untuk pilih the right course and career. harap-harap beberapa bulan ni cukuplah, sebab aku taknak lagi buat pilihan yang salah.





so, aku akan blog pasal course and career, untuk tolong kita semua yang masih confuse and clueless. kalau nak tau lebih lagi, silalah berkunjung ke blog Keretapi!



geli je buat promosi.



4 comments:

Norain Ishak said...

dah habis spmmm?alhamdulillah. moga dapat result gempak!

oh kalau novel hlovate, dah pernah baca tak karya dia contengan jalanan? kalau belum, sila beli novel itu and baca yang tu dulu. itu sangat best, dan itulah novel hlovate yg paling akan bagi kesan kat dalam hati.


oh awak pun minat menulis ke?sama lah. tapi skang ni takde idea nak menulis. hehs.


belajar memasak?hehe.itu takde pun dalam list akak masa habis spm.dah sampai kat bumi org, baru la belajar masak sket2.

anyway, selamat manfaatkan masa lapang! ;)

WANI said...

novel Hlovate semua best. tp kalau nak yg islamic & memberi motivasi (pardon my skema-ness), contengan jalanan & versus.

selamat bercuti! kalau kerja pun syok jugak, dpt gaji ;)

Nadia Sabrina said...

Kak Amaaa yang comel lagi ayuuu!:D

Tahniah dah habis SPM!(:

Hehe, sori sgtsgt lmbt.:(

InsyaALLAH, AMIN, Akak dpat 10 A+.;D

Good luck Akk fot driving tests and segala-galanya lah.:D

All the best!:')

Keretapi said...

norain ishak - insyaallah amin, tang result tu. gerun memikirkannye. oh novel dia yang tu pun ramai rekomen! mesti best gila kaaan? maybe will try it soon, thank you!


wani - ohh, thanks for the recommendations! masuk list masuk list, hehe. kerja tu, emmm. tengok dulu la kot :D


nadia sabrina - alaah, tak salah lambat punnn, don't worry. insyaallah, amin amin amin. thanks! oh ye, PMR camne? hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails