Tuesday, December 4, 2012

Last Two Years of High School - AB Recap ;)

Dah setahun dah aku habis sekolah... ok setahun 3 hari. sebab paper last SPM last year ialah Biology paper 3, 30.11.11. ingat lagi masa pengawas peperiksaan kasi kata-kata akhir sebelum kertas dikutip. betul tak betul, lantaklah. semua dah redha, sebab bila aku pusing belakang je, tengok semua pandang depan. aku sengih kat dorang. dorang sengih kat aku. pengawas peperiksaan kata ini kertas terakhir kamu... kamu dah usaha... sekarang tawakal je... semoga berjaya. banyak lagi la dia kata. yang buat hati aku dub dab dub dab, mata berair. lega, teruja, tak sangka, emosi. this is it everybody.

MERDEKAAA!

ok. tujuan post ni sebenarnya nak mengenang kembali saat bersama AB Family. wuwuw. mesti korang pelik kan buang tebiat apakah ini tetiba dah setahun kemudian baru nak bercerita. sekati ahh, dah sekarang baru aku tak malas bersedia. heh.



i just love reading the comments on the one i uploaded on fesbuk, such sweet gestures. i even got some private messages from you guys talking about the video, the moments and all personally :')


first time buat video. ingatkan senang, rupanya ambik masa jugak. nak susun gambar bagi kena dengan lirik biar bermakna, tukar ikut rentak, cut sini sana masukkan clip sesikit, edit ini edit itu. dengan beribu gambar dak-dak AB ni lagi, biasalah camwhoresss haha. but i made it with love, so i didn't mind doing it. there are a few things which i don't mind losing sleep over for, and this is one of it.




i also spent some days and even a sleepless night editing our class section for school magazine. and i did it a week before SPM, mind you. sebab banyak change of plan and my old computer time tu jugaklah nak buat hal bagai, aku edit sikit crash, aku move sikit crash, memang ada yang nak kena crash bebetul ni. tp bila akhirnya siap, aku cium "thanks honey," haha. pagi sebelum paper sejarah, cikgu panggil aku. ingat pasai paa. rupanya cikgu mintak copy untuk class section tu, nak hantar cecepat kat printing company lolol.

ok, based on this video, let's visit the memory lane one by one.... yeah it's gonna be very long indeed.


But how do you thank someoneWho has taken youFrom crayons to perfume?Oh, it isn't easy but I'll try


Maisarah

from crayons to perfume, to wedding dress to diapers, to our own diapers insyaallah. this post.


The time has comeFor closing books and longLast looks must end

Last day of high school. 

11.11.11. very special date. very special day.




i remember how the sky was crying along with us. i remember how our faces were wet, our eyes were swollen and red. we just sat in the class, in silence. each in our own head. remembering the times when it felt like we had 5 more years to endure when we just stepped on the school ground for the first time. remembering the times when it felt like we had 2 more years to suffer before we could finally be free.

i remember how i thought, while recording a mental video of the class and taking mental pictures of you guys, that i loathed this school when i was in form 1. never in my right mind then that i would spend 5 years here. but then there i was, on my last day at SMKLK. it all worked out perfectly in the end.



remember when Fuzz was sobbing while eating Murni's legendary cake batik for the last time and we just laughed at her with our own tears?



remember when i caught Murni crying and she said "aku tak suka la macam niii"?



remember when Syuhada and the gang cried first and i started crying as well looking at them so i just pretended to capture some random stuffs?




the unedited version


i remember how everyone was so busy recording farewells and capturing memories.




in the exam hall when we were preparing our desk and everything

and guess what i found when i was stalking myself for pictures


nampak tak aku buku-buku yang aku pegang tu? haa tu semua tinggal bawah meja. memang taklah aku nak bawak beg berat setiap hari. dulu aku bawak balik buku kalau ada homework je, lain semua tinggal. tu pun banyak lagi yang dah bawak balik sebenarnya. haritu bawak beg galas pun sebab nak isi buku, kalau tak memang bawak beg yang gantung kat satu bahu tah apa nama dia, ala stok Maggie T tu. lagipun hari terakhir sekolah kan, nak merasa jadi budak sekolah pakai beg galas for the last time :')

anyway, the comments are what so priceless

  • You and Aizureen Talib like this.
  • Ama LOL DIENA
  • Ai HAHAHAHAHHAHAHAHHAHH mcm pervert je diena dkt belakang tu.jap nak tag
    January 26 at 1:52am · Unlike · 1
  • Ama kte dah taglaaa, faten tak approve lagi
  • Ai hahahaha tgk mata diena,serious buat kt gelak tgk,dgn muka kt mcm nak kena pijak hahahaha
  • Ama awakkkk dsfbluf kte tgh gelak gila2 skrgggg
  • Ama gosh i cant stoppppp
  • Ai hahahahahah KAAAANNNNNNN mata die tu,hahahaahha mcm malu tp mcm nak masuk skali hahahahah
  • Ama "eh eh dorg tgh ambik gambar ke agaknye nampak tak aku ni sempat tak nak masuk lagi eh eh DAH TEKAN?!"
    January 26 at 1:59am · Like · 1
  • Ai AHHAHHAHAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHAHAA
  • Ai masuk sikit,mcm malu kan tapi dlm hati nak ambik jgk tu hahahhaa diena HAHHAHAHAHA
  • Ama hahahah wth kalau crop gambar awak ngn mata diena tu tampal kat bilik mmg ceria hari2 hidup kte penuh gelak tawa
  • Ai HAHAHAHAHHA tau takpa.maaannn,agak creepy tapi ble tgk muka diena tu HAHAHHAHAHAHA
  • Ama seksi matanya. mcm pakai purdah hahaha
  • Ai haahahahahhahahahahah seriously mata die mcm nak tau sesuatu hahaha
  • Ama megod awak jgn buat kte gelak lagiii hahaha mata dia penuh kuriositiii
  • Ai hahahaah kaaannn?mcm 'tgh ambik gamba ke.nak masuk,ke taknak.ke nak' tertinggal mata sebelah ahhaahhaha
  • Ama hahahah satu je berjaya interframe hahahah
    January 26 at 2:41am · Like · 1
  • Ai tak sempat nak sembunyi blkng kita lagi satu mata tu hahhha
    January 26 at 2:51am · Unlike · 1
  • Faten haha...beria nye korg gelakkan diena...x baek...haha. tp mmg klakar la gamba diean..nape kt x prsan sblum ni??hahahahaha
  • Ai Diena,gamba ni hahahhahahahahhaha
  • Diena Wtfuuuuuush. Hahahahahhaha bongok
    January 26 at 9:13pm · Unlike · 2



HAHAHHA WINDUNYE TITEWW TAT TOWANGGG SOBS



Goodbye 5 AB 2011 :')


And as I leave, I know thatI am leaving my best friend

Diena

i just met you, and this is crazy, we just clicked, so i love you maybe? har har. i think i'm gonna need a whole different post to talk about you. sila terharu. but i don't know when i'll do it, when i'm not too lazy maybe? har har you know me.


A friend who taught me right from wrongAnd weak from strong that's a lot to learn

Aijugheen

i miss you, no matter how you always cause some tears in my eyes. cos i'm just too empathetic liddat. here.


I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track



This is Life


remember when we hung out all the time last year and early this year?


it has only been one year. but since we all have headed down our separate paths, it has been hard to catch up with one another without using up all our credits, to meet with all of us being together in the same picture. but it doesn't matter, as long as in our hearts we know we're still friends, regardless of whatever.

right?


Stay at home talking on the telephone
And we would get so excited and we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair


Fuzz



kita ingat lagi awak selalu call kita dulu. cakap pasal tah pape je. gossip, emo, luahan perasaan, masalah remaja lol, berangan, pasal study, pape je lah. kita pun layan je awak haha. tetiba awak call or text kita paranoid pasal peksa, sampai kita pulak yang stress kalau tak rilek je selamba haha. kita pun tolong awak tenangkan diri, kata pendengar yang baik psychologist-to-be en en lolol.

awak open je dengan kita. awak bagitau kita bila awak jeles, tah pape fuzz jeles sebab markah exam laa, jeles sebab adam laa HAHAH TU TAKLEH BLAH. tapi awak bagitau kita semua tu, kita rasa lega sebab awak tak pendam, cakap belakang sume. cerita dengan awak pun best sebab awak semangat sangat. kkalau satu cerita tu takleh tahan lagi ke-asdfghjkl-nya, awak speechless tak kata apa-apa, tangan gerak-gerak siap pegang kepala lagi hahahha. pastu kita dua cam "omg 3x", "tau takpe!" sume. rindunyaaa.




awak baik. memula masa tak biasa, memanglah rasa awak ni annoying sikit hahah. begitu semangat dalam segalanya, study, makan, semualah. awak macam naif, eh, em, naif yang innocent tu bukan naif lain LOLOL. kalau awak buat salah ke apa, kita rasa bukan niat awak. awak mungkin tak sedar pun apa awak buat tu salah. tapi awak baik. awak boleh kecoh cerita pasal awak, tapi awak boleh diam dengar cerita kita. awak cuba memahami dan menjiwaila haha. awak faham cara kita (cara study, cara berkawan, etc) and awak percaya kita dengan cerita awak. thanks faz :')


Ecah




yes, who knew i was not that geek people thought i was right? itulah, tak kenal maka tak cinta hua hua. and who knew, we would be that close to know how we both really were right? amazing indeed :)

probably because you're the one whom i spent every recess with every day. well, minus those many, many days bila aku ponteng almost setiap minggu lalala you never even ponteng a day! i was being a bit unfair there, kesian kau bila aku takde kena keseorangan atau ikut orang turun pergi kantin yang kecoh and kecah tu. hoho. to avoid awkward silences at the first stage of friendship we shared things with each other, even secrets later. wink wink. dagu.. anak cikgu.. sepupu.. YG.. BG.. all in the name of friendship, eh? hahah.




those days of telling each other about youtube videos and fangirling over songs... thanks for it all. remember when i said something to you about Someone Like You? and you wish me to find my own The Guy Who Can't Be Moved? those days.

remember when i was worried about something? about how they hated someone who seemed so arrogant i was afraid if i was being arrogant too unconsciously or even if i was not, they still hated me secretly anyway? you said, without hesitance, without doubt, without trying to be nice or whatever, that i would never be like that, never. "kau takkan jadi macam tu punya." for those reassuring words, thanks, cah.

oh and, sometimes. we need not friends who spare our feelings, but friends who give us a wake-up slap on the face to make us realize what an idiot we were for doing something so foolish. they help us to see we should know better. kata-kata pedas kau... pergh. you are that friend to me. thank you :')


Remember the conflicts, dramas, gossips, laughter, and tears?

drama.... pergh. dengan cikgu, dengan budak-budak.. tapi tu jugak yang menyatukan kita. bila kita kena berkumpul sesama satu kelas berbincang. censored censored. tapi kita semua ingat kan? emo... cuak... takut... sakit hati... dibenci... tah apa salah kita tah.

apa aku suka pasal AB Family ialah kita tak tunjuk pun yang kita konon one big happy family in class. we acknowledge the different cliques, we didn't pretend to be all united, but whenever necessary, we could be easily. kita tak tunjuk yang konon kita gempak, padahal cakap belakang bagai, tak. kita memang berbeza semua, tak perlu fake jadi mesra, tapi kita takde saling mengata. kot. kan? we kept it real braaah.




kita kawan je dengan semua. takde istilah dak-dak bio di sini yang membezakan kita dengan yang lain. jika ada yang rasa terbeza, minta maaflah tapi itu bukan salah kitorang. teringat Faiz :') baik budaknya. kenang budi pulak tu. sampai sekarang panggil aku cikgu, padahal aku bukan ajar apa sangat pun. yang selalu ajar dia tu lagilah, dah tahap tok guru kot hahah. kesungguhan dia nak belajar and kawan ngan kita, memang respect ah.

tetiba teringat masa aku kena chicken pox dulu! haha siot gila bila satu kelas membincangkan parut kat muka aku dan cara-cara menghilangkannya. dah jadi topik sekelas dah. tak sah sehari korang tak tegur en, sabar jelah. nasib baik sekarang dah takde, kalau tak setiap kali tengok cermin aku teringat petua-petua korang. dahlah dak-dak bio yang menyebarkan chicken pox epidemic  bermula dengan Iman, pastu aku, Fuzz dan disudahi dengan Peqah. macam-macam.


AB Family

ahhhh the photoshoot! untuk school magazine. terima kasih semua orang sebab buat komitmen yang susah nak dapat, semua stayback, semua bawak apa yang perlu, semua main peranan, semua cool cilek gila ah. thanks for cooperating with our crazy ideas yu guiseeee :'D

dah setahun lebih baru kau nak buat post ucapan terima kasih? eh sekati aku laaaah!


jeng jeng jeng




AWWWW HAHAHA AWWWWW


ceritanya bermula apabila kitorang semua dibahagikan kepada beberapa family dan setiap family yang ada seorang suami, seorang isteri dan dua, tiga orang anak perempuan mempunyai tema memasing. adam ni macam tau pulak kan aku mahu tapi malu, bila orang tanya dia nak siapa jadi bini dia, dia nak aku weyy AKU AHAHAHHA OK LEK AMA LEK. well it's a general knowledge kot that he was my first crush. haruslah aku teruja haha i so winnnn

tapi aku takdelah gelak gedik camni, aku lek je, cool. padahal dalam hati tiada siapa yang tahu. the 10-year-old girl in me was blushing like a tomato and jumping to the moon with excitement ya nooo. tapi aku segan nak beraksi bagai. memandangkan photographernya Aijugheen, saje je suruh kitorang bermesra depan kamera. awkward gila. dahlah tahap kemesraan pulak overrr. mengada awak ni tau Ai *pssst thanks memahami rakanmu yang malu-malu kucing ni* lolololol

penangan Adam haritu sampai Fuzz siap menangis jeles, eh Fuzz? Alolo rasa bersalah pulak kita :( padahal orang tu time tu dah ada pakwe awww haha nak jugak first crushku itu jadi crushmu. dak-dak perempuan lain pun dah mengipas-ngipas tangan. bila aku malu nak beraksi lalu dorang offer diri dorang ganti aku jadi 'isteri' adam, terus aku pun kfine meh camera baktang hahaha 

tapi sirius lah Dam. kau hensem gila hari tu. budak perempuan kelas jeles ngan aku. tapi apakah tahap blur engkau bila kitorang kata "Adam, tolonglah, tolonglah jangan buat camtu, jangan tolong" kau membalas "apa weh? kenapa?" pffft. jangan pakai macam tu lagi ok, ok? exploded ovaries everywhereee




sehari pun jadilah kan :"""")


ok sejak bila post ni jadi kisah Adam dan Ama hahaha. baiklah. berikut adalah keluarga lain. keluarga aku, kalau korang tak perasan lagi, temanya ialah ala-ala loaded gituwww



Rock Band Family


Geng Surau Family


Ala-Ala Kampung Family


Baywatch Family HAHA


MCR Fandom Family


behind the scene




and hundreds and hundreds of memories captured in pictures

Running while holding hands with each other

bila sukan tara, kita biar kelas lain buat dulu. kita last-last. sebab kebanyakan daripada kita bukanlah dilahirkan untuk jadi atlit, oleh itu kita berpakat untuk jalan, i repeat, JALAN bersama-sama berpegangan tangan atas trek. serius takleh blah. nampaklah setiakawan di situ.

tapi macam biasalah, bila dah 3..2...1... prettttt nak taknak mesti terlari jugak. akulah tu hahaha. bukan lupa kawan ke apa tapi sebab aku tengok semua orang lari, aku larilah jugak. tetiba terlaju, terkedepan pulak. lalu aku pandang belakang tengok orang lain, tunggu dorang kemudian lari sama-sama pegang tangan. comel tak kitowang hehe. tapi comel lagi Mai yang lari berapa tapak je, berhenti kemudian pusing jalan patah balik haha you didn't try at all maaaaaiiii!





masa Larian Serentak 1Malaysia, lagilah. kita antara yang terakhir kat belakang. bukan sebab belum pape dah pancit, tapi sebab taknak mencuba pun so satu kelas jalan je sembang hahaha apa nak jadi ni gurlzzzzz. aku dengan beberapa orang adalah lari sikit, sebab nak cepat sampai tak sanggup kot jalan slow-slow camtu lagi penat rasanya. cikgu yang tengok pun penat. menang tanpa tandingla kitorang.



dahlah sampai lambat, duduk tengah-tengah jalan pulak tu sebab penat sangat



Going to McD after every test and exam

dah macam ritual. macam sambutan setiap kali ujian. walaupun penat-penat panas-panas jalan sume tapi berbaloi bila dapat jalan reramai, gabung meja, makan reramai, buat cam mekdi sendiri. ingat lagi, Fafai ajar makan fries dengan ice-cream haha apakah ituuuu. tapi bila try, boleh tahan jugak rupanya resepi dia ni.









eh masa orang tengah boikot pulaklah tetiba Keretapi nak buat iklan mekdi kat sini en, maaf maaf


Watching movies, laughing out of context at ridiculous scenes and plots, laughing in unison

bila dak-dak AB pegi tengok wayang, tahulah anda bahawa pengalaman anda menonton kali itu tidak akan tenang. sebab kitorang akan duduk reramai satu row tengah-tengah buat kelompok sendiri, dan bukan dalam keadaan diam ye, bukan. kalau ada babak yang patutnya tak kelakar tapi cam mengarut atau lawa, kitorang akan gelak. walaupun cover tapi bapak mengganggu orang lain yang nak fokus sebenarnya hahaha kalau aku jadi orang lain tu memang aku dah baling botol dah kat budak-budak ni.

pastu kalau babak sedih, ok memang hampir semua diam mengsobsobkan diri. kalau ada kecelaruan, sorang akan tanya pastu sorang lagi terangkan. ingat panggung ni rumah ke apa hah?! tapi best doh hahah. ingat Nur Kasih? gelak gila-gila. ingat Ombak Rindu? pergi lepas hantar buku teks kat sekolah. nangis gila-gila lol.



we were being really inappropriate laughing like crazy when other people were feeling feeling hahaha



When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule

Alang-alang langgar peraturan, biar sampai ke bilik pengetua terus

this was our unintended motto. we broke the rule twice, and we got caught twice -_- apakah badi ini?! memang budak baik ke kami asal buat jahat sikit je terus kena tangkap tsk. padahal orang lain lompat pagar bagai tak kena pape pun tsk. ok setakat bawak fon semua tu biasalah, tapi kalini kes lain sikit.

citenya camni. dua-dua kali kitorang kena tangkap tu, sebab kitorang ponteng bacaan yassin yang setiap hari jumaat ada tu. wah jahil gila ke kemain nak buat jahat pun terus skip yassin. wuwu bukan camtu. camni dengarlaaa. eh bacalaaa. ok aku nak cerita kali kedua je, sebab yang ni best sikit.




pagi tu hujan lebat, jadi sebagai antara orang terawal yang datang sekolah, aku pegilah naik kelas terus dengan dorang yang datang awal jugak. nak lepak mana lagi kan. ingat takde yassin. sekali bila dah rilek, tetiba dengar orang mula baca. dalam kelas tu ada lebih daripada separuh budak perempuan, termasuklah pengawas DAN PENOLONG KETUA PENGAWAS. dahlah si pkp ni yang mastermind. sebab bila kitorang dah cuak "weh nak turun ke tak weh cepatlah!" si pkp dengan cool tutup pintu dan kata "takyahlah". jeng jeng jenggg. apakah yang menyebabkan beliau bertindak sedemikian?

mungkin sebab sebelum tu, bukan kitorang je yang ada dalam kelas. budak kelas lain pun menyorok jugak eleh camlah aku taktauu. tapi bila pengawas datang, semua keluar bajet memang nak turun surau, siap cakap kat kitorang "weh korang turunlah weh" hekelehhh wat lek sudaaah. kp datang. memang ada sedikit tension sebenarnya antara kp dan kami. jadi bila dia suruh aku turun, aku cam "aku taklehlah". dia cam "ye ke". aku cam "nak cek?" aku pun memang panas sikit ngan dia sebenarnya, sebab tu aku selamba je cakap camtu. then adalah babak berlaku antara pkp dengan kp. pkp ni memang dah lama pendam agaknya, sebab tu terus dia buat keputusan memberontak taknak turun surau, kunci pintu tutup tingkap semua dengan kitorang sekali terperangkap dalam tu hahaha.

kitorang duduk atas kerusi dengan senyap.... cuma beberapa orang mintak disenyapkan ke apa aku taktaulah. sorang pengawas bukak tingkap pandang surau kat bawah masa pengawas lain ada dekat bilik pengawas blok sebelah. pastu selamba badak air keluar kelas sebab nak gi toilet, aku ngan kawan aku time tu dah maki dah haha "wth wey! masuk la balik time nilah nak kencing segalaaa" pastu ada sorang seret kerusi. sorang lagi berjalan seret kaki. sorang lagi time tu lah nak buat add math selak-selak buku. kau tau tak dalam keadaan yang patut sunyi tu, bunyi macam tu  digandakan dua puluh lima kali lagi kuat?

ok. dengar yassin kat bawah dah habis. selamat. tak lama lagi naiklah dorang sume. fuh.

sekali ada ceramah lah pulak. ceramah untuk ramadhan rasanya. dem. kitorang salu salah pilih timing nak buat jahat. first time haritu masa nak exam. second time ni pulak masa nak bulan puasa. insaflaaah.




 inilah permulaan episod pelarian kitorang.

lama sikit, ingat situasi terkawal. tapi mula dengar bunyi tapak kaki.... omg terus turun daripada kerusi sembunyi bawah meja. dengar lagi.... omg terus semua merangkak pergi tepi dinding. cuba bayangkan sekarang keadaannya. pastu diam seketika... ok dorang dah blah kot, mungkin pengawas tu round je. fuhh... tetiba dengar pintu kelas sebelah dibuka OMG KORANG DIAM SEKARANG MELEKAT TEPI DINDING OMG OMG JANGAN GERAK JANGAN BERNAFASSSS. time tu semua cuak gila tau tak. ada sorang tu menyorok bawah kerusi sambil bukak buku tebal fizik aku dah cam MY GOD TAULAH RAJIN TAPI BOLEH TAK TANGGUH DULU TAK KENA MASA NAK STUDY LAAAAAH. stress aku dengan Ai duduk kat dinding sebelah-sebelah.

bila rasa selamat, kitorang bisik-bisik. kasi arahan kat orang lain suruh diam atau kitorang sembang sesama kitorang. kitorang cakap barulah faham perasaan Osama, Saddam sume jadi pelarian bila sembunyi camni. aku tak ekzejeret. cuak tahap cipan. aku cakap kalau aku jadi doranglah, memang tak hidup lama sebab dalam kelas ni ada yang baru berapa saat sembunyi dah kena tembak mati sebab takde survival skill langsung. ade ke time ni la nak kencing nak study nak bersin bagai. pastu kitorang gelak hahahaha.

tapi betul. kalau korang ada kat situ pun korang akan gelak sebab keadaan tu sendiri. semua melekat terduduk tepi dinding kiri kanan cam cicak beratur dah rupanya, dengan ada yang terperosok bawah mejalah apelah. adoi. pecah perut.

then dengar dorang jalan luar kelas kitorang..... tepi dinding sebelah aku..... dan..... dorang cuba bukak pintu kelas belakang yang berkunci dari dalam. omg time ni dah pejam mata dah tadah tangan berdoa ya Allah tolong tobaaaat betapa ironiknya di situ untuk orang yang ponteng yassin hahaha. pintu belakang  sebenarnya boleh je bukak daripada luar. tapi budak kelas kitorang je yang tau camne. dorang tolak, tarik. aku dah cam matimatimatimatimati. pastu dorang blah. eh? fuh.....

tetiba pintu tu terbukak! OMG. sekali Mai masuk. mai tadi awal-awal dah turun surau, alhamdulillah..... WTH MAI KENAPA YOU MASUK CUBA KALAU DORANG NAMPAK ASDFGHJKL semua cuak. "i nak ambik air je" wah ingat ngan muka innocent you tu boleh buat orang rilek ar?! last-last Mai kata baik kitorang kuar je. sebab pengawas-pengawas tu tau kita ada kat dalam. dorang cakap kalau cikgu naik, lagi takleh lari. baik kuar sekarang dan lari awal-awal. ujar Mai sirius.




tetiba siapa tah cakap, Ai ke sape tah "dahlah dalam kelas ni sekarang ada dak-dak top batch. awak, si Nad lagi, eh Nad dah keluar gi toilet tak balik-balik (HAHA), muni, farah sume lagi" pastu aku pun mengiyakan "haahlah weyyy kalau kena tangkap camne apa cikgu cakappp" terus aku sambung doa dan biarkan keputusan terletak di tangan pkp kita, Murnie haha.

tetiba pintu diketuk dengan begitu ganas sekali bagai digoncang taufan yang bernama.... Cikgu Tuuut. OMG. tapi time tu semua dah pasrah menyerah. KELUAR SEKARANG JUGAK SAYA TAU KAMU ADA DEKAT DALAM KELUAAAAAR. Murnie sebagai mastermind membuka pintu. habeh ah habeh ah mati mati demmit. bila keluar je sengsorang cikgu tampar kat belakang, tapi itu tak sesakitnya rasa bila beberapa orang dakwa mereka nampak muka puas hati kp yang berdiri di sebelah cikgu waktu tu.

kitorang pun beramai-ramai turun tangga dan boleh pulak nampak ada budak-budak laki intai dari celah toilet laki. siot. yang ni tak kena tangkap pulak?! memang korang aim kitorang jelah kan?! personal vendetta apakah ini?!




sampai surau. duduk kat luar sebab dalam pun dah penuh, memang tak dapat dengar. alang-alang, pergi belakang sekolah reramai melepaskan api kemarahan yang membara. teringat lagi kita gelak-gelak lepas geram sambil buat rancangan jahat. gelak-gelak jugak bila mereka yang melekat di dinding bertentangan mula buka cerita.

kat kelas aku, ada tingkap rongak tau. tingkap tu kat belah aku menyorok. jadi bila pengawas yang round tu jalan luar kelas aku, sebenarnya dah ada eye contact antara dia dengan budak yang duduk setentang dengan aku. hahahah tapi nak buat camne kan. sorang pengawas yang terlibat tu tinggi. dorang nampak dia (kot) raba-raba bahagian atas pintu kelas yang berjaring. pastu kitorang bayangkan (ok lupa ni bayangan atau betul-betul terjadi) yang kp, sebab tak setinggi itu, tarik kerusi dari kelas sebelah untuk berdiri atas kerusi tu dan intai kitorang di sebalik jaring tu hahahaha pastu kitorang bayangkan komen yang untuk burnkan dia nanti "tak sampai ye bang?", "sedap telan habuk bang?" lolololol kejam. maaf k, kp. kah.


masa rehat, kitorang rehat sekali dengan pengawas. ah kesah hape aku. alang-alang dah buat salah, memang mood aku time tu mood cari pasal. aku dengan Ai, Fuzz semua usha hot je kp dan tentera birunya. tapi senyum. mata macam nak bunuh orang tapi bibir manis je menguntum senyuman sweet tak. lalu sebelah dia senyum. duduk makan bertentangan, tak alihkan pandangan. pastu kitorang cakap ape tah, dalam nada perli. dia pun balas. dan aku pun balas sekali. tapi lupa apa.


awww memori. mohon ampun ye semua, pengawas terlibat dan kp. lalalalaaa



cikgu kelas kitorang ialah cikgu fizik kitorang. masa fizik kitorang cite kat dia pastu dia gelak je, cakap "hahaha padan muka korang," cool ennnn. tetiba puan pengetua ketuk pintu. ogodwaai. dengan penuh keibuan (ya pengetua kitorang paling motherly dan sweet dan baik dan lembut dan pemurah dan supportive dan memahami sila jeles) dia kata siapa yang tak turun baca yassin tadi, sila ikut dia ye.




kitorang pun ikutla.... sampai bilik pengetua homagosh. dia suruh tulis nama dalam buku rekod. aku dengan positifnya kata bukannya selalu pun nama ada dalam buku pengetua hua hua biarlah cipta sejarah sikit sebelum habis sekolah. kitorang tulis nama siap ada smiley bagai, tak silap aku last-last tulis kitorang mintak maaf kot. bebudak tu siap nak conteng 'bakal straight a' or something kat nama aku "janganlah woiiiiii!"

pengetua tanya, siapa mastermind ni? takde siapa mengaku atau menuding jari, tapi kami semua masing-masing took the responsibility. cakap takde sape, semua rela, salah kitorang semua. awww. nampak tak setiakawan kat situ? PADAHAL MUNI TAU KETUA KONSPIRASINYA HAHA. muni cakap memula dia nak ngaku, tapi dah semua orang took the blame dia pun senyap je la. yela, memang salah sendiri pun. takde sape paksa kau duduk dalam kelas tu. masing-masing dah besar kan. nampak kematangan di situ.

pastu ustaz siap masuk. ustaz ngan pengetua tanye kenapa kitorang buat camtu, sebab pelik. kelas AB, bukannya kelas lain nak buat perangai macam-macam. tak pernah terjadi. ade masalah ke ape. wah prihatinnyeee. pastu dorang cakap lagi, dorang kena jugak jumpa kitorang sebab budak lain yang kena tangkap tadi, kena rotan. pastu tanya "habis dak AB tu camne?" kan dah nampak sedikit pilih kasih di situ. tapi kitorang takdela kena rotan, sebab kata AB kan. boleh pikir sendiri. sebelum ni tak pernah buat pun, tetiba haritu gatal. camtu camtu je. pengetua pun paham, dia kata tetiba ye nak habis sekolah nak dekat SPM ni nak langgar peraturan. cool gila pengetua. love you muaaah.




The Biru Book

sejak sekolah rendah aku ada tradisi buat buku camni. masa darjah 6, masa form 3, wajiblah masa form 5 pun ada. tapi dah lumrah jadi aku, semua buat last minute. benda ni masa orang sibuk nak SPM lah aku sibuk suruh orang tulis. pulak tu taknak sehelai dua, mintak lima helai terus. amboi demand. tapi sebab dak-dak AB ni pun menyayangi aku sepertimana aku menyayangi mereka (haha jangan muntah) dorang pun tulis panjang-panjang, siap bermakna beremosi lagi. A+ saya kasi untuk persahabatan kita kayyy.


serba sedikit dari buku biru AB itu



awww Adam suka buat aku blushing sengsorang :3



syuhada, berjaya aku lembutkan gangster ini sampai menitis air matanya. muka biar ganas, tapi dalam hati ada taman. syuhada kawan aku sejak tadika, comel kan haha. macam-macam zaman aku dah tempuh, dialah saksi. dia ingat lagi pulak tu, siap tulis dalam buku ni kenangan sejak sekolah rendah awww.



this is Diena's. the first person who wrote in this book. kerana dirimu begitu berharga <3 p="p">



Murnie yang selalu jual mahal dengan aku bila aku bermanja akhirnya mengsweetkan dirinya :')



dan siapa lagi kalau bukan Peqah! banyak Peqah tulis dalam ni yang buat aku gelak macam ape tah, siap lukis bagai. orang lain yang baca pun gelak. Peqah punya sense of humour sangat awesome i tell ya. i love you Peqah, classmate for 5 years :')



AB House

ya Allah i miss this moment so much. sometimes i reread this post and restalk the pictures, just because :")



:""""")



Alhamdulillah. Alhamdulillah for good friends ya Allah. Alhamdullilah for good times. not that the bad ones didn't exist, but these moments and people made it all worth it and bearable :')


Will the past be a shadow that will follow us around?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly


i believe we can still stay friends even if we don't talk just as much as we used to, everyday about everything. we all know we have our own lives to live, but whenever we can, we will pick up our friendship just like how we leave it. nothing will be lost, nothing will change.


As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come whatever
We will still be
Friends Forever




insyaAllah :)








1 comment:

Shafiqah Omar said...

woahh ama :''') kita tak tau nak cakap apa, terharu sangat2. AWAK MALULAH HAHAHA DID I REALLY WRITE THAT DOWN YA ALLAH. Though form 4 and 5 were stressful years for me but having you guys around were a blessing. I miss all of you and I hope we will remain friends till jannah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails