Tuesday, December 25, 2012

Diri Sendiri Atau Daie

Aku sebenarnya banyak benda nak settle ni, almaklumlah sem baru dah nak mula.... lap air mata jap. tapi satu apa pun tak start lagi untuk sesi settle menyetel tersebut. cam biasa, tunggu last minute sampai emo rasa satu apa pun tak sempat buat dan tadaaa, dengan ajaibnya mesti settle punyalah. senyum puas hati si mata panda.

aku pun banyak benda nak blog jugak, siap ada mental list lagi. tapi cam biasa keretapi ni malas bergerak. kalini pasal apa yang dah lama bersarang di lubuk fikiranku. acewah. ini luahan hati ok, dan yang mungkin akan mengguris beberapa hati. untuk tu saya mintak maaf awal-awal (dan dan permohononan maaf terus bersaya-saya, sopannyewww). awal-awal jugak, aku cakap, it's not you, but it's me. acewah lagi.


tak ni bukan entri jiwang.



indeed, if you don't see the hikmah behind it


camne nak mula. ah ramble jelah.

aku... nak berubah. tapi...

ok surrender. takleh nak main ramble je. sebab ni, hal agama. isu peribadi. jadi takleh tackel sesuka hati. hmm. ok aku pernah cakap pasal ni;

"the environment here which is not too religious but still good enough for me so i won't be hit by culture shock with the intensity of tabligh and tarbiyah. i might even rebel well with me you can't really tell. but here it's just nice, it doesn't push you so you sorta pull yourself towards it. which is my cup of tea. the only problem is when you don't want to be identified as this and that, as human beings label each other all the time, so you'd prefer not to do something although you want to because you don't want people to have certain expectation of you as you're doing what the identified group of people do, get it? no? i don't want to be known as "budak ...." or "geng ...." because it will draw boundaries of what i can't do and place a burden of what i must do which is the point, a good one, actually, but i just want to be me. i do what i want. not because of who i am. or which group of people i belong to." - taken from heeeere


jadi itulah. takdelah masalah sangat pun tapi sesuatu yang berlegar di ruang hatiku acececewah.

aku nak berubah. tapi aku rasa takut nak mendekati orang-orang yang dah berubah sebab tahap mereka terlalu tinggi. aku nak jadi baik. cuma bukan macam tu. ah mengada. nampak sangat tak kuat. itulah masalahnya. bila nak, tapi taknak. taknak, tapi nak.




aku selalu baca camne dorang ni terlalu... alim? kebal? entertainment-allergic? lagha-proof? tujuan aku membaca, ya, sebab aku nak dekati mereka. kalau tak mereka pun, Dia. tapi bila aku baca aku sedar betapa kitorang... berbeza. that's the right word. dorang daie. daie yang terlalu menjaga diri. sedangkan aku? apa yang dorang jadikan allergy, yang tu aku buat hari-hari. down bai.

mungkin ada orang yang rasa camtu pasal aku. dorang rasa aku baik, bila kenal baru mengucap panjang hahaha. hand socks, feet socks, segala sock sock ni tak bermaksud apa-apa. cuma cuba jaga apa yang patut dijaga, tu je. mungkin dorang yang aku fikir baik belaka, pun rasa benda sama. yang dorang tak baik mana, takut nak dekati orang yang lagi tinggi tahap baiknya. yang lagi tinggi tahap baik pun camtu juga. takkan habis, selagi kita sedar siapa kita.




IM Asyraf yang comel dan ada lagi 3 kuota tu kata, nak berubah, kena plan. remember the story of a father, his son and a donkey? exactly. the solution is plan your journey. so when people talk or question you, just think you know your plan, He knows too. as long as there's a journey, insyaallah you'll get there. Sham Kamikaze pulak kata, nak berubah, ikut nabi. jangan ikut geng, pemikiran memana. jangan fikir orang. fikir Allah. "sebesar biji sawi, sebesar zarah kebaikan, Aku akan balas" Allah janji. oh dia kata lagi, muzik ni khilaf yang takkan habis sampai bebila. nak dengar? dengarlah. tapi buat ibadah wajib + sunat. ambik dunia jangan sampai lupa akhirat! lol k menggunakan nota ROS dengan sepenuhnya ni.



Ketika Cinta Bertasbih - Doa Taubat


aku nak dengar jugak. aku nak tau jugak. aku nak belajar jugak. selama ni baca kat internet, tengok kat tv, sendiri-sendiri je. tapi bila nak live, aku nak jadi invisible. aku tak nak orang nampak aku. sebab aku nak jadi diri aku, tapi versi baik. konflik dalaman betul.

aku baca status Aiman Azlan, pasal usrah kat Canada. best sebab ahli usrah macam-macam orang dengan macam-macam ragam. kaki bola, gamer, macam-macam ada. bukan semua sepesen je. tapi semua niat sama, nak jadi better. itu yang aku nak. tengok video Tomato, berair mata. tunggulah aku fly nanti kot lulz. 




aku tak suka komitmen. dan aku tak suka expectation.


"ayu nak join dorang ma... tapi ayu bukan cam dorang."

"kenapa pulak?"

"dorang lain sangat. bahasa lain. intonasi suara lain. pakaian lain. semua lain. nanti kalau ayu join, peliklaa. kenapa dia tak macam kita? jom tukar dia jadi macam kita! kalau dorang kata camtu, camne? ayu suka ayu camni, ayu selesa. cuma ayu nak jadi baik je."

"join jelah. kalau ayu ada, nanti budak lain macam ayu pun join sama. baru dorang tau kalau nak jadi baik, tak semestinya jadi camtu."


betul jugak cakap mak aku.

sebab aku pun, suka tengok orang macam aku, yang baik. atau orang baik, yang macam aku. baru aku rasa, oh dia pun manusia. dia pun sama. kalau dia boleh, kenapa tak aku? bukannya aku mencari kekurangan dalam diri seorang muslim, muslimah. cuma... entahlah. aku cari persamaan, agaknya.

ada seorang akak. hai kak, kalau akak baca. dah lama kenal akak ni, tapi tak pernah jumpa. thanks internet. dulu selalu saling jengah-menjengah blog, kengkadang chatting. sekarang memasing busy. tapi masih 'ziarah menziarahi'. akak ni nampak alim. memang alim. sekolah agama lagi. tapi bila kenal empunya diri, oh cool rupanya akak ni. dia selalu kata, orang yang dah kenal dia akan cakap tak sangka dia camni rupanya. ingatkan sekian sekian. dia mungkin rasa sebab tu dia kena baiki diri, tapi pada aku tu yang buat aku tak lari.




ada hadis, lupa perawi, tapi bunyi camni; "siapa yang ucap syahadah, dialah daie."

maka dengan itu, semua orang islam pun daie lah kan? tapi apa yang aku baca... buat aku rasa aku bukan je tak capai taraf nak bersama dengan daie, tapi nak jadi daie tu jauh sekali. sebab apa yang aku baca, takde istilah daie separuh masa. daie tak patut ini, daie takleh camtu. benda yang kita rasa biasa, tapi pada dorang berbisa. banyak pantang larang yang tak tercapai tahap ketakwaanku. ohhhh! secara tak langsung jadi daie ni nampak menakutkan tahu. padahal bukan ke itu amanah untuk kita?


ada dalil, lupa ayat mana (lol memang fail) bermakna "wahai orang beriman, janganlah cakap benda kamu tak buat." er lebih kurang lah, maksudnya dah dakwah, tolonglah buat. IM Asyraf kata lagi, ni ayat rahmat, bukan ancaman. bukan jangan dakwah kalau tak buat. sedangkan kalau sorang penzina tau kawan dia berzina, dia wajib tegur kawan dia kan? jadi dah alang-alang dakwah tu, dakwahkan diri kita sekali.

bila dakwah = jadi daie. bukan ke tu memang kerja kita? tu yang aku ingatkan diri sendiri. walaupun diri sendiri pun tunggang langgang. bila ingatkan orang, kita pun sedar diri. tapi apa yang aku baca pasal kriteria daie lah, peraturan pendakwah lah, apelah, itu yang buat aku rasa woah bagai langit dengan bumi!




mungkin daie yang dorang maksudkan ialah gelaran. bukan sekadar peranan. gelaran yang dibawa hanya oleh budak usrah, akak naqibah, ahli jemaah. setakat cam aku ni... dikecualikan kot har har leh tak.

tapi apa aku patut buat? takkan berhenti sebarkan walau sepotong ayat macam suruhan Nabi semata-mata sebab aku takde ciri-ciri yang dicari? aku cuba tak semakkan otak dengan hal ni. 

takpe, tak capai tahap mereka, takpe. kita cuba, cara kita. manalah tau, sampai jugak nanti.


cuma harap sempat lagi.








9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. its scary how your posts sometimes are exactly what i have what on my mind. lol. thumbs up (Y)

Keretapi said...

waalaikumussalam. it's nice to know i don't only speak for myself, but on behalf of others too :)

Syaza said...

Assalamualaikum,

Hi :D Lol. Okay, kali ni aku pulak bagi comment panjang kat kau ehh. Hikhik. Okay, we're going through the same phase. The same things. And we dislike the same thing.

Expectations.

Aku tak boleh nak ikut what people expect from me. Aku nak berubah sebab hati aku sendiri. Bukan sebab memenuhi expectations orang lain kat aku. Slowly, aku try berubah. Bit by bit. Bukan secara mendadak. Sebab aku takut aku tak mampu. Aku ikut apa yang aku rasa aku mampu. Yang aku boleh. Yang mana aku boleh tinggalkan, aku try bit by bit untuk stop. Yang lain, mungkin ambil baca, tapi aku tengah cuba.

Sakit bila ada orang paksa kita berubah, pastu kalau kita terkandas, orang tu cakap kita lemahlah semua. Bukannya nak bagi sokongan, tapi lagi mendownkan ada lahh.

I guess, in the back of my heart, ada wish macam ni, "Aku nak buktikan kt orang, meskipun aku macam ni, aku boleh je jadi baik. Orang yang baik tak semestinya kena tutup and jaga semuanya sampai langsung tak aktif or senyapkan diri. Orang baik tak semestinya duduk dengan group dyorang je. Orang biasa2 pun boleh je nak jadi baik."

Err. Tak tau apa yang aku mengarut ni sebenarnya. -.-'' *ketuk kepala kat dinding*

So. Emm. Jom jadi baik sesama :D Oh, and next sem kita kena see each other more often okay. Makan sesama. Lalala~

Keretapi said...

waalaikumussalam.

ohmygod syaza! finally! hahaha. seconded, seconded all the way. yes, baik slow asal istiqaman kan? at least gerak jugak. daripada tak gerak2. or pecut laju tp terkandas. i have that wish too you know! because i need to see it. i need to know it's possible. cam kau cakaplah. kita camni pun, boleh je jadi baik. tak semestinya kena jadi camtu kan, whatever camni and camtu mean. takpe tak ngarut pun *usapkan kepala kau ahahah

jom jom! insyaallah. we caaaaan! oh of cos, just doakan kelas aku tak pack sangat --"



Wijdan Hawani said...

@syaza also @keretapi

Entah le. Maybe you're surrounded by that kind of people so you pikir macam tu. While me, people arround me, mereka tutup dan jaga semua tapi aktif je, dan campur je dengan semua orang. Tapi apapun, batas tetap jaga.

Entah le. Yang hak itu hak, yang batil itu batil. Rasa apa yang kita buat tu tak menjauhkan diri daripada Allah, tak melanggar larangan Allah, so takpe, just go on dengan tu. Tu je kut rasanya. InsyaAllah, tak susah pun...

Still sekolah, maybe tak nampak lagi dunia sebenar, mungkin.

Keretapi said...

kadang kita yang takut nak campur ngan dorang, huhu. taktaulah how batas tetap jaga yg awak cakap tu sebab some of em, sangat jaga sampai mmg tak cakap langsung ngan opposite gender. which bout that i don't mind la. yang rasa susah sbb dorang benda cam dengar lagu, tengok tv, main game, tengok bola bagai pun tak buat... itulah. rasa cam takpe. asalkan sampai tak over. so taknak susahkan diri fikir pasal tu, or at least not yet. focus on what i can actually do and stop doing instead.

thanks :)


Anonymous said...

Relax la. Cuba try dekat dgn dorang, kenal dorang, gaul dgn dorang. Ingat Allah tak halang kita utk bergaul bersosial, ada je perempuan berniqab tengok bola dkt stadium. Pelik?? Tak sebab dia tak buat salah kalau dia jaga batas pergaulan tu. Dia just nk enjoy je.

Keretapi said...

ok i need to rephrase *sigh* bukan semua, sesetengah je, like everything else in the world. some of them are cool with it. but some of them see that as wrong.

Anonymous said...

saya tak faham apa yg disampaikan... maaf apakah dilema ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails