Friday, December 31, 2010

Teringat Mengingati New Zealand Lagi

walaupun semalam dah buat post pasal ni, tapi post hari ni nak tambah isi sikit. sebab aku lupa masukkan beberapa isi penting semalam, hesh.

ni dah jadi kaki pelupa pasal apa ni? banyak makan semut lah tu.

yek.



di sini saya sertakan beberapa lagi sebab yang membuatkan saya terkenang New Zealand jauh di sana jauh di mata tapi dekat di hati termimpi-mimpi what the.


1. Hari Jumaat

kat New Zealand, ada nasi bryiani tau. tulen hasil tangan orang Pakistan ke India tah, yang aku tau belah-belah sanalah, tempat asal nasi bryiani. nasi bryiani kita kan banyak lauk, ada ayam masak merah, daging hitam, itu ini buah buah tu apa nama tah.

tapi nasi bryiani yang aku makan kat NZ ni, cuma ada satu lauk je. pilih lah nak ayam ke, kambing ke, daging. lauk ni kering pulak tu, bukannya berkuah. so nasi bryiani ni nampak humble je, tak banyak aksesori. ceh.

tapi sedap diaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak terkata!


ni baru sedap betul namanya, nasi bryiani dia tu yang sedap sendiri tanpa bantuan pape! rasa dia kuat, makan nasi kosong pun dah umph dah.

tapi nasi ni ada setiap hari jumaat je, lepas solat jumaat.


kat New Zealand setiap jumaat makan nasi bryiani. portion besar gedabak boleh makan dua orang atau makan sampai malam.


tadi tengahari tak makan nasi bryiani pun.



sebab aku kat Malaysia, bukan New Zealand T__T



2. Tumblr

aku buat tumblr pertengahan tahun ni, tapi aku tak update sangat tumblr tu.

bila kat New Zealand, baru aku start hari-hari reblog, baru active ah. lepastu baru start ada followers. baru start orang tegur aku, puji tumblr aku. . . awh terharu. dalam sebulan setengah kat New Zealand, aku dah ada followers yang agak cepat berkembang.

sedih lah kan camni, setiap kali on Tumblr nak teringat New Zealand.



terima kasih New Zealand :')




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails