Sunday, December 5, 2010

Menghitamkan Diri di New Zealand

Aku tengah sangat menggigil sampai susah nak menaip. tapi aku gagahkan jua buat post ni. jadi baik korang hargai dan baca setiap perkataan dengan rasa terima kasih. eh rasa terima kasih lah aku kata, bukan rasa benci!

okay sama-sama.

ini post weekend lepas. apa? baru nak post sekarang?! baca je lah diam-diam.


Santa Parade



Muka gembira ini sebelum terpaksa berdiri 4 jam untuk tunggu dan tengok parade tu. hebat kan aku, dah boleh kira bersenam ni. yeay first time bersenam!

orang datang ramai gila bai. aku sampai satu jam setengah awal nak cop tempat pun dah penuh. paling tak cool, orang mata sepet (Cina Korea Jepun what's the difference?) yang lagi menonjol daripada orang putih. dah macam negara dorang. merata2 boleh nampak orang pelbagai bangsa yang bukan asal NZ pun tapi saje join dan menyesakkan jalan.

sama lah macam aku.

dahlah Islam pulak tu, lagi menyemak. konfem hot je orang sini yang betul2 nak menikmati krismas, apahal pulak budak pakai tudung ni halang pandangan aku.

budak pakai tudung ni tak pernah pergi parade okeh, kat Malaysia pun tak pernah gedik nak pergi jadi kasila peluang aku nak tangkap gambar sikit. hish bising betul *padahal orang putih sebelah aku senyum je, nampak sangat aku gaduh dengan diri sendiri*.

okay ini gambar!


do you see Dora in the picture? *10 saat berlalu* yeay, good job! *arrow click Dora*


bayangkan kalau The Simpsons memang hidup dalam dunia kita.


apa yang empat segi dan berlubang? boxer? jawapannya Spongebob Squarepants!


pisang pakai baju tidur yang menari, apa lagi hebat daripada itu?


gambar lain yang berlambak akan menemui anda di Facebook! kalau aku rajin upload la.



Ukelele what?



kepada sesiapa yang timbul tanda soal di kepalanya, ukelele ialah. . . aku pun taktahu nak describe dia sebagai apa selain guitar kecik. ye. guitar kecik okay semua orang. tapi cara main dia lain sikit, dan tak payah nak poyo sangat la macam main guitar.

ukelele kat NZ ni, kira kalau taktau main memang dah jatuh air muka la. walaupun ni konsert budak2 sekolah termasuk anak buah aku, tapi semua kakak abang, mak bapak, atok nenek mesti bawak ukelele masing2 so boleh join budak2 tu main dan menyanyi.

bila duduk atas rumput, pandang langit dan nyanyi lagu feel good macam Over The Rainbow dengan I'm Yours sambil goyang badan, memang rasa tenang gila.



tah-tah aku paras buku lali dia je, tak ke rendah diri aku jadinya.


bukan sekolah NZ je ada, tapi wakil dari negara lain (Aus, Brit) pun join jugak.


makcik ni cool je payung dia, ada orang siap pasang khemah camping lagi. tapi majoriti semua berjemur. kalau aku mengidam main salji, dorang memang teruja nampak matahari. pastu selamba je baring atas rumput. ada yang siap bukak baju tido kat situ.

ni yang best kalau summer ni. lalala.



mereka adik beradik. bapak Mauri mak omputeh. budak dua ekor ni lasak gila, jap berguling, jap bergusti, jap berkarate. kalau karate kau kena muka aku, aku curi kewarganegaraan kau, kau balikla Malaysia ambik SPM *tetiba dan tak relevan*.



LIKE A BOSS


kerja part time tidak berbayar aku kat sini ialah tangkap gambar anak omputeh sebab dorang ni comel gila. aku rasa macam nak sumbat dalam beg, bawak balik Malaysia.

walaupun kurus kering, pakai spek tebal, serabai, masih comel macam anak patung. aku sangat dengki. ni yang nak buat aku kahwin dengan omputeh ni en *tak sedar diri*



kalau tak nampak muka macam ni baru ada omputeh nak kat aku kot.




oh well, aku tak kesah kahwin tutup muka. hikhikhik.


4 comments:

Shafiqah Omar said...

bestnya ! tolongla amik peluang ni untuk menjelajah sebanyak mungkin ama oi.

mana boyfriend mauri yang awak nak perkenalkan tu - i'm waiting -.-

HAHA

Keretapi said...

takdelah nak menjelajah sgt, since anak buah kita still cuti. before balik nanti baru kitorang menjelajah siap naik kereta 10 jam journey lagi.

skrg jalan2 dekat2 je. but still, tengah2 bandar pun ada ladang kambing!

syahiraomar said...

weiyh jeles nyeeeeee, kte nk peluk banana in pajamas tu!

rindu tgok cite dye, haha

Keretapi said...

kita ingat lagi lagu dia, ba na na, in pajamas, ten ten ten ten ten ten


hahhaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails