Wednesday, December 15, 2010

Sekolah NZ Tak Boleh Best Lagi Ke?

Assalamualaikum.

tadi aku pergi sekolah anak sedara aku, Abang dan Ea. eh macam tajuk kat astro ceria pulak, okay pedulikan. harini last day sekolah, so school leavers ade buat show.

mase aku dok tunggu bila la show nak start, ada sorang budak berkaca mata hitam melompat ke atas pentas. siap mendada melentik bukan main lagi kau, siapakah budak yang penuh self-esteem ni? tanya diriku yang lupa memakai kaca mata.

oh rupanya itu Abang! anak sedara yang dulu aku tengking (dulu darah muda ok, baru 5 tahun dah ada anak sedara, tu yang cepat naik angin tu) sampai menangis, banyak ah dosa aku kat dia, sekarang dah besar siap konfiden nyanyi lagu Eye of The Tiger depan orang ramai.

persembahan dia dapat tepukan paling kuat. mataku berair bangga.


Sekolah NZ vs Sekolah Malaysia

intro dah macam karangan UPSR. mari masuk isi. sila baca dan jeles ramai-ramai.


1. Homework Tak Sesakkan Dada

homework Abang dan Ea biasanya jumaat je ada. itu pun dalam satu helai. korang kata sebab dorang baru sekolah rendah? eh hello, masa aku darjah 5 dulu dah mula tensi hadap homework siap menangis lagi.

tapi dorang? anak sedara aku lepas balik sekolah sempat tido, main game, main ukelele, main masak-masak, main dengan kucing, main pistol air, sempat main segala bendalah.

aku dulu? homework pun tak sempat siap.


itu mungkin sebab aku asyik membuta je kot.


2. National Anthem Yang Best

baru dengar sekali dah buat aku rasa macam nak tukar kewarganegaraan. sebenarnya kalau korang kenal aku, akulah paling semangat nyanyi Negaraku air mata siap bergenang lagi.

tapi Negaraku macam patriotik sangat. . . which is not suitable for people nowadays yang dah hilang patriotismnya. kalau takleh rasa patriotik, memang nak sangatlah bukak mulut nyanyi kan?

while national anthem NZ, meriah tak terkata. walaupun dalam bahasa Mauri yang bangsa lain tak faham, tapi semua boleh nyanyi. dengan semangat. sampai bergema dewan. kita?


3. Assembly Yang Happening

tau tak apa lagi dorang nyanyi masa assembly?



lagu kat radio. lagu dalam Billboard 2010 dan Billboard 1950. daripada zaman The Beatles sampai zaman si Bieber. ya, dorang tau practically semua lagu dalam dunia pada setiap zaman.

patutlah anak-anak saudara aku lagi maju daripada aku.

lepastu setiap assembly ada kelas buat persembahan. gilir-gilir, semua kelas kena, semua orang terlibat.

sebab tu budak-budak sini konfiden, daripada kecik kena berdiri atas pentas.

kalau aku, kena solat hajat bagi tak naik darah gemuruh dulu.


4. Exam Is Not THAT Important

bagi kita, UPSR tak dapat 5A nangis. dapat 5A tapi tak dapat SBP nangis. dah masuk MRSM tapi keluar balik nangis. eh tu aku, takde kena mengena dengan tajuk.

dorang ade jugak kisah pasal grade, ada yang menangis tak capai target. normal la. apa yang tak normal ialah orang tak tanya markah berapa.

NZ bebas daripada saudara mara yang nak tau kita dapat nombor berapa, nak compare kita dengan anak dia, yang tampal slip UPSR anak dia kat dinding dalam frame lagi.

aku dulu pernah kurung diri tak pergi kenduri sebab dapat nombor 11 masa darjah 3. malang sungguh nasib bila dapat sedara yang anak dia jelah yang hebat.


mak aku anak 3 orang pergi US tak canang satu kampung pun?


5. There's More To School Than Gaining Knowledge


tau tak kat sini budak sekolah yang uruskan hal gardening? memanglah ada tukang kebun, tapi siapa sign up untuk volunteer, dapat bonus. siap ada anugerah pekebun ok.

tau tak kat sini budak sekolah yang jaga lalu lintas? tolong kawan-kawan melintas siap pegang papan tanda and lambai2 tangan macam polis trafik? dapat sijil weh.

tau tak kat sini budak sekolah buat macam-macam yang kita tak buat sebab takut tak lulus exam?

Malaysia nanti kan nak tukar method kira SPM/PMR/UPSR. something like 50% academic, 30% koko, 20% sahsiah. nak tiru cara barat, tapi macam dah terlambat.

sebab kita dah biasa "TAK DAPAT STRAIGHT A HIDUP BERAKHIR", so bila nak kira pencapaian yang pentingkan aktiviti outdoor untuk lahirkan all rounded student, payahlah sikit.

mindset orang bukan boleh ubah sekelip mata.


6. Cikgu Dorang Tak Garang

cikgu anak saudara aku sangat sangat sangat selamba. dorang tak menakutkan. bila ada lagu dorang menyanyi dan tepuk tangan.

kalau cikgu sekolah rendah aku dulu berlumba-lumba semua muka nak garang je. macam ada pertandingan cikgu bengis pulak.

dahlah aku dulu 3 kali kena cubit sampai luka masa darjah 5.

mungkin sebab budak melayu ni pendekatan kena lain sikit kot, dah cakap banyak kali jangan ponteng kawad, jangan masuk makmal lambat, jangan tak siap homework tapi tak paham-paham bahasa, memang patutlah kena cubitan pedih berbisa.


School Is A Fun Place

anak sedara aku suka sangat pergi sekolah. Alhamdulillah tak mewarisi genetik mak sedaranya ini yang memang ratu ponteng.

sape tak suka pergi sekolah kalau asyik menyanyi, buat aktiviti, seronok dengan kawan, cikgu sangat cool, itu ini itu ini. . . semua ke-best-an buat dorang tak tensyen belajar.


masuk intermediate school mungkin dah serious sikit study, but still. budak-budak kat sini sangat enjoy hidup, anak sedara aku kat Malaysia tu nak patah tulang belakang angkut beg penuh buku 3 kilo.


darjah 3 dah macam tu, tapi Malaysia pulak bising nak lahirkan all rounded student?



memang cakap tak serupa bikin.




8 comments:

syahiraomar said...

awk, klau mrsm cm tu, sgt kte x sabar nk blik mktb. tp klau die cm tu, budak2 still bangang, agaknye tadak bezela :(

SheaAzhar said...

Waaah,bestnya sekolah NZ. Rasa macam nak pack barang pindah sana je ohh. :D

Syareena Rahmat said...

Hahaha! Steady habis ah entry ni! HAHAH :) Kirim salam dekat anak sedara. Cakap ajar KAK eena ukelele eh? hehee

Keretapi said...

kecik: kalau mrsm camtu, kita pun rela bayar rasuah nak masuk balik wak. hahah.


sheaa: jom pindah ramai2!

fnsyareena: boleh boleh, tp kne bayar yuran kat mak sedare die lah dulu :D

nawanajib said...

Entry plg best. kenapa kt bru baca haha. kt blh imagine. anak buah tk pun suke gile pergi skolah. dan sgt warne warni skolah die best habis. jeles. bila malaysia nak sebegini? tggu keturunan nikkie berjanggut.

Keretapi said...

sebab awak tak bace blog kita :'(

malaysia memang boring daripada segala segi. tak sihat untuk otak pelajar. stress jeee.

Keretapi said...

sebab awak tak bace blog kita :'(

malaysia memang boring daripada segala segi. tak sihat untuk otak pelajar. stress jeee.

nawanajib said...

KT BCE BLOG AWK LAHHHHHHHHH CUMA KT BCE BYK2 TERUS. HAHA. im a silent reader you know XD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails