Assalamualaikum!
okay dah selamat sampai ke Malaysia pada ahad malam 26/12. tapi serious takde mood nak blog pape, padahal banyak gila aku nak cerita. nantilah ek aku buat post apa yang terjadi pada hari terakhir aku kat New Zealand.
kenapa takde mood nak blog?
sebab malam aku sampai tu, mata sangat bengkak and jap jap teringat orang sana, pastu menangis balik. hari esoknya pun mood masih tak stabil and mata masih tak bulat bersinar.
padahal mata memang tak pernah bulat bersinar pun, but you get the point.
anywaaaayz. aku nak buat list pasal perkara yang buat aku teringat NZ, yang mungkin buat air mata aku membanjiri satu Malaysia.
1. Panas
masa baru keluar dari KLIA, abang first aku yang ambik. kereta dia biasanya aircond sangat kuat dan boleh buat kita feeling winter. tapi malam tu, lepas dua minit je dalam kereta dia, aku dah berpeluh. berpeluh dalam aircond, bayangkan.
sebulan lebih tak berpeluh dan badan tak berbau. deodorant itu apakah? tanyaku setelah menetap di NZ selama itu.
tapi sekarang. . . aku duduk dalam aircond pun dah berpeluh. . . kalau kat NZ matahari terik pun kemungkinan nak berpeluh ialah 1 dalam 1000. . . kalau aku kat NZ aku takdela berpeluh sekarang. . . .
WUAAAAAAAAAA
2. Mandi
masa baru sampai NZ, aku mandi seminggu paling banyak 3 kali je kot. tu pun sebab nak basuh rambut. kalau tak, memang tak mandila aku. . .
heh NZ sejuk tau bila mandi even air panas pun akan menggigil gila! pastu badan tak berbau! itu sangat normal di negara yang iklimnya dingin, kau je yang tak memahami! eh asal defensive sangat ni.
kat Malaysia kena mandi hari-hari. . . sehari dua kali pun tak cukup. . . apakah funsi mandi kalau berpeluh kembali. . . . mungkin sebagai mandi harus untuk bersihkan daki. . . kat NZ tak berdaki pun. . . .
WUAAAAAAAAAA
3. Solat
ok bukan sebab kat NZ tak solat ke apa, what the fish. tapi sebab kat NZ waktu dia lain dengan kat Malaysia. Subuh 4 pagi, Maghrib 9 malam and Isyak nak masuk pukul 11.
macam relax lah sikit kan tak terkejar-kejar. . . eh mengada nak berlengah-lengah solat ye, dapat time winter kang baru kau tau maghrib masuk pukul 4 petang terus!
4. Langit yang gelap cepat sekali hadir
jika di NZ masa summer ni, langit yang gelap hadir pada pukul 9 malam. . . kalau pukul 8 tu langit still terang. . . biasanya pukul 7 baru keluar rumah bersiar-siar di tepi pantai. . . wah bahagianya satu hari boleh buat macam-macam. . .
tapi kat sini nak keluar rumah pukul 6 petang pun dah lambat sangat dah, kena tutup tingkap pulak tu sebab nyamuk terbang sini sana. . . kat NZ takyah tutup tingkap pun takpe. . .
WUAAAAAAAAAA
5. Makanan
kat NZ, binatang tak duduk dalam kandang. jadi mereka bebas bersuka ria tanpa tekanan. kat Malaysia, binatang sesak terkurung, sampai jadi stress. bila binatang stress, dorang banyak kolestrol. bila banyak kolestrol, kita tak elok makan. nak kunyah pun liat.
samalah konsep dengan ayam kampung. kat Malaysia susah nak cari ayam kampung yang betul-betul sihat walafiat bahagia semasa hayatnya kan? tapi kat NZ, semua binatang memang kampung lah. tu yang sedap dia lebih tu.
ayam Malaysia stress sampai kurus. bila kurus kena injek bagi gemuk, mahal dan nampak menyelerakan, padahal itu semua bahaya, penipuan! badan kita yang jadi mangsa! kat NZ binatang gemuk tak kena injek semua original dan kita pun tak sakit!
kesimpulan: Malaysia buat makan nomnomnom tak selamat!
ARGHHHHHHHHHH
6. Paranoid
aku ni memang paranoid. satu bulan lebih yang aku tak paranoid dalam hidup ialah masa kat NZ. kalau tak aku takleh tidur kadang-kadang takut pencuri masuk rumah, cek pintu kunci ke tak berapa puluh kali tah, dengar something je terus jerit "BERAMBUS DARI RUMAH AKU, AKU PANGGIL POLIS KANG!" hantu pun takut ok dengan aku.
kat NZ, rumah kunci setakat cukup syarat je, tingkap dengan pintu bilik mana ada kunci. sampai aku was-was bila lah selamat nak tukar baju ke apa, kang ada jugak yang pengsan kat pintu kang.
kat NZ, budak-budak boleh main kat luar sesuka hati. kat Malaysia, aku pun taknak main kat luar weh. mana lah tau ada sesapa nak culik aku, aku kan kecil dan comel. yek.
kat NZ, makcik-makcik tua bebas berjalan pergi shopping mall, padahal dah bongkok siap pakai tongkat lagi. tapi kat sini, makcik-makcik tua lah target utama kepala setan berbadan manusia yang takde hati perut dalam otak fikir nak duit je macam dah bodoh sangat takde agama padahal orang kat NZ yang agama lain pun tak kemaruk buat jenayah tau takk!
ni yang buat aku benci Malaysia ni kan! perompak peragut pencuri perogol pembunuh bermaharajelela!
ARGHHHHHHHHHH!
7. Sesuatu yang tak menggembirakan berlaku
kat NZ aku happy je, takde apa yang buat aku tak gembira. . .
kat sini. . .
8. Masa Makan
kat rumah ni aku makan sorang-sorang je. zaman makan bersama keluarga dah berlalu pergi, aku terlambat untuk tu. zaman aku ni semua orang buat hal sendiri.
tapi kat NZ, kitorang berenam makan sama-sama. tunggu waktu makan, lepas makanan dimasak, semua makan berjemaah. aku rasa seronok gila. rasa memang family moment lah.
kat sini. . .
9. Bangun Pagi
pagi pertama aku bangun kat Malaysia, aku expect akan bangun sebab bunyi kelentang kelentung di dapur, sebab bilik kat NZ tu sebelah dapur je. lepas tu bau breakfast. inilah motivasi bangun awal namanya!
tapi kat sini, aku bangun. sunyi. tak bau pape. bau pencemaran mungkin. terus mataku berair dan rasa macam nak sambung tido balik, sebab kalau aku bangun, aku bukan dekat rumah abang aku yang best, tapi kat rumah aku rupanya. . . .
10. Bila Rasa Sunyi
macam sekarang. mungkin aku free blogging dalam bilik, privacy ah konon. tapi takde suara kakak ipar aku, takde bunyi anak sedara aku yang lelaki main ukelele and menyanyi, takde anak sedara perempuan aku yang suka main sorang-sorang, atau menggila berlakon jadi watak tertentu sampai aku pecah perut gelak.
takde semua tu.
yang ada bunyi kipas je.
macam gedik je eh benda kecik pun nak sedih bila fikir. apa lah aku ni kan?
tapi sebenarnya, benda kecik ni lah yang buat aku teringat NZ, yang buat aku teringat family abang aku kat sana, buat aku teringat abang aku yang paling rajin layan aku masa aku kecik, kakak ipar aku yang aku dah kenal sejak lahir yang jaga aku macam adik sendiri, anak-anak sedara aku yang jadi kawan aku. . . . .
ye, aku tau apa korang fikir. aku patut bersyukur. aku ada apa yang ada orang takde. Alhamdulillah aku ada.
tapi salah ke kalau aku rindu apa yang AKU takde sekarang?

2 comments:
awwwwh this is so sad, awak dah boleh buat buku sebab kte terasa macam nak nangis, smp nak cakap I can feel you bebehhhh. takpe Ama, awak kan pandai nanti lepas spm dapat offer pergi NZ boleh comel2 lagi heheheh ;0
awhhh this is so sweet :') kenapa awak pulak macam nak nangis? pelik kita. but i do bring that effect on people ya know *shrug* hahah
insyaallah amin! nanti kita comel sama2 di luar negara :D
Post a Comment