Assalamualaikum!
aku ada beli satu beg. ek eleh beli beg pun nak cakap? kau ingat kau beli Bohsia Bonia? eh aku bukan vain nak canang satu kampung okay. cuma beg ni special sikit.
lihat gambar di bawah. taknak lihat, nak jeling pun suka hati lah.
dua2 beg ni nampak lain kan? tapi sebenarnya ni beg yang sama! wahahahaaa!
fuh penat rasa gempak. padahal takdelah gempak mane, konfem korang pernah jumpa beg double sided yang lebih cool. tapi sebab aku first time, apa salahnya aku jakun sikit kan?
Shopping vs Souvenir
walaupun NZ negara kekampungan yang indah dan bukan macam NY yang glamour tapi polluted, still ada barang kat sini yang buat aku pandang dua kali. siap termimpi-mimpi lagi.
satu-satunya penyelesaian masalah dihantui imej barang yang tak dibeli ialah dengan membelinya. tapi berat tanganku nak mengeluarkan duit.
sebab kedekutkah? ustaz kazim kata duit yang tak guna belum tentu kita punya, sebab kalau mati tak sempat guna buatpe. jadi baik guna, baru boleh kata kita ada duit kan.
sebab mahalkah? bapak aku kata kalau shopping kat oversea, jangan kira RM. kalau harga 5 pound, maka murah lah dia. kalau semua nak kira dalam RM maka berpeluhlah kita.
jadi kenapa aku berat hati nak shopping untuk diri sendiri?
sebab aku tak beli souvenir untuk orang lagi.
serious, setiap hari aku fikir pasal nak beli apa untuk orang. bukti ke-serious-an aku?
1. aku buat list nama. ada dalam 60 orang kawan bertuah dan juga cikgu 20 orang. hadiah cikgu lain dengan hadiah budak2 ye. hm agak banyak di situ.
2. google kedai souvenir yang murah. bangga dengan diri sebab jumpa, tapi dekat Wellington yang 10 jam perjalanan naik kereta dari Auckland. nasib baik aku nak pergi sana next week.
3. aku cek setiap produk punya harga dan rupa, dan aku buat list. list apa yang aku boleh beli untuk orang. aku kira untuk 60 orang dan 20 orang berapa totalnya. kemudian barang tu aku shortlisted kan, sampailah aku rasa puas hati aku nak beli apa untuk siapa.
begitulah cara kita membeli souvenir, sila amalkan cara aku buat budget secara bijak. hik hik. tapi still berbelah bagi, rasa macam nak beli semua benda untuk semua orang.
aku takut apa yang aku beli orang tak suka. and aku tak suka tak dapat beli untuk semua orang, aku takut ada yang terasa.
babah dulu pergi kerja kat negara mana2, mesti beli souvenir untuk setiap staff dia, jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai. hmm good things don't last, do they?
tapi semua orang kena bersyukur untuk aku, sebab aku still ada apa yang babah tinggal maka korang dapatlah souvenir nanti. cet, macam hebat sangatla souvenir tu.
rindu coklat ni! dulu babah selalu beli masa outstation. ini first time aku makan lepas 10 tahun berlalu, sungguh nostalgic. mungkin ada kat Malaysia, tapi tak pernah tau.
aku nak beli benda ni untuk orang, tapi takut cair masa dalam flight. hesh.
buah pun aku nak bagi orang rasa. sebab buah kat sini, stroberi, ceri, kiwi, semua gedabak kalau nak banding dengan yang ada kat Malaysia. kalau ada pun mesti mahal gila. tapi buah NZ bila sampai Malaysia, dia cepat layu. hesh.
pening fikir pasal apa nak bagi orang. tapi jangan risau! aku suka dapat bagi orang something, lagi puas kalau semua orang aku kenal dapat merasa.
insyaallah pada yang bertuah, korang dapatlah nanti souvenir. harap terima lah dengan hati terbuka.
pada yang tak dapat, sorry sangat. aku kasi korang flying kiss dari NZ boleh?
*tiup flying kiss
tangkapla dan semat di hati, simpan dalam tu. lagi bermakna daripada souvenir, kan kan?
eh ambil hati orang nampak.
5 comments:
coklat tu x silap kte, kte penah mkn. saudare kte bwk blik dri london. byk plak tu. dah2 lagi ank jenis yg sumbat smue bnde masuk mulut. ckp je nk beli kt ank tp baik gile kasi kt kte. haha
dye pnah msok kilang cadbury kt london pastu dye ade beli stu packt coklat pngil "mis-shapes" sbb dye cklt mhl yg bntuk dye x jdi sgt atau pon atleast tercabang skit tros nk dibuang so dye packetkn yg buruk jual ngan hrga yg murah bg mereka d sana . haha
belgian chocs tu ada di mesia. tapi kalau orang balik overseas mesti bawak yang tu en. ayah kita pun. beli kat airport, duty free kot -.-
ama, kita takde beg double sided (hint! hint!) hahaha joking la weh.
yela dah dapat dah flying kiss awak tuu ish~
kecik: ahahah best gila coklat misshapes! padahal same je kesedapannya, buruk sikit terus nak buang eh. sini pun ada kilang cadbury. kne pegi ni. dapat coklat bentuk pelik pun takpelaaa, janji dapat xD
peqah: belgian chocs kat malaysia berapa ah? sebab kat sni nak krismas kot, tetiba jadi 6 dolar. mcm murah. tapi harga asal taktaula, mungkin memang 6 dollar kot.
nanti kita ambik dua kaler paper, gam, pastu lipas jadi beg kertas. double sided la tu ngeheheh
entohle. tapi kita tengok kat giant - kat NZ giant tade, akur - harga for a dozen lebih kurang belas2 gak.
xD hotak ahh double sided
sini 24 6 dolar. . . sana a dozen belas2. nanti kita kali. kalau beli kat Malaysia tp cakap bwk balik dr NZ pun bukan korang tau en. ahahha
Post a Comment