Monday, August 31, 2009

Merdeka Resolution; II

Aku akan kena maki dan dituduh menipu bila aku buat statement ni;

Aku tak belajar langsung untuk cuti 10 hari ni.

walaupun berjuta kali orang kena jerit ngn aku bila diorg expect aku rajen dan geeky sebegitu, mereka masih ingat aku menipu bila cakap aku tak belajar langsung.

"alah ama, kau jgn nak tipu, kau khatam tiga kali untuk PMR dalam mase 5 hari kan?"
"alah ama, takkan lah kau tak belajar sikit pun? menipu"
"alah ama, kau saje nak buat orang fikir kau tak belajar, padahal periksa nanti. . ."

JANGAN NAK INGATKAN AKU DEKAT MUKA MUKA DIORG YANG TAK FAHAM FAHAM BAHASA LAGI! terancam ke hahhhhhhh?

ok rilek, rilek weh, rilek, rilek RILEK. jgn ikut perasaan. dan aku memang tak ikut perasaan, kalau tak dah lame lagi teruk aku mengamuk nanti.

korang tak kenal aku, diam lah. tahu tak korg dah buat aku tensyen nak mati? aku tak pnah tensyen nak PMR camne aku tensyen kat korang tahu tak? busuk hati betul korang ni. benda ni nampak kecil, tapi dah bersarang dan dah merebak dlm hati aku ni tau. korang tak faham.

Ok dah diam. sambung Merdeka Resolution II aku. iaitu. aku. akan. belajar! yes aku akan belajar. sekarang ni bila korang nak panggil aku "rajen nerd geeky takde life", panggil lah puas puas ikut suka moyang kau lah ok. asalkan time korg buat aku sentap tu, aku betul betul tengah belajar. dan aku AKAN belajar. aku AKAN. aku JANJI. InsyaAllah aku takkan langgar.

cuti 10 hari ni, aku dah puas tak belajar. aku dah puas online, membuta, tengok tv, masuk dapur (jgn ragu ragu lg BOLEH TAK?), melepak, mendengar lagu, dan mcm mcm lagi. dan start esok, aku akan tinggalkan semua ni, InsyaAllah. doakan aku berjaya jadi rajin, ye? Aku dah takut dah ni, aku tau kebanyakan kawan aku lelaki perempuan semua dah ckp nak belajar gila gila cuti 10 hari ni, dan aku tau diorg dah konfiden nak PMR. tapi bukan cara aku belajar masa hari cuti.

Aku lagi suka belajar masa hari sekolah, dekat sekolah, bukan dekat rumah. sebab tu aku nampak rajin kat sekolah, sebab balik rumah, memang aku tak sentuh buku dah.

sebab aku dalam masa 10 hari ni, takde satu hari pun yang aku tak online 20 jam, jadi aku rase aku dah penat online. PENAT ONLINE, dengar tak? PENAT BUANG MASA, PENAT SIA SIA KAN MASA, PENAT MENANGGUH. penat bersuka ria. sebab aku dah terlampau penat lepak, jadi aku rase aku akan TERUJA BILA BELAJAR, ESOK.

TIPS AKU UNTUK BELAJAR; KORANG ENJOY LAH PUAS PUAS SAMPAI RASA NAK MUNTAH BILA KORG ENJOY LAGI, LEPASTU BELAJAR. memang jalan lah aku rase.

Azam aku, aku tak sabar sabar nak belajar sampai aku rase nak muntah, sampai aku rase nak enjoy balik, sampai aku rase aku nak ambek PMR bukan sebab dah ready, tapi sebab dah tak tahan nak belajar lagi. Ya aku BOLEH! InsyaAllah. Allah menentukan. kalau aku tak ikut azam aku ni dan terus sia siakan masa, maksudnya itu kehendak Allah.

hehehehe.

1 comment:

Shafiqah Omar said...

er, rilekrilekrilek.

ok, tak tau nak cakap mende, kita takut ngan awak bila ckp camtu.

tapi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails