Monday, August 31, 2009

Hati Malaya; Jiwa Aku

Aku kecewa bila tahu yang cerita Hati Malaya arahan Suhaimi Baba atau nama manjanya Shumi tu tak dpt sambutan masa ditayangkan dulu. Pernah aku bace, dua orang je yang masuk panggung! Apa orang melayu dah takde kesedaran? Aku pun tengok Transformers jugak, tapi takdela sampai nak lupakan erti kemerdekaan kita. Waklu.

Tadi aku tengok cerita ni. Terima kasih TV2. setelah bertahun tahun mungkin aku tak hadap TV2 ni, akhirnya aku mengalah kerana teruja nak tengok Hati Malaya.

On the surface, atau pun apa yang akan difikirkan oleh orang orang yang sangat shallow (suka hati aku la), Hati Malaya mungkin nothing but an educational movie. Kenapa? Sebab sangat sesuai ditonton oleh budak PMR. Aku yakin dengan tengok cerita ni je aku dapat ingat sedikit fakta sejarah, lagi lagi la siap tulis kat bawah tu kejadian, tempat, siapa terlibat, etc.

Tapi dalamannya, ataupun ape yang aku lebih gemar anggap ‘fikiran aku’ (pergh pedulikan), Hati Malaya sangat best dan special. Kalau korg tengok dan tak rase ape ape malah anggap boring, memang sahlah korg antara manusia yang aku dah chop as –censored- dan aku akan prejudice kan korg. Ye aku mmg camtu.

Tolonglah jangan cakap aku emo semata sebab tu aku menangis tengok cerita ni. Kalau nak cakap aku emo, sila cakap kalau mase tu aku menangis berhingusan akibat tak cukup duit nak beli beg LV. Itu baru namanya emo tak bertempat.

Lagipun ade aku peduli korg panggil aku emo? At least Ama Emo nilah yang ade perasaan, daripada sesetengah orang yang ingat diorg cool sangat tu. Air mata mahal la konon. Gunalah air mata simpanan korg tu beli kemerdekaan yang buat korg dapat huha huha sekarang ni.

Aku rase nilai air mata yang tumpah tu bergantung kepada sebab sedihnya si tuan mata.

Ok balik kat topic asal. Aku tau ade cerita cerita tak sedap pasal Tunku Abd Rahman kita tu, yelah sebab perjuangan dia la. Bukan setakat gossip murahan, tapi siap ade walking proofs lagi. Dan aku tak cakap aku tak percaya semua cerita tu, ade logikknya juga.

Tapi Tunku is still Tunku, tak kesahlah betul ke tak benda negative yang aku dengar tu. Aku percaya ke tak, letak tepi sebab ape ape pon, aku respect sama itu orang tua.

Oh ye, kalau korg musykil dan tak percayakan aku pasal cerita tak sedap Tunku tu, sila la mula cari apa gunanya perkataan ‘akhbar’ dan ‘internet’. Jangan lupa, akhbar arus perdana takkan keluarkan cerita yang tak baek tentang kerabat pihak yang suap die ya.

Air mata aku gugur mase part yang Tunku (lakonan siapa entah, tapi wahai pelakon tersebut, kau idolaku! He played the role with his best, and I felt like I was seeing the real Tunku Abdul Rahman) dengan muka tekad ckp tak cukup duit nak pergi London, dan dia tak dpt teruskan berckp mase die harap orang semua tolong die tu.

Mesti BELIAU segan terpaksa mintak bantuan rakyat dan rase sucks, dahlah harta warisan beliau semua dah pajak gadai T_T. Dan Maya Karin pun bangun, kate die akan tolong Tunku, dan Betty Benafe pon keluarkan semua gelang tangan die, letak dlm selendang, dan mereka round dewan mintak sumbangan. Kemudian orang2 yang perhati dari atas dewan pun baling baling duit, Tunku menangis air mata merambu-rambu, terduduk dan tutup muka, orang kerumun dan tenangkan dia, wah sedihnya aku masa tu. P

elakon yang berlakon Tunku tu dahlah nada suare cakap bunyi sedih je, slow pulak tu, tapi selalu senyum. Dia macam pemimpin betul do.

Kemudian part die tunjuk kemerdekaan kat depan BSAS tu, wow lagilah. Diorg semua nyanyi lagu Negaraku, jalur gemilang dinaikkan buat pertama kalinya, dan semua orang sama ada pelakon utama mahupun tambahan semua menangis berpelukan masa nyanyi lagu Negaraku tu. Korang tak dpt bayangkan ke apa perasaan sebenar rakyat Malaysia masa tu? Ini gambaran je pun dah sedih, apetah lagi yang betul. Tak terlintas ke?

Aku tahu ade pihak yang tak gemar lah dengan Tunku and the gang yang bawa kemerdekaan, dan mereka pun ade sebab kukuh, tapi Tunku Abdul Rahman pun bukan petik jari je dan boleh turun Union Jack tu. Walaupun pihak lain terpaksa berperang mandi darah dan Tunku hanya bersusah payah berunding, Tunku juga yang bawa kemerdekaan kat kita kan.

Aku dah bace banyak pasal dia, tapi aku bukan orang yang membuta tuli anggap seseorang tu macam macam. Apa yang baik aku angkat, dan aku angkat perjuangan Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan kita :’(

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails