Wednesday, January 28, 2009

Cinta Tiga Segi

sejak bila novel menjadi racunku?
sejak bila televisyen menjadi teman tapi mesraku?
sejak bila internet menjadi kekasih gelapku?
bukankah dulu novel ruang aku bermadah
bukankah dulu televisyen teman teristimewa
bukankah dulu internet dadah yang berharga?
kini semuanya hanyalah orang ketiga

dan mengapa buku bersifat pelajaran menjadi kekasih yang satu?
sejak bila?
aku bingung dengan perubahan ini.
menakutkan.

mengapa aku menolak seruan sang perkataan
tarikan sang hiburan
dan sengatan si simbol 'online'?
mengapa sekarang kita jarang bertemu?
seperti hubungan yang dilarang.
hubungan sulit.
manis yang pedih pabila dicurah bisa yang dihambur oleh kekasih baru
kekasih yang datang
merampas hak seorang pemudi.

sang kekasih baru sering menyeruku
bagaikan tarikan graviti
tunduk kepada si dia.
aku merasakan aku perlu mencurahkan kasih dengan lebih lagi
walaupun si dialah yang di samping ku setiap saat,
melainkan aku ke lubuk tersembunyi
untuk bertemu cinta lama.

aku merasakan pengorbanan aku ini tidak cukup
seolah olah aku tidak mencuba
seolah olah aku lah si pendekar yang dahaga
walaupun si dia itu menyengat,
tetapi aku tahu
makin dikupas bintil kekasihku itu
makin timbul lah serinya
cuma sekarang rasanya seperti bisa si anakonda
kerana kami baru berjumpa.
di pertemuan ini.

aku akan bangun.
mencuba untuk memperoleh madu disebalik bisa itu.
aku tahu usahaku tidak mencukupi.
walaupun aku telah berkorban dengan meninggalkan cinta lama
aku rasa aku masih tidak berbuat apa apa.
aku akan bangun dan bertindak, bukan hanya berfikir
agar aku akan menjadikan si dia
buat masa ini
sebagai kekasih awal dan akhir.

amin.
(sebut ramai ramai dengan niat yang ikhlas)


____________________________________________________

dilema aku sebagai si dara yang direbut oleh beberapa pihak yang menggiurkan.

jangan ada yang faham lain sudah.
aku rasa dah jelas sgt dah sajak aku ni berkenaan apa.

AMARAN : walaupun sajak aku kebanyakannya hasil fikiran spontan yang melalut menggambarkan isi hati, tetapi seperti biasa amatlah pantang dalam hidup aku sekiranya ada sesiapa yang mengambil hak cipta aku tanpa kebenaran. walaupun tujuan sebenar hanyalah untuk memasukkan karyaku ke dalam senaskah majalah edisi karya2 hancur, aku masih tidak membenarkan. maka barangsiapa melanggar peraturan tersebut, amat sukacitalah untuk aku menyumpah seranah. manalah tahu hari baik, sumpah aku menjadi kenyataan.

____________________________________________________

dan kali ini lagu berikutnya bukan tentang pelajaran.
lagu ini menggambarkan emosi dan fikiran aku.
liriknya indah sekali, jadi daripada korg semua menilik apakah emosi aku disebalik lagu Letto, Ruang Rindu ini, ada baiknya korg meneliti bahasa yang indah di bawah.
bolehla dapat A kalau di applykan dalam penulisan bahasa melayu.


Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke hujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada

Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi

Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kuterima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails