Wednesday, June 16, 2010

MARA dan JPA Dah Tak Kasi Biasiswa untuk Undergraduate Fly

stop staring at the tittle with that dumbfounded face and read this article to get the details.

yes people, i would be more than happy to say that the article deludes you as to calm the wave of emotions i brave myself. but it is reeeaaaaaaaaal. fishing heaven, eh?

JPA and MARA are really closing our doors of possiblities. no matter how far it seems to be from our reach, but the idea of studying abroad is never impossible, reaching hands can still be stretched to embrace the star, right?


but now, how can the star be there if the galaxy is not even in sight?

how could they do that, is the question. i'm sure they are broke and these unfair decision is just to save their asses. or because Malaysia's universities and colleges are bringing together more ungrateful high and horny youths who stay up not to study but to party rather than seriously aspiring young people who graduate successfully and SAFELY.

therefore they decide to lock up all potentially outstanding students in our extremely great learning institutes. tp compensate for the failings of those who do not value the generosity of the institutes to accept some people who dont deserve the opportunity.

i dont just talk blindly, you dont believe me i suggest go read some newspapers.


my brothers studied in the States. i went there to watch them graduate one by one. i have been instilled with the impression of how great it is to be living abroad independently, really got the feeling of P. Ramlee's Dendang Perantau, experiencing the cultural difference, touching the snow with bare hands, joining Europe trip during summers, oh how i wish to do so.

during orientation week in MRSM Serting, we were asked why we applied for MRSM. the counselor handed me the mic, and i confidently answered "saya memang nak belajar dekat overseas, and MRSM buka peluang tu lagi luasla". i was 13, and i new what i want. heck, i knew it since i was three.

i am a government and daily school student now. everyone knows how boarding school students get the limelight first. sometimes even excellent gov kids are overshadowed by average SBP/MRSM kids. today, everything is worse than ever. most likely we gov students wont even be considered twice by Khazanah, Petronas, etc.


i know local education doesnt really suck, but i want something above ordinary.

and Malaysia IS ordinary.

my dream has perished.






its like you tell Rachel in Glee that she can't be a star.

Sunday, June 13, 2010

The Gadgets' Proper Funeral before The Arrivals

masih ingat lagi kisah gadget-gadgetku?

sila rujuk ye kalau lupa. haa tekan tekan.

kan mp3 Creative dengan phone pertamaku iaitu Nokia 3120 dah tamat riwayatnya. mp3 tu sejak awal tahun lepas dah innalillah, tapi selama ni aku main sumbat je dalam laci. Nokia 3120 tu pulak baru saja aku tamatkan perkhidmatannya dalam bulan April tahun ni. jadi aku pun biar je phone itu atas meja komputer, dua bulan ditinggalkan.

daripada mp3 dan phone tu terbiar kesunyian mengumpul habuk, alangkah baiknye kalau aku simpan dorang elok-elok dengan perasaan menghargai dan menyayangi, kan?

oleh itu, aku pun buatkan 'keranda' untuk beliau berdua.




cantik sungguh cinta pertamaku itu, diikat dengan riben biru, ditutup dengan perspek ke apa entah yang macam kaca tu. oh henfonku, lima tahun bersamamu takkan ku lupa. bila menatap skrinmu, aku resah, kadang-kadang aku sedih, kadang-kadang aku senyum sampai telinga. sampai satu tahap aku berguling-guling baca perkataan yang tertera di skrinmu itu. kalau tidur sambil mengenggam kau erat dalam tangan itu biasalah, konon menunggu reply message tengah-tengah malam buta. kau simpanlah segala kenangan message pahit manis dalam memorymu. kaulah saksi hidup aku sejak aku 11 tahun sampailah sour sixteen sekarang. lalui hari-harimu dalam kotak hitam itu sebagaimana engkau lalui ketika kita bersama-sama taaau.




oh mp3 Creativeku. jangan sekali-kali kau lupa ketika kita mengharungi suka duka di Serting. engkaulah yang aku cari ketika aku bermuram durja. engkau aku perlukan ketika mahu menzahirkan perasaan nostalgik, teruja, pilu dan gembira melalui lirik dan melodi. kau bersamaku ketika aku emo atau jiwang. tak lupa kalau aku takleh tidur dan takutkan hantu, engkau temankan aku dengan alunan surah al-quran sampailah mata ini terlelap. walaupun kau tiada telinga untuk mendengar, tetapi ironiknya khidmat kau diperlukan oleh telingaku ketika aku sengsara dan bahagia. teruskan bermain lagumu dalam kesunyian kotak biru itu ya.




terima kasih kawan-kawan gadget ku. jasa kalian akan ku kenang ke hari tua :')

REST IN PEACE.

__________________________________________________

ok tutup sesi overdramatik dan kebudak-budakan.

sudah baca postku Konspirasi Dunia?

dalam post tu aku ada cerita tentang The Arrivals kan? haa kat sini aku nak letak, bagi korang tergerak sikit untuk tengok dan stop-stoplah main Farmville di FB tu haih.



aku pun agak pelik, takkanlah semuanya yang terjadi kat dunia ni dirancang oleh mereka kan? kalau gitu memang hebatlah mereka, serius. tapi takda apa yang mustahil dalam dunia ni. korang tengok jelah, ok?

jangan skeptikal sangat, takut nanti kata-kata makan diri. kita tengok dan kalau ada ruang untuk baiki diri, kita cuba, tak kesahlah benar atau tak kata-kata si penghasil video ni. diorang siap kena ugut bunuh kat internet tahu tak, jadi at least mestilah ada walaupun satu kebenaran dalam video ni kan?

tengok, nilai, muhasabah, dan cuba berubah.
at least i have done my part, haven't i? its your time to do yours now.





Sandwich Ayam Oregano Domino's

Selain menelaah tentang Konspirasi Dunia aku jugak sibuk belajar memasak.

statement tak nak kalah, macamlah masak steak ke nasi arab ke. alaa budak baru nak up, biaselah masuk dapur sikit nak kecoh. siap tulis dalam blog pulak tu hah.

oh bukan nak tulis saja, ni siap nak tunjuk gambar lagi ni.

alkisahnya, satu hari tu perutku bergoncang, terdengarlah suara usus meminta belas simpati. " oi tuan rumah, kami dah lapar. kau hentam sajalah apa yang ada, akan kami digest dengan gembira," teriak organ pencerna dan enzymenya.

lalu aku secara mengejut bersemangat untuk cuba resipi baru, apa yang retinaku nampak itulah yang aku ambil dan satukan menjadi maaakaaanaaan. eh kenapa banyak pulak ciri Biology aku selitkan dalam post ni? teruskan.

jeng jeng jeng. . .




gambar kiri ialah ayam yang dipotong lebar dan nipis diperap dengan oregano dan serbuk cili Domino's. apa? serbuk cili pizza tu kau buat perap? ye, saya. sudah kukata, apa yang ada aku ambik je. sila rujuk tajuk post ye. walaupun taktau fungsi garam sebab makanan masin bukan sedap pun, tapi since semua benda letak garam, aku pun jadi pak turut saja. maka garam pun kuperap sekali.

gambar kanan ialah roti, tomato dan timun. kalau ada sayur lain sila lebihkan ye. lebih banyak lebih meriah warnanya, khasiat pun lebihlah hendaknya. haish asal macam pantun ni.


setelah perap lebih kurang 30 minit, tibalah masa untuk masak! guna butter ye, baru rasa lemak. masa gambar atas ni diambil, aku dah makan 1/3 daripada jumlah ayam sebenar. konon nak rasa lah apa yang kurang. sekali telan, eh macam sedaplah pulak. ngehngeh.

setelah angkat ayam, kita bakar roti atas kuali yang sama. serap sikit segala bahan perap yang tertinggal tu. jangan lupa letak cis time tu, bagi dia cair keemasan. fulamak ayat nak macam chef pro je. pastu sapu mayo ke apa-apa jelah yang disukai, susun sayur, letak ayam tersebut, tuang sos dan jadikan sandwich.




tadaaa!

bolehlah dimakan, sebab sebelum ni pernah tau a recipe gone bad. ini dah boleh makan tanpa rasa loya, kira pencapaianlah tu. nak nak pulak menu ni aku main hentam je bahan-bahannya, lagilah bangga. heh heh.

ruang jujur: serbuk paprika dan oregano kena letak lagi lebih, sebab rasanya ditenggelami sikit oleh sos, mayo, etc. kalau makan ayam sahaja sedaplah, macam yang aku buat ketika proses merasa tu. time tu sumpah sedap, tak tipu. rasa macam spaghetti pun ada sebab oregano. and paprika memang pedaslah time tu. tu yang syok makan tak ingat sampai berapa ketul tah habis.

jadi, kalau nak makan ringan sambil tengok World Cup, bolehlah makan ayam sahaja. tapi, kalau nak makan sedang sikit sambil bergossip bersama taulan, bolehlah buat sandwich ayam oregano serbuk cili Domino's ni.

selamat mencuba!

tapi kalau ada yang masuk wad kang, saya budak sekolah je, jangan saman ye.

Cendawan dan Cicak

Ini cerita semalam.

Secara tetiba ada seplastik baju aku yang bercendawan, kulapuk atau apa-apa jelah yang berbau semacam tu. aku taktau dah berapa lama satu kaften dan dua tee tu bergumpal dalam keadaan basah seraya menggalakkan pembiakan organisma hitam tak dikehendaki itu. yek.

aku pun ambik dengan perasaan jijik, pegang guna ibu jari dan jari telunjuk je kat hujung tangkai plastik itu. berhajat untuk buang. lalu aku letak kat tepi longkang dapur, dengan harapan takda sapa nampak kejadian ni kecuali mak aku. buat malu seh anak dara ada baju bercendawan.

tetiba aku nampak separuh lengan baju kaler maroon, hujung sleevenya kaler kuning.

alamak. adakah itu baju physical education MRSM Serting aku?

patutlah dah lama aku cari tak jumpa-jumpa. rupanya kau kat sini. aku pun resah gelisah tak senang duduk. aku cari kat semua tempat, to make sure memang baju PE Serting itu hilang, maksudnya betullah yang aku nampak di sebalik kulapuk itu ialah baju tersebut.

memang sah. aku taktau nak buat apa. sedih dan pilu.

itu kenangan tahu tak? kenangan yang aku pernah belajar PE selama 8 bulan kat serting. aku pun duduk termenung kat tepi longkang, pandang gumpalan baju tu. bau harem memang dah tak ganggu hidung aku dah, yang mengganggu otak aku ialah apa perlu aku buat.

"maa, camna ni?"

ma kata, "kalau dah berhajat sangat nak simpan baju tu, ambiklah".

tapi aku geli. geeeliiiii. nak pegang plastiknya pun berkira, ini kan pulak nak pegang baju tu. lama jugaklah aku berperang dalam diri. aku ni dahlah penggeli orangnya. sikit-sikit geli. tapi ada kebaikan, tu maksudnya aku memang pengemas dan pembersih. ece.

atau adakah ni maksudnya aku kena move on?

lupakan yang aku pernah dok MRSM. sebab ramai tak suka bila aku terkenang perkara ni. biasalah makhluk Allah yang jeles. mungkin juga kalau aku buang baju PE ni, maksudnya kenangan semua terbuang bersama, dah tak payah aku nak kempunan, nak bernostalgia lagi mengenang masa lalu. hm.

tapi takleh jadi ni. lantaklah nak kena jangkitan cendawan ke, aku tak kesah.

aku pun dengan gigih sarung tangan dalam plastik, bawak keluar baju tu dari gumpalan baju lain. maaf baju lain, mungkin agak tak adil aku hanya selamatkan baju PE, tapi korang takde sentimental value, so goodbye have a nice day in the bin. walaupun sayang tapi lemahlah weh nak hilangkan cendawan kat tiga baju. rasa bersalah tetap menguasai diri.

masa nak ambik baldi untuk rendam baju PE tu pulaklah ada cicak lompat kat tangan aku. siotan! takleh tahan ok cicak cicak ni. apa lagi menjerit lah aku terlompat-lompat. meremang bulu tengkuk teringat kesejukan kulit diaaa eeeeee.

oh Allah, banyak betul dugaan nak selamatkan baju PE ini.

tapi alhamdulillah, baju tu sekarang as good as new.

memang hari ini dalam sejarah betul.
cendawan dan cicak, memang paling geli tahu taaaak.

Friday, June 11, 2010

Konspirasi Dunia

PUH, PUH, PUH!

letih meniup habuk dari blog ni. ye dah agak lama aku tak update. kenapa?

mula-mula aku baca kat iluvislam pasal kekejaman Israel. then pasal Israel dan Yahudi, apa beza? kemudian dalami pasal ahli kitab. lepas tu, terbaca pulak The Vatican. konon pasal perbualan sorang mamat dengan orang kuat agama Yahudi.

menarik untuk dibaca, dan sangat membuka minda. aku tak skeptikal pasal konspirasi, malah agak into it, tapi tak percaya bulat-bulat. kalau betul, memang hebatlah yahudi untuk plan such thing for hundred of years. wallahuallam.

aku tengok The Arrivals dengan video The Wakeup Project yang lain. terbaca pulak pasal The Obama Deception. seterusnya pasal The Protocols of The Elders of Zion, New World Order, Illuminati, dan sepupu sepapatnya. sampai pulak dekat topik 2012, dari pelbagai sudut dan kononnya mungkin bukan the so called 'apocalypse' yang jadi, tapi satu era peradaban baru, mungkin time tulah New World Order ni direalisasikan, banyak lagilah. bukan tu je, aku siap baca pasal asal usul Hang Tuah and Co. sekali, adakah dorang ada kaitan dengan Hang Li Po?

itulah agenda aku selama beberapa hari aku hilangkan diri. tak tido malam baca pasal semua ni. salahkan forumer kat iluvislam. eh tak, salahkan diri sendiri sebab taknak ambil tau dari dulu.

aku cadangkan korang baca jugak, cuti ni nak layan facebook setiap hari pun boleh muntah bai.

kesimpulan aku pasal teori konspirasi, aku tak tolak mentah-mentah. tapi kesannya memang kita dapat tengok dengan mata, fikir dengan akal. kalau betul, kita dah termasuk dalam jerat diorang. kalau tak, kita masih menuju tempat yang sama, diorang takyah buat apa pun.

kesimpulan aku pasal 2012, aku menyampah kat orang yang bajet bagus sampai boleh kata benda ni mengarut. memanglah Allah lebih mengetahui, tapi tak rugi kan untuk tahu serba sedikit pasal hal ni. manusia ada keupayaan untuk kaji banyak benda, dah tanggungjawab kita untuk guna kelebihan tu demi agama. bukannya sampai nak percayakan manusia lebih daripada rahsia tuhan kan?

wallahuallam.

jangan risau, hidup aku tak berkiblatkan apa yang aku baca dalam internet ye. baca takpa, at least kalau ada apa-apa jadi, aku dapat kata

"aku dah baca!"

mesti nak menang okay.


Sunday, June 6, 2010

Patutlah Mak Aku Tak Suka Celine Dion. Jew Rupanya.

Heboh pasal Mavi Marmara. time tu aku periksa, tapi sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan issue semasa dan melekat depan Astro Awani atau Bernama atau Aljazeera kalau ada apa-apa berlaku, jadi aku pun tak boleh lepas pandang hal ni.

Israel kata kapal tu bawak senjata nak kasi penduduk Gaza. bawak simen dan sbg untuk diorang buat bom. tu jadi alasan diorang untuk tahan kapal kita, untuk bunuh orang kita? kata jelah kau nak rampas semua ubat dengan makanan tu, nak bagi Gaza kebulur.

pastu boleh pulak kata kita serang dia dulu. eh kalau ye pun, yang kau ikut Mavi Marmara dengan berapa banyak kapal selam, kapal perang, helikopter tu semua buat apa? kalau ye pun nak buat inspection je, kenapa macam nak perang bagai? dengan kena kepungnya, korang pulak main tembak semua orang, memang lah kitorg patut melawan.

peliknya kat sini, kalau kitorg serang kau dulu, kenapa kitorg yang ramai mati, askar kau semua sihat walafiat je? aku taktaulah kalau masih ada orang yang nak sokong Israel ni. alasan punya see through, budak sekolah cam aku pun boleh tau.

dengan Rachel Corrie pulak, korang sabotaj satellite kan, kacau radar sampai diorang tak dapat contact orang luar. eh sebab korang tak berkeras dengan Rachel Corrie, tak semestinya korang nampak bagus tau tak? setakat sebab kena gertak dengan satu dunia, tak yah lah.


gambar dapat dari sini dan bacalah sini sekali.

satu kapal bantuan kena serang, wah kecoh satu dunia. memanglah kita takleh tolerate. masalahnya, aku peliklah jugak kenapa bila jadi benda macamni, kita baru nak gelabah?

oh tak, aku lupa. kita pernah gelabah. banyak kali sebenarnya, masa Iraq first time kena, pastu Gaza, pastu sepupu sepapat diorang. tapi lama-kelamaan, perasaan tu hilang. gelabah nak lebat masa awal-awal je. pum pang strike sana sini, memorandum melayang.

serangan ke atas satu kapal tu walaupun ramai terkorban, takda apa sebenarnya. yes the activists sure suffer as hell, and we, the comfortable folks reading my blog, have no idea at all. tapi kalau nak banding dengan penduduk Gaza, diorang tak heran dah.

kenapa kita kata Israel langgar undang-undang dunia, hak asasi manusia sebab diorang serang satu kapal misi bantuan? kenapa kita tak kata diorang langgar undang-undang dunia, hak asasi manusia sebab diorang ambik tanah orang lain, tindas, bunuh sebab tamak? kenapa?

oh aku lupe. sebab dalam dunia ni sebenarnya perang dibenarkan. ye tak salah perang. cuma ada beberapa syarat je, that fine lines which get crossed many times enough to anyone even bother. dah nama pun perang mestilah orang awam kena jugak, kau bukannya perang mulut.

maksudnya kalau bila-bila Singapore contohnya, nak serang kita, takpelah. boleh je.

memanglah kita patut selamatkan kapal Mavi Marmara, Rachel Corrie. kenapa kita tak sekecoh begitu untuk selamatkan mangsa perang? kita hantar memorandum, bising sikit je Yahudi dah kecut perut, terus tak berkeras, terus berlembut.

cubalah kalau kita buat macamtu demi mangsa perang. mesti Yahudi kecut jugak kan?

eh tapi sorrylah, kita takde hak sebenarnya nak stopkan perang. sebab perang tu dibenarkan undang-undang. patutlah Yahudi selamba badak je buat macam-macam, sebab walaupun diorang tahu the whole world is against them, diorang still boleh tampil selamba menjawab soalan reporter. sebab kalau setakat perang, diorang tak bersalah sebenarnya.

i'm questioning human value here. i dont know much, and i dont want to know. jangan suruh aku refer Internet, please. dulu masa aku rajin layan politik Malaysia pun sampai tak tidur malam godek internet, ni kan pulak isu global.

korang tahu kenapa Yahudi bukan je pandai gila, tapi bersemangat jugak? sebab diorang buat ni untuk agama diorang. tak, diorang bukan nak sebarkan agama. diorang tak terima convert. berapa banyak Yahudi yang ada sekarang ni, diorang semuanya tulen daripada zaman Nabi lagi. diorang buat ni sebab nak kuatkan agama, kalahkan Islam, takluk dunia.

sebab apa? sebab agama. tulah satu ciri kat Yahudi yang kita kena contohi. oleh itu, sila baca blog ini, pasal macamana umat Islam sekarang lain dengan umat Islam dulu.

Celine Dion takleh salahkan mak aku, sebab walaupun bukan semua Jew jahat, tapi kebanyakan diorang memang tak berhati perut. tapi takpe, aku masih tak benci membuta tuli.

Peace.




Bitter Comeback For Bitter People.

dah berapa lama aku tak update blog ni, tapi bukanlah sebab aku sangat fokus belajar untuk periksa. masa yang aku tak guna untuk blog tu tak bermakna aku guna untuk belajar.

aku masih mengekalkan sikap buruk aku, iaitu belajar hanyalah bila nak periksa, dan hanyalah enam jam sehari sebelum periksa. ya.

apa, susah nak percaya?

amalina yang korang katakan nerd ini sebegitu rupa?

tu jelah kenyataannya. tapi masih ramai yang menganggap aku kononnya rajin melampaui batas, padahal tidak weh, tidak. susah sangat ke nak percaya yang aku ni malas?

oh, sebab kalau malas je result mesti nak kena fail semua lah?
takleh terima yang aku tak berusaha bermatian-matian? fine.

maaflah, kalau post kalini agak poyo. tapi niat aku cuma nak lepaskan amarah dekat manusia tak rasional yang tidak dapat menerima kebenaran je.

kau nak sangat tengok aku dapat result teruk sebab sebelum ni aku tak belajar sangat pun still dapat result okay kan? nak tengok sangatkan? pas aku fail exam ni, gelak lah kau puas-puas. gelaklah, gelak. orang kalau takde kekuatan sendiri memang suka cari kelemahan orang lain.

lepasni aku fail semua, baru kau nak puas hati kan?
jangan risau, aku tak dapat result kalini macam ujian 1 dulu. barulah kau percaya yang aku ni takdelah beriya sangat sebenarnya. kalau aku dapat okay, camna kau nak percaya kan?

ada jugak manusia yang takleh terima kekalahan sendiri, lalu mereka cipta kisah pasal orang lain, sebab tak puas hati dengan orang tu, tak puas hati dengan diri sendiri.

contohnya; artis A. tak suka artis B. sebab artis B ni bukan saja cun, tapi rezeki melimpah ruah. nyanyi setengah jam pun dapat 8 ribu. jadi artis A, canang cerita kata artis B pakai susuk, sebab tu dia nampak lawa, sebab tu ramai orang panggil kerja. padahal taknak terima kenyataan. simple je, yang sebenarnya artis B tu lagi berbakat dari dia. kalau artis B berbakat semula jadi, kau pulak tak, kau haruslah cari inisiatif lain wahai artis A, pergilah kelas vokal ke, London Weight Management ke, masuk AF ke.

pendek kata, usaha. usaha itu berbeza-beza mengikut orang. kalau kau cuba berusaha macam artis B, yang sebenarnya takdelah beriya sangat cuma Allah je mudahkan jalan dia, kau janganlah ikut rentak artis B yang selesa macamtu. kau kena usaha lebih lagi, jangan ikut orang.

faham?

aku rasa kat mana-mana pun akan ada manusia macamni. tapi korang yang baca, tolonglah jangan buang tebiat macam ni. penatlah tau tak, penat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails