Tuesday, February 11, 2014

Solat, Alarm dan Dot Dot Dot

masuk intec, dok akasia, aku banyak belajar erti kesabaran.

selama hidup hampir doploh tahun ni memang belajar bersabar ialah satu proses yang tak pernah berhenti. ada je benda yang mencabar kesabaran aku. aku ni dahlah jenis manusia yang kalau ikut hati nak je flip semua benda, tapi sebab ada otak lagi aku tahan je diri. kengkadang rasa kena masuk anger management support group pun ada lol. tapi itulah mujahadahnya, terbakar dalam tenang :3 pergh mujahadah konon. blah.

kat sini sebab untuk bersabar tu lain daripada sebelum ni.

serius la. dari sem 1 sampai sem 2 sampai sem 3 sampai sem 4 adaaa je sebab untuk aku tarik nafas ketap gigi buat selamba bajet lek jerit dalam hati. cakap kat diri sendiri "Allah is testing me (and teaching me) through people."

ada sebab-sebab tu dah berkurangan, atau ada sebab-sebab tu aku dah semakin terer tangani dan dapat tahan.

tapi ada satu sebab ni yang aku rasa sangat menguji kesabaran tahap maksima pada masa yang sama membentuk aku menjadi insan yang sabar di peringkat tertinggi. taktau la dah dibentuk ke belum, but i'm getting there, getting there okaaay.

hal itu adalah... *drum roll*

solat masa alarm, bunyi fon, dan message berlagu yang takkan berhenti kepunyaan housemate kesayangan :')


kalau benda tu jadi siang, housemate tersebut akan tutup alarm, angkat fon, dan bukak message beliau. takpe. tapi kalau jadi malam atau pagi buta masa semua orang tido aku sorang je jaga eyyyyy memang lah memang! paling tak tahan bila dia sendiri pun tak tutup fon dia yang berbunyi T__T lagi tak tahan bila fon tu dalam tangan dia je, sebelah telinga dia je T__T bertambah tak tahan yang dia selambaaa tido lena tapi bila aku masuk bilik dia dalam gelap bertelekung macam hantu jalan atas ibu jari seboleh-bolehnya taknak buat bunyi, dia boleh pulak terjaga T__T makinnn tak tahan kalau dia memang sedaaar sebenarnyaaa T____T

housemate aku tu baik tapi sorry the truth has to be told lolol. takpelah jadi kisah tauladan kan? moga dimaafkan T_T

so.

aku kalau terjaga dari tido sebab alarm, punya lah gelabah cecepat cari fon nak tutup, sebab taknak kacau satu rumah, dan sebab aku pun menyampah dengar alarm sendiri. paling benci kalau alarm yang bunyi memang macam alarm tu. alarm aku lagu ceria sikit, dan.... bermakna.

"I'll meet you where the earth meets the sun"
"You've got nothing to lose"
"Oh don't you worry, 
Just smile and do your thing girl
Cause I'm on my way out and I'll be there
In the morning
Come on! Come on! I'll keep running til' I burn out the sun" 
- Morgan Laurence Come on, Come on

kamon la bangun bangun matahari nak naik! camtula kiranya. dah bertahun aku pakai alarm ni. biasanya alarm ni baru first line aku dah bangun tutup. walaupun tak semestinya bangun terus. selalu kalau sebelum tido dah niat nak bangun awal untuk solat dan sahur, memang akan terbangun sendiri sebelum alarm bunyi (tips!). tapi sebelum masuk toilet ke masuk dapur ke aku pastikan dulu aku tutup alarm aku. tapi apa yang jadi aku kena tutupkan alarm orang lain pulak. kena tutup alarm yang berbunyi jugak.

bayangkanla. dia buat alarm awal. dari pukul 5 pagi kot, dulu sebelum 3, 4 pagi pun ada. tapi biasanya dia bangun dalam pukul 6 juga. setiap beberapa minit alarm tu berbunyi. bayangkanla apa aku kena hadapi. hari yang aku tak bangun malam takpela, aku memang tido mati. tu pun kengkadang aku boleh terjaga dari tido, kuar bilik aku masuk bilik dia, tutup alarm, sambung tido. pastu bunyi lagi.

hari yang aku bangun awal memang hazaaab. nak-nak bulan puasa, hari-hari dimulakan dengan rutin perit. pertama kali jadi masa sem 1. memula aku sabar lagi ok takpe. tapi bila tak benti aku dah panaaaas je. tengah dalam solat tu. leh lak panas. sabar sabar. cam nak mencarut pun ada. baru lepas solat taubat dah buat dosa.  Istighfar istighfar. pernah je aku rasa nak benti solat gi tutup fon dia. ke aku pernah buat? hahaha tah lupa. tapi memang tensyen la. konon nak cari ketenangan, tapi tekanan yang dapat. baru nak feeling feeling doa masa dunia tengah sunyi sekaliii. kasi salam, bangun terus gi cari fon dia tutup. dok jap. bunyi lagi ya rabbiii. mengucap aku. faham tak lagu tu lagi?! sampai aku dah menyampah dengar suara maher zain tahu?! hahaha

sekarang ni, bila jadi aku boleh kawal keadaan sikit la. kalau tengah solat tu, aku kuatkan sikit bacaan. kalau tengah doa, aku berhenti jap doa. kalau doa lepas solat boleh la aku pegi tutup fon dia tu baling keluar tingkap ke apa. ni doa masa sujud. apa boleh buat. memang aku tungguuuu lagu tu habis dulu.


kengkadang, dalam solat tu aku dalam hati siap "ya Allah bagi aku sabar ya Allah tolonglah".


sebenarnya nak cite pasal pagi tadi. pagi tadi, seperti biasa, jadi lagi camni. housemate aku yang salu bangun sahur dengan aku takde pagi isnin. so kalau dia bangun sahur pagi khamis pastu alarm housemate kitorang tu bunyi masa aku tengah solat, dia tutupkan. tapi pada pagi isnin tiada siapa boleh membantuku. jadi kena tabah lebih sikit. aku kuar masuk bilik dia beberapa kali. kali pertama aku kejut sebab dia kata dia nak sahur jugak. kali kedua kejut lagi suruh sahur. kali ketiga aku tanya nak sahur tak? dah macam mak aku pulak aku rasa. dulu mama selalu bangun dulu, sediakan sahur, solat sunat, pastu kejut aku masa dia masih pakai telekung :') bila aku masuk bilik housemate aku tu untuk kali ke berapa tah aku cakap "awak kalau taknak bangun tolong tutup alarm, sebab kita nak solat sorry thanks." serius masa lain aku tak sampai hati nak cakap. aku rasa dia patut paham sendiri lah kot sampai housemate pun kena tutupkan alarm, tu dah lain macam.

bila jadi lagi sekali lepas tu, masa tu aku tengah doa dalam sujud. aku benti. diam jap. pastu aku doa "ya Allah berilah aku kesabaran." dan tetiba..... aku terus nangis. sampai habis solat nangis teresak-esak. aku pun tak paham. apakah yang terjadi ni. tapi masa tu memang aku rasa aku tak tahan sangat. mungkin puncanya bukan semata-mata kerana alarm si housemate. mungkin ada sebab lain yang buat aku rasa penat, yang buat aku kena sabar, yang buat aku rasa aku kena kuat. mungkin. memang.



out of nowhere, i saw this image today. perfect timing.
i prayed for patience.
so i need to be patient to get patience?
patienception.


memang orang kata, kalau kita nak jadi penyabar, kita kena lalui benda yang buat kita bersabar. kalau tak mana nak datang sifat sabar tu kan? doa je terus dapat? sabar ni dari dalam diri. so kita yang kena keluarkan dia. nak keluarkan, kena ada pemangkinnya. benda kecik, tapi memang benda ni ajar aku bersabar. ajar aku khusyuk dan fokus dalam apa jua keadaan. ajar aku kawal reaksi kawal diri. ajar aku jaga hati jaga mulut, yelah dalam solat takkan hati pun nak cakap lepas je kan. masa tu memang rasa aku penyabar sangat. sebab memang terpaksa bersabar. teruskan. selesaikan solat. tapi jangan laju nak cepat kang apa pun tak dapat. benda kecik je, tapi sabar dia besar.


mungkin takyah masuk anger management support group pun sebenarnya :)




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails