this just in. it just happened like 30 minutes ago it's so just in.
ceritanya kalini begini. intec tengah minggu ROS, aka Raise Our Spirit. setiap malam ada talk, forum, ceramah, majlis ilmu dan segala itu lah. aku join, sebab best. walaupun rasanya tahun lepas lagi gempak, tapi ini kan ilmu jugak. pergi jelah, sikit pun mesti dapat. tak dapat pun duk situ sejam dua mesti ada berkat :)
anyway, malam ni program yang antara tetamunya ialah ex-intec sendiri, Afiq Sazlan. beliau dah makin femes ya, jadi tak heran kalau korang kenal. kalau tak kenal tu agaknya dah boleh kot gi google dia, follow blog, friend fb, subscribe youtube segala.
youtube? yaaa!
jadi itulah Afiq Sazlan.
beli buku dia pun boleh juga.
youtube? yaaa!
"Kalau semua nak jadi doktor, sape nak jadi matluthfi?" LOL
"10 sahabat yang dijanjikan syurga, takde sorang pun sama. semua lain. jadi bila seseorang tu nak jadi sesuatu yang lain drpd anda, kenapa anda halang? pakailah jalan mana sekalipun asalkan dia ke sana, itu adalah cita-cita yang baik. jadi kpd sesiapa yang bercitakan apa yg tak semua orang cita-citakan, nak ambik jalan yg lain drpd orang lain, saya mendoakan anda. jalan ni memang tak mudah."
ni lagi satu video dia yang aku suka
aku tengok video ni dulu, sebelum nampak dorang dua kawan baik ni in real life kat mamak masa dinner. masa tu aku teruja jap, weh makan sama tempat dengan retis intec! hahaha
jadi itulah Afiq Sazlan.
beli buku dia pun boleh juga.
ya, buku. itulah cerita kita. aku taktaulah apa nasib aku, ni kali kedua dalam masa seminggu aku tak dapat beli buku idaman. aku nak beli buku dia, bukan senang dapat jumpa dia sekarang. padahal boleh je beli online sebenarnya. tapi.... sebab yang sama kenapa aku tak order Love & Misadventure online. tahlah, malas. padahal online shopping rajin pulak kan. bila dia kembali melawat intec atas urusan rasmi, dia bawak buku dia untuk berjual beli. ok takpe. kita tunggu lepas program baru serbu.
masa aku tau dia dah buat satu buku, aku private message dia kat fb. tu pun bukan fb personal dia, tapi page company dia. we keep it business yo! aku tak add dia, buat malu je. kalau dia nampak apa aku post kat news feed dia, mesti dia mengucap tsk. jadi aku sedar diri, tak add. follow je. aku tanya macam mana terhasilnya buku itu, dan perkara berkaitan. saya nak contohi, student lagi tapi dah terbitkan buku! wah! kagum lah sebab kalau korang kenal dia, taulah betapa hebatnya dia multitasking. blogging, vlogging, daiegraphy (wedding photoshoot ada diskaun for students yo!), dan macam-macam lagi. mana dapat masa? tu pun aku tanya.
dia jawab pergh, beserta dalil. lagila terasa kerdil. sebbaik aku tak add, mesti dia tak approve. lagipun ai mana add orang, daa~ tapi tetiba dia add aku guna personal akaun dia. terharu jap. terus cancel tak jadi follower dah. kata dah friend hahahah. bagusnya dia add je tah sesapa, untuk luaskan medium dakwah agaknya. tapi aku agak seratus peratus pasti yang dia hide aku dari timeline dia loool.
Update: ya kini pasti. Aku pm dia, tanya mana boleh dapat buku dia offline sebab aku 'tak sempat' beli tadi. Lepas dia jawab, baru dia like status and gambar aku, tapi yang bawa manfaat kepada umat. hahaha. Segannyaaa dia nampak yang laghaaa. astagha. Mesti dia baru sedar kewujudan aku, pastu nak cek berbaloi tak budak ni ada kat newsfeed. Hm.... mungkin tidak.
Memang tidak.
wani et moi (bukan malam kejadian)
berbalik pada buku, ok. teruja tengok dia atas pentas. teruja jugak sebab program malam ni pasal islam dan teknologi, so sesikit tayang video. alkisahnya dari tempat aku duduk, video tak nampak sangat. jadi aku ngan wani, asal video je kitorang tarik kerusi ke tepi bagi nampak sikit. habis video, tolak kerusi ke tengah balik bagi nampak panel dan moderator pulak. pabila video terakhir ditayangkan, macam biasa aku tolak kerusi ke tepi.... tapi mungkin teruja sangat sampai tolak terkuat, kerusi tu terbalik ke belakang. PANNGGG!!!
aku tengok kerusi tu. orang lain semua tengok aku. aku terus lompat duduk atas wani sembunyi muka celah kaki dia. malu gilaaaa tapi gelak jugak sebab bayangkan la! tu kerusi besi kot. bunyi kerusi tu kuat sampai sesape yang berdekatan pandang nak tau apa terjadi. tau-tau je kerusi dah terbalik pastu aku dah berhimpit ngan wani tutup muka. dahlah aku duduk dikelilingi junior, aku taktaulah kalau kerusi tu himpap kaki junior ke apa, tapi siap dengar dorang ketawa lagi. depan aku member senior, dorang jerit "AMA!" pastu gelak jugak. dah satu hal nama aku diseru terus orang tau sape yang buat kecoh tu. aku harap manusia yang aku harap tak nampak, tak nampak. kalau nampak lagi malu berlipat kali ganda. masa tu lampu tutup sebab nak tunjuk video, tapi macam nampak je sebab dekat sangat. saham yang memang takde, paras sifar terus jatuh jadi negatif. harap je berjubah bagai tapi ganas macam laki perangai. nasib baik aku tak tergolek sekali. kalau ye terus aku bergolek keluar dewan taknak jumpa sape dah.
tolonglah. sepanjang video 3 minit tu aku gelak kat diri sendiri. wani pulak "stop it ama!" malu nak mati.
tolonglah. sepanjang video 3 minit tu aku gelak kat diri sendiri. wani pulak "stop it ama!" malu nak mati.
disebabkan aku malu dengan kejadian itu, habis je terus aku blah. tak sempat beli buku Afiq Sazlan. tak dapat mintak sign. kerana sebuah kerusi, lagi sekali aku tak dapat beli buku yang diinginkan. kerana sebuah kerusi, aku malu bagai nak pengsan. kerana sebuah kerusi. tragis.

2 comments:
ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh you ada kat intec ke?!!!!!!!!! kenapa i x pernah nampak pun?!!!!!!!!!! ogosh ogosh ogosh
wait what. u're in intec too how did you find this blog omg omg hahaha
Post a Comment