tetibaa.
aku terus terang jela eh kat sini. aku tak suka kumpul ramai-ramai. kalau macam-macam perangai. aku tak suka riuh rendah. kalau berkecah. aku tak suka suasana konon meriah, kalau takde yang tolong nak senangkan yang susah. aku tak suka rumah luas, kalau budak-budak buas. baik aku duduk dalam bilik kecik aku sengsorang, dediam, tenang.
jadi musim raya bermakna musim darah tinggi.
hari lain pun darah naik turun jugak, tapi musim raya sekali sekala ni dia jadi tsunami sikit.
benda ni sangat tak mainsteam dan go against society's norm aku tak heran kalau ramai tak setuju pastu menyampah kat aku lalu aku dimaki berhati keji. aku tak kisahlah k, hidup kau cara kau. hidup aku cara aku. hidup kita lain-lain, keluarga lain-lain, cara lain-lain, aku paham manusia yang suka, jadi manusia kena paham ada sebab aku tak suka.
benda ni bukan aku je rasa, mak aku pun sama.
kami manusia yang sukakan kedamaian, bukan kekecohan. relationship antara bilangan manusia dan kekecohan ialah positive. variable pulak ialah common sense mak bapak dan tahap makan saman anak-anak, antaranya. tapi dua ni memang saling berkait dan main peranan besar la. aku dah bertahun nak je blog pasal parenting ni tapi siapalah aku kan. jap. aku ialah manusia yang membesar dalam kalangan orang besar yang dah bersuami, beristeri, beranak pinak jadi aku perhati, dan aku tau. mak aku tak puas hati, dan mak aku ajar aku. the do's and the don't's. tapi tu lain kali lah. bukan ini kalilah. k lulz.
aku tak paham macam-macam jenis manusia, dan aku takyah pergi jauh pun untuk jumpa manusia-manusia tu. trust me i've met so many types of people and i've seen so many kinds of problems and the best examples are the ones i've lived with. so it's legit.

like i've said before, legit
mungkin aku dengan mak aku dah biasa berdua. kitorang tak duduk berdua je, tapi gaya rumah ni macam dijaga oleh kitorang dua. jadi kira berdua je la ye. lumrahlah bila ramai memang tak biasa. tak biasa takpe, boleh dibiasakan. tapi payah bila ramai, takde common sense, dan tak makan saman. itu kena sabar peringkat tertinggi iman.
mak aku bukan mak-mak dalam tv korang tengok tu. yang bila takde sape, termenung sunyi mengenang ketika anak-anak masih kecik berlari riang, masih di rumah bising bersembang, rindu teringat cucu-cucu, teringin rumah dipenuhi ketawa girang. takde derrr. mak aku sempoi. mak aku tak emo. mak aku tak jiwang. dok sorang? takde hal. kata dia "lagi senang." yelah, senanglah sorang kalau beramai tak memudahkan, kan? mestilah dia ada terkenang, aku tanya mesti mama lagi suka masa kitorang semua kecik duduk sini kan. tapi motto hidup mak aku: nak buat camne, hidup memang macam tu. life goes on gitu. pada dia boleh buat apa pun nak bernostalgia bagai. dia lagi rela stress tengok drama melayu daripada sedih teringat masa lalu. mestilah ada dia rindu, mak aku pun bukanla hati batu. tapi rindu pun tengoklah siapa. baru je aku cakap kat mak aku haritu, aku tak kisah kalau mama ada favourite anak. sebab aku pun ada favourite sendiri jugak. kalau memudahkan, rindulah. kalau menyusahkan, nanti jadi macam peribahasa jauh bau bunga, dekat bau tahi. ha wujud kot peribahasa tu tah aku pun taktau.
tapi aku harap aku jauh bau bunga, dekat bau kasturi. hihi.
mungkin sebab tu mak aku tak kisah sorang. macam aku tak kisah sorang. baik sorang tapi senang, tenang.
atau pun Allah saje bagi kitorang mak camtu, sebab kalau mak aku serupa mak dalam tv, mak aku akan sentiasa emo. kenapalah hidup sekarang lain. kenapalah keluarga tak kekal sama. kenapalah semua berubah. kenapalah anak-anak aku camni. kenapalah anak pompuan aku camtu. eh. selain tu mak aku akan sentiasa peningkan kepala dia dan penatkan diri dia, secara rela dan sentiasa. sunggguh tak baik untuk emosi dan kesihatan. jadi biarlah mak aku ni jenis mak yang tak kisah. asalkan dapat tengok sinetron cukup dah hahah. tapi mak aku baik. kalau dah mak kan. pening kepala pun, penat pun, terpaksa pun, dia turutkan je semua, tolong je semua, buatkan je semua. tak komplen, tapi komplen kat aku la. aku kan orang yang dipercayai untuk mak aku lepaskan tensi. aku yang jadi pening kepala fikirkan dia, penat tengok dia.

same
mak bapak jangan lepas tangan. isteri jangan harapkan suami je, suami jangan semua isteri nak buatkan, anak-anak jangan tinggal tanggungjawab dekat mak. kitorang tak kejam. kitorang tak berkira. kalau semua memudahkan, yakni perihal makanan, kebersihan, kekemasan dan kedamaian, ha sila. buat macam rumah sendiri asal pandai jaga. kalau semua paham peranan, kami akan jadi manusia yang juga suka kekecohan. kecohlah macam mana pun asal terkawal keadaan.
mungkin takdelah kecoh sangat pun, tapi aku dengan mak aku ni, keluarga asas kitorang lah kira, asalnya memang proper. jadi kalau keadaan tak proper sikit mestilah terasa asing di habitat sendiri. abang-abang aku dulu empat orang pun masa kecik, memang terjaga. takdelah macam perangai biasa dak-dak laki kan, ape tah lagi perangai budak-budak yang dijustify dengan alasan "alah biasalah budak-budak." kalau lasak ke nakal ke kat tempat lain. dalam rumah sendiri, dalam rumah orang lain, reti jaga diri. mak aku salu compare keluarga yang dah bercabang sekarang dengan keluarga akar dulu. aku taktau camne mak bapak aku jaga keluarga. aku nak jadi mak bapak sama macam diorang nanti, cuma lebih baik lagi. sebab cukuplah aku dah pening kepala dengan anak-anak orang selama 14 tahun ni, belum anak sendiri. sampai kengkadang anak orang lain buat aku takut nak ada anak sendiri, ha trauma kau. sebab tu dah lama aku suruh mama buat buku. tajuk dia WWMD. bukan What Would Madonna Do. tapi What Would Mama Do.
benda ni bukan sebab kitorang pentingkan diri, tapi kalau kat rumah sendiri macam ni, kat rumah orang lain macam mana? kalau dengan keluarga sendiri macam ni, dengan orang lain macam mana? jaga diri. jaga adab. jaga hati. jaga nama. jaga diri anak tu. jaga hati mak tu. oh ye kitorang buat ni pun demi siapa yang jaga hati kitorang, jadi kitorang jagalah diri diorang. kitorang taknak menyusahkan orang yang tak menyusahkan kitorang. aku jadi camni sebab mak aku jugak. aku taknak dia penat, pening kepala. aku sorang je tau, sebab dia bagitau aku sorang je. pastu aku sorang je tensyen sebab yang lain tak reti faham sendiri.

tahapnya sekarang sampai mak aku pun takde common sense nak tegur anak-anak sendiri ajar anak-anak dorang makan saman. haa. sebab mak aku nak jaga hati anak-anak dan hati dia sendiri. sebab kalau anak-anak cakap mereka tak perlu ditegur pandaila mereka ajar anak mereka camne? dah mak aku yang makan hati. aduh kamon la ma you're the mom here you're the grandma here everything you say will always be right because that's how we're taught in this family the elders are always right so what are you afraid of? kataku jujur dan ada sinis sikit. taulah anak dah lagi besar daripada mak tapi tak semestinya mak takde hak nak ajar anak camne nak jaga anak. mungkin sebab makin besar makin tak makan saman. aku yang darah muda ni, common sense ada, tapi makan saman pun tak sangat la, jadi akulah yang salu bukak mulut, pastu aku kena balik, padahal aku cakap je apa yang mama bisik kat aku, so kau melawan mama la ni sebab kau salahkan aku? benda memang betul, tapi sebab aku cakap, aku lah yang salah. yang paling muda memang kalah sentiasa. yang tua, cakap apa pun betul, menang semua. adat melayu yang muda je kena minta maaf masa raya, macamkan yang muda tak reti sakit hati tak tau terasa. yang tua tak boleh mengaku salah, jatuh maruah! pastu aku sakit hati, masuk bilik sendiri, bukak laptop, online, merempan kat blog, bagitau dunia inilah realiti hidup sebenarnya, penat dah aku cuba jaga nama cuba jaga hati, nah nah nah lihatlaaaaah!
pastu aku rasa cukup sampai di sini saja, bai.
p/s: bila aku dah kata jangan, tapi buat jugak, pastu ada yang menangis kat bawah, aku di atas yang senang dan tenang ni terasa sangat win. kah kah kah. ye aku memang keji. bila aku menulis tak pikir manusia lain tak pikir kali kedua memang aku camni. love me or hate me, biasakanlah diri.

No comments:
Post a Comment