Sunday, March 17, 2013

Ama 101: Suddenly It's A Post About Me

Selama aku hidup orang dah panggil aku macam-macam. ada yang betul, so aku tak kisah. ada yang tak betul, so aku marah. ada jugak yang betul tapi aku still marah.... ("amalina gemok gedempol" oh memori pahit darjah empat) ada pulak yang buat aku "hah?" kejadah... (sambung dalam hati la tapi)

masa sekolah menengah, zaman KRK. kengkawan aku ada nama manja; Hajerah Pajero yang paling femes antara semua. nama manja aku... Ama Emo. seperti yang disave dalam contact si Pajero.


i guess i was emo. but i don't know what part of me was though.

aku rasa sebab reaction aku kot. aku punya reaction kengkadang boleh jadi over. aku tak emo mane, tapi reaction je over. contohnya "jauhlah nak jalan gi 7e. stress." aku ada habit yang aku suka overkan benda tapi orang sekeliling aku ada habit yang dorang akan percaya bila aku over. padahal aku memain je. samalah cam aku jarang merajuk. tapi aku suka bebuat merajuk, pastu bila orang pujuk aku taktau camne nak explain yang aku tak merajuk pun sebenarnya. so aku biar je dorang haha. pastu dorang pulak yang merajuk ngan aku sebab aku merajuk ngan dorang. kejadah?


aku tak reti pujuk orang

aku hanya akan pujuk bila aku tau aku betul-betul salah, atau aku taktau apa salah aku. kalau aku rasa apa aku buat tu betul, untuk kebaikan orang jugak tapi orang nak sentap, aku akan minta maaf. pastu dah. terpulang nak maafkan ke tak. aku dah rasa bersalah walaupun apa aku buat tu betul, tengok orang rasa bersalah tak biar je aku yang minta maaf ni. takde aku nak kejar nak pujuk nak menagih kemaafan kalau kau main lari-lari merajuk ngan aku. kengkadang aku pujuk la jugak, tapi kalau jual mahal lagi after one point aku akan done ngn kau pastu biar je kau. biar kau cool down dulu, bagi aku cool down sekali sebab penat tau tak nak memujuk orang ni.

aku rasa aku jarang merajuk sebab dari kecik walaupun aku anak last, aku tau yang kalau aku merajuk pun takde sape nak pujuk. takde sape nak geletek, nak belikan hadiah, bawak makanan masuk bilik. kalau aku merajuk, makin aku kena silent treatment lagi adelah. makin aku kena bebel adelah. aku belajar pujuk diri sendiri. kalau merajuk pun tak lama, kengkadang orang taktau pun aku tengah merajuk. melainkan orang buat aku betul-betul panas hati. tu pun aku still tak main lari-lari sebab aku tau last-last aku pulak yang kena pujuk orang yang buat aku merajuk.

tapi yang pelik pasal aku, orang yang benci aku boleh pulak aku kejar. orang yang buat salah kat aku boleh pulak aku yang menagih maaf, tanya apa salah aku kau boleh tak suka aku sampai camni sekali. boleh pulak aku membodohkan diri. mungkin sebab aku tau ini namanya masalah. setakat merajuk, itu namanya acah-acah.


ada jugak yang cakap aku nampak happy je. 

takde emo marah-marah, aku cool. ni zaman KRK dululah, zaman gelap di mana budak perempuan and budak laki kelas aku kerap bercakaran. zaman budak laki suka ejek budak perempuan and budak perempuan suka bebel kat budak laki. tapi aku tak camtu, ada yang kata. aku selalu try buat orang hepi, ada yang kata lagi. awww :')

aku rasa ada orang yang lagi emo daripada aku. aku kalau emo pun biasanya part main-main tu je, jarang yang serious sampai jadi diam pastu muka menakutkan macam nak makan orang, orang nak pujuk pun takut, sampai keemoan dia menjejaskan emosi orang lain. aku tak seemo tu aku rasa. tapi Aizureen pernah kata yang dia jarang nampak aku marah, tapi sekali aku betul-betul marah, muka aku menakutkan. jadi bersedialah.

orang senang buat aku hepi, terharu, teruja kipas tangan gaya 90210 lompat-lompat semua, tapi sekali kau buat aku betul-betul marah, aku tak buat apa, muka aku je main peranan kata mereka. jadi bersedialah.

mungkin Ama Emo tu maksudnya aku ni banyak emosi, bukan beremosi kot.



it really is, but ah what the hell

sampai sekarang ceruk mana yang aku emo pun aku tak tau.

maybe because i'm a writer too. as i've said before, "that's why writers are always misunderstood. because we write as if we're dying, when actually we're alive and kicking (dying inside... maybe)" oh yeah that old, best friend of mine, dia sudah tidak berblogging lagi, buat masa ni. dia tumblring sahaja.


"i feel uncomfortable updating isi hati dekat blog macam dah dicemari certain people .............."

"i've been thinking to do something like that too, idk, maybe a tumblr or a blogger yg tak dicemari just to write my isi hati being melodramatic and poetic and jiwang and emo and all without worrying that unwanted people will read bout it but the thing with me is i'm so sentimental i even get attached to my blog and tumblr and tak sampai hati nak menduakan mereka haha"

"gilaa lawak. bila nak move on, ceyy. ahaha baguslah tu, tanda2 orang yg setia."

"kannn? i get attached to everything kot. my phone number and watch since i was 11 can vow for me. i have bitter memories with my blog tp attachment punya pasal sampai sekarang setia lagi"


haha sorry love for sharing our private affair here but i just had to :)


dia ni memang tak setia. suka sangat tukar-tukar phone number sampai susah nak contact tru phone dah. tapi aku dari dulu sampai sekarang guna nombor pertama aku, sampai bila-bila. blog dia pun dah berapa kali dah dia tukar, aku pulak kekal dengan Keretapi yang satu. EH TAPI DIA TAK SETIA DENGAN BENDA TAK BERNYAWA JE. dengan manusia dia setia. seperti yang sepatutnya. aku ni dengan kepit (ke ketip?) kuku pink yang dah guna 5 tahun pun nak sedih bila hilang, pe cer kan.


so yeah, i guess one more thing about me is i'm sentimental.

nope, not guess. i KNOW i am VERY sentimental. i get attached to things and of course, people (but i think i get attached to non-living things more cos they never hurt me you know ouch burn myself). heck, i even get attached to books, tv series, and movies.

kengkawan aku kata aku pandai jaga barang. itu sebab aku sayang. 

pensil tekan pun aku boleh pakai bertahun. phone kalau tak bermasalah atau orang tak kasi as hadiah pun takkan tukar, kesah hape aku orang nak kata aku koman pun. jam tangan yang dah jatuh, dah calar, dah bermandi lumpur dengan aku kat kem, dah habis battery pun aku sanggup beli battery baru daripada beli jam baru (ELLE: quality that lasts for 8 years and counting). botol air pakai 3, 4 tahun tertinggal kat dewan hari last SPM pun aku sedih. rantai love white gold yang aku pernah pakai bertahun pun baru tukar pakai rantai love gold pulak sebab cakuk dia dah terbukak (itu pun plan nak tukar cakuk nanti). cincin aku tempah masa darjah 3 hilang kat rumah sedara last year buat aku sedih tahap cipan sebab tu satu-satunya cincin yang muat ngan jari aku yang er agak halus cincin lain longgar (budak 18 tahun pakai cincin masa dia 9 tahun, pernah dengar?), since that ring fits my finger perfectly you know sebab memang dibuat untuk aku, aku yang pilih batu merah tu, and sebab I FREAKING WORE IT FOR ALMOST 10 YEARS IT'S LONGER THAN ANY OF YOUR CHILDISH RELATIONSHIP OKAY!!!11! (maybe this is why they call me emo) 


kau nak setia tahap mana lagi hah? hahah

nak kata aku berjimat, tak sangat. memang tak bila jumpa makanan, baju, bag, buku... tapi aku penyayang ececeh. apa yang boleh pakai lagi, elok lagi, tak rosak, tak hilang, biasanya aku tak ganti, aku tak beli baru. apa yang aku sayang, aku tak ganti. apa yang ada sentimental value, aku tak beli baru. sebab nanti aku rasa bersalah kat yang lama, kesian kat yang baru.

kalau aku ni laki memang aku takkan berpoligami har har.



lagi satu, orang cakap aku.... motherly.

lagi-lagi kat INTEC ni. minggu lepas je dua kali kitorang kena berlakon dalam kelas, dan dua kali jugak aku pegang watak mak orang. kali kedua orang suruh aku berlakon jadi mak tu aku dah tak nakkk. aku dahlah tak reti berlakon, asyik nak tergelak je, tapi korang suruh aku berlakon jugak kenapa?

"cos you look like a mother. you have that.... face."

kejadah?

semata-mata.

ada yang siap cakap i can bear 30 children, just because i have that face, i look like a mother. hmm tengoklah kalau mampu. Anis, classmate aku merangkap deskmate belah kiri, cakap aku macam mak dia, anak dia, adik dia, all at the same time "i'm your everything, anis," i said. aku macam budak-budak, tapi aku macam mak-mak. sebab perangai and muka. apakah.


i guess i'm just flexible and versatile liddat.

siapalah lelaki dan anak-anak yang bertuah itu HAHAHA k.


tapi ada satu perangai aku yang aku taktaulah orang perasan ke tak, tapi aku rasa tak. orang sedar aku macam ni bila dah rapat dengan aku je. atau bila aku rasa aku nak tunjuk perangai aku camni. pastu cakap "ooohhh ama dah majuuu"

"dude plis, aku dah maju long before you even know what maju is"


aku boleh jadi..... inappropriate. nuff said.



maybe i'm gonna get judged and critiqued, but ah what the hell


untuk prektis IELTS speaking test, kitorang buat speed dating. it is very interesting. bukanlah date betul-betul tapi (sad life (IT'S A JOKE, CHILL (this is what i call bracketion btw, inception pun! geddit???))). dua orang duduk hadap each other. sorang tanya, sorang jawab. pastu tukar orang. tukar orang. tukar orang. camtulah. aku suka speed dating ni sebab dapat mengenali classmate dengan lebih dekat dan menjalinkan ukhwah yang lebih erat ewwaaah. walaupun kena tanya soalan based on scheme, tapi after dah habis sesi soal jawab tu kengkadang ada masa lagi so sempat sembang sikit.

hari khamis haritu aku jadi interviewer, the interviewee was one of the new boys (the new boys are the fast track boys, usually they are our juniors, they float from classes to classes and they have worse schedules than us since they just enrolled in january but are going to fly with us next year, so, sufferrrr). i don't talk to the new boys though. but this time, i had the chance hehehe.

when it was my turn with one of the new boys, he was like "eh you're the interviewer", because i was the interviewee last time we speed dated lol. then after we were done with the scheme, my classmate told him to ask me something and then to say "PERGH" after i answered (idek why, that's her trademark kot or she's just guiding this dude because he's like quite shy and that makes him cute ok). he asked me

"so what are you doing tomorrow?"

In a parallel universe i would have answered 

"Why, do you want to ask me on a real date?"

But nah. 

Eh tapi aku still sweet-sweet ngan classmate aku sorang ni. Tu pun sebab aku tau perangai dia camne and bajet sweet ngan dia tak mendatangkan kemudaratan. We only love to role play. We (kekonon) came to an agreement that we have many things in common, like we can see the connection but we, as i said, "kenot go on la liddis" because as he said, "nanti anak kita jadi cam The Hobbit." tapi bebaru ni bila aku mintak dia HIMYM, dia cakap nanti dia kasi aku tengok bila aku jadi housewife jaga anak nanti sebab ada banyak masa free. "kalau I tak masak camne youuu? Anak nak makan ape?" dia kata "KFC kan ada." lol. hence two of the very few examples when i dont mind being bajet sweet. I mind being real sweet though. Saving it ;)

proof: aku pernah tangkap gambar ngan classmate aku tu, pastu aku cakap "Ni gambar ke-4 aku ngan laki. You better treasure this till the day you die. Kesian laki aku nanti" pastu dia jawab "tapi bukan laki kau ngn laki gambar ke-4 tu org yg sama ke?"

"kenot go on on la, kenot"

"what to do"

"what to do"

we both shrugged.



Oh and i do mind talking using I, U actually. unless it's full english, full time, which is boring. Kalau kau laki, kawan dengan aku, aku-kau je cukup. Dengan bakal laki aku sendiri pun kalau boleh aku nak beraku-kau, siapa anda untuk beraiyu dengan saya? Melainkan anda tak tau. Dan saya biasanya biar je anda tak tau sebab agak awkward nak bagitau and so you'll forever stay in the stranger zone. Muahaha. 

so yeah i don't do I/U.


Back to the subtopic, itu kira boleh tahan lagila, tak inappropriate pun. di bawah disertakan beberapa contoh yang mungkin anda tak patut tahu pun sebenarnya tapi sebab ni blog aku suka hati aku lah kan. tak ni tak mengaibkan diri, sebab aku rasa takde salahnya aku begini i love being me hahaha


1. kitorang kena buat satu latihan. bukan latihan sukan ke apa, aint nobody got time fo dat, tapi latihan kerja rumah lah pffft. kena buat soalan 1D. classmate aku sorang ni DHF One Direction. so time tu dia macam "1D weh 1D", teruja nampaknya.

aku nak je cakap "I know you'd do 1D... hard."

tapi aku tak cakapla. keluar ilmu kang terus tak dapat jawab 1D astaghfirullahalazim.


2. dua classmate laki aku tengah gaduh manja, satu kelas tengah gelak tengok dorang. sorang ni rasa dia dah menang, dia cakap "take that, who's below me now?! you!" something like that. lecturer kitorang kata "that sounds so wrong!"

dua classmate perempuan aku dah gelak gila-gila, pastu lecturer tu kata "you get what i mean right? only you two get it" but in mind i was like "i get it too miss, why don't you notice me do i really look that innocent i can be ghetto too :( "


3. classmate aku lagi sorang tengah minum air. pastu air tu tumpah atas baju dia. kali ni aku betul-betul cakap "I didn't know you breastfeed."


omg i should stop here.


benda yang aku tau masa sekolah rendah, kebanyakan kengkawan aku masuk sekolah menengah pun ada yang tak tau lagi. kenapa korang tak tau? macam mana aku tau? wallahualam. ilham agaknya har har.

masa aku KRK, kengkawan aku semua baik-baik, blur-blur je. jadi tak nampak sangatlah perangai aku ni sebab dorang tak mengerti. nampak bila aku dalam kalangan budak laki. sebab budak laki baru tukar suara, baru nak up la, sesikit buat lawak tak senonoh pastu ketawa terbahak-bahak. bila aku dengar aku diam je padahal paham. kengkadang tergelak gak. kengkadang aku terpaksa tegur. kalau dorang sedar, terus dorang "weh ama faham weh ama faham!"


tapi kengkawan perempuan aku semua cam "ha faham apa?"

bless you.


it's better not to tell things sometimes, but ah what the hell


pas aku masuk AB, bertemu Aizureen ngan Diena. Diena ni tudung labuh, tapi biasanya faham, itu yang special pasal dia haha. Aizureen pulak faham sentiasa, hahaha. so finally i met my people, where i truly belonged lolol. takpe jangan risau kitorang masih ada batasan ok, kitorang anak dara bermaruah ok.

memang aku ada batasan. sebab tu lah apa yang ada dalam otak aku tak semua aku suarakan. i can make nasty, funny, inappropriate remarks if i want to, but usually i don't. and that is all that matters right cey.

tapi orang kata muka aku innocent :3

aku taktau camne aku boleh jadi camni. sebab early exposure to cerita omputeh kot, otak jadi cepat pick up. melentur buluh kan biar dari rebungnya, tapi ni salah lentur dah ni. mungkin jugak sebab adik-beradik aku semua laki. tapi dorang tak cakap benda camni depan aku. pernah sekali, ugh geli cakap pasal hal laki ingat aku tak faham la tu. adikmu ini tidaklah senaif yang disangka wahai abang-abangku. 

atau naturally talented, mebi.


Anis cakap dia rasa chromosome dia XY.

"why?"

"because i'm attracted to girls"

"lol Anis you have a future husband already. kalau camtu kita pun XY la, i have crushes on girls, i stare at them and when i see sexy girls i wonder 'kalau aku rasa camni, laki apatah lagi' so kita cam faham laki aa. i'm straight though"

"yeah i think you're XY"

"haha i think so but why??"

"tah Ama ada macam laki sikit"

"maybe, dah abang-abang kita semua XY, terbawak-bawak sampai kita kot"


meet Anis. Anis is full of contradictions. to her i'm like a little kid, and also a motherly figure. to her i'm a girly girl, and also boyish. but she understands me and that's all that matters :")


maybe i'm full of contradictions. 



am i good at hiding it?


this is only the social side of me. by social i don't mean i'm a social butterfly, it just means how i am with people. i'm an introvert actually, but am a tiny, tiny, tiny bit extrovert. see, contradictions again. maybe it's because we all have two sides of every characteristic, we all are two sides of each coin. what makes a difference is which side is more dominant. don't even get me started on the school girl side of me, which is full of contradictions as well. contradictions some people can never accept. that i can be this, but also be that. that it is possible to be both. i wonder how many people can't accept this social side of me.


i'm not bi, if that's what you think i'm talking about.

but see i'm not that good though.


ok end of Ama 101.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails