Aku paranoid. gelabah. cepat risau. pessimist. ye.
apa-apa yang ada kaitan dengan perangai calculating every step, predicting every risk, preparing for the worst, itu aku lah tu.
Kalau Boleh Rumah Nak Ada Pak Guard
selalu bila aku dah tepuk bantal nak tido, satu badan dah elok selimut, dah baca doa dengan 21 Bismillah, tetiba aku akan fikir "pintu dah kunci belum?"
sebab bila aku bangun pagi, aku tengok pintu mesti tak kunci betul-betul. so aku tak dapat harapkan orang lain. aku yang kena cek sendiri setiap malam, kalah warden asrama.
pintu-pintu rumah aku ada palang besi. orang lain tak kesah sangat nak palang masalahnya. dorang kata dah kunci, dah mangga, dah engsel, cukuplah tu.
cukup apa? kalau cukup rumah aku tak kena masuklah 6 tahun lepas!
jadi sebagai anak yang bertanggungjawab, aku akan pastikan semua ceruk lubang kat rumah aku tertutup dengan rapi.
aku rela malam-malam tido lambat, jadi pak guard.
Keriak Keriuk Berbunyi
eh keriak keriuk macam bunyi makanan rangup dikunyah lah pulak. takpe, sekarang sila gambarkan bunyi-bunyi yang datangkan kemusykilan pada waktu malam.
kalau aku dengar bunyi macamtu, walaupun sikit, walaupun sayup, aku akan terus alert. kalau dah nak masuk alam mimpi tu, terus aku lari keluar daripada awan fantasi, turun bawah usha keadaan luar dalam.
ada aku fikir pasal hantu? takde. buatpe nak fikir pasal apa yang hanya boleh buat aku terkencing ketakutan, daripada apa yang boleh bahayakan keluarga aku?
aku selak langsir, bukak semua lampu, bukak tv kuat-kuat. biar perompak setan takut.
aku siap jerit kata-kata makian dan ugutan nak telefon polis lagi. kesah ape aku orang lain ingat aku gila.
Sayangilah Orang Yang Tersayang
Mak aku ialah manusia yang paling dikongkong.
aku tak kasi mak aku drive masa hujan lebat dan drive jauh-jauh. by jauh-jauh aku maksudkan luar kawasan tempat tinggal aku. aku tak kasi mak aku drive masa malam. oh hell no.
aku tak kasi mak aku jalan jauh tanpa aku. NO FREAKING BUS. aku koyak tiket tu kang. kalau aku ade takpe. aku boleh jadi perisai.
aku rasa aku lagi capable elak musibah daripada mak aku. kalau ada orang jahat depan mata, aku takde hal la. bak datang. tapi kalau orang jahat depan mak aku, aku akan bertransformasi jadi dinding kalis bahaya, lindung dia.
masa aku kat asrama dulu, aku selalu call suruh kunci pintu sebelum maghrib, nak bukak pintu tengok luar dulu, lepas naik kereta cepat kunci, masuk gate pastikan takde penjahat setan baru unlock pintu kereta. macam-macam.
heck, aku siap buat list kot. tapi aku tau mak aku bukannya ikut peraturan. ish ma tak sesuai lah dalam keadaan ni nak main rules are made to be broken.
Building Ruined Castle In The Air
kalau orang banyak berangan kahwin putera raja, cium puteri kayangan, jumpa harta karun, aku berangan pasal musibah yang boleh buat aku nangis.
duh, aku nangis sekali time berangan okeh. gila gempak imaginasi gua.
tapi aku tak pernah bayangkan aku kena musibah, aku bayangkan orang lain yang kena, yang akan buat aku hidup terseksa sebab emosi sengsara.
aku imagine apa aku akan buat kalau dalam keadaan bahaya. objek mana aku nak capai kalau ada orang jahat. bahagian mana aku nak kick. macam mana aku nak bagi orang lain selamat.
I can't help it la. sebelum tidur aku bayangkan what if pencuri masuk. . . what if dia buat macam ni. . . macam tu. . . masa aku kat luar rumah, aku bayangkan what if rumah kena. . . what if dia kena. . .
shit hidup aku memang tak aman mentally.
Ni No Ni No
kepada sesiapa yang bersekolah dengan aku, korang mesti perasan setiap hari kita dengar bunyi ambulans, bunyi kereta polis.
time tu segala benda yang aku tengah buat, yakni fokus pandang cikgu, perah otak buat addmath, atau bergossip bersama taulan, semua akan puff. . . hilang.
yang ada dalam otak aku time tu ialah siapa yang sakit? siapa yang jadi mangsa penjenayah? dekat mana ambulans dengan polis tu? kenapa macam dekat dengan rumah aku? siapa yang malang?
aku ke?
Kesan Paranoia
aku tak aman duduk MRSM. aku doa pasal orang lain lebih drpd pasal diri sendiri.
aku tak ada hati nak pergi kem. atau sleep over. atau rombongan dengan kawan. aku tak ada mood nak keluar rumah. bukan sebab takut orang kat luar, tapi takut orang kat rumah.
kalau aku dapat asrama last year, mungkin aku takkan pergi. sebab utama aku taknak PLKN pun sebab ni, selain daripada enggan menjadi hitam dan diseksa.
next week 4 malam aku takde kat rumah, aku dah risau nak mati like why why why me.
form 5 ni ada tuisyen setiap malam dekat sekolah. aku tak pergi sebab aku taknak mak aku drive malam. mesti ada orang yang ingat aku taknak pergi sebab aku bajet bagus.
keadaan orang lain, lain. aku dah kata family aku tak seimbang. tak macam family lain. jadi aku kena jaga, aku kena kekalkan apa yang ada. orang lain tak rasa risau sangat, orang lain boleh tinggalkan apa yang dorang sayang, sebab dorang tak faham.
aku, aku tak boleh.
next year confirm aku akan tinggalkan rumah. confirm.
aku cuma kena fikir apa aku nak buat dengan rumah ni, dengan orang sini.
mungkin pasang penunggu kot. jangan main-main, jiran aku ada okeh. penunggu yang baikla. lelaki berserban yang akan tegur orang yang bukan tuan rumah. pencuri pernah masuk, tak dapat keluar terus.
nasib baik gua tak cukup berani sampai tahap tu beb.




2 comments:
that. is. me. that. is. me.
by nature, i'm a worrier. weh kita ada satu post tahun lepas pasal paranoia!
memang sebijik pasal jerit2 dekat penjahat setan semua haha
nak ubah diri ni. dalam proses.
*macam takde perubahan ;(
i'm a worrier too! if only it does spell 'warrior'. kita bukanlah orang yang laid back, yang chillax macam "apa nak jadi jadilah", "kalau dah takdir", that kinda person.
kita ingat post awak yang tu, heheh. time tu pun dah lama nak post pasal ni, tp sekarang baru lah terbuat.
kita taknak ubah. i feel safer this way. sedih en. haha
Post a Comment