Tuesday, February 16, 2010

Mimpi itu Misteri.



harini setelah 4 hari budak gemok bernama Ikmal Buntal bermain dengan aku, menampar aku, mencubit aku, membuli aku, menggigit aku, memeluk aku, mencium aku (asal makin lama makin lain bunyi ni), dia pun pulang lah ke Perak, tak boleh dah aku nak peghak dengan dia lagi.

setiap kali dia nak balik, sure rasa sedih. sure rasa nak masuk dalam boot kereta, nak habeskan berjam-jam lamanya atas jalan, escape from problems. setiap kali ada Ikmal, rasa macam getaway. walaupun dalam rumah sendiri. bila dia balik sana, aku pun rasa nak ikut breakaway sekali. aku tak suka lah duduk sini.


you are loved and cherished, lets not make that stop as you become irritatingly boyish.


padan muka aku sebab tidur petang tadi, aku mimpi. dalam mimpi, semuanya pelik kan. mula-mula mama ambik dari sekolah, tapi jalan kaki. kami pergi ke Giant tingkat 2, dan aku terjumpa Ais, Nas ngan Nad. Ais balik KL tanpa bagitau aku, hang out walaupun di Giant tanpa bagitau aku, apa lagi aku pun sentap. lepastu aku dan mama turun, mendapati Giant separuh tertutup, gelap, tak ramai orang dan menakutkan. rupanya ada cef tengah buat show dia sambil memegang ikan-ikan kurang segar bermata merah jenama Giant. fine, kami keluar.

bila dah sampai dekat rumah yg kecil daripada rumah sebenar dan dicat purple seperti kelas di sekolah yang aku semakin benci, mama kata ada kesan cubaan orang untuk masuk rumah kita. dekat pintu belakang dan gate depan. ada kesan bulat menunjukkan si bedabah itu cuba memecahkan kunci dengan sudu. ya, senjatanya sudu. gate pulak bengkang bengkok dikerjakan, membuat aku terus gelabah dan menangis. tetiba Yassin keluar dari rumah aku pakai baju sekolah, aku pun menjerit "ADA ORANG NAK ROMPAK RUMAH AKU!" dan tiba-tiba cikgu Sivik jadi jiran sebelah. aku saspen, aku peluk mama. padahal bukan apa pun, cuma tengok kesan cubaan orang merompak. biasalah mimpi, selalu lebih dari biasa, walaupun untuk aku. aku menangis, kata aku sumpah akan bayar pasang CCTV. time tu bukan rasa nak kena rompak, tp macam nak kena bunuh dah.

dalam mimpi menggelabah penuh dengan esak tangis itu, aku sempat lagi berfikir
"nasib baik aku tak pindah mana-mana".

well, there is silver lining for everything, even if the positive impact is in one's dream :)

Teka Silang Kata Hari Ini; rasa-rasanya apakah maksud di sebalik setiap kejadian pelik dalam mimpi tu? dan tolong jangan cakap mimpi itu mainan, tolonglah bagi aku kebebasan.

6 comments:

syahirah aisyah said...

nampak sangat awak rinduuu kte kann, haha x)
babe takkan lah balik kl tak gtau awak? logic lah cket.
and, tak reti lah nak tafsir. hebat doh awaaak ingat sebijik2 mimpi, kalau kte dah confirm lupa semua.

syahiraomar said...

GAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

awk lwk glerrr mimpi awk!!

syahiraomar said...

smbungan....

GAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.HAAHA.HAAA.HA *tears*

Shafiqah Omar said...

gelak cam org gile bce mimpi awk. sumpah tobat.

Keretapi said...

aisyah: haha kita ingat sebab tahla kan, amat pelik dan fresh lagi kot?

kecik: sila ingat mimpi kita supaya awak boleh tergelak gila2 di kala duka dkt sana nanti haha

peqah: mimpi ni sepatutnye sedih oh, dan scary. asal la korg gelak pulak ni --"

Shafiqah Omar said...

sumpah LAWAK! paling kelakar part yassin keluar, budus tol, xD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails