babai sayang, awak tak ikut hantar ayu. rindu comel gemuk kebal tebal ni. suka senyum sesaje. mengada tau. awak tak ingat ayu dah. awak dah besar. pasni jumpa air liur mesti dah busuk.
dalam kete, aku duduk belakang dengan mama. diam je. diam sebab nangis hahah. bersyukur pergi airport dengan uda bukan abang lain yg bawak anak bini sama. kalau tak celah mana aku nak nyorok nanges ni. taktaula uda sedar tak paham tak pehal diam je kat belakang tu. takde teresak-esak sroih sroih pun. menangis yg air mata mengalir tak benti, mama je saksi. peluk la puas-puas, pegang tangan taknak lepas. masa tu baru rasa, sebab takde distraction pape. just me in the car, on the way to the new destination. just me, the reality and feelings.
nak fly dah?
nak tinggalkan rumah? tinggalkan malaysia? tinggalkan mama?
paling lama pernah tinggalkan? lama gila takkan jumpa?
Allah tolong jagakan...
dah sampai airport, kabut balik. hilang dah sedih. takpe puas dah nangis tadi. kita sambung rasa cuak kalau beg ni terlebih berat dan padat, lalu aktiviti memunggah keluar barang diteruskan. sampai je, terus keluarkan barang dalam beg besar yg nak check in, dalam kete gak kat depan pintu tu lol. lepas beg besar dah check in, rombak semula beg-beg kecik cabin dalam airport. ha bilanya aku nak lek. pastu abang-abang aku yang lain pun sampai lambat. biasa dah.
sedih jugak, sebab tak dapat nikmati saat terakhir elok-elok. mama mesti stress tengok aku stress. serius aku dapat rilek bila dah lepas solat maghrib. masa tu beg semua settle akhirnya. tinggal aku je nak settle ni, sob.
masa aku tengah kabut-kabut tadi, ada kawan yang call la yang message la. aku tak sempat nak layan, jadi aku tak layan hahaha. tapi si hazirah ni, sibuk message awak kat mana awak kat mana. dah la tak datang hantar aku, tanya lagi buatpe?! kat airport la! yang aku tau nak datang hantar aku sorang je. omar dengan kamil memula kata nak datang, pastu cakap tak jadi. tapi tetiba omar ke kamil tah message cakap farabi tanya aku katne. dah kenapa kau yg tanyakan untuk dia?
aku takde hal kalau orang tak datang. selama ni aku bayangkan bila aku fly aku memang taknak sesapa ada. gua tak touching orang tak hantar la apa la. lagi bagus takde korang tengok aku emo hahah. hantar ni semua bukan apa-apa. takpe. i know yall love me anyway. hahakz.
(ok la ada sekali touching. sebab hajer tak datang, pastu orang yang nak datang tu kengkonon taktau jadi datang ke tak. saje memain dia ni. kau bebetul la, kalau tak datang cakap tak datang. biar aku dah terima awal2 kau takkan ada. macam hazirah. walaupun taknak dorang berdua ada pun, malam masa mengemas tu takleh elak dari rasa sobsob sikit)
masa tu pun aku tengah on the phone lagi, mana la nak reply orang message bagai. hidup aku kan drama sikit, jadi baiklah aku call sedara yang macam ada touching dengan aku hahaha. lepas tu, tetiba hazirah call. dia tanya awak kat mana, awak, awak, awak kat mana???
kat airport la!
dia tanya yela, dalam airport katne?!
sumpah pelik, tapi layankan jela. kat belakang sekali ada pentas, kat situla kat depan tu. tetiba je dengar orang jerit "amaaa!!" pusing je nampak haz dengan wani berlari tercungap-cungap. aku pun jerit aaaaaahhhh pastu peluk gelak-gelak hahhahha.
korang ni gila la!
memang seprais! tak sangkaaa. masa haz message tanya siap call lagi beriya bunyi kabut sikit, aku tak syak pape langsung. tetiba je ada depan mata. dorang cakap dari jauh dorang nampak budak tudung putih cakap kat fon dari belakang, dorang tau tu aku :")
faham tak perasaan kena seprais when you least expect it?!
yang sampai dulu farabi dengan omar, pastu baru bebudak perempuan ni. muar pun ada, muar kawan mrsm hazirah, tapi dah jadi kawan kepada semua kawan sekolah hazirah haha. kamil datang bawak girlfriend. ni kes takut orang fikir lain ke apa. sebab masa dia cakap nak hantar aku dekat whatsapp kelas, dak laki dah ejek-ejek dah lol. u guise pls move on. aku ada terfikir tah-tah sebab tu dia tak jadi hantar hahaha and omar pun cakap tak jadi datang. last-last dorang sume ada :')
with haz and wani, and my puffy eyes from crying in the car.
the last time i saw wani before that was two days earlier. she came over to my house to give me a farewell gift: a grey top. it's just so me! the style, the colour and even the size. as though she purposely bought one which would be suitable for uk weather. thick cotton and high neckline hehe. at that time, she said it wasn't gonna be the last time she saw me :')
muka berjaya buat seprais
of course i believed she wasn't gonna come because she couldn't. we'd said our goodbyes, even though it wasn't grand. we were never much of a suwit suwit pair of best friends anyway. sometimes only. we show it in our own ways haha. so you're not gonna send me off like other people's best friends? too bad, but alright then. later on haz told me no way she was gonna miss it. sebab lepas pergi uk, dalam wishlist dia ialah hantar aku pergi uk. awww. dahla sebelum tu siap insta gambar kitorang dengan caption "there must be a way". she found her way :')
omar, kamil and farabi. dak laki yang aku jarang sembang tapi suka kawan bila jumpa.
sebab dak laki lain macam.... hahah k. dorang ni aku tak kisah datang beraya siap habiskan kuih raya kat rumah pun. memang buat macam rumah sendiri ye, pandai bawak diri cari balang lebih yang tersimpan rapi...
jumpa jap je lepas dorang sampai, pastu kena naik atas pentas berkumpul. lama jugak, hazirah siap message apa aku buat atas tu hahah. dengar briefing, dapat pins pakai kat blazer (supaya orang tau kami students from malaysia under jpa. ada priviligenya k, macam longgar sikit security and takyah beratur lelama), baca doa. lepas turun pentas, ada beberapa minit je dengan keluarga dan sahabat handai.
selfie2, peluk2, babai. aku cam rushing jugakla. salam pun takde fefeeling. last sekali peluk dengan mama lama cium banyak kali, tapi takde nak babak air mata ayat drama ke apa. aku cam ok babai semua ha dia panggil dah kena gi sana kbyeee. lol. but seriously.
masa aku pergi beratur nak turun tu pun, kengkawan je ikut. family stay depan pentas at the same spot sebab nanti boleh tengok dari atas kot. kengkawan pun tak ikut sampai hujung, tetiba je dorang dah takde. and i was all alone. with people in tears and red faces. aku je krik krik. tenang. sempat lagi tanya orang belakang "awak ok?"
pastu turun.
masa kat escalator dah nampak di kejauhan keluargaku melambai dan memanggil :')
dah sampai bawah baru nampak kengkawan yang terlindung sikit :')
masa tu la baru nak kenal kengkawan baru hahah. serius, aku kira fly solo ni. ada yang aku kenal, tapi kenal nama je. ada baru kenal kat btn. ada gak baru kenal masa kat bawah tu. kenal muka je selama ni tapi masa tu baru tanya nama. the three of us sticked together throughout our journey to sheffield. to a new faraway land with new friends. kitorang ni geng takde geng lol and we acknowledged and embraced it! balik mesia nanti pun sesama hahah. ok tak sabar sob sob.
kitorang paling ramai. 60 orang fly serentak satu malam. memang meriah sangat airport malam tu.
that's my family up there
orang atas semua memanggil-manggil nama, jerit, lambai. dah kata, airport malam tu bukan je meriah, tapi panas and bising! :')
then it's time to go.
that's me second at the front
so that's that. the last time i saw my family and my friends. i waved at my family to the last glimpse because they were near the last place we walked to before we completely disappeared from view.
dah duduk dalam flight, barula boleh bukak fon. baca semua pesanan. bukak hadiah. dan nangis. ha baru tau sedih. sedih baca apa orang tulis. sedih fikir apa yang kita tinggalkan. sedih terharu, sedih sayang, sedih sedih. sedih semualah. masa flight dah gelap sebab dah nak naik tu, lagila makin mencurah air mata aku. ni lagi sekali nangis yang diam takde bunyi langsung, tapi air mata mengalir tak benti. terutama masa tengah naik tu. nampak muka orang-orang yang aku sayang. yang takkan jumpa untuk beberapa lama. ingat mama. doa, doa, doa. cakap dekat diri sendiri dalam hati. cakap dekat Allah.
"this is it. this is the time you've been waiting for. for years. after everything. this is it. you're flying."
teringat segala benda yang jadi dalam hidup ni, untuk sampai ke detik tu.
aku duduk sebelah dua orang putih. nasib baik. takdela budak-budak lain nampak aku camne masa tu. takde la orang nak tenangkanla usap-usapla. no. biar sahaja aku sendiriii
i was glad i didn't cry saying goodbye. i expected myself to cry. but i didn't, because i had cried earlier, and then cried later, and i guess i was just too busy with the surrounding - taking pictures and talking, even after i was not busy with bags anymore - so i didn't get to focus on the situation. i was so cool in front of everyone. i'd like people to remember me that way. but at the same time know that i care :)
the card came with wani's top, and the rest in melah's survival kit for me
hazirah knew i needed this, k. and hazirah knew i'd love everything pink!
and another surprise. i opened the box before boarding the plane. but read the note on the plane. hence the feelings. cis. pandai ek first attempt. surprise because this was the second farewell gift! the first one consisted of food and topup hahaha
all that and these three were what i brought with me to uk.
of course, i brought along those i love with me in my heart. it feels a bit heavy to leave, but it makes my heart big. and happy, even when i'm faraway and alone :)
C1!!!
Thanks korang sbb buat seprais tetiba datang :") you came to say goodbye to me but i'm sorry if i didn't say it properly :'( ada yang sedih katanya sebab lepas ama turun ama tak pandang pun. i'm really sorry, i didn't know what to do with you guys up there so i just waved and left... i wish we had better goodbyes. but trust me i reaaally appreciate it. terharu gila k jejauh datang, ada yang pepetang naik public transport, drive meredah kesesakan lalu lintas sume sampai ponteng kelas pun ada hm :")
Enam bulan yg lepas, stress sbb macam2 hal. Patutnya hari terakhir kat tanah air terchenta nak la tenang sikit. Tapi bagusla, sibuk sampai tak sempat nak sedih. Kat airport pun kabut dgn bag. Lepas settle semuanya, tak terasa lagi sbb family mmg ramai, tetiba kawan2 pun ada. Sibuk berpeluk bergambar pulak. Terima kasih jadi sweet surprise pleasant distraction gitu, walaupun memula aku ckp takyah datang kat sesapa :')
It was a day i've probably daydreamt about since forever. Still seems surreal that i'm here. There were the stage, the students all in the same attire. Just like i imagined. But it was better, because it happened. Alhamdulillah. What did i feel when i was down there looking up at all the people above - the family and friends of 60 of us, calling, waving, cheering? I felt relieved. I'm not sure what exactly being happy is, but i wasn't sad. A good kind of sad, at least.
At the end of it, there was a round of applause. It's a feeling i will never forget. The journey just began, but it felt like a pat on the back.
So dream, because you can do it :)
p/s: yes i've lost a few pounds since i arrived. that was a fatter than usual me. not looking my best but that's alright, i did feel my best :'D