Semalam masa aku dan dua orang kawan berdiri dalam LRT, bertiga berpaut pada tiang dihimpit manusia yang entah dari mana dan nak ke mana, kitorang meluahkan rasa yang aku ingat dah lama aku simpan sorang je. maka bermulalah sesi rancak anak-anak dara mengiyakan kata-kata each other.
diharap pengguna LRT yang sempat curi dengar mendapat manfaatnya. dah macam bual bicara.
pasal apa? pasal.....
1. Cinta Selepas Nikah Yang Terbaik Cinta Lain Salaaaaahhh
bual bicara live dalam LRT kitorang dimulakan bila seorang kawan berkata sesuatu lebih kurang camni
"ada baca tak status kita dulu? kita kata yang orang sekarang dah ada mindset yang cinta sebelum nikah salah, yang betulnya semua lepas kahwin je-"
"ADA ADA! kita like," siapa lagi kalau bukan pengguna FB tegar, yours truly.
cinta selepas nikah memanglah indah. memang lebih baik, lebih sweet, lebih "awwwh". tapi tu tak bermaksud there's no such thing as cinta sebelum nikah yang juga indah, baik, sweet, "awwwh". aku tak bantah, everything after marriage will always be better kan? nama pun dah kahwin buatlah apa suka semua dapat pahala. tapi tu tak bermakna cinta sebelum nikah berdosa gila, haram semata.
nak bercinta? pandaila jaga. tak pandai, toksei nok gatei noh.
oh tapi. harus ingat. bercinta dan cinta itu dua benda berbeza. boleh jadi mutually exclusive. boleh jadi independent event. belajar math kan? yang bercinta tak semestinya cinta, ini jenis aku memang takleh terima. yang cinta tak semestinya bercinta, yang ini memang comel gila. belajar bm kan? dengan adanya imbuhan 'ber' tu, maknanya berbeza. cinta itu perasaan. bercinta itu perbuatan.
yes you believe. but it doesn't mean the other one doesn't exist.
"There is nothing better for two who love each other than marriage" Prophet Muhammad pbuh.
this is enough to say that love before marriage exists. i haven't found any hadith or verse that says one can not love another before marriage. Allah, sedangkan Nabi sendiri mengiyakan cinta Mughits kepada Barirah :')
cinta sebelum nikah yang suci itu wujud. bukan semua tercemar dengan nafsu dan fitnah. ada masih ikut fitrah. tak susah sebenarnya. tapi tak semudah tu juga. jadi tolonglah respect sikit kat member yang dah ada bakal laki bakal bini tapi cuba jaga hubungan tu demi hubungan halal yang diredhai.
jangan cepat menghukum. jangan kelaskan semua benda as halal, haram. kalau bab akidah tu lainlah. ini fiqh. banyak pandangan. untuk memudahkan, ikut kemampuan. pandang dari setiap penjuru, pilih penjuru yang mana rasa baik dan mampu. kalau mampu pilih cara terbaik, bagus alhamdulillah. tapi jangan pandang orang yang pilih penjuru lain sebagai orang yang salah. islam tak susah. islam cara hidup, panduan hidup. guideline. bukan ini je betul itu tentu salah. ada kompromi sana sini.
2. Jiwang Islamik
"sekali lagi aku baca warkah buat bakal zaujah surat buat bakal suami pesanan buat bakal imamku memang aku tampar je orang tu"
maaf terkasar bahasa kepada sesapa yang terasa. kengkadang aku ni brutal jugak. dulu pertama kali baca memang Ya Allah sweetnyaaa. kali kedua baca bolehlah lagi comelnyaaa. kali ketiga baca dah oh lol k. kali keempat baca eh tak baca pun terus click tanda X merah kat hujung kanan atas sekali tu (yang kalau awak semua nak click sekarang pon boleyy). kali kelima nampak tajuk surat warkah pesanan bagai ni memang aku flip table terus.
the level of jiwang islamik yang budak budak muda layan sekarang is too damn high bro!
"betul betul! macam kita baca kat iluvislam kan, orang cakap pasal Irma Hasmie, pasal nak dapat suami baik semua tapi kerja online je share benda camtu-"
"kita pun baca yang tu!" aku menyampuk lagi. "dia kata semua cakap untunglah Irma suami hensem, baik, tapi dorang dok berjiwang islamik je kat FB. camne nak dapat suami camtu kan?"
eh kenapa aku tak terasa walaupun aku online je kerja? sebab aku tak berjiwang islamik! har har har
ok kalau jenis jiwang islamik yang dah nikah camni takpe. yang tak tahan tu bila si single mingle selalu bercakap pasal cinta, pasal bakal imam, bakal makmum, bakal masbuk segala. bila jiwang itu dicelup unsur islamik supaya boleh diterima public.
ok ini jiwang islamik belum nikah yang.... comel gila T_T
yang perempuan nak laki soleh je, yang boleh mengaji ayat kegemaran instead of menyanyi la ape laa. i say apa salahnya kalau laki kita menyanyi untuk kita? dapat buat dua-dua tu bonus what. *cough, ehhem Little Things ya bakal lakiku, cough*
yang lelaki nak perempuan solehah je, yang tak layan lelaki lain yang menjaga diri dan hatinya. tapi bila crush kau tak layan kau, terus give up tak leh dibuat bini, test perempuan mana yang solehah tapi nak layan kau supaya ego kau tak tercalar dan kau tak kesunyian. pffft. men's logic.
"Women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity." [24.26]
semua tau kan? dah tu? usahalah jadi baik untuk dapat yang baik. awak buat status "alangkah bestnyaaa kalau dapat suami soleh hihi" awak ingat laki yang soleh terus jatuh cinta dan lamar awak?
aku pun takdelah bercita-cita tinggi sangat nak lelaki yang soleh gila sebab aku tau diri aku macam mana. tak setaraf nanti. takut aku tak mampu nak hidup dengan dia sebab cara kitorang tak sama. tak boleh jadi diri sendiri. cukuplah laki yang nak sama-sama ke jannah dengan aku tapi still boleh buat aku hepi duniawi. lol.
aku sedar diri, tapi aku tau harga diri. kalau kau rendahkan target kau, ke aku, sebab kau tak dapat capai standard soleh yang diperlukan oleh target kau yang solehah sebelum ni, memang boleh blah.
3. Kapel Islamik
"lagi satu, kapel islamik. ok fine, dia kejutkan kau bangun tahajud semua, bagus alhamdulillah. tapi takyah letak label kapel islamik tu boleh tak. kapel is kapel. korang kapel, cukup titik. takpe, aku bukan nak marah pun kalau korang kapel," kata aku menghangatkan perbincangan.
memang aku tak marah... dah. har har. sebab aku dulu... dan dua orang kawan-kawan aku ni... dan beberapa kawan lagi.... merupakan.... Gang Anti Couple. GAC *ternganga menjerit berlari bertempiaran semua* bak kata seorang bekas ahli "agak rempit la." biasalah, budak form 2 otak sempit ilmu cetek yang hanya baca tulisan di internet dan terus terima sepenuh hati selain buat hukum sendiri tanpa mencari pendapat lain, berfikir guna akal sendiri mahupun merujuk ijmak para ulamak mungkin kerana kurangnya kematangan dan juga pengalaman. eh.

katalah aku kapel, tapi jaga. cubaaa jaga. cuba tak dengar godaan syaitan. tak lagha, tak merosakkan diri, tak mengotori cinta, tak memudaratkan si dia, pastu tetiba ada dak-dak bajet terel canang yang aku tengah melakukan sesuatu yang haram, aku memang berdosa besar, aku takleh lari dari zina hati, dah kapel wajiblah aku pegang tangan ringan-ringan segala kan yela pada dorang mana ada kapel yang tak bersentuhan bersayangan ni, takde cara lain selain aku putus dengan lelaki yang aku tak label sebagai pakwe pun sebab aku dah terlalu matang untuk perkara kebudak-budakan seperti itu, putus dengan lelaki yang aku doa nak jadi suami aku, putus putus putus didesak oleh dak-dak GAC ni.
dahlah aku berjihad al-nafs bersusah mencuba, tetiba bebudak ni cakap macam aku tak berusaha langsung, memang sengsorang aku kasi sepatah dua. mungkin berpatah-patah.
berdakwah ada caranya; dengan hikmah. sebab tu dakwah ni susah. niat nak tarik orang, tapi makin ditolak adalah.
malu aku dengan diri sendiri. malu aku dengan orang berkapel yang aku dah bikin tensi. malu aku dengan Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui segala hukum, segala niat, segala apa yang mereka buat yang aku sikit pun taktau tapi sibuk nak hukumkan. Astaghfirullah. jadi sekarang bila aku jumpa budak-budak macam ni, memang aku akan kasi sepatah dua kepada mereka.
"kita tau dia kapel. tapi kita tak nampak apa dia buat dan tak buat. kita tau dia tak tutup aurat, tapi kita tak nampak dia punya jihad. jangan cepat menghukum, jangan cepat stereotype. berhusnuzonlah."
eh apa point aku tadi? jauh benar menyimpangnya. marilah kembali ke pangkal jalan.
ok kau kapel. you don't have to justify i'm done being a prejudice judge and that is not a lie. you don't have to justify your being in a relationship by labeling what you're in as 'kapel islamik'. even kalau satu hari, kalau k, kalau, aku kapel, aku takkan justify perbuatan aku kepada 'hollier-than-thou' dengan cakap "eh kami tak pegang-pegang, kami duduk renggang-renggang! kami kapel islamik!" TAKKAN. bukan sebab bangga ke apa. in fact aku diam-diam je. tapi sebab aku takkan menidakkan apa aku buat.
ada ex-GAC yang cakap dia takkan kapel. takkan. tapi sekarang dia ada bakal suami dah insyaallah. aku tak pernah cakap aku takkan kapel. tak pernah. tapi aku tak jumpa lagi bakal suami lololol apekah. pointnya, they try to do it the right way. ok not the halal way foineee, tapi the right way. she tries. he tries. and there is no 'kapel islamik' plastered on their back, or 'kapel' at all.
pointnya dalam pointnya, your own actions justify it enough. you don't need other people's approval.
ok your parents' perlu.
4. Kahwin Muda
"kita sekarang fikir kahwin, tak rasa apa," kawan bersuara.
"kita pun dah lepas dah fasa tu semua, sekarang neutral je. dah tak teruja cam dulu, that's sooo high school," aku mengaku. ketawa.
"tapi ramai yang nak
kahwin muda kan. bila start eh trend kahwin muda ni? sebab Dena Bahrin? sekarang orang nak kahwin muda sebab sweet je, padahal tanggungjawab semua tu..." kawan bersuara.
"tau takpe! ingat senang kahwin ni? pastu kahwin muda sebenarnya dah lama kot orang alim buat, sejak azali. kita-kita ni je yang sekarang tengok pompuan berpurdah nikah dengan laki berjubah, terus awwwwh. padahal pada dorang itu benda biasa. sebab itu benda yang betul, bukan sweet semata," semangat aku sambil peluk tiang besi tu, elak impak inertia.
"annoying kan bila semua nak macam tu," kawan rasa.
"memang. sebab yang salah pulak tu. jadi tak special bila dah tak rare, bila jadi trend" aku mengiyakan.
ibadah wajib cukup dah?
admit it people, tak menyampah ke bila budak-budak yang setahun jagung, atau remaja-remaja macam kita yang ikut kematangan seksual memang boleh kahwin tapi ilmu rumah tangga ilmu agama baru sedepa, gedik-gedik nak kahwin?
tapi sebab aku pun pernah gedik-gedik nak kahwin, maka aku beri peluanglaaa. kalau aku nampak symptom ni aku akan anggap mereka tengah melalui fasa itu maka aku pun fahamlaaa. tapi at least masa aku tengah gedik-gedik nak kahwin dulu aku takdela tergedik-gedik dengan mereka yang berlainan jantina tauuuu siap pilih dua tiga orang calon nak test mana satu yang pasangan hidup yang terbaik tauuuu.
aku gedik diam-diam je.
sesungguhnya itu lebih sopan. ihik.
5. Purdah
topik ni takde dalam bual bicara LRT tapi nak cakap jugak.
purdah pun dah jadi trend sekarang. semua sebab anak dara yang terpengaruh dengan jiwang islamik oleh teruna yang nak isteri solehah untuk bercinta selepas nikah supaya tak terjebak dalam kapel islamik. pfft. pastu kalau dah berpurdah, janganlah make up mata tebal sangat. aku rasa tu seksi, aku taktaula apa laki rasa. where's the super modesty the reason why you wear it in the first place?
kepada mereka yang ingin atau telah berpurdah sebab Allah, tak perlu sentap, takyah marah.
yang teruna tu pun, nak yang solehah je. senanglah nanti kerja korang kan? tak payah diubah isteri yang memang dah cukup didikan dah elok perwatakan. padahal di situlah dayus tak dayusnya seorang lelaki, mampu tak mampunya seorang lelaki untuk mendidik isteri. kalau dapat bini baik goyang kaki jelah, tah tah dia yang pimpin kau ke jannah. pfft. nak yang berpurdah je. spesel wajahku untukmu wahai suami. padahal bini orang lain anak dara orang lain yang tak berpurdah tu best je kau kasi pandangan pertama yang diampunkan tu kan?
kepada mereka yang tak bersalah, tak perlu sentap, takyah marah.
tapi memang hakikatnya ada perempuan dan lelaki macam ni.
niat. niat sis, niat bro. niat. saya nampak awak berpurdah, saya tak nampak niat awak, maka tak terdetik apa pun di hati melainkan alhamdulillah, moga istiqamah. tapi kalau dah berpurdah sebab awak sendiri cakap rasa bestlaa macam misteri ni, mata macam seksi, nanti dapat suami soleh hihi, apekah? kalau dah awak sendiri cakap awak nak berpurdah masa nikah sebab taknak adik beradik suami awak jatuh cinta dengan awak sebab kecantikan awak yang maha sangat, apekah?
di manakah modesty di situ? modesty yang menjadi sebab perempuan wajib menutup aurat. purdah tidak wajib. yang bermakna perempuan berpurdah patut ada super modesty.
tapi maaf, mungkin salah saya. saya tau apa awak cakap, tapi saya tak nampak hati awak. jadi maaf.
jujur aku cakap, yang tak perlu pun aku cakap sebenarnya, tapi aku nak cakap jugak. aku taktaulah masa depan aku camne, sesungguhnya Allah yang kasi hidayah. tapi kalau hidayah terletak atas kata-kata aku, aku kata aku takde niat nak berpurdah. bukan taknak, tapi takde niat. aku suka tengok orang berpurdah, memang misteri, memang super modesty. i don't have anything against them, i support them, i pray for them to be istiqamah.
purdah ni memang macam best sebenarnya
but it's just not for me.
just like aku takkan tak letak gambar aku dekat internet. satu ustaz yang tidak akan dinamakan cakap seorang perempuan solehah, jika gambarnya dipuji, dia takkan cakap "alhamdulillah" atau "takdelah". tapi delete terus gambar tu. dia simpan semua gambar dia untuk suami dia. bila dia kahwin dia akan kata "abang, ini gambar yang saya ambil pada masa sekian sekian di sekian sekian yang saya tak pernah tunjuk dekat orang lain. sebab saya simpan untuk abang je." awww sho shwet!
aku cakap kat kawan aku,
"ok fine. so kita tak sesolehah itu. mungkin tak solehah langsung. kita cuba tutup aurat sempurna, cuba k, tapi kita tak kisah gambar kita ada dekat internet, itu cukup untuk kita. kita tak fikir yang lelaki akan rasa apa-apa. kita tak ada niat nak riak bila orang puji dan kita cakap takdelahhh, sebab itu apa yang kita rasa. kalau lelaki ngan perempuan tengok pastu rasa apa-apa, sama ada kita ni rupa takdelah teruk mana atau kita ni berlagak tayang rupa, kita takleh buat apa-apa. sama macam orang yang berpurdah takleh buat pape bila dorang pakai celak tebal dan lelaki rasa tu seksi dan kita rasa tu tak menggambarkan modesty padahal dorang takde niat nak buat orang rasa camtu. so takpelah. kita tak sebaik itu. cukup gambar freehair kita yang kita simpan untuk suami kita so kita boleh cakap 'awak, ni gambar saya camwhoring masa study untuk spm, masa tu baca dua page tapi camwhoringnya dua jam, ni semua hasilnya special untuk awak.' orang yang memang solehah sampai rahsiakan muka kat FB semua tu, alhamdulillah good for them. tapi kita tak macam dorang. tak mampu. cukup kita macam ni."
so kepada lelaki yang rasa nak isteri berpurdah, isteri yang rahsiakan wajah, you can cross me off your list already.
ke dah cross out awal-awal? k foineeeeeee.
disclaimer: aku ini kurang ilmunya. hanya meluahkan rasa. jika ada terkasar bahasa, maaf dipinta. jika ada silap tolong perbetulkan, aku terima. tapi jika sekadar percanggahan pandangan, to each its own k brader.