Friday, April 30, 2010

Bila sekolah kena Histeria

aku masuk MRSM berhajat untuk tengok orang histeria, tapi hampa. namun siapa sangka, dekat SMKLK, dah dua hari berturut-turut orang kena histeria.

itu namanya rezeki ada di mana-mana. aku tak dapat tengok dekat MRSM, mungkin aku dapat tengok dekat SMKLK. kalaulah konsep ni boleh diaplikasikan untuk dapat 10A+ SPM nanti.
ya, semalam dan harini ada kes histeria dekat SMKLK. kedua-duanya waktu petang. semalam 4, 2 pengsan, tadi 11 orang lebih kurang. siap ada pengunguman "Semua murid sesi pagi diminta pulang dengan segera". wah hebat.

cakaplah aku jakun, tapi memang betol pun. sayangnya aku takda ketika kejadian.

habis camne aku tau? pagi tadi dtg sekolah terus dengar pasal kes semalam. budak tu masuk kelas pas rehat ke apa tah, ternampakla member, terus histeria. berjangkit kat kawan-kawan dia. masa tu tengah hujan lebat, beberapa minit je pas aku balik choral speaking.
kes harini pulak, tadi tetiba Kembar call aku. jangan tanya kembar yang mana, sebab dia angkat fon cakap "Ama ni Kembar". lagipun memang aku panggil dorang Kembar walaupun nak address sorang je, tak pernah panggil nama.

katanya dia dengar dari dalam PS yang tertutup rapat tu. kuat gila, tapi taktau apa. time tu tengah azan Asar, jadi sempatlah dia mengshhh kan penghisteria tersebut. ada budak kena kat tangga pastu jatuh ke apa tah. pas cikgu suruh dorang balik tu, terus Kembar paksa Pak Cik Van bawak laju-laju, macamkan hantu tu boleh pulak nak ikut dorang balik rumah. kalau ye pun, hantu kan boleh terbang 100 Km/j, racingla camne pun malam nanti jumpa jugak.
eh, aku tengah sorang-sorang. dan ABC. tapi takpa, sekarang siang. lalala.


ingat lagi ada satu masa tu, tahun ni jugakla, dalam tiga minggu straight ada budak-budak pengsan time rehat. ada yang macam gila bukak tudung semua. tapi bukan histeriala.

tetiba benda ni terjadi. kenapa? teori aku mungkin sebab manusia kat sekolah tak reti buang pad dengan betul, atau sebab perangai makin lama makin memboyan.

kadang-kadang benda ni sebagai peringatan. kalau kat Serting dulu, akak-akak selalu cakap pasal ni. terutamanya bila perangai makin tak semegah. akak-akak cakap, tak guna baca Al-Mulk setiap malam, Al-Ma'thurat setiap Nazam, kalau sebok bermesra-mesra jantan betina. benteng kita jadi lemah, bila lemah, banyak syaitan boleh masuk.

kat asrama bolehlah akak-akak saiko budak-budak camtu, kat sini, sapa nak saiko? pengawas tegur pasal tak ikut peraturan pun dah melenting siap buat page Facebook Kami tak suka pengawas Smk Lembah Keramat 2010 :P. apatah lagi kalau ada orang tegur pasal sahsiah, haih budak SMKLK, bilalah kita nak maju kalau perangai macam hantu? kang bila dah histeria kang jangan bising, biarlah dorang nak menampakkan diri kat kau, kata sekampung.

Ustaz baca hadis kat depan pun tak reti nak tutup mulut, sabar je aku. aku dapat rasa makin lama aku makin lemah bab agama, so kalau dengar hadis bersihlah sikit hati kan? hidup pun berkat. tahukah anda kalau tak dengar hadis tiga hari hati kita jadi keras? kesian Ustaz, kalau aku dah lama aku baling mic. eh tapi, Ustaz target betul-betul, kang terkena saya kang naya.

bila doa pulak tak reti nak aminkan, sempat gelak-gelak, eh sumpah aku malu kot dekat non-muslim. benda basic macamtu kita dah tau sejak tiga tahun dah, tu pun tak guna otak.

haa bab bab laki pompuan tak payah masuk la kan, kalau kat Serting akak-akak kata sebab tula hantu datang, sebab iman tak kuat. kat sini budak berkapel mengalahkan cikgu yang dah berkahwin, memang takde benteng langsung ah. at least, suka jela diam-diam, kawal perasaan dan emosi, macam aku ni haaa. lalala.

entah, benda-benda ni aku belajar kat Serting. aku masih ingat, dan aku cuba kotakan ecehceh. cuma yang peliknya, pas aku kuar, kawan-kawan aku yang stay dalam tu makin lama semua makin faham-fahamlah, walaupun sentiasa disaiko oleh akak-akak PERPIM. aku kat sini nak saiko sesapa pun tak berani, kang tak pepasal ada page Kami Tak Suka Amalina pulak kang.

papepun, memang cool lah Histeria ni. bak mutiara kata aku, 'rumah berhantu tak best, tapi sekolah berhantu memang best'. cuma aku nak jadi saksi je, jangan kena kat aku sudah.

Thursday, April 29, 2010

Kalau boleh Mandi dan Makan dalam satu masa

aku sekarang sibuk gila, harap maklum.

form 4 memang lagi teruk daripada form 3. malah hari biasa form 4 pun lagi teruk daripada hari PMR form 3. ditambah pulak sekarang ni latihan choral speaking amat memenatkan, pukul 4.30 baru balik rumah. memang harapan aku nak buat kerja sekolah dan belajar selagi malam tidak bermula. itu pun kalau mata tak surrender.

periksa lagi tiga minggu ni. waddefishla. seminggu sebelum periksa ada Hari Guru, dan pada Hari Guru aku terpaksa berchoral speaking, yang membawa maksud sehingga Hari Guru tu, jadual aku padat dengan aktiviti melantun suara lunak lagi merdu dan membuat muka comel oleh orang yang tak berapa nak comel ni. habis tu bila aku nak belajar?

ah dilemma. hm. mungkin tak dapat memegang takhta kelas kali ini, takpalah (TIPU).

patutnye form 4 ni aku takyah menggelabah nak nombor 1 segala, markah koko lebih penting. masuk form 5 nak menggelabah belajar pun menggelabahlah, memang patut. tapi kalau dah aku ni aku, takda tahun yang dikecualikan. nak menang je. usahanya takda, berangan tak habis-habis.

lagi-lagi bila berchoral speaking hari-hari, mulala kenangan silam menggamit memori. dalam sejam sehari aku guna untuk mengimbau kisah 3 tahun dulu. teringat waktu MRSM. teringat Minggu Bahasa, teringat gang choral speakers pertama. bila dah teringat semua tu, mesti teringat dia. wee, rindu lah pulak. aku berhajat nak tulis pasal waktu hati berbunga itu dalam blog, tapi tunggu lah ye, bila free sikit, dan bila muka lebih nipis dari biasa.

bila terpaksa pergi sekolah, berchoral speaking, tidur petang, tidur malam, buat kerja sekolah dan tengok TV dalam sehari, 24 jam memang tak cukup. mulalah aku salahkan matahari, apasal kau cepat sangat turun dan terbit hah? baru tutup mata pukul 2 pagi, tak sampai satu saat rasanya, dah kena bangun untuk hari baru pulak. agenda, sama.

nescafe, sahabat lama, kita bertemu semula.

Saturday, April 24, 2010

Banyak Benda Nak Cerita, Tapi Takda Apa Nak Kata

1. Aku rasa aku ada banyak untuk tunjuk, untuk buktikan, untuk cuba, untuk dicabar. tapi, how can i spread my wings in this awfully hollow tunnel? tunnel so long, i cant even see the tiny light. as though the tunnel goes to no end, and my wings rot to ashes, a glow they never have.

2. Sekarang aku macam takda kawan yang betul-betul kawan. aku ikut orang for the sake of not being left out. aku cari topik bodoh untuk bersembang, for the sake of not being silent and lonely. aku berkawan dengan orang, for the sake of having companion. bukannya sebab aku pilih, sebab aku nak, sebab aku suka, sebab aku sayang, sebab sejiwa.

3. sekarang aku dikelilingi kawan-kawan yang tak paham apa aku cakap. kalau dengan mereka dulu, kitorg boleh habiskan satu hari bersembang dan bergosip. kitorg menyampah tengok orang menggeletik bercinta, tapi kitorg masih cakap pasal laki. kitorg cakap pasal kejayaan, tapi masih berangan untuk kahwin dengan orang kaya. kitorg cakap pasal masalah sosial, tapi masih berharap kitorang tak mandul seraya dapat beranak nanti. kitorang pelik, dan lepas diorang pergi, takda sapa yang dapat berkongsi kepelikan itu dengan aku lagi.

4. I begin to text messages only to be saved in drafts. at least i have a reason to open the messaging folder, though there's no messages as always to wait for. i begin to text to myself, sharing things with myself, befriending with myself. i have become insane.

5. I have to lie to my 'recent' friends because they dont know the real me. i find its hard to explain, so i lie. i forget how i opened up to my 'previous' friends. a couple of them knew too much, i dont know how i even ended up telling them those secrets of a lifetime. it was easy, one word and she understood, not one word followed by endless explanation. i hate not being able to talk about my being and feeling. its not that i dont try, but i know how different my recent friends and i are. they dont talk about what i talk. they find my perspectives ridiculous. i get shut up all the time by their blank stares and emotionless responses. we have nothing in common, we cant stumble into a topic and engage in it for hours. shit, get me out of here.

6. one day, i suddenly felt lost. and for a mysterious reason, i cried. when i realized how i about to, i said, oh no demit, not now, not forever, dont betray me, dont. . . but they did. the tears did, just as how my friends disappoint me. i didnt see it coming, i guess it was just something i had buried deep inside, hidden, and it was about to emerge unannounced. i feel isolated when in truth i'm surrounded by people. i hate to go to school once more. if before this i was all excited, that was because i had something to count down to. but it had passed, i have reverted to my original condition. i feel a strong force which pulls me towards the bed and never to rise again, i cried, confirming the lame state of mine, of how i have never cured, but those hopeful times were just some kind of temporary distractions.

7. dan itulah sebabnya kenapa aku tak pergi sekolah ganti tadi. bukan aku sahaja, tapi satu kelas takda, mungkin sorang dua yang bersemangat waja sahaja. kalau dulu, sekolah ganti atau kelas tambahan disambut dengan girang, itu bermakna kitorg boleh bawak handphone dan camera dan camwhore seperti orang gila. tapi sekarang, siapa nak camwhore dengan aku? aku tau isnin ni akan meletus gunung berapi, buat kesepuluh juta kalinya, tapi kali ni magnitude gegaran lebih besar, jadi kitorg dah bersiap sedia sebab kitorg mmg cari pasal. takpa, lebih banyak sebab untuk menangis depan bos besar, lebih banyak peluang untuk ubah keadaan.

8. aku sedang mengusha seseorang ni, semata-mata supaya ada sesuatu untuk dibuat ketika rehat masa aku duduk berdiam diri semeja dengan 'recent friends' yang tak bercakap apa-apa.

9. lagi tiga minggu periksa besar, jadi aku akan cuba untuk tak online. aku akan belajar hari-hari walaupun godaan tidur sangat tinggi memandang sekarang hujan sudah mula membasahi bumi. takpa, aku cuba jadi nerd sejati. alang-alang social life aku dah musnah, baik aku tak sia-siakan peluang itu dengan belajar dan belajar, diharapnya dapat menandingi penangan budak asrama.

10. aku yang tinggal, tapi aku rasa seperti aku yang dah lama pergi. babai.

Saturday, April 17, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang 2010

ingat lagi macamana aku merengek haritu sebab dapat dua je matapelajaran terbaik? rupanya BM, cikgu salah. macamana boleh tersalah dan macamana boleh terbetulkan, itu aku taktau. tapi, alhamdulillah.

asalnya mereka order plague aku satu untuk 8A, satu untuk subject semua himpun sekali (masa rehersal aku guna Kak Nurlin punya, penuh ruang tulis matapelajaran terbaik, ada 6 babe). tapi tiba-tiba ada penyelamat misteri kata aku yg highest BM, jadi mereka pun order lagi satu untuk aku, untuk BM sahaja. maksudnya, aku ada 3 lah plague tu. hip hip hooray.

tapi ada isu yg belum terhurai. satu subjek ni, cikgu kelas sebelah yang tanda kertas tetiba jadi strict from soft, so budak kelas sebelah sorang dua je dapat A. jadi kalau betulla logik aku ni, kelas aku yg dapat highest masa trial untuk subject tu. aku tau sebab aku yang kirakan markah semua orang. dan sebab aku ingat lagi camna aku excited kira kertas sendiri dapat highest.

lagi satu subject pulak, aku takda salah, tapi cikgu kata subject tu tak boleh dapat 100%, jadi satu markah aku ditolak saje-saje je. mungkin budak yang dapat anugerah tu cikgu kasi 100%.

tau kenapa aku ingat semua ni? sebab aku keep track on setiap exam. sapa dapat apa highest, sapa dapat berapa A. tapi taktaula kot-kot otak aku dah mereng, data semuanya dah tak betul.

dalam doa pembuka majlis tadi, ada "jadikanlah penerima anugerah pada hari ini golongan yang bersyukur". cuma keadaannya sekarang, aku dahlah stay, jadi apalah salahnya kalau bagi fair and square sikit? aku tak pindah, aku bolot semua hadiah. kan?

kalau aku ni Rachel dalam Glee, memang aku redah je pejabat pengetua terus tanya semua. tapi aku bukan Rachel dalam Glee, aku ni aku je dalam alam realiti.

jap, ini selingan ya. ramai senior dapat matriks, bagusnya korang, bangga juniormu ini. Kak Nurlin pun. dapat matriks. je. sorry, aku bukan underestimate Kak Nurlin, ish takkanlah aku nak underestimate idola aku kot (sila bangga). cuma, Kak Nurlin weh, Kak Nurlin yang Kak Nurlin tu, tak dapat lagi offer untuk fly or at least masuk UM macamtu. result tak keluar lagi kot. tapi susah nak percaya Kak Nurlin yang Kak Nurlin tu terpaksa tunggu dekat matriks.

aku ni pulak, yang aku hanyalah aku, aku yang aku ni, berangan bagai nak rak. konon nak fly merata-rata pas SPM, macam Uda. Uda taktau result lagi dah selamat dok US. hish. kalau Kak Nurlin pun kena tunggu dekat sini, ini kan pulak aku. aku mungkin nak terlalu banyak, tapi tu memang aku.

aku macam Rachel dalam Glee. cuma mudahnya kalau Glee tu aku punya realiti.


okay, selingan tamat.


tak seperti yang aku impikanlah harini. aku impikan terpandang senyuman itu, memancar-mancar sinar mata, bahagia berputik di jiwa. tapi tak jadi satu hapa pun. buat penat aku tunggu detik ni selama tiga minggu. orang bukan nak dengar cerita aku, aku dengar cerita diorang. aku duduk tepi je. aku message Aisyah, bff selamanya yang sentiasa mendengar. aku buat kerja sendiri, nak dengar perbualan, aku diluar perimeter dorang. tapi takpa, aku sabar.

dahlah semua balik cepat tadi. takda pun gambar beramai-ramai 3C1. mungkin takda sapa jakun dengan budak sekolah Lembah. buat penat aku charge bateri fon satu hari satu malam. ingat nak havoc photoshoot. takde pun menegur ex-classmate lelaki. perangai dulu masih wujud, ignorance. takde pun balik lambat untuk berbual. berbual pasal kenangan terindah, bukannya pasal benda yang aku muak dengar.

baru berapa bulan, baru berapa bulan.

Ya Allah. untuk Majlis Anugerah Cemerlang dua tahun depan, bagila kehadiranku diiringi dengan kompang rebana bagai, kalau boleh siap dihujani kelopak bunga ros lagi. bagi aku dapat hadiah besar tu, bagiiiii siniiiiiiiiiii. Amin.


P/S yang PANJANG; aku jadi MC perhimpunan minggu depan. khairi yang bestari telah memilih aku, aku of all people. padahal cikgu dah pilih AIJUGHEEN. tapi khari pilih aku. boleh pengsan depan tu. kalau akak menerima kemaluan besar isnin ni, memang kau kena khari. kau kenaaa.

Friday, April 16, 2010

Kenangan Silam Kembali

Kisah 1.

Hari Rabu masuk explorace, untuk tahun ke tiga. kalini explorace amatlah kacang, takda warm-up tradisi makan bawang besar dengan teh/kopi panas, dan takda pegang ulat gemok geli dan makan telur puyuh mentah macam last year. kalini hanya guna otak, hah hah hah.

tapi otak aku sebagai pengerusi kelab aka ketua kumpulan sangat tak memberangsangkan, lalu kitorg pun bergerak dengan lembab. namun begitu, masih sampai di garisan penamat sebagai kumpulan ke-6 yo! wah improvement, kalau dulu sampai situ semua orang dah ada siap lepak beli air lagi. ada can nak menang ni.

tapi . . . tak menang. tak dapat tempat pun, padahal hadiah ada sampai tempat ke-1o. sangatlah obvious aku ni takde kredibiliti sebagai tonggak sesuatu organisasi.

Kisah 2.

sebelum tu, sila baca post ini dahulu. tekan jangan tak tekan.

dah? kalau dah, maka korang tahulah betapa susahnya aku untuk melepaskan fon lama aku. dekat fon baru takde message counter, tapi fon lama ada. so aku taula selama 5 tahun bersama ni aku dah message orang dalam 3000 kali jugaklah.

aku jenis orang yang suka simpan message yg bermakna. dalam 3000 received message tu, 90% aku terpaksa korbankan sebab nak bagi ruang kepada message baru. aku selalunya bila tengah syok texting dengan sorang tu, message dia jela penuh dalam inbox. tapi bila dah menyampah, atau ada orang baru yang lebih best bermessage, aku akan delete semua message lama.

sekarang baru rasa rugi, kenapalah aku delete. kenangan tu. boleh jadi bukti kalau pape terjadi, hoho. tapi terpaksa jugak, sebab fon lama boleh menampung 150 message je.

sekarang ni aku dah tak boleh delete message dah, sebab semua yang terbaik. bila overload, message baru takleh masuk, message dalam inbox semua jadi gila. semua message bercampur baur. separuh message si polan masuk dalam message si pilun. macamtulah. naik pening aku baca. yang nak sentimental valuenya pun hilang terus.

jadi, aku telah memutuskan bila ada orang message aku banyak2, aku akan guna fon baru. kalau masa musim orang tak message aku, aku pakai fon lama. rasa bersalah. patutnya aku at least tak guna fon baru sampaila Mei, ulangtahun ke-5 aku dengan fon lama. nak buat camne.

jadi aku pun insert sim card for the first time. godek punya godek, tiba-tiba terkeluar message daripada fon lama, berusia setahun dua macamtu, wah terkejut aku. ada 20. aku pun mulalah cuba nak transfer semua message dari fon lama ke fon baru. tapi hampa, takde hasil.

aku tak putus asa, aku godek godek lagi, tetiba bila dah putus harapan, keluar 35 message. 35 message zaman sekolah rendah. masa ulat bulu baru naik. terus melompat aku, mane pulak semua message ni datang?? padahal dah berzaman aku delete. oh korang bersembunyi dalam sim card ye? meh aku godek korang lagi, biar semua message dulu muncul kembali.

tapi . . . tak berjaya.

aku tak paham, kenapa 55 message ni je ada? mana yang lain? aku nak semua! aku nak kenangan dengan tutt, titt, tett, dan tott. mahal tu. manaaaaa?

aku pun google. lama jugaklah aku menelaah. takpe, aku takkan putus asa dalam mengembalikan kisah lama ke dalam fon baru.

ini hiburan untuk korang. ejaan dikekalkan. message 5, 4 tahun lepas :')

from Aisyah;

'nk kawat..tp gals je..mest kte dok ujung coz kte plg tinggi gals.ciken jd komanden ar..xbest dowh..cgu syg sgt die.lgpun die yg plg sungguh2 nk kawat..'

'i meant my sajak..should it b in malay o keling o eng??esok dtg pkai bj unit uniform kn?hrp2 ada kawat esk...in st john...'

'ama,awk bt x seloka for 6darul ehsan?'

'Kte pun same.skgla br nk spent time 2gethe cmni..sblm ni xde nk close pun kn?kte bljr byk bile ngan korang..knp kimi -censored hahaha-?'

'Kte xpnh sgke jd cmni tau..i mean, wc,nvrmnd,smua la..mest miss korg gle babi thn dpn.kte nk smua skolah samela.tp kte rs xkn..sdhnye.phl call kai xleh?'

'knp korg salu bt kte hepi huh?kn dah syg nk leave korg..slama kt sklk, salu nmpk muke kai.dulu nyampah gle tp skg tgk die swit je.matang dah apek..'

'ooh..i c..tktla diorg boco yg awk ckp 2..klu kte dok boring,kte pk psl korg tau..cptnye time goes by.rase cm br smlm kte djh 1.kai 1 ape?"

'oh,i must thank god 4 letting me 2 noe u.im so glad dat ive met u.u always support me no matter wut hppn.we r so lucky 2 hve u in d club! =]'

from Nasuha;

'Ama,i want to say sorry x kwn ngan u.I think i need to talk to u about us.Are u free right now?Please answer me....'

from Kai-zen@Apek;

'saje je.nak tunjuk power kat *adi* =p.xleh ke'

from Syuhada;

'esok aku bagi kau surat yg r**i* bls tadi'

'kau angin ape ngan die'

'tadi mase balik r**i* nampak kau pas2 aku suruh die gi kat kau die ckp die malu'

'mestila die malu. korang kan baru je nak baik.kau pun mesti malu'



hah, the good ol' days.

Sunday, April 11, 2010

Kenapa Aku Suka Naik Kereta

aku suka sangat naik kereta. bagi orang yang memang merasa, konfem tak rasa kehilangan. tapi bagi aku, naik kereta berjam-jam ialah nikmat sorga. sebab mama tak drive luar perimeter Melawati. takut katanya, banyak kereta, taffic light. padahal 10 tahun dulu selamba bawak aku pergi jusco hari-hari. ish, takpe. lagipun kan lebih selamat kalau mama duduk rumah je --"

aku pun kena tunggu abang-abang yang sama ada sebok atau pemalas untuk bawak aku pergi mana-mana. naik kereta malam-malamlah paling teruja kalau dekat luar KL. memang kepala aku terjojol keluar dari tingkap kereta untuk tengok bintang. aku memang minat gila pasal semua yang ada kat langit. so kesah hape orang nak ingat aku buang tebiat pun.

terbaik ialah perjalanan jauh. aku taktau kenapa aku suka sangat lama-lama atas jalan. kalau atas jalan raya sesak, aku bayangkan hidup orang dalam kereta lain. aku fikir, dorang nak ke mana, dari mana, untuk apa? siapa sebelah diorang? bini, skandal? apa masalah diorang, apa diorang fikir bila diorang pandang depan, mata dekat jalan ke dekat angan-angan?

tapi feveret aku ialah jalan sunyi. aku dapat fikir panjang takde gangguan. aku dapat kenang balik benda dah lepas, aku dapat tertanya-tanya tentang masa depan. aku dapat dengar lagu, aku dapat tidur. semua tu buat aku suka duduk dalam kereta atas jalan lama-lama.

aku rasa bebas, tak terikat, masalah ngan amarah semua tinggal belakang. yang ada hanya jalan kat depan. lagi lambat sampai, lagi bagus. bila aku dah nampak signboard destinasi, aduh terus berduka. bila lagi la nak rasa lapang macamni, takde tujuan takde beban, aku mengeluh.

gambar-gambar bawah ni ditangkap masa cuti sekolah March haritu. gambar dah diresize, jadi kualiti memang hampeh. pedulikan nama blog di setiap gambar okeh.



dari KL ke Kuale. semua berebut-rebut nak maju, sampaikan bumi pun botak, luka dalam macamtu. not a pretty sight. aku taktau apa dorang fikir. Malaysia dah cukup hebat berevolusi sejak 50 tahun, kau tak takut ke bumi yang kau buli ni nanti pijak kau balik? pijak kita semua? macam takpernah jadi pulak bencana sebagai tauladan. pishhh.

tensyen tengok bumi kita dieksploitasi, jalan terbaik ialah tidur.

bila buka mata, woa lega. ni la yang aku idamkan, jalan yang tak banyak kereta, kiri kanan lereng bukit. aku suka. atas jalan macamni, memang aku takkan tidur. lagi banyak pokok lagi segar bugar mata aku. orang lain punyalah boring jalan atas bukit tengah-tengah hutan. tapi aku setia berjam-jam pandang langit pokok tanah bumi awan semua.




dari Kuale ke Kelate. syok, langit luas terbentang, awan berkepul-kepul cam kapas, pokok tak terusik. tenang hati lapang dada. jari pun asyik mengsnap gambar. orang kampung pergi bandar tangkap gambar KLCC, orang bandar pergi kampung tangkap gambar alam semulajadi.



lebuh raya Timur-Barat kot, dari Grik ke Jeli (terima kasih Geografi, ada guna aku belajar kau rupanya). bukit-bukit bawah, awan-awan atas, wuish memang terapi.



suasana senja di Kelate. entah kenapa aku rasa aku tak nampak pemandangan macamni dekat KL. dua gambar ni sumpah cantik dowh. eh tak, semua gambar cantik sebelum diresize. memang kalau aku jadi photographer ni tertutuplah periuk nasi orang lain kahkahkah.



sesuatu yang anda tidak akan jumpa di tempat lain kecuali Kelate. Peringatan khas oleh keretapitutttutt.blogspot.com.

Saturday, April 10, 2010

Soothing Words

Did you watch Sydney White? There's this antagonist girl, whenever she's reaching the boiling point she will inhale and breath out her soothing words "Prada. . Gucci. . Chanel. . Armani," and she will be cooled down at the thought of those ridiculously expensive goods.

for me, i have my own soothing words.

yesterday, out of the blue, i thought about some people and a sudden wave of anger hit me. thinking about matters which i have buried deep inside, they were leaking out, unstoppable after all this while. i felt bitter. so what did i do?

i took out last year's school magazine. i flipped the pages and found the solution-the solution which bears the record of me being the top of our batch.

its pathetic. but it makes me feel good whenever i start to feel inferior. it makes me know i did achieve something when i feel everything is unfair and i'm being wasted. it makes me think of what i have accomplished, and see the possibility of the path before me.

i know its a bit self-absorbed, but what else will lift you up when you fall, aye?

so what's your soothing words?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails