Wednesday, December 15, 2010

Sekolah NZ Tak Boleh Best Lagi Ke?

Assalamualaikum.

tadi aku pergi sekolah anak sedara aku, Abang dan Ea. eh macam tajuk kat astro ceria pulak, okay pedulikan. harini last day sekolah, so school leavers ade buat show.

mase aku dok tunggu bila la show nak start, ada sorang budak berkaca mata hitam melompat ke atas pentas. siap mendada melentik bukan main lagi kau, siapakah budak yang penuh self-esteem ni? tanya diriku yang lupa memakai kaca mata.

oh rupanya itu Abang! anak sedara yang dulu aku tengking (dulu darah muda ok, baru 5 tahun dah ada anak sedara, tu yang cepat naik angin tu) sampai menangis, banyak ah dosa aku kat dia, sekarang dah besar siap konfiden nyanyi lagu Eye of The Tiger depan orang ramai.

persembahan dia dapat tepukan paling kuat. mataku berair bangga.


Sekolah NZ vs Sekolah Malaysia

intro dah macam karangan UPSR. mari masuk isi. sila baca dan jeles ramai-ramai.


1. Homework Tak Sesakkan Dada

homework Abang dan Ea biasanya jumaat je ada. itu pun dalam satu helai. korang kata sebab dorang baru sekolah rendah? eh hello, masa aku darjah 5 dulu dah mula tensi hadap homework siap menangis lagi.

tapi dorang? anak sedara aku lepas balik sekolah sempat tido, main game, main ukelele, main masak-masak, main dengan kucing, main pistol air, sempat main segala bendalah.

aku dulu? homework pun tak sempat siap.


itu mungkin sebab aku asyik membuta je kot.


2. National Anthem Yang Best

baru dengar sekali dah buat aku rasa macam nak tukar kewarganegaraan. sebenarnya kalau korang kenal aku, akulah paling semangat nyanyi Negaraku air mata siap bergenang lagi.

tapi Negaraku macam patriotik sangat. . . which is not suitable for people nowadays yang dah hilang patriotismnya. kalau takleh rasa patriotik, memang nak sangatlah bukak mulut nyanyi kan?

while national anthem NZ, meriah tak terkata. walaupun dalam bahasa Mauri yang bangsa lain tak faham, tapi semua boleh nyanyi. dengan semangat. sampai bergema dewan. kita?


3. Assembly Yang Happening

tau tak apa lagi dorang nyanyi masa assembly?



lagu kat radio. lagu dalam Billboard 2010 dan Billboard 1950. daripada zaman The Beatles sampai zaman si Bieber. ya, dorang tau practically semua lagu dalam dunia pada setiap zaman.

patutlah anak-anak saudara aku lagi maju daripada aku.

lepastu setiap assembly ada kelas buat persembahan. gilir-gilir, semua kelas kena, semua orang terlibat.

sebab tu budak-budak sini konfiden, daripada kecik kena berdiri atas pentas.

kalau aku, kena solat hajat bagi tak naik darah gemuruh dulu.


4. Exam Is Not THAT Important

bagi kita, UPSR tak dapat 5A nangis. dapat 5A tapi tak dapat SBP nangis. dah masuk MRSM tapi keluar balik nangis. eh tu aku, takde kena mengena dengan tajuk.

dorang ade jugak kisah pasal grade, ada yang menangis tak capai target. normal la. apa yang tak normal ialah orang tak tanya markah berapa.

NZ bebas daripada saudara mara yang nak tau kita dapat nombor berapa, nak compare kita dengan anak dia, yang tampal slip UPSR anak dia kat dinding dalam frame lagi.

aku dulu pernah kurung diri tak pergi kenduri sebab dapat nombor 11 masa darjah 3. malang sungguh nasib bila dapat sedara yang anak dia jelah yang hebat.


mak aku anak 3 orang pergi US tak canang satu kampung pun?


5. There's More To School Than Gaining Knowledge


tau tak kat sini budak sekolah yang uruskan hal gardening? memanglah ada tukang kebun, tapi siapa sign up untuk volunteer, dapat bonus. siap ada anugerah pekebun ok.

tau tak kat sini budak sekolah yang jaga lalu lintas? tolong kawan-kawan melintas siap pegang papan tanda and lambai2 tangan macam polis trafik? dapat sijil weh.

tau tak kat sini budak sekolah buat macam-macam yang kita tak buat sebab takut tak lulus exam?

Malaysia nanti kan nak tukar method kira SPM/PMR/UPSR. something like 50% academic, 30% koko, 20% sahsiah. nak tiru cara barat, tapi macam dah terlambat.

sebab kita dah biasa "TAK DAPAT STRAIGHT A HIDUP BERAKHIR", so bila nak kira pencapaian yang pentingkan aktiviti outdoor untuk lahirkan all rounded student, payahlah sikit.

mindset orang bukan boleh ubah sekelip mata.


6. Cikgu Dorang Tak Garang

cikgu anak saudara aku sangat sangat sangat selamba. dorang tak menakutkan. bila ada lagu dorang menyanyi dan tepuk tangan.

kalau cikgu sekolah rendah aku dulu berlumba-lumba semua muka nak garang je. macam ada pertandingan cikgu bengis pulak.

dahlah aku dulu 3 kali kena cubit sampai luka masa darjah 5.

mungkin sebab budak melayu ni pendekatan kena lain sikit kot, dah cakap banyak kali jangan ponteng kawad, jangan masuk makmal lambat, jangan tak siap homework tapi tak paham-paham bahasa, memang patutlah kena cubitan pedih berbisa.


School Is A Fun Place

anak sedara aku suka sangat pergi sekolah. Alhamdulillah tak mewarisi genetik mak sedaranya ini yang memang ratu ponteng.

sape tak suka pergi sekolah kalau asyik menyanyi, buat aktiviti, seronok dengan kawan, cikgu sangat cool, itu ini itu ini. . . semua ke-best-an buat dorang tak tensyen belajar.


masuk intermediate school mungkin dah serious sikit study, but still. budak-budak kat sini sangat enjoy hidup, anak sedara aku kat Malaysia tu nak patah tulang belakang angkut beg penuh buku 3 kilo.


darjah 3 dah macam tu, tapi Malaysia pulak bising nak lahirkan all rounded student?



memang cakap tak serupa bikin.




Tuesday, December 14, 2010

Pantai New Zealand Buatku Ternganga

Assalamualaikum!

Harini aku nak cerita pasal pantai, letak sikit gambar so korang tak boring. lebihan gambar kat FB ye, macam biasa.


Pantai 1



aku nampak tanda soal terapung kat kepala korang. korang pelik kenapa pasir ni hitam kan?

anak-anak, pasir pantai NZ hitam sebab pasir volcano. bukan saje hitam, tapi pasir ni juge berkilau, macam ada berlian tersembunyi. tapi tolong jangan gali pasir tu tetiba, walaupun jakun janganlah kita memalukan bangsa sendiri.



kitorang pergi pantai tu masa senja untuk tengok sunset. teruja tak?! kali pertama aku tengok sunset seindah ni depan mata, jadi maafkan aku jika aku sedikit peghak di sini.


kat FB ada gambar silhouette aku berlatarbelakangkan matahari. tapi malas nak letak kat sini.

aku pun ada gambar melompat lompat bagai superman, tapi agak tak senonoh untuk mata anda semua so aku tak letak kat FB and blog.

aku cuba tangkap gambar melompat yang sopan dan bercirikan muslimah, tapi fail. bukan salah aku aku lompat macam kayu! bukan salah aku gambar aku melompat buat mata korang menderita!

banyak gila gambar aku melompat sebenarnya, sampai sakit and merah kaki. sebab nak dapat gambar cantik. aku dah feeling ballerina dah ketika berada di udara, tapi hasil sebenar dia macam terencat je.


oh ye, petang tu warga NZ dapat amaran gempa dengan tsunami. mana taknya, bila aku melompat terus bergegar bumi.



Pantai 2

tujuan adalah untuk berpiknik. makan lasagna dan coffee roll, nomnomnom. nak mandi tapi tak bawak baju spare dan yang sewaktu dengannya. saaangat rugi sebab pantai ni best!


serious, pantai ni banyak sangat siput/kerang! belum lagi masuk laut, dalam tu lagi bertimbun. aku taktau kenapa banyak sangat, dah sesak macam India aku tengok bawah tu. tah boleh bernafas ke tidak, kot-kot tercungap-cungap semua. kesian.

sampai ada jalan ni, aku ingat made of batu putih tau. tapi bila tengok betul-betul, rupanya serpihan sea shells! dah macam pasir!


kerang kat sini cantik-cantik. ada besar ada kecik, ada bentuk pelik-pelik. ada oren, pink, hijau, warna warni pun ada! apa lagi, sebagai jakun bertauliah, aku pun kutip lah siput/kerang sampai seratus lebih. nak buat apa pun taktaulah.


ada sesape nak beli sekilo 10 dollar?



Pantai 3

tujuan adalah untuk berpiknik nasi lemak. memang orang melayu sejati. dan kali ni untuk mandi yeay! tapi malangnya laut kat sini tak sejernih laut kat Pantai 2, laut ni agak muddy. boleh je nak mandi sebenarnya, tapi aku kan penggeli.

oh ya, pantai ni tempat orang kutip kerang untuk makan. tujuan nombor 3.


bila bukak makanan, ada seekor burung ni datang. bila burung lain nak join, dia akan marah terpekik-pekik halau burung lain. sungguh aggresive. awh.

rupanya sebab dia cop ni territory dia, dia taknak share makanan dengan burung lain. so dia sebagai penjaga kitorang lah kira. sebagai ganjaran, abang aku campak ikan masin kat dia. dia makan, menggeletis sikit dan terus blah. mungkin dia rasa kitorang nak racun dia. gila kau bagi ikan masin kat burung?!

sekali tengok kang terapung-apung lak atas air, dah buat dosa.



solat di tepi pantai :') kat sini kalau travel memang kena solat kat tempat open lah, mana ada surau bai.


walaupun geli nak mandi laut, tapi aku berendam jugaklah. kutip kerang sikit-sikit.

tetiba rasa sedikit pening. dan penat.

lalu aku. . . . .




tidur di tepi pantai. sangat aman! dengan anak saudara aku main ukelele lagu Jason Mraz lagi, fuah memang tidur petang yang terbaik!



Laut NZ vs Laut Malaysia

mestilah Malaysia kalah bai! sebab NZ tengah-tengah laut dalam yang besar. naturally akan cantiklah air semua. tapi Malaysia ada jiran, Thailand, Indon, jadi air laut yang cantik sampai kat dorang dulu. kita yang dikepung ni dapat air laut yang tak menarik sangat.

teori aku lah, tolong jangan jawab dalam exam.


tapi ada hikmah! sebab kita kena kepungla kita tak kena angin monsun sangat, and effect tsunami dapat dikurangkan. yang jadi mangsa semua belah Indon tu.



eh pahal aku masuk mood geografi lak tetiba ni.





Friday, December 10, 2010

New Image, People!

i've changed my profile picture. oops, BLOG profile picture to be exact. after 2 years of blogging and using the same picture, the one with only my hand and lower half of my face visible.

because i want to kind of appear elusive. well, i like to be mystery don't i?

but with my new picture, you can see the upper half of my body! and face! whoa!





i'm cute, i know. just look at that eager face, excited to blog everything everyday.


for my tumblr, i sort of did the same thing with my icon.


i'm wearing Hogwarts uniform, has a lightning shape scar and wear Harry Potter's glasses, for Harry Potter is a part of my life. think i'm crazy? you're crazy for not loving it.

since my tumblr is still about my personal life, i wear blue uniform, which means i belong to Ravenclaw. while Harry's is scarlet cos he's in Gryffindor. how do i know which house i belong to? i took this quiz.

even if you hate HP, you have to take it. it's one of the most accurate personality test evaa.

while wearing Hogwarts uniform, i still have my veil on. because i'm not just a devoted HP fan, i'm still me. cool eh?

in the picture there's supposed to be my tumblr name above my head, just like the one in my BLOG profile picture. since i don't want you to discover my tumblr, so i erased it. heh heh.



now you must have realized i've changed my blog's template, right?

what do you think about it? i have another option actually.

it's either the multiple Keretapis in pink head scarf or. . .



in colourful head scarf.


my tumblr's theme is me in colourful Hogwarts uniform, so i might as well try the same thing with this blog.

but is it okay? does it look too childish? which one is better?


or my old template is? I don't want to be taken as a joke. Blogging is a serious business people, and i wan't people to know that i am a matured blogger.


i really need your opinion.

what do you think when you see this template i'm using? what do you think if i use the colourful one?


so what say you?








Thursday, December 9, 2010

Ini Wasiat Aku

aku selalu bayangkan apa jadi kat aku kalau aku hilang orang aku sayang. siap menangis lagi, padahal bayangkan je pun.


Siapa Sayang Aku?

ada masa aku bayangkan apa pulak jadi kalau aku yang pergi dulu. siapa akan sedih? siapa akan kisah? siapa yang rasa kehilangan aku? siapa akan rindu?

bila aku bayangkan orang menangis sebab aku, aku rasa hepi. ni memang dah kes forever alone dah ni, sampai terpaksa bayang benda macamtu untuk rasa disayangi.

eh, bukan tu je. aku nak tau jugak aku kasi kesan dalam hidup sape. kalau kewujudan aku takde makna kat sesape, memang hidup sangat rugi. aku nak ade peranan dalam hidup orang lain, aku nak orang bergantung kat aku, and only then i will die as a happy woman.


Sudden Death

ingat tak kes student Malaysia kat Indon, doctor-to-be, yang meninggal tetiba?

aku bukak FB dia. semua orang wish dia macam2. diorang doakan dia, diorang cerita kenangan diorang dengan dia, diorang cakap diorang akan rindu dia. . .

sampai part sebelum dia meninggal, aku baca apa dia post. malam terakhir, dia chat dengan abang dia. dia berlawak dengan kawan-kawan. . . masa tu dia tau tak hidup dia dah tak panjang?

kau tau apa yang menitik masa aku godek FB dia? air matalah, apa lagi.


tetiba terperasan sesuatu yang mengejutkan. total friends dia kau tau berapa?



666.


siot punya omen number, lu buat gua terkesima sementara. nasib baik iman masih ada di dada. but still, an interesting coincidence you got there facebook.


If I Die Young



1. Gambar Lawa Sikit, Photoshop Pun Photoshoplah

kalau apa-apa jadi kat aku, and muka aku perlu masuk paper, tolonglah letak gambar yang decent sikit. jangan gambar IC. kalau tak nanti kau tengok gambar aku kat paper to tercensored dengan sendirinya. jeng jeng jeng~


2. Blog dengan FB sumber dosa

Blog dengan FB aku, takde sape tau password, so takde sape boleh delete. apa post aku yang sakitkan hati orang, apa gambar aku yang ternampak aurat, tu semua akan beratkan dacing dosa aku sampai bila-bila. hadoi.

and jangan cakap kat family aku yang aku ada FB dengan blog, okay?

aku pernah baca blog sorang budak perempuan, dah meninggal a couple of years ago. sakit ape tah. dia ceria je walaupun tengah cerita pasal doktor tak kasi harapan untuk sembuh. last post pasal dia nak cuba treatment baru. tetiba kat ruang komen, orang dah start sedekahkan alfatihah.

bila dia dah meninggal, baru blog dia famous sebab orang nak tau kisah dia. jadi baik korang semua baca blog aku dari sekarang. hah hah hah.


3. Pergi Dengan Kemas, Bersih dan Bergaya

aku taknak tinggalkan bilik aku dalam keadaan huru hara. ada masa bilik aku agak bersepah, terutama musim exam, buku kertas merata-rata. oh ye, kalau boleh 'adik-adik' yang direndam sempatlah basuh dan sidai. jangan nak nyusahkan orang lain okeh.


4. PRIVACY IS PRIVACY

jangan gali harta karun dalam bilik aku. kalau itu diary, jangan baca. kalau kau baca part aku cakap aku sayang kau takpe, tapi kalau kau terbaca part aku cakap aku benci kau, dah satu hal.

walaupun memang aku nak ada orang discover semua rahsia yang aku simpan selama ni. biar ada orang buat movie pasal aku ke, okay gak. aku cop Khabir Bathia director, watak aku pulak ambiklah sesape yang cun. tipu sunat.


5. Derma Harta Tak Seberapa

duit dalam bank kasi kat family. kalau tak derma kat rumah anak-anak yatim yang paling miskin. biar ada hikmah aku takde, supaya orang lain dapat rezeki.


6. Derma Organ

yang ni aku serious. sejak aku tau organ tu boleh diderma, aku dah pasang niat. kalau dah mati bukan boleh guna pun, baik derma je so ada orang dapat hidup lagi lama daripada kita.

bila ada iklan pasal derma organ, mata aku terus bersinar. aku jeles tengok orang yang dah derma organ. insyaAllah bila dah besar sikit aku register as organ donor.

mungkin aku takde duit juta-juta, tapi aku ada organ. benda tu lah aku paling excited nak derma. tapi organ dalaman jelah, mata jangan! aku nak daripada luar aku nampak normal. dalam kosong pun kosonglah.




ahaha apa aku fikir blog pasal ni, korang mesti ingat aku dah buang tebiat kan. sebenarnya first draft entry ni sangat serious dan akan buat korang rasa "apa budak ni melalut kenapa aku baca blog diaa?", so sebab aku taknak korang tinggalkan blog aku, aku delete lah part mana yang terlampau mendalam pastu tukar dengan wasiat atas ni.


lagipun, aku takde lawyer, so sekarang korang semua uruskanlah wasiat aku eh?


korang ada tak wasiat untuk aku uruskan?


heh heh heh.



Wednesday, December 8, 2010

Shopping vs Souvenir

Assalamualaikum!

aku ada beli satu beg. ek eleh beli beg pun nak cakap? kau ingat kau beli Bohsia Bonia? eh aku bukan vain nak canang satu kampung okay. cuma beg ni special sikit.

lihat gambar di bawah. taknak lihat, nak jeling pun suka hati lah.


dua2 beg ni nampak lain kan? tapi sebenarnya ni beg yang sama! wahahahaaa!


fuh penat rasa gempak. padahal takdelah gempak mane, konfem korang pernah jumpa beg double sided yang lebih cool. tapi sebab aku first time, apa salahnya aku jakun sikit kan?


Shopping vs Souvenir

walaupun NZ negara kekampungan yang indah dan bukan macam NY yang glamour tapi polluted, still ada barang kat sini yang buat aku pandang dua kali. siap termimpi-mimpi lagi.

satu-satunya penyelesaian masalah dihantui imej barang yang tak dibeli ialah dengan membelinya. tapi berat tanganku nak mengeluarkan duit.

sebab kedekutkah? ustaz kazim kata duit yang tak guna belum tentu kita punya, sebab kalau mati tak sempat guna buatpe. jadi baik guna, baru boleh kata kita ada duit kan.

sebab mahalkah? bapak aku kata kalau shopping kat oversea, jangan kira RM. kalau harga 5 pound, maka murah lah dia. kalau semua nak kira dalam RM maka berpeluhlah kita.

jadi kenapa aku berat hati nak shopping untuk diri sendiri?


sebab aku tak beli souvenir untuk orang lagi.

serious, setiap hari aku fikir pasal nak beli apa untuk orang. bukti ke-serious-an aku?

1. aku buat list nama. ada dalam 60 orang kawan bertuah dan juga cikgu 20 orang. hadiah cikgu lain dengan hadiah budak2 ye. hm agak banyak di situ.

2. google kedai souvenir yang murah. bangga dengan diri sebab jumpa, tapi dekat Wellington yang 10 jam perjalanan naik kereta dari Auckland. nasib baik aku nak pergi sana next week.

3. aku cek setiap produk punya harga dan rupa, dan aku buat list. list apa yang aku boleh beli untuk orang. aku kira untuk 60 orang dan 20 orang berapa totalnya. kemudian barang tu aku shortlisted kan, sampailah aku rasa puas hati aku nak beli apa untuk siapa.


begitulah cara kita membeli souvenir, sila amalkan cara aku buat budget secara bijak. hik hik. tapi still berbelah bagi, rasa macam nak beli semua benda untuk semua orang.

aku takut apa yang aku beli orang tak suka. and aku tak suka tak dapat beli untuk semua orang, aku takut ada yang terasa.

babah dulu pergi kerja kat negara mana2, mesti beli souvenir untuk setiap staff dia, jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai. hmm good things don't last, do they?

tapi semua orang kena bersyukur untuk aku, sebab aku still ada apa yang babah tinggal maka korang dapatlah souvenir nanti. cet, macam hebat sangatla souvenir tu.


rindu coklat ni! dulu babah selalu beli masa outstation. ini first time aku makan lepas 10 tahun berlalu, sungguh nostalgic. mungkin ada kat Malaysia, tapi tak pernah tau.

aku nak beli benda ni untuk orang, tapi takut cair masa dalam flight. hesh.



buah pun aku nak bagi orang rasa. sebab buah kat sini, stroberi, ceri, kiwi, semua gedabak kalau nak banding dengan yang ada kat Malaysia. kalau ada pun mesti mahal gila. tapi buah NZ bila sampai Malaysia, dia cepat layu. hesh.


pening fikir pasal apa nak bagi orang. tapi jangan risau! aku suka dapat bagi orang something, lagi puas kalau semua orang aku kenal dapat merasa.

insyaallah pada yang bertuah, korang dapatlah nanti souvenir. harap terima lah dengan hati terbuka.

pada yang tak dapat, sorry sangat. aku kasi korang flying kiss dari NZ boleh?


*tiup flying kiss

tangkapla dan semat di hati, simpan dalam tu. lagi bermakna daripada souvenir, kan kan?


eh ambil hati orang nampak.





Sunday, December 5, 2010

Menghitamkan Diri di New Zealand

Aku tengah sangat menggigil sampai susah nak menaip. tapi aku gagahkan jua buat post ni. jadi baik korang hargai dan baca setiap perkataan dengan rasa terima kasih. eh rasa terima kasih lah aku kata, bukan rasa benci!

okay sama-sama.

ini post weekend lepas. apa? baru nak post sekarang?! baca je lah diam-diam.


Santa Parade



Muka gembira ini sebelum terpaksa berdiri 4 jam untuk tunggu dan tengok parade tu. hebat kan aku, dah boleh kira bersenam ni. yeay first time bersenam!

orang datang ramai gila bai. aku sampai satu jam setengah awal nak cop tempat pun dah penuh. paling tak cool, orang mata sepet (Cina Korea Jepun what's the difference?) yang lagi menonjol daripada orang putih. dah macam negara dorang. merata2 boleh nampak orang pelbagai bangsa yang bukan asal NZ pun tapi saje join dan menyesakkan jalan.

sama lah macam aku.

dahlah Islam pulak tu, lagi menyemak. konfem hot je orang sini yang betul2 nak menikmati krismas, apahal pulak budak pakai tudung ni halang pandangan aku.

budak pakai tudung ni tak pernah pergi parade okeh, kat Malaysia pun tak pernah gedik nak pergi jadi kasila peluang aku nak tangkap gambar sikit. hish bising betul *padahal orang putih sebelah aku senyum je, nampak sangat aku gaduh dengan diri sendiri*.

okay ini gambar!


do you see Dora in the picture? *10 saat berlalu* yeay, good job! *arrow click Dora*


bayangkan kalau The Simpsons memang hidup dalam dunia kita.


apa yang empat segi dan berlubang? boxer? jawapannya Spongebob Squarepants!


pisang pakai baju tidur yang menari, apa lagi hebat daripada itu?


gambar lain yang berlambak akan menemui anda di Facebook! kalau aku rajin upload la.



Ukelele what?



kepada sesiapa yang timbul tanda soal di kepalanya, ukelele ialah. . . aku pun taktahu nak describe dia sebagai apa selain guitar kecik. ye. guitar kecik okay semua orang. tapi cara main dia lain sikit, dan tak payah nak poyo sangat la macam main guitar.

ukelele kat NZ ni, kira kalau taktau main memang dah jatuh air muka la. walaupun ni konsert budak2 sekolah termasuk anak buah aku, tapi semua kakak abang, mak bapak, atok nenek mesti bawak ukelele masing2 so boleh join budak2 tu main dan menyanyi.

bila duduk atas rumput, pandang langit dan nyanyi lagu feel good macam Over The Rainbow dengan I'm Yours sambil goyang badan, memang rasa tenang gila.



tah-tah aku paras buku lali dia je, tak ke rendah diri aku jadinya.


bukan sekolah NZ je ada, tapi wakil dari negara lain (Aus, Brit) pun join jugak.


makcik ni cool je payung dia, ada orang siap pasang khemah camping lagi. tapi majoriti semua berjemur. kalau aku mengidam main salji, dorang memang teruja nampak matahari. pastu selamba je baring atas rumput. ada yang siap bukak baju tido kat situ.

ni yang best kalau summer ni. lalala.



mereka adik beradik. bapak Mauri mak omputeh. budak dua ekor ni lasak gila, jap berguling, jap bergusti, jap berkarate. kalau karate kau kena muka aku, aku curi kewarganegaraan kau, kau balikla Malaysia ambik SPM *tetiba dan tak relevan*.



LIKE A BOSS


kerja part time tidak berbayar aku kat sini ialah tangkap gambar anak omputeh sebab dorang ni comel gila. aku rasa macam nak sumbat dalam beg, bawak balik Malaysia.

walaupun kurus kering, pakai spek tebal, serabai, masih comel macam anak patung. aku sangat dengki. ni yang nak buat aku kahwin dengan omputeh ni en *tak sedar diri*



kalau tak nampak muka macam ni baru ada omputeh nak kat aku kot.




oh well, aku tak kesah kahwin tutup muka. hikhikhik.


Thursday, December 2, 2010

Lights Will Guide You Home

harini aku taknak membebel. aku tahu korang tak suka aku bebel tah hape-hape, dahlah suka post panjang-panjang, macam orang nak baca pulak kan.

agak terguris ye di situ.

so aku nak bagi korang rehat. korang tak perlu baca hidup aku yang serba boring, jadi simpan keluhan anda!


apa yang korang perlukan hanyalah mata, telinga, dan perasaan.


aku nak korang. . . .















tengok video youtube! ngeh ngeh ngeh.



ini video Ron/Hermione. apa? Harry Potter lagi kau kata?

kau taknak tengok? I DO NOT APPROVE. aku paksa korang tengok. eh aku taulah korang tengah baca, jangan menyorok bawah meja okeh.

kalau korang sayang aku, benci aku, atau tak peduli sekalipun, silalah tengok. aku merayu. all i want for christmas is you~~ eh tak, all i want for today is you to watch the fanvid.

aku tahu korang penat belajar, next year ramai nak spm en, ada yang mata penat baca facebook, ada yang jari penat buat latihan, penat message dengan scandal. . .

ini ship fanvid, sebab korang kan suka jiwang-jiwang so tak rugi tengok. and ada scene from Deathly Hallows lagi! whoop whoop hooray!

ambiklah masa lima minit untuk menonton fanvid ini. tapi aku tau korang semua bukannya suka Harry Potter kan, oleh itu tengoklah start minit ke 2.30. time tu memang intense and best!

fanvid ini sedih dan strong impactnya kepada sesape yang memahami.

jadi sekarang aku nak tau, korang tengok ke tak? kalau tengok apakah pendapat korang?


*bunyi cengkerik*



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails