Wednesday, November 19, 2014

Flying Off #1: Result A-Level

dah dua bulan aku dekat UK. so hai!

ok am i the worst blogger or what?

aku pun taktau macam mana aku boleh hidup berbulan-bulan tanpa kongsi berita gembira ini dengan keretapi yang selama ni tahan je dengar cerita hidup aku. it's not that i've stopped blogging. i was still blogging without actually blogging. tengok fb tengok insta lah hahaha. if anybody's wondering why it's hard for me to stick to one or two lines while updating status and uploading photos, like normal humans - this is why. i love writing and i miss blogging. kesah hape aku aku buat blog post dekat tempat tak sepatutnya pun. kau kisah, kau takyah baca. eh ke lagi kisah lagi nak baca? aw thank you *blushing*

if you have my social media accounts, you'd pretty much know what's up with me. aku tak connect blogger dengan fb sebab... aku nak keretapi ialah keretapi. privacy. facebook ialah facebook. juga privacy. tapi ada yang dah ikut blog ni berzaman, sentiasa beri sokongan dan layan aku meroyan (ada ke? hikhik) sampai aku rasa jika wujud spesis ini, aku patut jadi kawan fesbuk mereka. tsk. sebab aku rasa bersalah, dan sebagai tanda penghargaan. pergh bajet gila kau ama.

kalau nak kasi, kasilah. i add u u app i k :3

aku yakin keretapi dah masak sangat dengan kitaran hidupnya. aku tangguh blogging - bertimbun post untuk diblog - sampai tak terblog- aku taktau mana nak mula - aku makin malas - aku tangguh blogging lagi - dan ulang. ulang sampai tak blog berbulan-bulan :')

aku rasa keretapi pun dah makin sedar diri bahawa peranan hidupnya sekarang ialah bila aku nak blog benda yang tak boleh dibebelkan di fb, dan juga terlalu panjang untuk dibebelkan di fb. kat fb aku post satu status yang samar-samar kisahnya, kat blog aku cerita sedalam yang sanggup. kat fb aku upload satu gambar, kat blog aku terangkan kisah di sebalik gambar. haa gitu.

tapi paling penting, once you go blogger, you cannot write shorter. ni mukadimah je dah panjang macam apa.


mungkin dah boleh mula cerita agaknya.

sehari sebelum result a-level keluar, aku kena pergi court. sebelum pergi court, aku pergi makan-makan dulu dengan ajk reunion sklk. dalam satu hari tu, semua boleh rasa. seronok dengan kawan-kawan, serabut pasal mahkamah, dan kecut pasal result.




 pergi makan-makan sebagai ganjaran dan sebab malam reunion tu kitorang tak makan sangat pun sebenarnya :')
tapi kena balik cepat sbb nak gi court sobs. kata kat dorang ada hal family, baru dorang lepaskan aku :'(


giving a statement in court at 20, that certainly adds up to life experience. right after i got home, i straightaway went out. driving mindlessly and aimlessly as if i could drive away from reality and never have to think about real life again. court? never happened. result? won't ever happen.

while driving, dapat pulak satu berita dari insider bahawa... ini ialah result alevel paling teruk sepanjang zaman. dia berkias je kat group wassap kelas. orang ingat dia bergurau. dia hanya mampu gelak. aku wassap dia personal. sah. sah terteruk. dia bagitau aku apa dia tau. ok, aku dah tau cukup. cukup untuk buat aku sembunyi dalam gua taknak tengok dunia esok. tapi takpe, sekarang aku dalam kereta. teruskan memandu. kuatkan lagu. sing along baby. tengok langit. lupakan yang lain. pegi jj. beli coolblog bagi sejuk hati. beli bahan buat cookies as distraction. drive some more. balik rumah.

esoknya.

bangun pagi tetiba demam.  ah sudah. demam panas. ini serius. aku jarang demam. ini demam yang betul-betul demam, paham? sakit kepala, panas mata, takde selera, mulut pahit, terbaring je, mengerekot bawah selimut, tido. terus tak fikir pasal result hahahah sebab memang tak mampu nak fikir! masa tu dah tahap lantaklah. terjaga, tengok jam, tido balik. sampailah detik boleh cek. tu pun aku taknak tunggu dan nak sambung tido je. nanti-nantilah. demam tahap apa ni sampai ama boleh berkata begitu? misteri. tapi sebab ada orang suruh cek... ok, ceklah.

aku tak cek result, sebab belum lagi. aku cek uni dulu, sebab uni dah tunjuk kita diterima ke tak. cek pon kat fon je. sekali terbeliak mata. terduduk terus.

CONGRATULATIONS? YOUR PLACE AT UNIVERSITY OF SHEFFIELD HAS BEEN CONFIRMED?

biar betul. aku diam dulu. tu dahlah first choice aku. firm university. bukan insurance. takkanlah.

dup dap dup dap gak masa tu. ok tak. dup dap dup dap sangat!

aku tak ingat sama ada aku bagitau mak aku atau tak. it's typical of me untuk tak bagitau dulu selagi tak konfem, tapi aku rasa masa tu mak aku datang kat katil orang sakit aku, suruh aku makan ubat ke apa tah. and i think i just blurted it out. "tapi tak konfem lagi ma, taktau result."

university konfem, bukan edexcel konfem. apatah lagi jpa konfem.

"yela kot tu. alhamdulillahhh," kata ma. aku taktau nak kata apa dah. taktau nak rasa apa.

lidah takleh rasa, hati takleh rasa gak ke? tapi ni takde kena mengena dengan demam rasanya.

masa tu demam entah ke mana. terus tertunggu-tunggu nak cek result. dah boleh cek, terus cek.




konfius. tapi kelakar. tapi syukur.

aku dapat cukup-cukup makan. 12/15! tapi sheffield nak 14? is it possible yang overall result sangat teruk sampai aku pun diterima masuk? konfius. aku siap call sheffield beberapa hari kemudian. dorang kata yes, there's no mistake. they want you for some reasons. walaupun aku tak lepas 14, mungkin dorang masih terima aku sebab... orang lain pun tak lepas 14? orang lain yang buat alevel edexcel la. alevel cambridge taktau pehal semua macam bahagia berjaya je. tp kitorang... tsk. betul kata seorang kawan, masa aku luahkan kat dia malam sebelum dapat result. dia dah dapat result IB, dikatakan batch dia pun paling teruk, tapi result dia ok. katanya doa, biar kita bukan antara yang teruk yang dikatakan tu. kalau teruk pun, tak teruk mana.

aku dapat A mathematics! waaat??? and 100% for C12?! kelakar kkk. maths yang susah nak mampus aku dah macam mayat hidup lepas jawab C34. and my C34 wasn't that bad too! lagi kelakar..... aku dapat C psychology?! tak pernah wey! apa kau nak wahai pemeriksa kertas?! betul kata insider semalam, result macam tak belajar pape sepanjang dua tahun. macam kita yang salah belajar selama ni. taktau la mana silapnya. rupa-rupanya rata-rata semua slack kat psych. we're talking about E here. wallahualam, i don't know what happened. satu-satunya yang konsisten ialah economics, B. hahaha. psych yang selama ni aku harapkan, itu yang paling teruk. maths yang aku tak hairan kalau E sekalipun, itu yang paling baik. wow.

but i made it. syukur. syukur ya Allah. masa tu masih tak terasa apa-apa, kecuali syukur. happy pun tak. hanya lega. macam biasa. alhamdulillah :)

result a-level: ABC. dalam turutan subjek paling hancur selama ni sehingga ke subjek yang kononnya paling bagus. gila ironi.

aku tak malu nak bagitau result ais batu campur ni sebab, this is life. straight A memanjang, sekali ambik kau. keputusan beraneka abjad. sekali je dahlah k, jangan banyak kali lak. sekali sekala pun taknak :'D

aku tak tanya result orang lain. orang lain pun tak tanya result aku. aku berhubung dengan sorang je, tu pun sebab aku tau dia lepas 12, dan kitorang masing-masing taktau result orang lain. semua diam.

tapi aku diam sampai hari esoknya jelah haha. sebab orang lain pun ramai dah buat post alhamdulillah LOL. dan sebab orang pun ada tanya aku, aku ok tak. bukan tanya result ok tak, tp tanya aku ok tak. auw. of course, ada je yang tanya result terus. ni bukan stock yang ambik alevel ni sebab tu main tanya je! padahal kami dalam komuniti alevel semua macam tengah berkabung tau tak.

aku rasa ada baiknya aku bagitau jela. apa penerimaan orang, terpulang pada dia. kita tau niat kita betul, cara kita pun dah cukup betul. kan? teruskan. post. lulz.

alhamdulillah, rahmat Allah is so strong in this one.
University of Sheffield, insyaallah :)


but


You can't really be happy as an individual if you don't feel happy together with other people



memula, kelas aku 8 orang je boleh fly. daripada 400++ pelajar tajaan jpa di intec, tak sampai 200 yang lepas cut-off point. yang lepas untuk ke UK hanya 150++ orang. ke US taktau, tapi dengar-dengar yang nak ke US ni cut-off point tak penting sangat. sebab ada yang dah fly dah pun sebelum result keluar. lepastu ada cakap-cakap yang memang siapa yang lepas 12 je dapat fly. 9-11, sponsored in local unis. below than that, scholarship terminated.

tapi alhamdulillah. berkat doa and usaha pelbagai pihak: pelajar, mak bapak, intec sendiri - naik turun jpa, meeting berkali-kali - everybody can fly :) as long as they got a university placement. i was sad for my friends, but i didn't really say anything to them. i wanted to, but i knew i better shut up. it was not easy. they had to write surat rayuan plus surat keterangan why they didn't make it. they had to do this and that. some people did more on behalf of others, but we all prayed. lepas tak lepas, regardless. at first jpa seemed certain with their decision - what they'd been talking about since our very first day as sponsored students anyway: you get 12 points, you're good to go. lower than that, no.

but over time, the short period of time when people were still trying while looking for alternatives, they seemed to change their stand, slowly. semua doa bagi jpa lembut hati. i was thinking, all that shouldn't be for nothing... all that which they asked the students to do, shouldn't be for the same firm no. from giving a chance to explain and appeal, to giving a chance to those who got a placement in the top 100 uni, to giving a chance to those who got a placement to any uni at all. and now here most of us are: UK and US.

after all, we're the first batch of this new program right? surely a little exception should be granted to the experimental batch ;)

selepas dua tahun yang dipenuhi dugaan oleh tuan penaja, akhirnya terbalas juga semuanya tsk. terima kasih kerajaan yang beri peluang dan rakyat yang bayar cukai! LOL.


tamat sudah episode satu. nantikan sambungannya.

cecey.










2 comments:

WANI said...

amaaaa
<----- add me up on fb!! fatin zawani zulkifli :DD
nmpk x excited kt situ lol

Keretapi said...

heheheheh done!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails