Tuesday, May 28, 2013

Segan, Ego, Geli Rolled Into One = Me

aku dah 19 tahun. tapi aku masih rasa segan untuk berjiwangan.

maksud aku segan in public, depan orang la. in private, sengsorang kau tak tau. jeng jeng jeng. tadi aku baca blog sorang senior. akak ni agak gangster pada aku. cantik, tapi cam jenis takde perasaan sikit gaya luarannya. dia pun bukannya someone yang open, but i can guess what's she talking about from the hints she drops here and there. here and there tu pun jauh jaraknya, jarang frekuensinya. like this.


tak perlu bercerita.
tak perlu gelak tawa.
tak perlu apa-apa.
cuma...

"kau okay?"

..itu pun dah cukup. Allah.



ok mungkin tiada setitik kejiwangan pun, tapi cara dan rasa aku baca yang begitu. er. tapi aku taulah from post dia yang lain, ada tentang lebih dari kawan, kata-kata untuk bukan sekadar teman. pastu aku rasa, aku tak kisah kalau orang tua setahun dua daripada aku berjiwang, jadi kenapa aku kisah kalau orang nampak aku berjiwang? aku tak kisah baca blog diorang. kenapa aku kisah kalau orang baca blog aku?




mungkin akak ni taktau pun aku baca blog dia sebenarnya, hua hua. jadi dia tak kisahlah berjiwang, serupa aku tak kisah berjiwang kat tumbr. sekali kalau dia tau tah tah dia malu. sori kak terceroboh privasi. saya suka baca tulisan akak, hihi. sincerely, not a stalker, but a silent reader.


kalau aku dah umur 21 pun, aku nak segan lagi ke? segan ke ego sebenarnya?

masa aku kekecik dulu, reremaja dulu eceh bajet sekarang dah dewasa pulak en, persoalannya dulu la, aku rasa segan. aku nak tunggu tua sikit. tua sikit mesti aku tak segan dah nak berjiwangan berkaratan berperasaan bercerita tentang cinta..... er. geli doh word tu. cinta. chentaa. let's just stick to jiwang lah.

tengok sekarang dah besar sikit pun masih segan masih geli. ke ego sebenarnya?


aku rasa kalau junior aku baca aku berjiwangan pun, dorang tak kisah. cuma dorang mungkin terkejut lah tengok aku ada perasaan. eh kak ama bukan robot rupanya. dah lama dah akak jadi orang dek, lahir-lahir pun memang manusia. ko ingat akak kejar stret a dulu akak takde perasaan nak dikejar ke hah?! tak kelas la akak nak kejar, ko ingat muka akak ni muka tembok ke. tapi... takde sape yang kejar dek. mungkin sebab memang muka macam tembok pun. takpe akak sabar dek, akak sabar. tsk.




sama la macam sorang lagi senior aku ni. aku kan stalker. tapi aku stalk dia dulu untuk tau perkembangan hidup dia, jadi motivasi study. tetiba terjumpa sesuatu. dia tak hebah benda ni, tapi kengkawan dia memang dah heboh lah. dia dah jumpa bakal suami rupanya. aku panggil bakal suami sebab term pakwe tu tak kena, akak ni baik-baik alim-alim sikit. kang kalau aku cakap pakwe kang mulala korang stereotype macam dak-dak bercinta zaman sekarang. kalau cakap pasal kawan aku pun (pandang... eh) aku sebut bakal suami sebab aku tak suka orang salah faham kawan aku. aku tau dia camne.

berbalik kpd akak tu, insyaallah ada jodoh. sesuai serba serbi aku tengok. laki tu pun aku dah stalk. eh. memula agak terkejut, sebab orang ingat dia robot jugak kot. tapi aku memahami dia, jadi aku tau dia manusia yang juga punya rasa ceyyy. masa aku chat ngan dia aku cakapla aku tau pasal ni. dia tak deny pun, gegelak lagi. sah ni sah. comel tengok dorang bersweet-sweetan dalam keselamberan sebagai kawan, esp bila orang ejek dorang. paling comel dorang guna kau/aku. OMAGAD COMELNESS OVERLOAD! itulah benda yang aku mahu sejak dulu, tahu? aku nak bakal laki bukan nak teman laki eww. cakap kau/aku. kawan cam biasa, lek lek je. padahal dalam hati. padahal brader tu memang nak kawen ngan akak ni. awww!

ok ama cukup ni blog kau ke blog gossip ni.


aku ada je berjiwangan kat sini, tapi secara general. takdela personal. kengkadang aku selit sesikit. ke korang perasan? kalau perasan memang patut pun la kan. itu satu #transformasi blog ni. bila dah sampai masa, kita #ubah. lulz. 

aku bukan apa, aku ni makhluk dengan empati yang tinggi. jadi aku cakap pasal kisah orang lain pun, dah bunyi macam cerita hidup sendiri.



..........





okaaaaay.

ada je orang cakap aku ni tak berperasaan. heartless. aku sendiri pun terkejut to know i come across that way. sebab aku tak macam tu. orang yang rapat ngan aku je tau aku camne agaknya. tapi orang yang rapat ngan aku dah kenal aku lama pun masih tanya aku ni suka laki ke tak (pandang hazirah). kawan-kawan lain apatah lagi kan. mungkin sebab dorang tak baca blog aku kot, sebab tu dorang taktau aku bukan robot (pandang hazirah lagi).



-------

"takkan takde?"
"takde."
"jual mahal sangat."
"manade."
"ye, jual mahal."
"bukan jual mahal la. memang taknak jual."

-------

"nak jadi macam ama la. 
"macam mana?"
"heartless"
"manade!"
"yaaa."
*gelak*
"kalaulah awak tau."
"tau apa?"
*tunjuk bukti tak heartless* 
*saksi speechless*
.....
.....
"nak jadi macam ama la."
"la, jugak? camne? wordless?"
"haah."
*senyum*
"awak taknak jadi macam kita."

-------

dia cakap aku nampak macam aku takde apa-apa. takde perasaan, takde cerita. sebab tu dia nak jadi macam aku, made of steel (er bukan superman, tapi robot heh). pelik gak laa orang cakap pasal aku camni, sebab aku rasa aku selalu je tunjuk aku ada emosi. tengok movie, baca buku dan sebagainya, akulah antara yang paling emo sekali. mungkin dorang taktau, aku juga ada emosi untuk diri sendiri. lepas dia dah tau, dia nak jadi macam aku lagi. sebab aku macam takde apa nak sembunyi. sebab aku tak tunjuk apa-apa.

pendam. peram.

if she really, really knew, she wouldn't want to be like me. if she really knew what it takes to be this wordless, she would rather be heartless. i, would too. but like her, i don't have a choice, do i?



heartless or heartfull, you do not want to be either, trust me.


kita tak boleh kawal perasaan tapi kita boleh kawal perbuatan. kita tak boleh kawal hati tapi kita boleh kawal diri. 

-----

"mata ama nampak lain."
"lain camne?"
"pakai eyeliner eh?"
"haha tak lah. ni bukan sebab eyeliner ni."
"habis tu?..... oh."
*senyum*
"ama nampak macam biasa je, rupanya sedih."

-----


terharu gila, bila orang nampak kita hepi. bila orang kata "you always look great." mungkin tak nampak masa aku emo kot. kalau kau nampak aku taktau la kau berani datang dekat ke tak hahah. aku memang pandai menipu, kalau aku nak menipu. kalau aku memang nak tunjuk aku tak ok, aku tunjuk je. takde hal. tapi kalau aku taknak orang tau aku baru nangis sejam kat bawah cahaya rembulan peluk quran, housemate aku yang bercakap dengan aku beberapa minit kemudian pun takkan tau. ada orang tak pandai tipu atau memang taknak tipu ke aku taktaula, tapi bila dorang buat-buat hepi, nampak pura-pura tu. buat orang tensi lagi ada sebab bila tanya ok tak jawab ok tapi muka terkulat-kulat tak ok.

aku bukan cuba pura-pura pun. it all comes naturally eceh. benda nangis malam, tak dibawa ke siang. benda sedih sejam, tak dibawa ke jam seterusnya. tapi kalau benda emo dalam dewan peksa memang boleh bawak sampai sebulan dua. ha tengok ni aku emo tak hepi ni, nampak tak nampak tak.




satu hari aku jumpa satu helai kertas bertulis tangan bawah meja aku. bukan meja aku sebenarnya, tapi meja orang lain dekat tempat duduk aku. sebab makcik cleaner intec ada satu tabiat yang dorang suka rearrange meja dalam kelas. kitorang pun sangatlah taat ikut je susunan yang dorang buat. padahal boleh je aw kalau nak susun macam biasa balik. ni tak. sungguh patuh pelajar intec ye.

aku baca la tulisan tu. tajuk? pasal hati dan perasaan... so deep. deep tahap that side of tumblr. kalau aku post ni boleh dapat seratus ribu reblog dan like. aku kongsi ngan kawan yang duduk sebelah aku kiri kanan je, tak ngan orang lain sebab benda sedeep ni tak baik dibuat main. ini adalah satu rahsia. maka bermulalah agenda mencari milik siapakah tulisan ini. bila rasanya dah jumpa, kitorang macam woah mind blown. tidak disangka-sangka. memanglah semua orang punya perasaan, tapi tidak kusangka sedalam ini perasaan dia. sorang lagi classmate aku pun ada kisah deep gila dia cerita sampai berair mata aku bila tau. sebab memahami... eh. empati. tapi nampak dia cam lek je, dalam hati Allah je tau.




aku cakap "everyone has a story kan. cuma tak tunjuk je."

anis balas "sometimes very happy looking people can be suffering, macam ama la."

tetiba aku lak kena en. aku tak suffer ah wehhhhh.




but thank you, thank you. it means so much to know people see me as a happy, heartless person. hmm. mission accomplished :)


heartless feelingless pun sejak sekolah rendah aku jugak korang cari kan untuk sesi Keluh Kesah Kak Esah. pfft. tapi aku tak marah, aku suka. aku tak kisah. aku takde pengalaman, tapi aku ada pandangan. pengalaman aku mungkin sikit, tapi air yang nampak sikit tu boleh jadi dalam sebenarnya. mungkin aku macam Cik Ipah.




aku terjumpa jugak ni dalam lecture room ALIS. ayatnya "does it kill you to know that you can get the attention from everyone except the one you yearn it from the most?"

"Yes." aku tulis... saje. minggu depannya tengok dua-dua tulisan dah takde.



jap apa tajuk post ni tadi haha dah terbabas topik lain terus amnesia. ok aku taktau apa senanye tujuan post ni. takde tujuan pun kot, hanya ada rasa. pergh. tapi aku rasa tu la, aku dah cukup besar untuk bebenda ni. tapi aku masih rasa aku kecik, masih rasa macam budak-budak tergedik-gedik. padahal dulu masa kau sekolah rendah memang kecik memang budak tak kisah pulak kan menggedik? hahah. cam biasala, ironik. eh tapi gedik aku pun gedik camni la. gedik segan, ego, geli.

mungkin jugak sebab aku salu tengok dak-dak open berjiwangan, pastu aku rasa cam hekeleh. kenot be taken seriously camtu. tak kisah lah jiwang conventional ke, jiwang islamik ke. nak-nak jiwang islamik tu, lagi aku perlekehkan haha. aku lagi sanggup tengok orang berjiwang biasa daripada berbakal imam bakal makmum bagai. so aku rasa cam tak special bila satu dunia tau pasal perasaan kau. kalau dah kahwin nak cerita, takpe. ni kau syok sendiri sengsorang, syok bercinta berdua seketika, pastu nak kecoh macam dah konfem sayang sampai ke syurga. mungkin sebab tu.

tapi setiap kali aku terfikir camni, aku terfikir siapalah aku untuk tahu perasaan siapa lebih hebat ye tak? cinta siapa lebih dalam? sakit siapa lebih dahsyat? mungkin dak-dak yang bising kat fb ni la yang tahu apa itu chentaaa. apa yang aku tau? pandang mereka sebelah mata je. tsk.

so aku rasa, biarlah. mungkin aku pun sama je macam diorang, tapi biar ada beza. biar yang membezakan, diorang bersuara, aku diam je. kalau aku pun open sama, aku dah jadi macam diorang; kata-kata aku jadi tak bermakna pada orang lain yang tak ada rasa. so aku rasa, biarlah bermakna atau tak, aku je nilai.



macam aku baca kat Terfaktab:


Sesungguhnya awak,
belum tahu lagi
bahawa pencinta rahsia itu lebih indah
lebih manisnya
daripada pencinta yang memberitahu dunia.








4 comments:

Diyanah said...

ego.
segan.
geli.

kan.
not that heartless pun sebenarnya.

btw haaaaiii~ haha :)


Keretapi said...

HAI AKAKKKK!!! haha eee segannya akak baca. lulz.

(saya pernah mention pasal akak tp anonimously lah dlm post mana tah taktau akak bace ke tak kbai)

Diyanah said...

ahahha akak rasa akk follow amalina dr 2008 lagi, zaman pmr akk.
tp dah masuk U kena tunggu cuti2, time2 tgh free sebab .. panjang, tp semangat. hahah.

oh and most of the time, i can relate. :)
sooo yg mention akk tu, akk xperasan lah yg mana. er, baik2 belaka je kan? luls.

Keretapi said...

tulaa, same la skrg kita. hehe. tunggu masa free blog sengsorang baca. er baik je kak, jgn risau. dlm entri islamik sikit kot, eheh tak sure ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails