sebulan yang lalu
sebulan yang lalu, kalau korang baca blog ni korang tau lah pengalaman aku bila dapat tau aku tak dapat mara, dan perasaan aku bila tau rupanya aku dapat jpa-mara. lepas keluar surat tawaran, baru tau yang aku technically jpa-mara, tapi actually jpa. tsk alhamdulillah.
sebab aku bawah jpa, itu bermakna ini ialah biasiswa. takyah bayar. itu bermakna aku kena keje ngan kerajaan 4 tahun kalau aku habis belajar dalam masa yang ditetapkan. kalau kena panggil keje la. aku ok je ada bond ni, at least takdela gelabah selak paper bahagian tengah siap dengan marker merah bulatkan jawatan kosong. asalkan kerajaan tak suruh aku jadi cikgu tetiba dah ah, yelah psychology grad kan flexible ~ kot-kot ada jawatan cikgu kaunseling kat ceruk kampung untuk kami~ NO. TAKMO.
cuak tak cuak kau ada perjanjian ngan kerajaan
1 July 2012, tibalah aku di intec mendaftar sebagai pelajar.
taktau kenapa..... tapi aku tak emo masa berpisah dengan ibu terchenta. sikit pun tak. mataku kering seperti padang pasir. adakah itu kerana hatiku kering juga? eh tak tak. aku rasa sebab dua tiga bulan sebelum blah aku dah emo awal-awal kat rumah. homesick di rumah sendiri, lol. sebab tu la kot bila sampai detik perpisahan, aku cam k ma muah bai. mungkin jugak sebab aku dah pernah masuk asrama masa tingkatan 1. sebab tu la kot bila mama datang balik nak hantar barang yang aku pesan tolong beli untuk rumah baru, aku cam ma kitorang tengah kemas rumah ni muah kbai.
tapi aku rasa kalau aku masuk asrama form 4 atau masuk asasi sebulan lagi awal, aku masih terkebil-kebil tahan air mata. so kesimpulannya aku rasa aku lek je kali ni sebab aku dah 18 tahun, dah emo sebelum waktunya, and sebab aku masuk tempat yang aku memang dah lama nak masuk. alhamdulillah.
MRSM dulu pun aku memang dah lama nak masuk. but i had a bad feeling bout it at first and i did not want to go although the offer was what i had been wishing for, as though foreshadowing it was not the right thing for me, hence all the misfortunes trying to kick me out of that place. but i had a good feeling with INTEC. i did not think twice about accepting the offer. i still have the good feeling. and i wish more than ever that history won't repeat itself again.
i do have my fears, the fears i didn't have back then when i first got into MRSM. something which i thought i didn't have to be concerned about at all, because i never had a problem with it, but guess what? it turned out to be my biggest problem. i live with the fears now, but i pray i will survive these two years finding out my fears are just irrelevant trauma or something.
may i have a good life in a new place, with new people, studying something new. may the journey and ending be as awesome as the beginning.
awesome beginning? HELL YEAH!
730++ first intake!
orientasi paling rilek dalam dunia. awal-awal lagi senior dah cakap yang orientasi intec takyahlah buat macam orientasi tempat lain, cara kita berbeza. wow. apa yang berbeza sangat tu? hebat bunyinya tu. adekah untuk prepare kami menjadi generasi yang hebat juga?!
tak. sebab kitorang main game budak sekolah rendah je lololol. tapi siyes bez weyhz. pisang goreng, "i love you" and "i'm sorry but i prefer...", mafia, biawak buaya, zoom eeekzoom, one bangun two three bangun, banyakla lagi. tepuk-tepuk pun banyak, tepuk kangaroo, ahmad albab, gajah, hujan, ape tah lagi, and of cos tak lupa, the legendary tepuk terima kasih. cuma kat sini ada tambahan bahasa german, french, korea, etc bahasa yang diajar kat intec lah.
kami juga ada qiam ye. tido pukul 1 bangun pukul 3. pas habis orientasi 4 hari tu, satu rumah terlajak bangun pukul 8 terus. memang tak busy memang tak packed, tapi tak cukup tido and penat duduk. MDS di intec juga dikenali sebagai Minggu Duduk Sahaja, as i call it.
masa satu dewan paksa Abang Baju nyanyi pastu dia malu-malu, ngan super senior buat tepuk ahmad albab which was ridiculous and hilarious :'D
kalau tak buat group activities, kitorang dengar taklimat sampai tersengguk-sengguk aku tido. taklimat kolej, taklimat kampus, taklimat penaja... masa sesi soal jawab dengan JPA, soalan pertama yang ditanya ialah bila boleh kahwin. bila?! tahun ketiga jpa kata.... ok. kepada tukang tanya, semoga rela menunggunya seribu tahun lagi, sedia setia~ ye. member dah ada calon, niat pun dah betul. kalau kau boleh tunggu lagi 5 tahun, memang bravo la bro, bravo. jangan lupa jemput kami 730++ orang ni.
JPA gimme the money, kawan lama gimme the memori, tskkk. rindu korang tahu
overall under JPA dalam 200 lebih kot... bila kena tanya sape kena sponsor ngan JPA pastu majoriti kat INTEC angkat tangan, tetiba rasa senanglah pulak dapat JPA ni. LOL. padahal dulu rasa macam takde harapan nak dapat. oleh itu kita kena sentiasa ingatkan diri kita yang kita bertuah, walaupun ramai dapat biasiswa, tapi lagi ramai yang tak dapat, maka kita perlu buktikan yang kita memang layak untuk JPA, yang walaupun dekat sini kita rasa kita macam nobody sebab orang lain pun dapat jugak, tapi kat tempat lain, we're somebody with a scholarship. justeru, janganlah lupa diri. tsk apekah.
ingat tak lepas majlis aku janji ke apa tah yang kita nyanyi lagu 1Malaysia siap semangat dengan gaya tu pastu buat tepuk terima kasih, PM cakap kita batch terbaik? osem moment was osem. sampai nak tercabut anak tekak aku menyanyi sekuat yang boleh, kalau tak osem lagi taktaula.
senior semua memang sempoi. takde cam orientasi kat tempat lain yang buat orang rasa homesick nak berambus terus. dorang tak torture kitorang, in fact dorang buat kitorang rasa welcomed and feel almost at home. buat kitorang rasa hepi je kalau boleh nak MDS sampai bila-bila haha. nanti mesti rindu senior and MDS bila banyak keje sampai stress :(
masa last day PM dengan kitorang pun aku dah sentimental padahal baru kenal 4 hari awww. yelah sebab selama 4 hari ni dorang yang uruskan kitorang, uruskan makan minum, uruskan bas, kat mana-mana kena guide kena teman. after the last day we're gonna have to do everything on our own, tsk. dahlah ada PM yang nak fly dah. imagining myself being in their shoes. one day, one day.
last night with PM was aweeesome!
serious bebudak ni pandai berlakon. lawak yang dibuat kebanyakannya menjadi, tapi ada juga mengundang krik krik krik. krik krik krik tu pun cukup lawak untuk buat satu dewan gelak setiap kali. tapi identiti penyumbang krik krik krik masih menjadi misteri. pape pun ini menunjukkan bebudak intec osem!
part yang dorang tiru balik MDS dan watak-watak certain lecturer and PM memang terbaik. terutama that dude yang berlakon jadi Abang Baju, jadi gila kot!
i didn't record some of the better parts, tsk.
masa kat MRSM dulu bila senior tanya sape homesick, aku tanpa ragu-ragu angkat tangan tinggi-tinggi haha aku rasa aku sorang je kot dulu yang excited about the fact yang aku homesick. tu cara aku buat kawan. "eh kau pun homesick jugak? tapi kau kan laki? COMELNYA" weirdo. kat INTEC ni bila kena tanya, aku dengan ragu-ragu tak angkat tangan.
Alhamdulillah Allah permudahkan. may he always ease the way, amin.
tapi aku tau bila aku ada masalah nanti, masa tula aku akan homesick. aku akan nak pergi kat mama pastu baring sebelah dia. walaupun dia bukan mak yang "apa masalahmu anakku? ceritakan kepada ibumu" tapi ada dia je dah cukup hidup aku.
semoga takde masalah yang buat hidup aku susah, amin.
my group with our coolio PMs. DISTRICT TWELVE! Abang Baju cakap masa last night orientasi tu yang kitorang maybe takkan jumpa pun dah kawan-kawan sama group yang lain program, maka silalah berpelukan dan bersalaman macamkan malam tu malam terakhir kitorang kat intec. tsk.
it was a good start. hopefully it will be a good journey with a good ending as well, amin :)


4 comments:
AMIN (: InsyaALLAH, Akak sentiasa berjaya duniakhirat :D
Nampak seronok lah dkt INTEC (:
Good luck Akak :D
aha another great post.
happy to be PM for yguys. :)
and also good luck to you.
Hi there. I'm one of the PM. Did you really enjoyed the MDS? Good then! Have a great time in INTEC ;)
nadia: amin! doakan untuk akak ye :)
jiwamusik: waa this is an honour! haha thanks
kak fatin: i sure did sis :) you guys did a good job, that's why :D
Post a Comment