Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim. (tetiba nak mulakan dengan bismillah, mentang-mentang post taboo, terus sopan je mukadimah)
aku tau blog aku tak banyak orang baca pun, tapi aku tak kisah. aku tak tahan dah. i want to blog about politics from the eyes of an 18-year-old. i want to blog about things i've restrained my tongue from saying and my fingers from getting involved in online bickering. the main reason aku nak bersuara pasal apa yang aku senyapkan selama ni ialah sebab ramai sangat dah bersuara kat luar sana.
tapi suara yang menyakitkan hati. suara yang tak mengerti tapi nak jadi pakar dalam bab ni. suara yang main komen sesuka hati. suara yang buat kawan jadi lawan, pinggan dibaling periuk berterbangan, jiran tetangga tak lagi bertukar makanan, sedara mara sesama keluarga bercakaran mengakibatkan duit raya tidak diberi kepada anak penyokong parti yang dibenci. kesian.
isk isk isk.
aku nak mulakan dengan politik dan orang muda. orang muda terbahagi kepada beberapa kumpulan ye;
1. Kumpulan Ada Aku Kesah?
aku tau korang taknak kesah sebab korang nampak apa jadi kat mereka yang kesah. pung pang gebang gaduh pasal sape betul sape salah. korang takyahlah perangai tak semegah camtu, ambik contoh yang baik - cam aku. har har. politik is a part of life. sampai bila korang nak jadi blur?
sampai bila nak mengaku warganegara, tapi bila bab politik yang korang kena rajin cari maklumat sikit, benti main game tengok tv sikit, terus tak main peranan. teruk gila korang hahaha. tak, aku sirius. sampai bila korang nak jadi oblivious?
sampai korang habis belajar? budak-budak takyah sibuk? study is my priority besides cari awekz dan lepak sana sini? seseorang yang aku lupa sape pernah tweet sesuatu yang bunyi begini - "dorang kata pelajar tak patut tau politik. dan korang, pelajar, setuju. korang setuju bila dorang kata korang bodoh tak boleh handle dua benda dalam satu masa?"
malangnya budak-budak kita, study dan cinta boleh pula nak pikul dua-dua.
aku pun malas jugak, sebab makin aku ambik tau, makin aku sakit hati. makin aku tau realiti dunia ni. makin aku rasa nak maki bertubi-tubi. bukan sebab nak teruskan duduk bawah tempurung yang aku rasa selamat dan senang. apa yang jadi luar tempurung tu satu haram pun aku taktau. bukan sebab aku malas camtu.
masalah bertambah bila orang yang taktau, buat-buat tau. tolonglah buat cara taktau. jangan keluarkan sepatah pun dari mulut kalau hanya tengok apa yang terhidang depan mata, dengar apa yang orang kata, lagi-lagi kalau jenis yang suka jadi juri ni. politik pelik, so korang kena guna mata, telinga, otak, semua pancaindera yang ada dan paling penting, guna hati. bukan perasaan k, tapi hati.
I don't simply talk about politics with people who merely thinks with logic. with the wrong ideas and agendas, it gets dirty and ugly. to me, it's better to be on the wrong side (with the right reasons) than to be on fence. even if it's only to you, at least what you stand for makes sense.
2. Kumpulan Aku Beri Sepenuh Perhatian Dan Berjuang Walaupun Dengan Cara Yang Salah Sebab Niat Aku Betul! LOL
apa parti kau sokong pun aku hormat sebab kau ada kesedaran. tapi tolong, tolonglah dan tolong lagi, jangan rasa kau hebat tau semua benda, sebab banyak mana pun blogwalking kau buat pun, banyak mana Utusan, Metro, Kosmo, Harakah, Keadilan kau baca, kau takkan tau semuanya.
tolong jugak jangan bergaduh semata-mata nak tunjuk kau betul, sebab nak menang, nak puas hati, nak malukan lawan kau. kalau rasa takleh amalkan debat secara sihat, dan tahap kesabaran paras buku lali, baik jangan mulakan apa-apa. stop provoking. stop responding. stop fighting. stop talking with sentiments and assumptions. stop doing everything bad just because you want to feel better. orang cam kaulah yang buat politik jadi kotor dan buat Kumpulan Ada Aku Kesah? tak ambik kesah tau tak.
do not talk with people who do not want to know, or think. seriously, it's annoying to see the amount of ignorance behind the 'i know it all' they show.
memang korang nak bagi orang lain sedar apa yang korang sokonglah paling betul dalam dunia dan yang lain salah semuanya, tapi kalau rasa kau takkan dapat terima bila orang lain cuba nak bagi kau sedar, then jangan mula. kalau rasa takleh bertukar pandangan secara aman, jangan mula. jangan suarakan pendapat politik kau kalau tau nak condemn pendapat lain je.
aku takkan buang masa dengan orang macamni, lagi menaikkan darah tinggi. cos i know a lost cause when i see it.
aku takkan buang masa dengan orang macamni, lagi menaikkan darah tinggi. cos i know a lost cause when i see it.
students should learn about politics. we are not just students, we're also citizens. ignorance won't help in the midst of misleading information and wrong opinions. but of course, neither will obsession.
kumpulan nilah yang turunkan bendera muka pemimpin negara, yang kata ulamak berpolitik guna agama, yang jadi racist sebab "alah cina semua nak pijak kepala melayu!", "keling tu konspirasi!", is this the so called 1Malaysia, seriously? yang seronok tengok orang kena dakwa meliwat kena fitnah rasuah siap ustaz pun kononnya kena tangkap basah semata-mata sebab ustaz tu sokong parti sana, yang jadi judgemental fikir semua BN camni semua PAS camtu macamkan personaliti individu ditentukan oleh parti politik (tapi personaliti yang menentukan parti), yang mengeji mencaci, ini semua kerja kumpulan ni.
tolonglah hentikan kekarutan ini sekarang ye. tarik nafas, hembus, ingat dosa sesama manusia.
3. Aku Kesah Tapi Aku Cool
Aku rasa semua remaja patut masuk kumpulan ni. kita patut tau pasal politik. kalau rasa pengetahuan tu dah cukup untuk sokong mana-mana parti, sokonglah. tapi jangan terus berhenti mencari jawapan (pergh dah macam tajuk lagu indon), jangan terus percaya bukti dan hujah berat sebelah, jangan terus rasa korang je yang betul yang lain salah. wat pis wat lek, cilek, lek lek lu sudah.
macam aku, aku tau je pasal politik. aku tau parti mana aku akan undi nanti bila dah masuk 21. sirius wa tak sabar. apalah sangat satu undi aku tu kan, tapi tu tanggungjawab aku sebagai rakyat tanah air terchenta. tanggungjawab sebagai seorang muslimah yang wajib pilih pemimpin yang hidup cara seorang muslim dengan ciri-ciri yang dituntut dalam islam. tanggungjawab aku kat diri sendiri supaya nanti bila dalam kubur, aku boleh jawab walaupun usaha aku tak seberapa, tapi aku cuba.
itu jugak yang akan dijawab oleh mereka yang perjuangan dorang dianggap 'buang masa', 'takde efek' dan sebagainya.
itu jugak yang akan dijawab oleh mereka yang perjuangan dorang dianggap 'buang masa', 'takde efek' dan sebagainya.
aku tau. cuma aku takkan buang masa bergaduh, bermusuh, mengutuk, mengata benda yang hanya Allah je tau fakta autanya. apa yang dah terserlah salah, kita kena betulkan. apa yang takde masalah, kita besyukur. tak semestinya meminta yang sepatutnya tu tamak, tak semestinya terima apa diberi maksudnya dah kena makan suap. kita hidup jangan biar politik tentukan kita, kita ada peribadi and pemikiran sendiri.
Bersih, mehlah aku cakap sikit.
1. tuntutan Bersih tak salah. tolong jangan bangkang semata-mata sebab kau sokong kerajaan. itulah salah kebanyakan penyokong kerajaan, rasa kerajaan dah serba serbi sempurna dan tak ambik tau kalau ada salah kat mana-mana. tapi bila orang point out kekurangan kerajaan, tau pulak cakap "nobody's perfect". demokrasi tau apa?
2. kalau pilihanraya memang dari dulu bersih, tunaikan je tuntutan tu. tunjuk memang dari dulu kerajaan atau pembangkan menang secara adil. selagi tak tunaikan, selagi tulah akan ada yang tak puas hati. kalau tunaikan, jangan cari cara lain untuk menang, pesanan kepada kedua-dua kerajaan dan pembangkang. selain pasal pilihanraya, ada gak pasal PTPTN ngan LYNAS. aku memang no to LYNAS for life la.
2. kalau pilihanraya memang dari dulu bersih, tunaikan je tuntutan tu. tunjuk memang dari dulu kerajaan atau pembangkan menang secara adil. selagi tak tunaikan, selagi tulah akan ada yang tak puas hati. kalau tunaikan, jangan cari cara lain untuk menang, pesanan kepada kedua-dua kerajaan dan pembangkang. selain pasal pilihanraya, ada gak pasal PTPTN ngan LYNAS. aku memang no to LYNAS for life la.
3. Perhimpunan aman happens all over the world. orangnya yang kacau keamanan. pendemo yang emo, FRU tukang sembur dan polis tukang belasah. bukan semua pendemo penyabar, bukan semua FRU dan polis wira negara yang kita patut bangga. stop labelling, in bad way and in a good way. aku sure ada pendemo yang provoke, and ada polis yang tak sampai hati nak pukul orang sesuka hati. bukti? video dari semua pihak ada, terpulang mana nak percaya.
4. Ambiga memang salah sebab isu seksualiti tu. tapi bila dia perjuangkan benda betul, takkan kita nak tolak jugak? pandai-pandailah tentukan. Bersih dan LGBT dua benda berlainan. tolong jangan jadi tak matang kata kenapa nak ikut Ambiga sebab dia "keling", "paria", "bukan islam", "ejen yahudi", "master of conspiracy" dan macam2 lagi gelaran yang kalau orang dia dengar, kau memang makan penampar. jangan jadi racist boleh tak, kau kutuk sorang, bermakna kau kutuk semua dorang. kita kononnya rakyat muhibah, muhibah my arse kalau camni. jangan main pasal kaum dan agama, bila kita kena, tau pulak marah.
5. jangan jugak cakap "kau dah dapat bantuan belajar, baucer buku segala, hidup aman sentosa, tapi nak go against government. tak kenang budi!" atau "kau kata bukan semua orang kerajaan perangai macamtu? kau dah kena rasuah eh?". aku konfem penyokong kerajaan kat Selangor suka je dapat air free daripada pembangkang dan penyokong pembangkang terima dgn tangan terbuka setiap bantuan menjelang pilihan raya daripada BN kan? apa dapat, terima. apa ada, bersyukur. tapi jangan sebab dah ada, dah dapat, kita tutup sebelah mata je pasal apa yang tak cukup atau tak patut. macamtu, dah rasuah namanya.
6. baca pasal Bersih dari mata penyokong kerajaan. baca pasal Bersih dari mata penyokong pembangkang.
7. baca pasal Bersih dari mata bukan penyokong sesiapa.
fuh. dah cukup cukup sebelum terkeluar apa yang tak patut.
akhir kalam, aku minta maaf sangat kalau ada yang terasa. aku blog secara umum, tak tuju kat sesape. tolong maafkan saya. kalau ada nak tambah, sila lakukan dengan berhemah. sila simpan emosi anda sendiri. aku takkan berbalah. aku takkan bincang pasal parti politik secara public.
sebelum menutup tirai, mari saya sajikan satu video tentang bersih. aku tak layan sangat video bersih, tapi ada orang share so apa salahnya tengok jap kan. takpe, video ni takde aksi ganas mengganggu emosi punya. malah, aman je mata.
wat lek wat pis, cilek, lek lek lu k. Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia (the new salam sejahtera)!





2 comments:
saya amek tahuuu..ceh bgge .haha tade lah ,sbb minat politik ..tp rase mcm tgok je lah kot :) tade bnde leh buat
haha bagus bagus. mmg takde benda boleh buat pun. tapi kena taulah sbb taknak jadi bawah tempurung sgt kan. kalau sampai point sakit hati tu, dah takyah amek tau haha
Post a Comment