Monday, April 2, 2012

Saya Sentimental Tentang Majlis Anugerah Cemerlang Terakhir

Dulu aku selalu blog pasal sekolah, sejak masuk form 4 jarang sangat... mungkin sebab kawan sekolah tak baca blog picisan ini. tsk lap air mata.


Sabtu lepas hari aku emo tu, hari anugerah cemerlang sekolah aku. bila dah habis emo, baru aku sedar yang tu majlis anugerah cemerlang terakhir untuk aku..... takde dah tahun depan..... lima tahun aku pergi anugerah tu.... pastu aku pun emo kembali. eh taklah. aku sentimental la sikit.


oleh itu, haruslah saya blog tentang majlis tersebut! sebagai kenangan. pertama kali blog untuk kali terakhir pergi, tsk. emo kembali.



sebelum pergi, aku dah teruja charge battery camera. aku dah bayangkan duduk sederet dengan kawan-kawan yang dapat anugerah sama, pastu cekek sini cekek sana. oh bahagianya camwhore ini. tapi datang je, cikgu tunjuk tempat duduk aku. tempat duduk aku yang terletak di baris kedua dari hadapan, belakang guru-guru yang tinggi dia punya jawatan. wut?


"er cikgu saya taknak duduk sini, semua orang kat belakang"

"awak kan dapat anugerah khas, ni memang tempat duduk awak ni"

"tapi saya nak bersembang ngan kawan"

"tu sembang ngan mak tu" cikgu tunjuk kat arah mak aku yang rupanya dok belakang aku je.

"dah puas sembang kat rumah" hi mak.


aku duduk jap. aku bangun balik, keluar berjalan pegi belakang dewan apabila tiba-tiba...


"haa ama nak lari la tu!"


"ok cikgu" insert sad smiley face di sini.






selepas apa yang rasanya bertahun dengar ucapan dan tunggu giliran, tiba masa untuk budak pas SPM ambik anugerah. eh. perut cam buncit. cis. ni semua sebab banyak makan semalam. eh. zoom sikit. oh tu bukan perut, tapi tudung. hepi kembali.





the awkward few minutes when i had to stand in front of the whole crowd while my slideshow was being shown for Anugerah Khas Akademik kot. sebelum tu dahlah ada kompang mengiringi aku berjalan, lagi awkward dengan riak muka menahan gendang telinga daripada pecah. nak feeling pengantin pun tak sempat. mungkin sebab takde pengantin lelaki disebelahku huhu hihi ho :3



dah habis ambik anugerah semua baru dapat jumpa kawan yeay! tu pun ramai dah blah awal. sedihnya, bisik hati kecilku sambil memegang camera battery full, keseorangan terpinga-pinga.





nasib baik ada kawan-kawan yang masih belum balik. ini contohnya. anak dara cantik calon isteri terbaik ni nama dia Maisarah, kitorang dah kenal sejak God knows when, zaman masih cakap pelat. dia menangis masa tengok slideshow aku, siap pegang tissue. aku macam "wut? even my own mother didn't cry for me" tapi Mai memang camni. hati lembut, terharu i. thanks Mai :')

belakang tu yang berbaju dan tudung pink ialah Izzati. dia tak sekolah sini dah, tapi datang jugak semata-mata nak tengok slideshow aku. eh tak, sebab adik dia pun dapat anugerah. beliau telah mula menjadi girlie, bergelumang dengan warna pink yang satu ketika dulu beliau benci. matang dah Izzati, ahaa.





Ini Ecah. tak, nama sebenar beliau bukan Aisyah, tapi Hanisah. muka dialah yang aku hadap setiap hari sepanjang Form 5. tapi muka aku dia tak hadap hari-hari, sebab aku suka ponteng hihi. kehadiran beliau penuh ye rakan-rakan, sila contohi. hadap punya hadap, banyakla cerita kami kongsi. drama, telenovela, semua ada. tapi pelakonnya ialah kami. sharing secrets can bind two people in a friendship ;)





ini Fazreen. kawan meja sebelah yang bukan je berguna masa gelabah untuk exam, tapi juga teman yang baca OHBULAN! bersama. ye, kitorang kaki gossip. ye, dia tinggi. ye, kitorang kongsi banyak cerita dan rahsia. ye, saya pendek. the end.





Ini Muni dan Pejah. Muni ialah bekas penolong ketua pengawas paling cool dalam sejarah Keramat Valley High School. LOLOL NAK NAMA GELEMER. dia mastermind dalam dua peristiwa yang buat kitorang kena tangkap dan kena marah dengan cikgu, siap masuk bilik pengetua. biasalah rebel sekali sekala. Pejah ialah kawan sejak sekolah rendah dan kelas sama 5 tahun di KVHS. LOL LAGI. 


kalau ada kawan-kawan lain yang tak dapat pergi, lagi best. sentiasa ingat korang. tetiba nampak kelibat Luqman, eh dia datang! mesti nak jumpa ehhem ehhem. dia pass kat aku coklat as birthday present, sama macam  last year punya. coklat kau tu aku ngap sekali harung je masa emo malam tu Luqman. he's a really good friend. bukan sebab dia kasi coklat dan salu belikan makanan untuk aku yang sentiasa kelaparan, tapi sebab dia sentiasa ada untuk kawan dia, sentiasa tak bosan mendengar, sentiasa kasi kata semangat, sentiasa macam-macamlah. dan sentiasa cakap "you deserve better, you deserve to be happy". and so do you, so do you :')





ini aku. rasanya dah lama tak letak muka sendiri dalam blog, feeling misteri.




Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah :')



SMK Lembah Keramat rocks. siapa cakap duduk sini tak boleh dapat result yang buat sedara mara kasi duit kat kita tanpa dipinta? hihi. Alhamdulillah, aku lupa nak selit kat post result SPM haritu yang aku memang bersyukur dengan ni semua, tapi takdelah aku teruja atau bangga. yang aku bangga ialah aku boleh buktikan budak sekolah biasa pun sama je macam budak sekolah asrama. yang keputusan aku angkat kaki keluar MRSM masa form 1, taknak masuk asrama lepas PMR, bukan keputusan yang salah.


sekolah aku sekolah biasa. tapi ada 30 orang yang dapat 6 A ke atas dan 3 orang yang dapat semua A untuk SPM last year. ye, tak masuk ranking Malaysia pun. ye, tak masuk paper pun. tapi kitorang budak sekolah biasa, bukan budak sekolah yang memang ambik budak straight A's je semua. apa nak bangganya camtu?



Budak-budak sekolah biasa, kita semua rock!


ok.



p/s : Tadi berucap untuk Jejak Jaya SPM dan jawab beberapa soalan. harapnya tak merapu dan membantu, sekian.








4 comments:

Shafiqah Omar said...

GAH ini best dan sangat sedihh. Jamuan minggu depan kita jumpa lagi inshaAllah. hihihi.

"budak2 sekolah biasa, kita semua rock!"

:') thanks for sticking with us ama

Anonymous said...

Tahniyah lina :)

HAHA.

Nadia Sabrina said...

Betul Akak!:D

Terima kasihh, post ni bagi nadia bersemangat untuk perjuangkan nama dan maruah sekolah!:'D

TQVM (:

Good luck n congratulations!:D

Keretapi said...

peqah: see you this jamuan! eksaited woi. ah no problem, thanks for sticking with me too. kawan yang baik sangat kte hargai :')


boss: takyah nak lina sangaaaat


nadia: bagus bagus, future straight A's student SMKLK ni :D thanks nadiaaa!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails