Saturday, August 13, 2011

Tolonglah Belajar, Tolonglah!




Assalamualaikum.


aku tau aku cakap aku taknak blog, tapi bak kata blogger, blog aku suka hati aku la kan?

ikut resmi Keretapi, tak normal lah kalau aku tak membebel pasal exam, betul tak? kalau dah bosan baca aku bebel, dipersilakan beram.. berlalu pergi. bacalah blog lain yang lebih berguna. baca buku ke, yelah korang semua kan rajin rajin. aku jelah yang malas sorang kaaan, yeeee lah.


masalahnya memang betul pun tau.





minggu depan ada praSPM. beberapa minggu depan ada trial SPM.

aku tak belajar satu haram pun lagi.



cakaplah aku penipu, cakaplah aku kaki temberang, cakaplah aku palsu. macamlah aku tak biasa korang cakap aku macamtu, kan?

akan sampai satu masa bila korang akhirnya dapat muatkan sedikit logik dalam pemikiran korang yang tak berapa nak luas tu bahawa... manusia lain-lain bro. lain-lain. jangan sebab aku tak bertindak macam orang lain, sebab aku tak berperangai macam korang, korang tak percaya satu benda pun yang keluar dari mulut aku. aku tak macam korang mungkin sebab aku pelik, mungkin sebab aku... unik.


haa menyampah lah tu menyampah.


taklah, aku tak unik. haa suka lah tu suka.





aku cuma pemalas. pemalas yang korang takkan faham macam mana, unless korang duduk serumah dengan aku. baru korang tau betapa tabahnya mak aku besarkan aku 17 tahun ni. aku takdelah pemalas sangat, aku cuma suka, em suka... suka tak buat pape.


ok takdelah pemalas sampai tak boleh buat bini ok aku boleh jadi bini ok. nanti aku cari lah mana-mana bibik, itu pun susah ke. tak, serious ni. aku boleh buat kerja rumah. tapi aku tak boleh buat kerja sekolah.


aku tak sangka aku akan jadi budak form 5 yang lagi sebulan nak trial tapi bila buat latihan, menganga. salahkan soalan. kenapa kau susah sangat? bila masa aku belajar kau? sambil belek buku. setiap soalan tengok buku. macam takde pape dalam otak ni. tepu.


aku tau aku pemalas tapi takdelah sampai tahap ni.


masa form 3, aku janji kat diri sendiri aku takkan ulang perangai tak semenggah camni masa form 5. tapi hampa, nampaknya makin teruk tabiat burukku ini.


seperti semua tahu, aku ada masalah tidur. kalau masalah tak boleh tidur tu orang panggil imsonia, masalah tak boleh tak tidur aku ni takde nama lagi. masalah ni memberi motivasi untuk aku jadi saintis dan buat kajian untuk buktikan masalah ni memang wujud.

bahawa aku seorang pesakit. bukan seorang pemalas. bahawa aku memang tak dapat kawal masalah ni. bukannya aku sengaja nak tidur ikut suka hati.


kalau time form 3 dulu seminggu sebelum PMR pun aku nak tidur petang tak ingat dunia, takpelah jugak. ada subjek yang dengar cikgu ajar dalam kelas pun boleh cover. tapi bila form 5 ni, subjek yang dalam kelas dengar cikgu ajar pun, masih blur.

minum nescafe? aku dah kebal kot. aku teguk satu teko pun tak tentu mata terbuka tau tak.




this always happens. the next morning i wake up with regret, but i never learn.


aku takut aku tak tahan je nak belajar last minute gila-gila macam biasa. kalau aku belajar last minute macam tu tido tak cukup pun, sah-sah tak sempat cover semua.


tolonglah jangan buat perangai tolonglah. aku nak SPM kot. ye memang aku sedar, memang aku nak bertindak. cuma mata aku macam tak faham bahasa, seolah-olah dia mempunyai otak sendiri yang mengawal aktiviti tutup kelopak matanya tanpa mengira masa.


aku bukan tak belajar sebab poyo, aku tak belajar sebab... aku pun taktau lah doh.




aku taktau nak buat ape dah. tolonglah.



help me.




7 Saman Rel:

Amirah Rashid said...

alolo. sedih je akak bace. hm. malas tu da mmg sebati dgn setiap insan yg bgelar student kot akak rase.:D tp wtv it is, jgn tension! sbb tension tu la yg buat kte kate stop! mls aku nk buat lg sume2 tu. akak rase, dri dulu pn, smpai nk final exam dkt matriks pn, akak tak sempat nk buat revision smpai habes. serius ni. time spm, sejarah, bio tak hbes buat revision. time matriks, kimia tak habes. haha. time tu mcm da berserah aje la kan. tu je yg terakhir yg mampu nk buat.

klau akak, mmg akak xnk paksa klau mmg akak x blh buat/study. tp buat lah yg termampu. even dpt bace buku/study utk 5 mins pn dah kire ok. better frm nothing kn. n better frm duduk dpn buku berjam2, tp yg masuknye jz 0.000000001%. kan?

so, conclusionnye, jgn tension2. relax je k. tp jgn relax sgt! hehe :D

Fathorazi Samsuri said...

You're not alone ;(

Keretapi said...

kak mira: akak long time no see nor hear! hahah. untunglaaah dah habis spm dah habis matriks, wuwu. hmm ye lah kot, selagi tak periksa, takkan habis baca rasanya. dulu time nak pmr pun agama semua saya tak khatam pun. doa je lah, mungkin tu yang tolong masa jawab exam. tp pmr ngn spm lain wooo. tak boleh tak khatam kali ni T____T

tapi saya 5 minute pun takde taaau. plan bukan main grand, nak study ikut jadual segala dah ada perancangan dari awal tahun. tapi apa pun tak jalan. hmm. maybe saya akan study sikit-sikit mcm akak cakap, 5 minutes a day. bila dah mula 5 minutes tu, harap2lah dapat sambung lagi 5 minutes and so on. saya kalau dah start study, ok je. cuma nak start tu payah :(


k thanks akak, rindu akak :')


razi: we're alone together in this :(

Amirah Rashid said...

haha. akak akhir2 ni mcm mls nk bukak blog. tp akak bace je post2 ama. hehe :D

yup. btol2. nk mulakan tu yg pls susah. tp bile dah dpt mulakan, nak kekalkan pulak susah kan. tu la kehidupan namenye. takde jln mudah nk berjaya.

yg pntg kene usaha berterusan. tu yg betul. jgn lupa doa, solat sume tu :)

hehe. rindu jgk! :''D

bila tarikh keramat spm tu?

Dianayusof. said...

Dude, and dudette, I have the same problem here :(

Keretapi said...

tarikh keramat spm, lagi 91 hari from today. SEMBILAN PULUH SATU. KTHNXAKAKBAI.


diana, tapi kita sure lah sehari sebelum praspm awak dah study something right... kita tak. time ni lah mcm-mcm nak jadi mcm-mcm nak ada. haish. goodluck :\

Anonymous said...

Haha kesiaaan kak amaa
tape2 lain org lain cara study kaaan.
Good luck for yr trial :)
org ckp ape pun buat dunno sudaaa
hihi

bye awak
xx,loya :]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails