Kemanisan Belajar Hingga Migrain
Ceritanya hari sebelum exam Chemistry, sorang cikgu datang kat aku.
"saya nak tanya sesuatu boleh?"
oh dem apa salah aku camne leh kantoi mana dorang tau - "er, tanyalah," aku cool.
"betul ke awak selalu sakit kepala dan migrain? teruk pula tu, sampai nak pengsan saya dengar. saya dengar daripada cikgu-cikgu lain. dorang bercakap masa awak tengah ambik hadiah, hari Anugerah Cemerlang haritu. dorang kata 'kesian dia, belajar teruk sangat sampai sakit kepala'. jadi, betul ke awak belajar teruk sampai sakit kepala, migrain, dan hampir pengsan? sebab saya ada ubatnya, saya supplier"
pardon my French
SERIOUSLY? SERIOUSLY? SERIOUSLY?
SERIOUSLY?
SERIOUSLY I CAN GO ON AND ON WITH "SERIOUSLY?"
SERIOUSLY?
SERIOUSLY I CAN GO ON AND ON WITH "SERIOUSLY?"
aku tau aku dianggap pelajar nerd kat sekolah tu. masalahnya apa yang cikgu tu cakap betul-betul hancurkan reputasi aku. sekarang cikgu-cikgu ingat "oh usaha bermati-matian dia dibalas dengan dapat no 1". cikgu mana yang mulakan cerita ni aku taktau, baguslah camtu. kalau aku tau ada tayar kereta yang kena pancit kang.
jangan main-main, masa sekolah rendah aku pernah pancitkan tayar basikal orang.
aku boleh terima orang ingat aku belajar hari-hari. tapi ingat aku belajar seteruk tu sampai menimbukan kerisau cikgu-cikgu, itu melampau.
MELAMPAU.
memanglah bagus niat cikgu tersebut untuk jual ubat kat aku supaya tak sakit lagi, memanglah bagus niat cikgu-cikgu lain untuk kasihankan aku, tapi itu semua hanya 'memanglah bagus', kalau apa yang dorang cakap tu betul!
serious aku pelik mana datang cerita ni.
lainlah kalau aku memang selalu sakit kepala, mungkin cikgu-cikgu salah sangka, takpe. tapi bilanya aku sakit kepala? migrain tu pun aku tak pernah rasa kesengsaraannya.
sumpah aku rasa nak buat perangai. aku nak cari jantan, nak merempit kat Lorong Haji Taib, nak ikut pak kontraktor kahwin lari kat Lombok. aku nak buat semua tu, semata-mata sebab nak bagi orang fikir "oh, dia pun remaja biasa".
orang boleh ingat jadi aku, itu reputasi yang baik, yang aku boleh bangga.
tak, aku tak bangga langsung!
aku nak rebel.
langkah pemberontakan yang paling hampir aku dapat buat ialah. . . tak belajar Chemistry.
aku terfikir nak buat macam sorang senior ni. dia baca post aku yang ni, terus respon pasal pengalaman dia. dia memang pelajar cemerlang. dia stress orang expect macam-macam. last-last, dia tak belajar langsung untuk trial dan dapat markah yang orang tak belajar langsung patut dapat. semua terdiam. tapi sebab dia memang genius, SPM dia straight A.
aku nak buat camtu, walaupun aku tak genius macam dia. sebab aku nak kepuasan bila semua orang melopong tengok markah aku, kosong.
tapi perasaan "i don't give a damn" tu hanya bertahan sampai malam tu je. akhirnya aku cuak sebab tak study lagi. aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh *mata berkaca*
EXPECTATION: tido dua jam, jam selebihnya, belajar.
REALITY: belajar dua jam, jam selebihnya, tido.
haish!
BIOL BUAT BIO
makhluk bodoh mana yang buat kerja gila, ingat dia sempat belajar Bio, 2/3 DUA buku rujukan, bermula pukul 3 petang, sehari sebelum peperiksaan Bio itu sendiri?
takyah cari jauh-jauh, pandang je aku.
memang cari nahas. sebelum ni bolehlah buat macamtu, sebab sikit je kena baca. tapi kalini, 12 bab. DOBLAS. yang sempat aku baca, 3. yang lain tu form 4, babai.
paper 2 semua form 5, sebab tu lah aku baca form 5 je. baik fokus kat tajuk yang tak boleh hentam bulat-bulat kan?
apa yang aku suka pasal Bio ialah, kalau baca, boleh jawab. alhamdulillah semua yang aku baca, aku ingat. jadi, kalau aku baca semua, aku boleh jawab semua lah kan?
tapi reaksi lepas buat paper 2 : WHAT THE HELL WAS THAT?
apa soalan nak? kau nak apa daripada segala yang aku simpan dalam stor atas ni? ada banyak jawapan membuak-buak nak keluar, tapi kau nak yang mana?
orang nampak aku jawab penuh satu muka surat. takyah rasa wow laa, aku kalau jawab berlambak, tu maksudnya aku tak faham apa dia nak. sebab tu aku tulis je segala yang aku tau, pandai-pandailah cikgu cari isi dia celah-celah tu.
esei, pergh esei, pergh pergh.
aku jawab soalan yang aku taktau lagi banyak daripada yang aku tau, dan tak jawab soalan yang lagi banyak aku tau daripada aku taktau. aku tinggalkan soalan yang boleh dapat at least 15 markah, dan jawab soalan yang at least 15 markah hilang.
belum lagi soalan fight or flight yang KONONNYA TAK MASUK LANGSUNG LAH KAN, JADI AKU TAK BACA LANGSUNG LAH KAN, pun aku buat jugak. aku terasa nak baca fight or flight tu, tapi sebab semua orang kata tak masuk, jadi aku takut rugi je baca, baik baca yang KONON masuk kaaan. sekali menganga tengok soalan.
mungkin ini akan jadi kali kedua aku menangis sebab terpesong karangan.
5 A- 4 lulus
itu target aku. dah cukup tinggi dah tu. kalau mid year last year, dapat 5 A+ 4 A, sekarang paling bagus pun mungkin 5 A- 4 lulus.
5 A- pun aku taktau nak korek mana.
kalau dulu, subjek teras semua aku rasa selamat. tapi sekarang? A- pun jauh lagi. kalau elektif, paling konfiden ialah Biology. kalau Addmath, Physics, Chemistry susah, takde sinar harapan, takpe, aku sejukkan hati dengan Biology. Biology boleh tolong aku.
sekarang Bio pun lagi susah daripada subjek lain, apa cer?
cikgu dahlah target aku A+ untuk SPM. tak agak-agak. cikgu kata "kalau mid year ni awak tak dapat A+ dah, cikgu terpaksa turunkan targetlah,".
turunkan cikgu, turunkaaan! saya lagi tak kesah, jangan target saya pape dah. kalau saya tak capai target sendiri, takpe. tapi kalau saya tak capai target cikgu? lagi kecewa.
do not have me expecting for something if it's definitely something else
Minggu ke-3 exam = Merdeka Olredi
paper 3 semua aku belajar lepas subuh. tasawwur first time ambik, juga begitu. nasib baik ada beberapa jam free before kertas 2, sempatlah belajar. jadi kertas 2 ok kot, kertas 1 yang macam "apakah kenapa susah?".
bengong, what did you expect when you didn't study?
minggu ke-3, dah takde perasaan nak belajar. dah lama sangat. kalau exam 2 minggu, mungkin berkobar-kobar untuk belajar tu lebih sikit. ni dah minggu ke-3, aku dah penat.
cakap macam belajar gila-gila. padahal tak online, tak tengok tv pun, aktiviti tido dan berangan masih berjalan seperti biasa. what stands between me and studying is sleeping, tu je.
tapi betul, aku dah penat. penat 11 tahun ni. 11 tahun penat sekolah, 5 tahun penat kesah. aku start study untuk exam, pas aku keluar MRSM. time tu semua orang "dak MRSM mesti dapat nombor 1, mesti ni, mesti tu", so aku rasa tercabar.
pantang orang cabar aku, jadi aku mula belajar. aku mula kesah. sekarang, walaupun orang lain makin bagus, aku je makin teruk, tapi aku tak rasa tercabar. aku dah penat nak kesah.
memanglah perasaan kesah tu tak buat kau ada ciri-ciri pelajar cemerlang, tapi perasaan kesah tu buat kau penat, meluat, tau tak?
aku nak belajar sebab Allah, sebab aku suka, sebab ilmu, tapi rasa terpaksa belajar sebab orang, buat belajar jadi kewajipan hanya sebab nak periksa, buat belajar jadi satu beban.
cepatlah habis SPM.





15 comments:
panjang nye !! hahahaha .
sepp ! kite same , study smpai migrain :D
Kak Amaaa!(:
Akak, sabarlah ya!
Mungkin itu ujian besar yang ALLAH berikan kat Akak.
Takpe, INSYAALLAH, AMINAMINAMIN,
Akak boleh buat.
Nadia akan sntiasa doakan Akak dpt straight A's.:D
TQVM.(:
damn you sounded really stressed out. just find me if you really need help. i'm available. :)
takyah kisah apa orang fikir, ama. Lantakla dorang ingat awak belajar gila2 although it's actually on the contrary. Pe yang penting adolah awok tokleh jeopardise awok punye results and future just to show these people that you can fail miserably too. toksah. toksah buktikan pe2.
just stay cool la. en. :)
Amaaaaa, kay kita rasa awk mcm stress out. Mulut org kita memang tak boleh nk tutup, mmg kena bnyak sabar je awak, hmm.
nawal: haha awak je la, kita harap kita macamtu jugak. mesti result gempak :)
nadia: thanks nadiaa! kalau akak tensi akak tau junior sorang ni mesti support kak, huhu. insyaallah amin, the same goes to you for pmr k?
ecah: did i? i don't know, tired of people and normality i guess. bored olredi. wanna get out of this town can ah?
peqah: nak buktikaaaaan. it's so easy to fail in everything, tapi kita tau kita bukan jenis camtu. i'm not that carefree and daredevil, dah try tapi takleh. i care about my result :)
diana: memang tak leh tutup kan? manusia macam-macam, mulut pun macam-macam. takpelah, i'm used to it.
thanks semuaaa :D
Ama, relax. Youre not alone ;D
YOU ARE NOT ALONE. remember that
ohh rindunya bacak post2 awak sebeginiiiii :DD
Terima kasih bnykbnyk, Akak!(;
Akak pun sama tau!
Jangan tensyentensyen,
INSYAALLAH, AMIN, Akak boleh buat.:D
Akak sabar ya!:)
*GO GO GO, Kak Ama!xD
razi: ye ke? i'm not alone if everyone feels the same thing :)
hajerah: haha siot la andaaa, awh <3
takpe, awak ingat je belajar tu berjihad :)
jangan stress sgt, shrfh :P
cikgu pun bergosip rupanya ya. haha.
takpe ama hot di bilik guru xD
nak selesai masalah. awak bagi je lnik blog awak. haha.
gila tension lah org expect mcm tu.
semua manusia biasa.
ama kita tau. awak kene jadi rempit kot. haha joke2.
loya eh? haha: tu yang kita nak rasa, kita nak buat. tapi bila banyak faktor lain untuk belajar, jadi cam. . . . takleh feeling ah. hahah. insyaallah kita try :)
nawa: hahah takdenye nak hot dengan cara camtu. gila ah kasi link, memang hot terus kitaaa. kaaaan, rempit pun rempitlah. bak kata lagu what the hell hahah
huhu..bersungguh menaip eak pjg gnie..
bersungguh2 kite bace sampai abis..
+math,fizik sng...chemi n bio..erk??..hehehehe...
hehehe..why not go for straight!!..
you can do it!!..
you go girl!!
haha baguslah ada orang baca sampai habis.
addmath, fizik senang? bukan tu yang susah ke? bukan bio ke yg senang? before mid year exam ni la --"
insyaallah, thanks :)
Post a Comment