Saturday, April 17, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang 2010

ingat lagi macamana aku merengek haritu sebab dapat dua je matapelajaran terbaik? rupanya BM, cikgu salah. macamana boleh tersalah dan macamana boleh terbetulkan, itu aku taktau. tapi, alhamdulillah.

asalnya mereka order plague aku satu untuk 8A, satu untuk subject semua himpun sekali (masa rehersal aku guna Kak Nurlin punya, penuh ruang tulis matapelajaran terbaik, ada 6 babe). tapi tiba-tiba ada penyelamat misteri kata aku yg highest BM, jadi mereka pun order lagi satu untuk aku, untuk BM sahaja. maksudnya, aku ada 3 lah plague tu. hip hip hooray.

tapi ada isu yg belum terhurai. satu subjek ni, cikgu kelas sebelah yang tanda kertas tetiba jadi strict from soft, so budak kelas sebelah sorang dua je dapat A. jadi kalau betulla logik aku ni, kelas aku yg dapat highest masa trial untuk subject tu. aku tau sebab aku yang kirakan markah semua orang. dan sebab aku ingat lagi camna aku excited kira kertas sendiri dapat highest.

lagi satu subject pulak, aku takda salah, tapi cikgu kata subject tu tak boleh dapat 100%, jadi satu markah aku ditolak saje-saje je. mungkin budak yang dapat anugerah tu cikgu kasi 100%.

tau kenapa aku ingat semua ni? sebab aku keep track on setiap exam. sapa dapat apa highest, sapa dapat berapa A. tapi taktaula kot-kot otak aku dah mereng, data semuanya dah tak betul.

dalam doa pembuka majlis tadi, ada "jadikanlah penerima anugerah pada hari ini golongan yang bersyukur". cuma keadaannya sekarang, aku dahlah stay, jadi apalah salahnya kalau bagi fair and square sikit? aku tak pindah, aku bolot semua hadiah. kan?

kalau aku ni Rachel dalam Glee, memang aku redah je pejabat pengetua terus tanya semua. tapi aku bukan Rachel dalam Glee, aku ni aku je dalam alam realiti.

jap, ini selingan ya. ramai senior dapat matriks, bagusnya korang, bangga juniormu ini. Kak Nurlin pun. dapat matriks. je. sorry, aku bukan underestimate Kak Nurlin, ish takkanlah aku nak underestimate idola aku kot (sila bangga). cuma, Kak Nurlin weh, Kak Nurlin yang Kak Nurlin tu, tak dapat lagi offer untuk fly or at least masuk UM macamtu. result tak keluar lagi kot. tapi susah nak percaya Kak Nurlin yang Kak Nurlin tu terpaksa tunggu dekat matriks.

aku ni pulak, yang aku hanyalah aku, aku yang aku ni, berangan bagai nak rak. konon nak fly merata-rata pas SPM, macam Uda. Uda taktau result lagi dah selamat dok US. hish. kalau Kak Nurlin pun kena tunggu dekat sini, ini kan pulak aku. aku mungkin nak terlalu banyak, tapi tu memang aku.

aku macam Rachel dalam Glee. cuma mudahnya kalau Glee tu aku punya realiti.


okay, selingan tamat.


tak seperti yang aku impikanlah harini. aku impikan terpandang senyuman itu, memancar-mancar sinar mata, bahagia berputik di jiwa. tapi tak jadi satu hapa pun. buat penat aku tunggu detik ni selama tiga minggu. orang bukan nak dengar cerita aku, aku dengar cerita diorang. aku duduk tepi je. aku message Aisyah, bff selamanya yang sentiasa mendengar. aku buat kerja sendiri, nak dengar perbualan, aku diluar perimeter dorang. tapi takpa, aku sabar.

dahlah semua balik cepat tadi. takda pun gambar beramai-ramai 3C1. mungkin takda sapa jakun dengan budak sekolah Lembah. buat penat aku charge bateri fon satu hari satu malam. ingat nak havoc photoshoot. takde pun menegur ex-classmate lelaki. perangai dulu masih wujud, ignorance. takde pun balik lambat untuk berbual. berbual pasal kenangan terindah, bukannya pasal benda yang aku muak dengar.

baru berapa bulan, baru berapa bulan.

Ya Allah. untuk Majlis Anugerah Cemerlang dua tahun depan, bagila kehadiranku diiringi dengan kompang rebana bagai, kalau boleh siap dihujani kelopak bunga ros lagi. bagi aku dapat hadiah besar tu, bagiiiii siniiiiiiiiiii. Amin.


P/S yang PANJANG; aku jadi MC perhimpunan minggu depan. khairi yang bestari telah memilih aku, aku of all people. padahal cikgu dah pilih AIJUGHEEN. tapi khari pilih aku. boleh pengsan depan tu. kalau akak menerima kemaluan besar isnin ni, memang kau kena khari. kau kenaaa.

14 comments:

Nadia Sabrina said...

Kak Ama!:D
INSYAALLAH, AMIN,
Anugerah Cemerlang nnti,
Akk dpt hadiah besar seperti yang Akk impikan.;D
Good luck Akk.:D

Keretapi said...

amin amin amin :D

Aizureen. said...

WAHAHHA tbe2 nme ku terpampang di blog mu.nasib baik terlepas!tp eden xtau pape pn HAHA

Shafiqah Omar said...

ama, it was a SAD day for me.

Anonymous said...

hahaha, yes bangga bangga :P thanks.

oh ye, memang matriks kuar dulu. then universiti local offer awal bulan mei. then biasiswa abroad tengah mei. so either way pun tunggu semua kuar baru pegi, coz start bulan 6 gitu. :D

secondly. ade lg biasiswa mara yg pegi before result? maybe ur brother's time kot. coz my year, yg 2 org top mrsm in malaysia pun same melangok cam akak. (i would know, old friends. haha) :D

thirdly. u can go sblm result spm! JANGAN FLY BERCUTI MASA ORG LAIN TENGAH HUNT SCHOLARSHIP. oh yes, i messed up my chances sbb pergi paris *cries*

fourthly. (fuh berjela ni)
kawan akak yg dpt national scholarship tu kan, hihi berlagak kejap, same level je dgn akak. i mean in terms of markah. 4 ORANG kot dapat, jealous betul. i probably made some terrible mistakes in bio and physics. :(
my point is, i was probably that close. so u sure can meh!!

(ye dorg dpt pilih nak pegi oxford etc.) *cries*

Anonymous said...

by markah, i mean. try to constantly get above 85 at least utk setiap sub in form 4. then aim for 90+ in form 5. :D

oh and jangan amek byk subjek coz dia ikut GMP, so dpt 9A+ pun kira lagi terer as long as sume markah tinggi. (ye kwn akak yg top 30 national tu amek 9 je)

none out of that 4 took est i think. that's a killer subject. -_-"

(and est tak ditengok langsung pun mase pemilihan scholarship, mcm tasawwur bla bla. bukan "main" sub la)

and do extremely well mase ur trial!! taking more than 10 helps, ahah. coz mcm dulu wani pun tak shortlisted, akak je. O__O

and gudluck jadi emceeeeeee. :P

Keretapi said...

aizureen : berterima kasihlah pada kita, sbb kita jd mangsa awak pun terlepas. eshhh.

shafiqah : lupakan jela. hari anugerah cemerlang tu was not any big deal pun. i thought it would be. but it didnt. so much for waiting.

kak nurlin : taktau ah, tp kalau senior masa zmn sy mrsm dulu, dorg ada g russia terus. maybe dah takda laa. eh old friends pon pandai2 mcm akk. kwn ngn budak pandai msti jd pandai kan? heheh

takpee, maybe paris tu once in a lifetime je. person like u shouldnt be worried.

whoaaa national scholarship! bapak best. takpe2 u are allowed to be berlagak haha. sayangnyee, kalau tak akak dah dapat dah en. to me u were not that close, you were there. cehh

ABOVE 85 AT LEAST. ujian satu baru ada (counting) shoot. 7. tu ujian satu, mid year tatau ah. SO AKK DAPAT SEMUA TU AH MASA FORM 4 AND FORM 5?! hebattt T_T. how did you dooo ittt (oh, that is THE question)

sooo now its better to just get 9A+ lah? mmg saya confuse sikit skrg, 9 sub or 10. mana elok ah, 9A+ ke, say, 5A+ 5A? nak dapat kompang rebana tu mesti jadi best student. 9 macam . . . ahaha dah berangan. stop stop.

so dorang tengok apa utk scholarship? memanggg tak tengok extra ke?

thank thank you for all the tips! wuish kena print out comment ni hahaha. ahhh, isnin comes so fast --"

Amirah Rashid said...

dah pegang kak nurlin pnye, mesti dpt berkat tu. hee. insyaallah dik. usaha and tawakal tu penting :)

Keretapi said...

ahaha, harap-harap. insyaallah :)
pasni takda benda exciting dah, haish kne blaja jela.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hahahah! harapan la akak mcm tu time form 4 :P some, yes. core 5 subject tu maintain la, dgn bio (my lowest is 89! kurang asam betul dpt A! *bersyukur*).

kimia dgn addmaths dgn est dgn fizik.. deng. -_-" (form 5 ye la)

amek 10 la to be safe. most scholarship dorang mcm rank, mula2 the most As. and then A+s.

so kalau dpt 15 A tp penuh dgn A- tak guna gak. best is to get straight A+ of course.

but 10 A+ will always come before 9A+ :)

and KOKURIKULUM!!! biase mintak form 3 to form 5 shj. and yeaaah, mmg dia tgk. yg khazanah akak pegi tu kan, ade chinese dude dpt 12 A+ pon tak kene panggil. die mcm 80-20 (academic-koko) or if you're lucky, 90-10. but 10% is very important!!

klau nak tambah subjek, amek yg senang sikit. ahah. out of the four yg dpt national sch tu kan, sorg amek science and sorg amek account. of course the first ranks higher. -_-"

account and est are the killer subjects. seriously. this another indian guy yg slalu paling terer antare kitorg sume, tak dpt sch tu sbb 11 A+ and 1 A- (est, go figure) syg kan, if i was that close, he was definitely there. :P

make your choice well! :D

Keretapi said...

tq melayan saya :D

LOWEST 89 MY MY MY?
ujian satu je baru 89, konpem byk lagi low pasni.

10A+ ye. even bukan subjek yang penting? erk i dont want to take account. orang kata susah dan saya tak tuisyen. maleh.

ahhh form 3 saya masuk banyak jugak, tapi cikgu tak kira dlm markah koko kottt. penat dr form 2 masuk yg periksa new south wales tu, still grade C. ishhh. cikgu cikgu, haih.

boleh ke nak amek extra science kalau dah kelas pure science?

dah bulan 4 tak pilih2 lagi --"

Anonymous said...

try la tanye cikgu, ramai je dak sains buat mcm tu.. lagi la sng score, coz science mcm basic bio kan.

oh yeaa, i got 89 for one of the early tests, don't worry you'll get better :P

oh account jgn amekk! hihi. MENYUSAHKAN HIDUP. i'd suggest science or tasawwur la.

but to take 9 is also good. but eheh, sorry to say but lower chances that you'll get called for scholarship based on trial. that one, dorg slalu amek above 11As. :)

Keretapi said...

i'm starting to consider science. ahaaa senanglah, tak detail dgt compared to bio and the gang.

or tasawwur. . . greatt. sebulan lagi exam tak decide2 --"

i wont take account :D. kawan2 ckp senang, maybela starting dia kot.

nak amek 10! konfem. cuma not decided on what subjectla. haih. tenkiu kak, yg tak jemu melayan soalan saya. dah macam kaunter pertanyaan pulak dah. tqtq :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails