Friday, March 5, 2010

Saya Tensi Nak Mati

empat hari dalam seminggu ni aku sampai rumah pukul 5 petang, pergi macam-macam tempat yang memenatkan dan ada bau hancing kencing manusia mana tah pulak tu, semata-mata sebab nak ikut protokol kerajaan.

dah tu bila aku nak belajar untuk ujian? dalam kereta? belum masuk perenggan kedua dah berpinar-pinar mata.

tak masuk lagi bab yang aku ni sangatlah hot stuff dlm kalangan cikgu-cikgu [AYAT TADI HANYALAH SEBAGAI PENYEDAP HATI]. sorang suruh aku masuk pertandingan essay, sorang suruh aku masuk pertandingan kelab pengguna. aku sangat teruja dan terharu cikgu pilih dan paksa aku, tapi timingnya sangatlah fail.

pertandingan essay tu, weekend lepas aku punyalah burn the midnight oil, literally, menaip sampai tiga pagi. aku puas hati, aku tau itu yg terbaik aku dapat buat. malangnya tak cukup baik untuk syarat pertandingan yang tak kasi ada sentimen negatif dalam karya itu. Teacher Pat and Umi said it was tainted by racism and it wasnt suitable for kids. pulak? tolonglah, takkan aku nak buat cerita harmoni terus takda konflik? ingat lepas ujian hari khamis depan aku nak buat balik, tapi Teacher Pat nak isnin jugak. APAA NI? SAYA ADA PERIKSALAH ARGHH.

pada orang tak berseni mcm aku, buat logo mudah pun jadi sangat susah. i have perfect liberty tu just draw a triangle or something and submit it, but i'm not that kinda person. sometimes i love it, sometimes i hate the fact that i cant cough on the stairs [sila translate dlm BM]. if i do something, it better be good. kalau tak, baik tak payah. maka sebab itulah walaupun aku sangat hampeh dalam menumpahkan kreativiti ke atas kertas, aku akan buat betul-betul. sebab itu pertandingan dan cikgu harapkan aku dan aku Pengerusi Kelab Pengguna (kaitan?).

to do everything in two days, i am undoubtedly biting off more than i can chew.

aku taktaulah, aku takut dan risau sangat ni ke tahap yang aku tak pernah rasa seumur hidup aku. masa nak PMR pun aku tak segelabah ini. hari PMR pun aku boleh tidur petang dua jam. tapi sekarang? baru tiga bulan form 4, aku dah rasa aku tak cukup masa untuk buat semua benda (kecuali Glee dan Heroes). aku sangat penat, bukan physically je tapi mentally.

dengan pelbagai issue yang aku kena hadapi sekarang ni, memang penat. hari selasa datang sekolah bad mood sangat. dalam lab duduk sorang-sorang mata berair. hari sebelum tu aku tak datang, kawan-kawan tanya kenapa? sebab selasa pun nampak tegang. Nad Fitri ckp dia risaula sebab ujian dah dekat, banyak aku miss. Melah ke sapa tah pulak cakap yang dia ingat aku sakit. terharu tetiba, ada juga yang masih kesah pasal saya.

belajar dalam kelas sekarang sangat lain dengan belajar dalam kelas dulu. aku macam melangkah ke satu dimensi baru. aku sangat risau dengan ability aku untuk serap dan pahat macam dulu. dulu kalau belajar esp Science, cikgu cakap dan-dan tu jugak paham. terus boleh hafal. tapi sekarang sangat berbeza. mak aku kata mungkin sebab aku dah tak seronok nak pg sekolah macam dulu. mungkin.

aku tanya Cikgu Akmal, normal tak kalau aku tak paham? dia gelak, dia kata ya. tapi pada aku, aku tak biasa. aku lain sangat sekarang, macam otak dah kena rendam dalam air basuh spender; kabur, blur.

perkara untuk dibuat malam dan hujung minggu ini; SIAPKAN essay, LUKIS DAN WARNAKAN logo, MULA BELAJAR untuk ujian bagi sembilan subjek.

LOVELY.

6 comments:

Nadia Sabrina said...

Kak Ama!;)
WISH U THE BEST, INSYAALLAH, AMINAMINAMIN,
Akk dpt mengarang essay dengan baik & Akk menang.;)
Utk Ujian 1 jugak!;D
Semoga Akk dpt straight A's!;D

syahiraomar said...

ok.

serious kte kesian kt awk.

SERIOUSLY.

awk kte x tau nk bwat ape skrng yg sngtlh bole buat awk rse lebih selesa dan happy kecuali berdoa (dan berharap) awk jdi lg stronger.

seriously.

hey put up a SMILE THERE :D *ikhlas nih* haha

Keretapi said...

THANK YOU KECIK T_T
KNOWING THAT YOU CARE PUN SUDAH CUKUP. MUAH MUAH ;D


DANNNN APAHAL NAMA AWAK JADI CHEYA SAJA SEKARANG HAH???
*jelesjeles x)

syahiraomar said...

gahaha!

a'ah la.
kte nk tmbah balik lah syahira tuh.
lupe diri plak.

okok. thx ama. c?
awk x kasi kte jdi org laen. gaha XD

Keretapi said...

haha tapelah sukati anda :D
yang penting awak cheya ke apa ke kita still kenal awak ;)

Shafiqah Omar said...

apa spenda2 nih?!

kta sejak blk kursus smalam - ptg tu menari, malam tgk cerekerama, plan nak bangun pagi2 blaja- buat carta pengawas (tak bgun awal pun) tghari keluar makan sampai petang.

skarang dh petang.

:) ahem.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails