Friday, July 3, 2009

The Snack Shack II

MEMANDANGKAN DUA CLASSMATES SAYA IAITU SI BEDAH DAN JENAB dah mencapai tahap boiling boint sebab perangai budak laki kitorg, eh poyo pula. budak laki KELAS KITORG. tapi bukan semualah. contohnye aku suke je berklasmate dengan due pupu baru (syok sendiri).

aku pon nak turut same serta dalam misi mengutuk classmate sendiri lah tapi in a less emo version, hofkos.

kenape? sebab aku dah faham sangat dah perangai budak laki ni so aku pon lantaklah mereka nak jalani kehidupan sedemikian yang dibenci oleh kaum hawa, bukan aku nak kawen ngn dorg pon. lagipun aku tadelah benci dorg, sebab aku dah biase ngn laki mcm ni. kire lulus lah bab mereka ni.

PALING PENTING AKU BUKAN SEXIST YA.

alkisahnya tersurat tadi apabila perempuan di kelas nak berbincang mengenai gerai yang akan dibuka. mula-mula beberapa masalah timbul sebab kelas kitorg hampir semuorg nak masuk explorace yang bernilai 500 RINGGIT MELESIA tu tapi masalahnya hampir separuh kelas tidak akan berada di sekolah pada hari karnival. 6 org termasuk aku akan bertarung nyawa di mighty minds, 3 pengakap perempuan yang bersemangat akan ke compori, dan seorg mamat poyo akan jaga PA.

jadi bakinya yang available ialah 12 orang je. konon2 nak pompuan satu team explorace, lagi satu team laki, berjuang demi kelas bersama. tapi takkanlah dua org je akan jage stall? kalau yg nak jage tu tak segan silu sebab rakan setugas berlainan jantina tade hal. tambahan pula stall kami akan laris lebih laris drpd disko hari tu nanti, manela cukup tangan.

tapi kami letak itu tepi, dan rasenya budak pompuan terpaksa mengalah tak masuk explorace sebab lelaki kot. cis. maka kami pon blur nak jual ape, dan budak pompuan dah siap tulis2 dekat papan hitam lagi idea dan kami sangatlah MENGAPPRECIATE GILA KALAU PIHAK LELAKI BEKERJASAMA MEMERAH OTAK MENYUMBANG IDEA, LAGI APPRECIATE IDEA KAU WALAUPUN TAK SEBERAPA DRPD IDEA AKU YANG MAHA HEBAT NIH sebab kami tahu amat susah untuk pihak lelaki fokus dekat pihak perempuan dan berfikir untuk memajukan kelas, jadi sekecil2 buah fikiran pon dah bwat my eyes watery u no.

tapi malangnye mereka diam tak sampai 1 tahun cahaya je jarak masenya, lepastu mula membluekan diri dan maen roket baling2 merentas angkasa kelas pulak dah. rase mcm nak sekeh, tapi sebab mereka lelaki batas sentuhan perlulah ade.

budak pompuan laen dah hot bertambah emo, aku maseh rilek sebab this is a normal thing la dengan lelaki kan. lagi kau marah lagi dorg nak selamatkan ego, lagi bertambah menyakitkan hati. tetiba dengar suare laki ckap

"budak pompuan nak conquer je"

dan adelah jugak budak laki nak sumbangkan pendapat tapi tenggelam dek bunyi2 blue oleh si NAMA TIDAK DIDEDAHKAN dan oleh gelak tawa seisi kelas termasuk aku *malu malu. aku pon rase kasihan kat mereka, pendapat mereka ditentang mentah-mentah oleh pihak pompuan yang bajet power. kesian idea bernas zul untuk jual spender tak dilayan.

KAMI TAK BAJET POWER YA, KAMI SERIUS NAK BERBINCANG DENGAN KAMU SEMUA TAPI LIHATLAH KECHILDISHAN KAMU SEMUA, MANA KAMI TAK MELENTING TOLONGLAH SERIOUS KAU NIH TAKDE COMMON SENSE LANGSUNG KE?

tiba tiba aku rase dejavu. macam pernah ku lalui cuma saat ni kurang dramatik dan melodramatik dan tragik je berbanding saat di mrsm. sila tekan sini.

tetiba ustaz datang, and all the endless chaos perished into nothingness.

nilah malas nak speaking tetiba berliterature bahaha
*muntah tu sila cover.

mase tengah boring-boring belajar (belajar dalam kelas boleh pulak boring eh, sila jangan teladani), aku terdapat idea yang bernas. weh hazirah be honestla and dont take the credit all to yourself, i was the one who PRACTICALLY invented THE *rahsie* ek and came out with all the nonsense ideas and was UNBELIEAVABLY INNOVATIVE to have turn a *rahsie* into a completely new *RAHSIE*.

ECECEH. BUT IF things go wrong the blame is on the others, siape suruh sangat naif dan desperate menerima idea yang NAMPAK MACAM bernas walhal tidak pernah dicuba oleh satu manusia pon (terbukti otak innovative pergh) dan tidak dijamin selamat oleh mana2 badan kerajaan dan pulak tu dicadang oleh orang yang barely pandai masak pon.

dan kalau ape-ape terjadi aku akan dengan innocent nya akan berada di tapak mighty minds challenge pada hari itu mwahahah.

nak tahu ape yang konon hebat sangat nih padahal budak ni saje je batak sebab dapat idea baru untuk memasak bwat pertama kalinya?

SILA DATANG KE GERAI KAMI,
THE SNACK SHACK II (pronounce as THE SECOND).

PERINGATAN; hazirah jangan lupa hantar borang stall orang dah promote dengan muka tak malunya di sini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails