Tadi ada meeting dengan sugar daddy aku: JPA.
oklah fine sugar daddy semua scholar JPA-MARA. yakni dak A-Level kat INTEC ni la. kitorang bawah JPA je sebenarnya, tapi masa apply MARA yang uruskan, after dah dapat offer fulusnya diuruskan oleh JPA pula. sebab tu JPA-MARA ok. dan adalah sebab lain juga yang private and confidential :3
i made this meme haha, inspired by a speech by madam rita ;)
"today a-level students were told that we are paid to study. that is something you don't hear everyday. we pay to study is normal, but we are paid to study is unusual. i never thought of it that way. with the sponsored fees, allowances, etc... kena sedar diri ni. ini namanya terhutang budi. kena... study. lulz B')" - 311212
masa tau ada meeting: semua hepi sebab kelas cancel yeay!
masa tau pas meeting kena masuk dalam group pulak jumpa pegawai JPA: semua mula saspen.
masa tau nama aku takde dalam senarai group sebab aku lepas cut-off point: free time yeay!
masa tau kengkawan down lepas jumpa pegawai JPA: aku pun down sama.
sebab ada ura-ura mengatakan bahawa kalau tak lepas certain point sem 2 ni, the scholarship will be terminated straightaway. do you understand the seriousness of the situation here. bukan tak lepas sem 4 tau, maksudnya external A-Level exam yang paper dari UK tu, tapi sem 2 ni, internal A-Level exam paper dari, well, INTEC. terus dihantar balik kampung. pastu nak buat apa? sedangkan A-Level penuh yang kita habiskan masa 2 tahun buat pun agak takde harga kat majoriti IPTA, kalau nak IPTS pulak kena bayar sendiri dengan harga tinggi kalau dah tak ditaja baik masuk asasi dari awal je, ni kan pulak A-Level separuh jalan yang sah-sah takde harga di mana-mana. nak mula balik guna result SPM, compete dengan juniors sendiri for foundation placement walhal rakan sebaya semua dah masuk degree?
shit just got real man.
sampai sorang kawan aku ni, cakap kat aku "Ama kalau ada rezeki, kita jumpa lagi next sem."
aku pulak yang sedih.
bayangkan dorang. down gila.
sampai aku terus tak risau pasal pointer sendiri walaupun diri sendiri pun tak stabil lagi. bebila masa boleh jatuh ke paras bahaya. tapi risau sebab fikir pasal kawan-kawan. ya Allah permudahkanlah.
"kalau harini JPA nak terminate scholarship kamu, 159 orang je yang dapat sambung sem depan" - Encik JPA (bukan ayat sebenar (tapi lebih kurang la))
JPA just wants to push us to our maximum potential. bak kata Encik JPA "honeymoon bukan dekat sini, bukan dekat UK/US nanti, tapi lagi 6 tahun lepas dah habis degree" (eh tapi saya memang nak kahwin kalau boleh (sabar) 6 tahun lagi, memang honeymoon pun pastu hehehe OK FOCUS AMA THIS IS SERIUS).
JPA buat camni untuk kebaikan kita jugak kan? cuma... :'(
moga Allah permudahkan perjalanan kita.
memula masa dalam dewan dengar talk from Encik JPA tu pun aku dah dup dap sikit sebab time tu just tau yang kalau tak lepas cut off point habis A-Level nanti the scholarship will be terminated, taktau lagi pasal termination is possible this sem. padahal dulu kalau tak lepas, dorang hantar fly dekat-dekat je... atau sponsor sambung kat local IPTS... er ok la tu kan. now, tamat terus hubungan dengan sugar daddy.
our batch is the experimental batch. kitorang batch pertama yang medic tak disponsor langsung. sebaliknya JPA sponsor course lain macam architecture, accounting, termasuk bidang yang baru nak bertatih di Malaysia ini iaitu Psikologi (bertatih perghhh! (TQ JPA FOR SUPPORTING US!))
batch kitorang yang paling ramai rasanya. dan paling pelbagai. dan juga batch yang ada lagi satu policy baru: JPA akan terus sponsor sampai degree if and only if kitorang dapat masuk uni top 50. top 50 around the world bak hang! kau ingat senang?! yang boleh apply US/UK je masalahnya. jadi walaupun banyak jugak option dalam ranking 50 tu, tapi kemungkinan nak dapat placement tu... dengan semua top uni, dengan satu dunia nak compete lagi... Allah, agak susah.
pastu lagi satu masa talk tadi dia tunjuk prestasi kitorang last sem. dia bukan tunjuk je berapa ramai lepas cut off point, berapa ramai tak lepas. tapi dia tunjuk sekali result SPM kat situ. dorang cam saje je nak cakap "hah, dulu kau boleh dapat straight A, kenapa sekarang kau tak pass pun?" contoh k, contoh.
dia tunjuk camni. bagi setiap kategori keputusan: 12-15 point, 8-11 point, and so on, akan ada max SPM and min SPM. nak tunjuklaa dalam setiap kategori dulu SPM paling highest berapa, SPM paling lowest berapa. untuk 12-15, max SPM 7 A+, 2 A. aku taktaulah ni average ke apa, sebab takkanlah takde straight A+, 8 A+ kot kan? mungkin average untuk highest kot. tah lah.
pape pun, ya, max SPM 7 A+, 2 A untuk 12-15.
bila aku tengok tu, aku cam.....
rasa sesuatu.
JPA ni saje je ke nak tunjuk yang dulu aku boleh dapat max SPM, tapi sekarang takleh dapat max point?
ya, pass. tapi bukan max.
anda harus tahu.
aku kat sini dikelilingi oleh overachievers yang kengkadang buat aku rasa takde harga diri. hahaha emo gila, patutlah jadi Ama Emo (sila rujuk post lepas). overachievers yang hari-hari study, sakit pun study, pagi raya pun study siap kena marah lagi sebab asyik study je (omg that would never happen to me, aku kena marah sebab dah exam pun tak study - tu pun kena marah dengan kawan cos ma mom is a cool mom).
anda harus tahu yang aku tak dilahirkan dalam keluarga begitu, tak dibesarkan dalam keadaan begitu, tak dibiasakan dengan kelompok begitu. masuk sini terus stress. aku tak study, tengok orang study pun aku dah stress. untuk hilangkan stress aku kena tak study. hah habis tu dah pe cer kan?
mana tak rasa takde harga diri doh. mana tak down bai.
like i'm not enough. like i'm inadequate. like i'm nothing.
emo lagi.
but i am pun, sigh deeply.
aku dikelilingi oleh overachievers yang pelik kalau dia rasa malas. padahal aku pelik kalau aku rasa rajin.
ini baru namanya culture shock. yang Amalina Che Bakri 17 A1 tu bukan culture shock, sebab maksud culture shock sebenar ialah inability to adapt to new surrounding. aku ni baru Amalina culture shock.
satu benda aku suka pasal tempat baru ialah takde sape kenal aku. takde expectation. takde reputation. takde apa. takde. takde jangkaan guru-guru yang membebankan tapi memang baik, takde sangkaan kawan-kawan yang menolak aku ke depan tapi ada yang buruk. kalau kau baca blog aku sejak dulu, kau taulah camne aku terseksa jiwa raga duduk kat sekolah aku dulu.
satu benda aku suka pasal INTEC ialah semua orang kat sini berupaya. jadi aku bukan siapa-siapa. sebab akan ada yang lebih terer. sebab semua orang ada potensi masing-masing. sekejap aku atas kau, esok kau atas aku, lusa dia atas kita, tulat kita atas sama-sama. takde sape nak bising kalau aku tak kat atas lagi dah. tenang tau tak, tenang.
dulu kat SMKLK aku selalu kata aku taknak sekolah situ dah, aku nak pindah.
bila aku tak pindah memana, aku kata aku tak sabar nak habis sekolah, nak blah, nak pergi tempat baru.
Alhamdulillah, here i am today. my dream prep college, my dream course, on my way to my dream place.
and i got another thing i asked for; i am a nobody.
it's just a memory
(my family and i don't practice the habit of showing off our achievements in the middle of our living room,
my bedroom alone is enough for me to sometimes look at it and feel worth it awww)
(this is embarrassing but it's my blog so yeaaaaah)
(omg you're judging me now aren't ya)
(not that i care....)
(yeaaaah...)
i was overestimated and expected of many things for five years so can i now be like underestimated so i don't have to do anything... sounds legit?
tbh, sometimes it feels weird. to not be the target. to not be the reason for them to clap. to not be the candidate whose every step is observed by those who wish you well, and those who wish you fall. to be nobody. to be just another random student, just another name squeezed in the list. of course after five years of the opposite, it will feel weird.
but tbh, it feels good. nobody expects anything from me anymore. lecturers don't ask for my opinions, like teachers did when i didn't even know what she was teaching us about, i was busy gossiping with my classmates. friends don't always turn to me with questions, like my school friends always did when i didn't even know the answer prompting me to say "i'm not Google or a walking encyclopedia," because when they found out i didn't know, they'd say "Ama tak tau??" like i should know every single thing in the world. fellow students don't think of me as a competitor, and walk pass me saying sarcastic and cynical stuffs as if i long for their compliments and well wishes when we both know they weren't that honest, like a few of them used to do two years ago. after five years of yearning to be free, of course it will feel good.
so yeah, i guess it's all good.
cuma.
aku mula push diri aku dulu untuk study, walaupun last minute, walaupun sampai mabuk kopi, sebab orang. sebab jangkaan, mulut, harapan orang. sejak aku keluar MRSM form 1 dulu, masa nak final exam form 1, orang mula cakap "dak MRSM mesti score punya", "mesti kau yang dapat nombor 1 kan kalini", "takkan laa dak MRSM dapat teruk kot". bila aku dah dapat sekali, dorang akan cakap lagi "mesti kau top lagi laa". kau tau tak benda tu membebankan? tapi ya, menolak aku ke depan.
aku sakit hati, tapi tu yang buat aku study. dorang cakap, sebab tu aku buat.
nak fikir jangkaan diri sendiri je yang tak jangka tinggi mana pun sebenarnya? nak fikir harapan keluarga je yang terima aku seadanya asalkan tak teruk sampai conteng arang di muka? memang sampai bila pun aku tak mimpi nak kejar nombor 1, nak kejar anugerah pelajar terbaik, mata pelajaran terbaik bagai. takde.
jadi, benarlah ye. semua perkara ada hikmahnya. walaupun perkara tu pahit, hikmahnya manis :)
so since INTEC bukan macam SMKLK..... aku takut aku terhoneymoon tanpa sedar. aku tau aku terhoneymoon last year. nota yang aku suka buat masa sekolah dulu, aku tak buat. orang lain siap google kertas soalan extra nak jawab, aku past year question pun tak sentuh. belum lagi soalan kat buku yang tak jawab penuh. ada hati nak beli buku latihan segala? pfft. dalam kelas sehari tak tidur tak sah, camne nak fokus. balik petang tidur lagi. asal ada masa lapang tido manjang. belajar pun masa nak final je. masa final baru nak faham A sampai Z, memang tak lah kan nak dapat 15.
aku rasa aku lagi malas daripada form 5.
tapi aku tengah cuba berubah ni, tengah. ada la nampak sikit perubahan. tapi perubahan ni cam tak dapat kejar je A-Level yang makin lama makin susah :(
aku jadi macam ni bukan sebab aku konfiden. aku tak pernah konfiden masa sekolah menengah walaupun orang cakap aku takde benda patut dicuakkan. aku tak pernah konfiden pas masuk kolej persediaan bajet aku dah terer sangat la konon dapat masuk sini. kalau kau betul-betul kenal aku, kau tau aku tak pernah konfiden. aku hanya pemalas dan penangguh kerja, tu je.
aku jugak tak menjatuhkan diri sendiri. aku takde penyakit sesetengah orang yang bila dorang konfiden, konfiden nak mati. bila down pulak, down nak mati. aku seimbang, and i like that. aku tak rasa aku layak dijulang, dan aku tak rasa aku patut dihumban ke longkang. seriously, people like this exist and they bother the heck out of me.
i mean, chill la bro sis semua. kita kena seimbang ;)
kawan aku cakap yang dia rasa dak-dak INTEC ni kira the best of the best lah, tapi dia rasa dalam ramai-ramai kitorang, dia the worst. aku cakap kat dia, so? even if you were the worst, you were the worst among the best! and it is something, you know. jangan fikir sangatlah pasal bebenda ni, jangan compare mengompare. dah masuk sini, it is already something.
kita semua sama je. memang akan ada student yang active dalam kelas, yang terer sports, yang bijak berhujah, yang bagus serba serbi. aku passive dalam kelas, walaupun aku ada benda nak cakap aku memang bukan jenis manusia yang angkat tangan and voice out my pandangan. aku haram tak reti bersukan. aku segan nak lantang bersuara. and aku langsung tak kisah.
dia dengan kelebihan dia, kita dengan kelebihan kita. mesti ada. takde, baiki diri. takleh, cari. mesti ada. mungkin bukan yang orang nampak, tapi ada. bila kita terima diri kita, baru kita takde kes konfiden nak mati pastu down nak mati pulak bila konfiden tu makan diri. kita takde sibuk nak buktikan diri kita kat sesape. sebab cukup kita tau diri kita. kita cool je dengan diri kita seadanya.
apa yang aku buat, aku cuba tak fikir sangat pasal overachievers yang buat aku rasa cam takde harga diri tu. lol. kalau kau asyik fikir pasal orang je, memang sampai mati tak habis stress. sentiasa akan ada yang lebih baik. yang penting, fikir pasal diri sendiri. fikir kalau dorang boleh, kenapa tak kau? takpe, cara kita mungkin berbeza. asalkan kita gerak sesama, sampai sesama. kau pun boleh. kengkadang memang aku stress pasal dorang. tapi aku ingatkan diri sendiri. takyah kisah. takyah. kisahkan diri sendiri je.
focus on your own journey, rather than trying to potong orang tepi.
sampai juga nanti :)
kengkadang aku rasa Allah saje biar aku rasa benda-benda yang tak enak untuk dirasa sebelum ni, so bila aku dah sampai sini, aku lebih memahami. aku faham orang di atas. aku faham orang di bawah. aku faham orang di bawah tak suka bila orang di atas merendah diri sangat, tapi bukan rendah diri pun, memang rasa diri itu rendah sebenarnya, bukan bajet humble ke apa. so sekarang baru aku faham kenapa dulu orang menyampah kat aku hahaha. aku jugak faham orang di atas tak suka bila orang di bawah insecure. bila cakap "untunglah pandai", "dak-dak straight A", "awak dah pandai dah takyah study", "apa kau nak risau kau konfem score," orang di atas tak suka. so bila aku rasa aku di bawah sekarang, aku takdelah buat perangai macam tu. menyakitkan hati tahu.
aku buat jugak kengkadang, sebab aku tau aku menyakitkan hati and aku nak korang rasa apa aku rasa dulu muahahaha.
tapi biasanya aku memahami ;)
hmmm.
i have to transform to the old me. i evolve with expectation. i bow to burden. i flee from failure rather than sail to success. i'm not gonna pull myself, so i must be pushed. people must be hard on me so i will be hard on myself. i must cry when i get a B. i must not say it's okay.
cos i want that 15 so badly.





































