Lillahi taala. siapa yang betul-betul faham maksud tu? siapa yang betul-betul tau dia buat sesuatu sebab Allah?
kalau ibadah khusus, boleh lagi nampak. untuk siapa kita beribadah kalau bukan untuk Allah? senang nampak the line between kerana Allah atau manusia, ikhlas atau riak. kalau qiam diam-diam, puasa sunat tanpa umum kat umat manusia, sedekah tanpa tayang kat satu alam, kira lillahi taala la tu. but at the same time, niat lillahi taala tu pun tak jamin betul-betul lillahi taala. tak gerenti yang Allah konfem terima. mana la tau tak bagitau orang, pastu hidung kembang kuncup "huyyooo ikhlas siaak aku!" dah ujub. ikhlas ni kan macam semut hitam atas batu hitam pada malam yang kelam? erk lebih kurang la. kita sendiri tak nampak ikhlas kita.
ikhlas ni macam surah al-ikhlas; takde perkataan ikhlas :)
semua bermula last year. dah lama aku fikir sebenarnya, makin lama bersarang dalam otak makin banyak pulak yang aku fikir. aku blog ni sebab aku kena kosongkan otak aku, kasi ruang untuk psychology, economics, maths, french pulak. susah nak fokus bila sesikit melayang hinggap kat sarang-sarang yang takde kaitan dengan pelajaran.
semua bermula dengan soalan: macam mana berkawan sebab Allah?
orang dok ukhwih fillah laa ana uhibbuki fillah laa apa laa. yang tak tau bahasa arab pun dan-dan berbahasa arab time tu, ehhem. sama je macam je t'aime, tetiba terus parler francais. camne aku persoalkan maksud sebenar je t'aime, camtu jugakla aku persoalkan ukhwah fillah ni.
setakat guna untuk jadi caption photo, wish beday, tunjuk betapa sweetnya kita sebagai sahabat dan persahabatan kita, bolehlaa. tapi nak betul-betul laksanakan? betul-betul fillah?
ye, berkawan kerana Allah. kerana iman, kerana taqwa. tapi camanaaa?
aku risau kalau selama ni aku bukan kawan yang baik. aku risau friendship aku takde ciri-ciri ukhwah fillah. aku sayang kawan-kawan aku. aku risau kalau selama ni apa yang aku sayangkan, Allah tak suka. sebab aku tak betul-betul hidupkan ukhwah fillah tu. sebab aku kawan yang tak baik. aku risau kalau sebab aku, bukan je tak tercapai friends till jannah, tapi kawan-kawan aku pun tak sampai jannah :(
orang canang i love you for the sake of Allah. sama cam sesenang cakap i love you. how do you even know? or you say it just because everyone does? it makes me sad if my friendships which i cherish, my friends whom i love, are not real friendships and real friends because i don't live up to the level of lillahi taala.
cinta, benci, beri, simpan semata-mata kerana Allah = beriman :)
aku rasa berkawan kerana Allah tu mungkin tak mengharapkan balasan. bukan berkawan untuk kepentingan. that's friends for a reason. tapi camne friends for a season? kalaulah aku kena keep in touch dengan semua orang yang aku pernah panggil kawan, amagad. impossible tahu. sedih jugak bila fikir orang yang kita pernah rapat, sekarang tak rapat dah. is this friendship till jannah? when we can't even keep it in this world? sob sob. itu yang tak kawan terus sekarang. ada pulak yang kawan, tapi dah tak serapat dulu. masing-masing faham semua dah besar, ada hala tuju sendiri, dunia dah maju (kaitan?! padahal sebab dunia dah maju lah takde alasan untuk tak contact tol tak). tapi bila berselisih, senyumlah. bila nampak, tegurlah. bila beday, wishlah. bila raya, minta maaflah. even if we need a reason to maintain the friendship for a season. pastu ada friends for a lifetime. kita bawak dia masuk season lain walaupun kita dah takde reason untuk kawan dengan dia. yang walaupun dah banyak berubah, bila jumpa masih sama. aww. yang lama tak jumpa, walaupun ingatan salu lupa, tapi dalam hati masih ada. aww. yang kongsi duka dan tumpang bahagia walaupun dah lama tak bertukar cerita. aww. friends for two lifetimes ;)
tapi ana uhibbuki fillah, lebih dari tu. tu yang aku takut aku tak mampu. mampu ke aku tegur? sebab aku ke dorang berdosa? aku ke yang jadi setan di sebalik kawan yang aku sendiri pun tak perasan? itu satu, dua, tiga. banyak lagi sebenarnya. sumpah ah before ni aku takde pun fikir pasal bebenda ni haish.
pastu ada lillahi taala sebab lain pulak, berpunca daripada ukhwah fillah ni lah. macam cancer. daripada satu bahagian, merebak ke bahagian lain selagi tak dikeluarkan.
belajar sebab Allah?
sebab Allah suruh. simple je. sebab Allah nak kita usaha. sebab iqra'. sebab hayya alal falah. simple pun, tak semestinya terlaksana. belajar bukan sebab kalau dapat 4 flat, dapat reward. bukan sebab kalau jadi best student, ada reputation. bukan sebab nak kalahkan sedara yang salu berlagak tu. bukan sebab nak berbangga-bangga. takde apa nak dibanggakan pun, semua dari Allah beb. kalau kau sorang je, study cam orang gila pun takkan dapat apa. so study sebab Allah sebenarnya memang simple. kalau macam stock Angel Pakai Gucci (stock semangat gila kesemangatannya tidak tercapai akalku lulz) mungkin belajar sebab nak jadi Al-Biruni zaman moden untuk mengembalikan kegemilangan Islam. mungkin juga untuk merealisasikan ustaziatul alam. weyyy perghhh!
tapi untuk stock cam aku (lol), mungkin belajar tanpa putus asa dan tak malas mengada-ngada buang masa untuk jadi muslim yang berjaya pun dah cukup belajar sebab Allah. tapi tu pun tak tercapai usahaku, tsk.
tajdid niat. kalau fikir pasal masa depan, pasal cita-cita, pasal angan-angan semua pun tak mampu nak naikkan semangat kita, cuba fikir belajar pasal Allah. terus malu nak jadi malas. kena tajdid selalu T_T
kerja sebab Allah?
asalkan berkhidmat untuk umat, untuk alam, kira ok la tu. walaupun kerja menyapu sampah tak dikagumi, tak dipuji, tak dihargai, tapi buat cara betul dengan niat yang betul, dah jadi ibadah. dah kerja sebab Allah. daripada orang yang kerja gempak tapi riak, buatlah perubahan besar apa pun kat dunia, pada Allah takde apa. kerja sebab Allah bukan dengan cara kiss your boss's ass. bukan untuk dapat nama dan glemer. bukan untuk poyo depan future in-law. kerja untuk rezeki yang diredhai. stock APG mungkin nak jadi engineer tersohor yang dapat memuslimkan engineer-engineer Microsoft dan Apple. pergh. tapi kalau jadi engineer yang tak makan gaji buta, kerja sebaik-baiknya, tak langgar syariat Allah, pun dah bekerja sebab Allah.
walaupun tak berdakwah macam APG, untuk kebangkitan umat. mungkin dakwah melalui teladan, untuk orang terdekat. pun boleh kan?
buat sesuatu sebab Allah, untuk diberkati. bukan untuk dikenali. tapi kalau dah dikenali, jadi dikenali sebab Allah, untuk menyebarkan kebaikan. bukan untuk dipandang tinggi. tapi kalau dah dipandang tinggi, jadi dipandang tinggi sebab Allah, untuk jadi teladan. bukan untuk nama dan gelaran.
berubah sebab lain?
ini senang kalau memang berubah sebab nak taubat, nak taat. tapi kalau berubah sebab lain? tapi bukan sebab yang salah? contohnya berubah jadi baik sebab nak jodoh yang baik. tak menggoda dan digoda, dengan harapan bakal suami pun jaga hati dan diri sama. bangun solat malam, terlintas kat hati "i'm doing this for you, kita usaha sama-sama, kita siapkan diri kita" mungkin 'you' tu bernama, atau masih ada tanda soal di muka. cuba jadi solehah untuk dapat lelaki yang soleh. salah? rasanya tak. lainla kalau kau buat semua tu untuk dia tau.
"ngantuknyaaaaa qiam malam tadi tapi takpelah ikhlas" cip cip cip
"harini saya puasa sunat. siapa nak buka sama like la! like ramai-ramai boleh taaruf hehe" unlike
"alhamdulillah, selesai tilawah. kalaulah ada imamku untuk cek tajwid..." #quran #annur26 #hint #zaujah #solehah #single #nofilter
if our ibadah is recorded on social networking sites as if we don't have Atid to do that, we need to reevaluate our life decisions. with the wrong niat, one post/tweet/upload can make Raqib busy instead.
rasanya dah boleh reset niat tu kot. yang aku rasa tak salah tu kalau berubah sebab orang, tapi bergantung pada Allah. maksudnya kau jadi solehah bukan untuk tayang kebaikan kau kat dia dan dipinang serta-merta, tapi untuk tunjuk dekat Allah supaya Allah bagi kau apa yang kau layak dapat atau untuk layakkan diri kau untuk dapat dia. #perempuan #yang #baik #untuk #lelaki #yang #baik
beribadah sebab lain?
sebab takut seksaan? nak ganjaran? tu pun tak salah. walaupun directnya bukan lillahi taala. tapi secara tak langsung kita buat sebab Allah, sebab kita tau Allah je yang berkuasa, tempat kita meminta, yang memberi. kita ni selemah-lemah hamba, kalau Allah nak kita jadi pengemis buta tepi jalan, sekelip mata je. nauzubillah. boleh je sebab nak pahala, takut dosa, nak berkat, nak straight A's, kerja bagus, jodoh baik, nak bahagia berjaya dunia akhirat. lillahi taala, sebab Allah je boleh kasi kita semua tu.
ibadah kan ada tiga? ibadah hamba, sebab takut seksaan. ibadah saudagar, sebab nak ganjaran. ibadah kekasih atau merdeka, sebab malu, bersyukur, taat, cinta, semata-mata kerana Allah sendiri. tiga-tiga pun boleh, semua ikhlas. :)
"tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku"
cinta sebab Allah?
itu susah nak faham. mana tau sayang sebab Allah ke, sebab sunyi ke, sebab desperado ke, sebab rupa ke, sebab nak mengada semata ke, sebab nak fake relay ke euww lol. bukan semua orang bercinta macam dalam cerita melayu. cerita omputeh aku kesah hape, cerita melayu ni yang aku geli kalau over. kalau itu je yang kau bayangkan bila dengar perkataan bercinta, memang betullah media main peranan. aku rasa takde istilah bercinta sebab Allah sebelum nikah. tapi aku rasa ada cinta sebab Allah.
cinta sebab Allah ni lebih kepada apa kita nak buat sebab sayang. bukan kenapa kita sayang. sayang sebab Allah tak buat apa yang Allah tak suka. buat apa yang Allah suka. berusaha ke arah yang Allah suka, walaupun tak kuat lagi untuk lari daripada apa Allah tak suka. kalau dah bercinta tu... cubalah untuk bernikah. kalau bukan masanya, cubalah untuk bertunang. kalau bukan masanya jugak, cubalah untuk berusaha ke arah tu dari segi usaha tu sendiri. usaha dari dalam, walaupun takde cincin kat jari. baikkan agama, peribadi, ilmu rumah tangga. orang tak nampak usaha tu, tapi Allah nampak. kita ni lemah. tapi usaha selagi terdaya. itu baru cinta sebab Allah.
aku tak suruh orang berhenti bercinta, aku percaya kalau dorang tahu, dorang berhenti kalau dorang mampu. tapi tak semudah tu. orang yang semudah tu suruh orang lain berhenti, mungkin tak faham. atau tak cuba faham. kalau faham, cara dorang suruh berhenti pun penuh empati. lagipun macam mengarut kalau kau clash, pastu end up ngan orang lain pulak. sesenang je dah bercinta ngan anak orang pastu kau tinggal dia sorang-sorang. kau ingat kau sape hah?! at least usaha la untuk kawen, takde jodoh tu cerita lain. instead of all that, aku harap tu jodoh dorang, so tak sia-sia. aku suruh dorang cepat nikah, jangan lama-lama. aku nak dorang bahagia dan dapat pahala, haha. ada kengkawan aku yang memang tak main-main, try-try, go with the flow laa take it easy laa take it slow laa ape laa aku panggg kang. dorang memang nak kahwin. aku tau kalau dorang boleh nikah, dorang dah nikah lama dah. semoga dipermudahkan.
kalau tak mampu tak cinta, usaha untuk nikah. kalau tak mampu nak nikah, usaha untuk tak cinta. at least, usaha untuk jaga.
lepaskan sebab Allah?
itu lagi susah... bukan susah nak faham, tapi susah nak buat. berhenti bercinta lagi senang daripada berhenti mencintai ewaaah jiwangnyaaa. tak ah, serius ni. perbuatan boleh diberhentikan tapi perasaan? takde sape tau, kecuali Allah dan diri sendiri. jari, mulut, mata, kaki semua boleh berhenti. tapi hati? perghhh. ok. mungkin kita lepaskan sebab Allah... dengan cara kita tak buat apa kita nak buat, walaupun nak sangat sangat, sebab kita lagi nak berkat. sebab kita bergantung pada Allah, kita percaya pada takdir. kita kawal perasaan kita, walaupun susah. kita tak memaksa, sebab kita percaya belum masanya. kita percaya waktu yang ditentukan Allah. kita tau yang mungkin bukan dia, mungkin orang lain walaupun susah nak terima, sebab kita tau Allah je yang tau. kenapa nak lepaskan? sebab Allah la tu.
tapi tau semua ni tak semestinya boleh lepaskan. "aku tahan, aku sabar, aku simpan, sebab Allah." kuat? tunggu. tak kuat? silalah berlalu. tapi untuk berlalu pun kena kuat sebenarnya. "aku serahkan kepada Allah." kena kuat untuk cakap dan maksudkan ayat tu. "i let you go for the sake of Allah." say it, feel it, and may Allah help those in need. semoga dipermudahkan.
"The great irony of life: You only keep what you give. You only hold onto what you let go." - Yasmin Mogahed. let something go for the sake of Allah, and you'll get to keep it. it will be returned to you if not in this life, in the next. if not the same thing, something better. but it will always be yours. the sacrifice, is yours.
semua benda kalau buat sebab Allah, akan jadi ibadah. belajar, kerja, berkawan, berkahwin. eh. tapi niat la, dan cara. benda kecik pun boleh jadi ibadah kan? macam buang sampah. bila dah anggap ibadah, kira dah niat lillahi taala lah. bagi tak terpesong niat, tersalah cara, aku rasa cam biasa, kita kena mulakan semua dengan bismillah. entahlah, tapi pada aku kalau betul faham 'dengan nama Allah', maksudnya kita dah buat sebab Allah la, kan? bila dah automatik niat camtu, cara pun selari. sebab tak kena la pulak dengan nama Allah aku minum berdiri... erk. dengan nama Allah aku masuk masjid ni emm mana pulak mamat hensem tadi... erk.
sebenarnya bila nak fikir pasal buat semua benda lillahi taala ni, memang banyak benda kita akan berhenti buat sebab banyak yang tak kena dengan 'dengan nama Allah.' hmmm. sama ada kita nak bismillah demi Allah setiap masa untuk jaga perbuatan kita, atau bila-bila kita nak je sebab kita masih nak buat lagi dan lagi.
so i guess lillahi taala ni semuanya tentang kenapa, bagaimana, dan untuk apa. kenapa sebab Allah? dah kerana Allah, habis tu bagaimana caranya? sebab Allah, kemudian untuk apa? baik ketiga-tiganya, insyaAllah untuk Allah la niat kita. oklah itu sahaja. jangan percaya dengan ini semua, ini hanyalah pandangan saya. jika tersilap kata harap maafkan. jika tersalah fakta tolong betulkan. jika berselisih pendapat minta terima dengan hati terbuka. mekaseh.
baidewei blog aku memang bukan lillahi taala sebab aku merapu je banyak kat sini haha erk kbaisalam.






No comments:
Post a Comment