Tuesday, June 14, 2011

Saya Tak Cantik, Saya Okay. Awak?

Assalamualaikum.


Sesiapa yang rasa diri tu cantik, dengar lagu ni. yang rasa tak cantik pun dengar lagu ni jugak, supaya takde sapa yang rasa ketinggalan (?).




I wish I could tie you up in my shoes, make you feel unpretty too



Ye ye semua orang Allah cipta lengkap ada mata ada hidung ada mulut tak cacat ok lah tu kan? er kalau cacat pun ada kelebihan tang lain, jadi kesimpulannya semua orang sempurna. tak cantik rupa, cantik hati. tak cantik tangan, cantik kaki. cantik semua orang tak sama, berbeza-beza, sebab Allah maha adil, jadi semua orang cantik belaka.


ye ye aku tau tu.






tapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita rasa tak cantik kan? rasa hidung tak mancung pipi tersorong sorong nak ngorat si dia tapi diri rasa tak berharga what the.


kadang-kadang selalu je rasa tak cantik, kadang-kadang sentiasa.



jadi untuk overcome perasaan itu, mari teliti senarai di bawah.


Senarai 'Saya Tak Cantik, Saya Okay'

perkara yang anda perlu fikir bila rasa rendah diri mula menguasai diri.



1. kau nak cantik buat apa hah? nak ngorat laki? nak ngorat pompuan? jantina apa pun kau nak ngorat, sedar-sedarlah aktiviti tu tak banyak pekdahnye. memalukan kaum je.

kalau guna rupa untuk menggatal, kejar pompuan, usha jantan, pewwit pewwit tepi jalan, buatpe? buat dosa je.

pas dah dapat, kau bosan, kau cari lain. mentang-mentang hot, jadi player konon. hot neraka tahu?




jadi bukan ke lagi baik kalau kita rupa biasa-biasa je. baru tak ambik kesempatan apa yang Allah dah kasi, baru kalau dapat pujaan hati, jaga elok-elok, simpan siap kunci lagi. sebab muka pun tak semegah jadi nak tackle orang susah, dah dapat tu pandai la hargai.





2. kau nak cantik buat apa hah? nak kena ngorat? sukew lettew diew bila abang senior usha, bila budak hensem kelas sebelah tegur, bila junior minta jadi adik angkat.

bangga? test market di pasaran? bila nombor jadi permintaan? bila pompuan keliling pinggang? bila laki sangap sentiasa "hye. . . . . leyh b'kenalan. . . . ?"

kalau pandai jaga kecantikan dan kehenseman tu, simpan untuk yang satu, takpe jugak. tapi dah ada barang baik, haruslah tayang, kan?


betul, susah nak tutup mana yang patut, susah nak tahan godaan. kalau dah cukup jaga aurat pun, muka yang cantik sanggup ke tutup dengan purdah untuk jaga iman lelaki?





jadi kalau rasa diri tak secantik pompuan yang digilai, bersyukurlah. sebab kalau takde rupa, tak digoda, tak tergoda, tak jatuh kain baju semua, tak jatuh air muka.





3. nak ada banyak pilihan? supaya ramai yang beratur nak berkenalan?

ingat nak pilih mana satu idaman kalbu tu senang?

cuba kalau salah pilih? couple boleh clash. kahwin kena cerai beb. dah ramai sangat nak, dari ceruk mana semua datang meminang, mana nak tau yang mana satu kan?


cuba kalau muka biasa-biasa je, orang pandang sekali tak pandang lagi, tapi kalau ada tetiba yang nak mendekati lah jatuh hati lah nak buat bini lah, tak ke luar biasa tu? dia sorang je macam tu. mungkin dia lah apa yang budak jiwang panggil 'the one', kan?




'the one' bukan suka korang sebab rupa yang tak berapa ada, tapi sebab korang tu korang. daripada jadi cantik, banyak betul mengaku 'the one', pandai-pandai lah pilih.





4. sebab nak banyak kawan? sebab nak banyak buah hati?


korang tau ke siapa yang ikhlas berkawan dengan korang? kawan beribu tapi kalau berkawan ada makna je buatpe, bercinta sebab rupa buatpe. kang kena tinggal bila dorang nampak orang yang lagi hot daripada korang, atau bila berat naik sikit, atau bila kena simbah asid.





bila aku tengok laki pompuan yang sama cantik sama padan, aku rasa kesian. sebab besar kemungkinan rupa jadi pertaruhan dorang, mungkin jap je bahagia tu.


tapi bila aku tengok laki pompuan yang tak padan, atau sama-sama tak berapa cantik, aku rasa gembira untuk dorang. sebab aku rasa dorang mungkin kekal lama.


when looks don't matter, it's true love baby.



tapi kalau pakwe muka macam mamat 'Dia Pilih KLCC Doh', itu desperate namanya. takyah nak true love sangatlah buat perangai macamtu. geli aku.





5. nak konfiden? ye kalau kita rasa cantik, kita rasa yakin nak buat macam-macam. takde rasa gementar, takde rasa "orang kesah ke kat aku", takde.


but the world is so much more than that. kita tak cantik? kita ada benda lain untuk buat diri rasa bagus. untuk ada aura 'feel good'. kita ada apa? kita boleh buat apa? fikir tu semua, sebelum kita fikir "aku tak cantik, aku bukan sape-sape".


kadang-kadang bila kau nampak yakin tentang diri kau, satu dunia nampak kau cantik.





pernah tengok artist yang bergaya kat red carpet? bukan semua size 0. ada yang gemuk, body tak berbentuk macam super model. tapi dorang nampak flawless.


sebab dorang konfiden. dorang tak nampak takut, tak bongkok, tak sorok muka, dorang tegak tunjuk diri dorang, it's confidence, and it shows.

it makes them beautiful.



jadi rasa konfiden tu tak datang dari muka, tapi dari jiwa.




6. so what if you're not pretty?





someday, someone will love you and see you as the prettiest woman in the world.


there's someone for everyone. if now all you hear is "ugly", just wait and see.







semua orang cantik. korang rasa korang tak cantik? orang lain rasa korang cantik.


akan ada orang yang kurang cantik daripada korang. akan ada jugak orang yang lebih cantik daripada korang. tapi takde siapa yang kurang atau lebih daripada diri korang sendiri.



jadi jangan guna kecantikan untuk ukur siapa korang :)









Tapi Masih Rasa Unpretty


walaupun aku dah buat list ni, niat nak motivate orang, tapi aku rasa unpretty.

lebih daripada hari lain.




sebab aku demam campak.


dah seminggu, dan takda tanda nak baik cepat. seminggu miss sekolah. aku gembira, sebab tak perlu rasa takut nak terkucil termuntah bila nak dapat markah periksa.


aku juga gembira sebab tak perlu hidup dalam ketakutan lagi. lima tahun lepas aku doa "jangan demam campak masa UPSR", dua tahun lepas aku doa "jangan demam campak masa PMR", tapi sekarang aku takyah doa "jangan demam campak masa SPM"! dan "jangan demam campak masa kawen"!





hahaha no this torturing routine for me this week!



tapi aku baru dapat tau minggu ni minggu fotografi untuk majalah.



hati aku hancur. impian aku punah. aku dihimpit kekecewaan yang mendalam. aku diselubungi kesedihan yang meremuk jiwa.



tau tak yang macam Rachel Berry, aku anggap gambar kat majalah sekolah is a big thing? tau tak yang aku manusia paling semangat untuk gambar kelas, tapi esok aku takde? tau tak yang aku ada jawatan dalam persatuan, kelab permainan, unit uniform dan briged bestari tapi minggu ni aku takde? tau tak aku rasa macam tak dihargai sebagai pelajar? tau tak yang ini tahun terakhir persekolahan? tau tak yang ini kenangan? tau tak?





ok tak kalau gambar kelas aku pakai topeng dan orang lain pakai macam ni?

aku serius. tengah sedih ni.


2 comments:

Shafiqah Omar said...

kudos! :')

"tapi bila aku tengok laki pompuan yang tak padan, atau sama-sama tak berapa cantik, aku rasa gembira untuk dorang. sebab aku rasa dorang mungkin kekal lama.


when looks don't matter, it's true love baby."

sumpah senyum sorang2 at this part.

HAHA lawak do awak ni. dun wori. tadi ada hamba Allah (i dunno who, tapi one of the girls) pegang nama awak on a piece of paper time amik gambar.

like, 'AMALINA' besar2 on that paper. idea sape tatau, tapi awak tak dilupakan. :)

Keretapi said...

haha kenapa senyum sorang-sorang? to me that's the way it is. kadang-kadang kita pun cakap "kenapa tak padan. . . what does he/she sees in her/him?"

but maybe he/she sees something other people can't see, and that's even more special.


oh i've heard! hehe thanks korang, much appreciated :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails