Tuesday, November 23, 2010

Kalau Tak Blogging Aku. . .

Dah lama aku tak blog. tetapi takde sorang pun sedar kehilanganku. . . . .

diamlah, emo. begini, apa yang tak best duduk NZ ialah aku takde PC macam dekat rumah, jadi kena share laptop abang aku. naseb baik ada 2 laptop, kalau tak memang kempunan tak online terus.

sebab takde privacy, jadi aku kena berhati-hati jalankan aktiviti blogging dan hadap buku (facebook). aku tak approve okay kehadiran ahli keluarga dalam dunia maya aku. ceh.


jadi apa aku buat kalau aku jarang blogging?



1. Buat Cupcake.

16 tahun hidupku ini, banyak badai dan gelora telahku hadapi. pengalaman? dari horozon sampai ufuk sanaaa. tapi satu je aku tak pernah rasa, iaitu buat cupcake.

malu okeh first time buat cupcake.

first time pun tapi gempak tak gua punya design?

tidak, jangan kata aku lupa diri! sebenarnya, em, eh apa ek, okay sebenarnya memang nak tulis Malaysia tapii panjang sangat. NZ pendek sikit, barulah muat. heh heh.

eh tapi kenapa banyak NZ-related; buah kiwi, gambar paku pakis, burung kiwi and benda macam ubat nyamuk tu? ni sebenarnya projek sekolah anak buah aku. aku tolong buatkan. kan aku dah kata, sekolah kat NZ punyalah kurang belajar siap boleh main masak2 lagi.

Harry Potter mesti ada okay.

2. Tumblr

kalau aku hampir dicaughtredhanded on FB, aku akan bukak tab Tumblr.

dahlah orang kat Tumblr je yang obsess dengan Harry Potter macam aku, dorang faham aku. seriously HP is so big on Tumblr, you don't want to say anything bad about it or even bond with someone if you're not into Harry Potter.

aku sangat bersyukur aku ada Tumblr pada saat penting macam musim Deathly Hallows sekarang, kalau tak sengsara kena hadap budak2 FB yang tidak memahami.

3. MAKAN MAKAN MAKAN.

Kakak ipar dan abang pandai masak, habislah aku. weekdays abang aku masak, weekends kakak ipar aku pulak bersilat di dapur hasilkan something special.

selain tu, apa yang jadi isu kat sini ialah semua benda sedap.

cokelat contohnya. Cadbury dia mak oi, marbeles! kat Malaysia memang tak dapat. sebab Malaysia guna butter dari palm, tapi NZ taknak sebab palm oil industry means destruction of forests, so they use coconut oil instead.


ice-cream. THIS ice-cream. perisa lime. abang aku kata kat Malaysia ada, tapi tiga kali ganda lagi mahal, sebab . . . sebab. . .

INI ESKEM TERSEDAP SEPANJANG ZAMAN!

rasa macam nak benam muka dalam bekas dia dan lemas dengan bahagianya.

strawberry kat sini besar gedabak, kalau rasa meluat dekat sape2, baling kat muka dia pun dah memadai. tapi kalau baling kat aku, aku nganga mulut awal-awal.

stroberi tu besar dia, kalau sumbat dalam mulut konfem penuh. mungkin tercekik lagi.

susu sini pulak since fresh dari lembu dan sesaudara dengannya, jadi rasanya memang best, seenak susu ibu. eh macam mana aku boleh ingat rasa susu ibu?

semua lah kat sini boleh jadi faktor obesiti, sungguh sengsara nak tahan nafsu.

contoh penyebab kegemukan oleh abang aku.

mak aku cakap "duduklah dapur belajar masak dengan angah" dengan harapan anak daranya meninggalkan Tumblr. "belajar masak ni kena daripada pengalaman, ma", aku jawab.

"kalau tak masuk dapur macam mana nak dapat pengalaman?" tensyen mamaku. aku kata "nanti carilah pengalaman kat dapur bila dah kahwin nanti."

"haa nanti mati laki malang tu sebab tak makan!"

"KFC kan 365 hari," jawab aku cool.

aku bukan taknak belajar masak, aku tolong gak kat dapur. tapi 100% air tangan aku, sekarang bukan masanya. masa yang tepat ialah bila aku kurus, macam last year masa aku ringan sikit memang aku rajin masak.

sebab aku tau kalau aku masak aku sorang je yang makan. mak aku rasa sikit je kecuali aku masak menu local, lagi sorang kat rumah tu pulak memang cerewet jadi daripada dia makan dan komen, baik aku makan semua sorang2.


jadi badan dah berat begini, takyah mimpi nak masak sendiri. terus obesiti kang.


eh tapi aku masih belajar masak resepi hebat dengan kakak ipar, jadi jangan risau ye. boleh lagi jadi calon isteri ni. ahahaha.



sape sape baling stroberi kat muka budak ni.

10 comments:

nawanajib said...

blh jgn letak mknn sdp2 tak?
sbb kt terasa nak melawat dan tinggal kat rumah abg awk sekarang.
tunggu kt depan rumah okay? HAHA.

amaaa amaa. kalau lah awk x rajin msk sdgkan awk sgt byk masak,
kt ni ape pulak?
haha.
BEST GILE NAK PERGI NZ!!!

bile nk ltk gmbr berserta muke awk?

Keretapi said...

nawa, okay kita tunggu depan rumah pukul 12.30 malam ni. baik awak datang, tapi kasi salam penuh2 dulu dulu.

bagi konfem tu awak. ahahah.


wehhh tetiba cuak sendiri.


kita makin malas la seriouss. jomla jommm, buat reunion kat sini. duit? rompak bank, kan senang xD

gambar, wah satu permintaan! ahaha, tungguuuu :D

nawanajib said...

eh kt igtkn kt dh ckp kt rndu awk? o.0

OKAY KT RNDU AWKKKK T.T

Keretapi said...

bagus2, untuk yakinkan kte awak kena comment perasaan awak itu pada setiap post. spam pun kita terima. ahahah

Nisss said...

heavenly feeling you had there eh? aku nak jugakkkkkk. T_T

strawberry besar alam tuhh. ohhhhhhh. sedappp. ^_^

Keretapi said...

agaklah, i'm happy here. its like i'm not living my normal boring dull life :)

Mars :) said...

oh kak ama!the cupcake is so tempting..:O
asl frosting cupcake tu nmpk lain?mcm ada flavour?or just normal icing??
hee~ *buat muka x malu
nk resepi frosting cupcake tu boleh??hehe

Keretapi said...

hee i know right, sekali makan nak lagi. tapi menyesal di kemudian hari. hoho

normal icing rasenye. entahlah, akak baru first time buat so memang tak dpt beza la en. asal boleh makan kira okay la tu.

resepi? serious? *terharu*

nanti akak kasi eh. bukan sekarangla. mane tah akak letak. tunggu ek :D

Mars :) said...

haha..okay okay..thanks kak ama..:D

Tuna said...

cantik :D

mata melihat *shing shing*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails