Selamat Hari Raya Haji semua!
Solat di Dewan?
Persatuan Indonesia something buat solat raya kat situ. so banyaklah Indon daripada kaum lain, Melayu pun dalam lima family je kot.
ada yang masyaAllah seksaay! tapi aku tak dapat cam bangsa apa. baguslah daripada aku jadi racist kan. ada yang pakai mini skirt, berbontot tak kecil molek tapi pakai tights siap nampak apa yang tersedut, sleeveless, rambut tak tutup, warna merah pulak tu. . .
bukan nak cakap apa, tapi walaupun it was not exactly house of Allah, tapi kita datang situ untuk solat, and thinking this was pagi raya aidiladha which is supposed to be more mulia than aidilfitri, for the sake of god, please have the courtesy to cover your aurat.
Raya Haji kat Malaysia
biasanya aktiviti menyemak di rumah saudara adalah sangat jarang berlaku. masing2 hanya nak terbongkang di rumah sendiri makan sup ekor panas dengan roti.
Raya Haji kat New Zealand
sangat meriah! berkunjung ke rumah setiap orang melayu yang ada! makanan beraneka jenis membuatkan lidahku bahagia tetapi emosiku sengsara!
maybe sebab di perantauanlah katakan.
aku selalu rasa kalau kita duduk tempat orang, kita appreciate apa yang nampaknya normal kat tanah air kita. kalau dekat Malaysia, untuk aku, raya dah hilang seri. tapi untuk orang yang beraya kat luar negara, seri tulah yang dorang cari.
Ukhwah
kalau jalan dekat airport, mall or mana-mana jelah dekat NZ, jumpa orang Islam mesti senyum dan kasi salam regardless bangsa apa pun, kecuali certain Arab, dorang ni poyo sikit.
kat Malaysia, masa pilih oren dekat Giant, ada kita nak bertegur dengan orang sebelah? mak-mak adalah sifat camni. yang muda-muda? lagi nak berebut pilih buah adalah.
Rumah Terbuka ialah satu penyeksaan kepada aku yang suka makan
ini menu dekat rumah abang aku untuk menjamu kawan-kawannya:
resepi ciptaan kakak ipar, sausage dalam pastry. tapi aku yang buat :')
Coco Tiramisu, sort of my original idea since Tiramisu usually rasa kopi. weehee. aku taulah aku cakap nak kasi resepi since 2 tahun lepas, sabar ek. alah pergi je Google, apa susah. tapi taktaulah kalau ada yang sedap seperti ini. ngahahah.
petang pergi taman bunga rose, jadi bermulalah kejakunan melampau sampai budak tua ni berlari-lari berkejaran sengsorang. nanti aku update later okeh.
ps: ada kawan kakak ipar aku nak reserve aku sebagai bakal adik ipar beliau.
Alhamdulillah, kurang satu kemungkinan jadi andartu.
2 comments:
wah!ama akan kawen dulu nampaknye ni..haha
kwn kakak ipar ko tu melayu ke org nz?
asal lak aku akan kawen dulu?
tapi boleh jugak tu. hahhah.
orang melayu lee :D
Post a Comment