hari ini, penyembelihan 30 ekor ayam akan dilakukan oleh bebudak form 3. tengoklah muke excited di atas menunggu ketibaan ayam-ayam tersebut.
tragis, sadis sekali. tsk tsk. aku takleh tahan tengok orang yang tutup hidung bile bau darah ayam ni. awal-awal takpelah, hidung kau maybe terkejut dengan bau sebegitu tajam dan langsung tak bau macam darah lain. darah fresh tu.
tapi it is sort of showing your disrespect towards those ayams, which were slaughtered to feed you jugak yang makan ayam tak ingat dunia. hey, before ayam tu sampai kat korang, freshly cooked, this is what awaits them dan tukang sembelih tu.
fikirlah sikit, tak elokla tunjuk anda geli geleman sangat, tu makanan kite. kau ingat ayam tu datang macam kat sorga? tayah berdarah tayah apa? kau ingat darah kau tu wangi sangat? ini mungkin sekali seumur hidup je kau bau darah ayam, life experience weh. eee menyampah.

sebelum ayam tu disembelih, bila kita dah pegang halkum die, die tutup mata, seriously. macam dah meredhakan je ape yang berlaku. yelah, si ayam dijadikan Allah sebagai makanan manusia, untuk bantu kita jadi khalifah kat bumi ni. so aku rase ayam yang akan disembelih semua mesti dah rase berjaya mencapai tujuan die hidup; iaitu disembelih untuk membolehkan manusia makan secara halal.
laenlah kalau die mati kena langgar lalu haram dimakan, mungkinlah die sedih menemui ajal. kan? aku terharu lah bila tengok penyembelihan, rase cam ayam tu mesti rest in peace punyelah. mesti die bahagia di sana :')

hebat tak aku tangkap ini gambar? nampak tengkok terbelah dan darah mengalir. i took the risk, melutut sebelah orang yg tengah menyembelih, sebelah baldi darah, sebelah darah tumpah. untuk dapatkan shot terbaek. gambar kawan-kawan yang sembelih, semua aku tangkap camtu. nampak ekspresi muka, badan, nampak darah ayam mengalir dari pisau, bangga aku.
cuma bila sampai part aku sembelih je, semua gambar dari tepi, hidung je nampak kalo ye pun. dorang cakap dorang tanak gi tepi darah ayam, sabar je. untuk menebus rase kecewa, aku takkan kasi gambar korang yang cun-cun semua. muahaha.

yes itu aku, itu aku! walaupun frust gambar tak nampak muka, tapi bersyukurlah dorang tlg tgkpkan. baeklah ade drpd takde, begini pun beginilah T__T
oh pengalaman menyembelih? aku dah sengih sorang2, nak buat ke tak ni. takut? jujur tak. cume risau aku tak dapat putuskan urat merih tu sekali tekan, takut tak mampu. kang menderita lak ayam tu. tapi last last fikir, ni maybe once in a lifetime experience dowh, sangat tak rasional nak takut time tu.
lalu rase nervous dibayangi rase excited, aku pun angkat tangan menonjolkan diri. tersengih-sengih. mula-mula takut ayam tu patuk aku, yelaa, contohnye nawa lama gila die nak pegang halkum ayam. tapi rupanya baek je ayam aku, tak protest pun bila pegang. mula dengan bismillah, aku pun tekan dan selamatlah dia. alhamdulillah, tercapai tujuan hidup ayam ni akhirnya, dan disembelih oleh aku lak tu, tacing :')

aku excited je sepanjang penyembelihan, cuma pastu baru tangan terketar-ketar dan bernafas tak menentu. kemudian kami pompuan kelas 3c1, 3c2 dan 3taqwa menolong kerja2 dapur.
eh, apa barang buat kerja kering, sayang?
lihat kami Geng Potong dan Basuh Ayam. cool tak? barulah gangster.
oh muka diorang memang tak pernah masuk blog aku, kerana diorang ni kelas 3c2 dan konon bukan ganglah. mana gang aku? semua bermain dengan benda kering di tempat kering. aku je sesat dekat sini. aku bangga, diorang ni ade gak yang tak pernah buat kerja2 dapur camni, tapi diorang buat gak dan last-last, diorang pun terus pandai. terharu i tengok, tsk tsk.
alaa, jangan takutlah, tadenya buat ayam guna tangan nak melekat bau ayam kat satu badan. korang ingat mak-mak kite tu mandi balik ke setiap kali lepas masak ayam? sampai bila tanak cuba, time ni lah kita nak belajar, buat ngn kawan-kawan seronok ape. daripada kau buat sorang-sorang kat dapur cam aku, memang rase nak tertido lah.
janganlah ingat kita nak jadi wanita berkarier kita takpayah tahu, habes kau dah kawen esok bibik kau masak untuk anak laki kau? sangat salah persepsi itu. kau ingat aku semangat belajar masuk dapur ni sebab aku nak kawen umur 17 ke? hish. drpd mak mentua kau kena ajar sambil bebel kenapalah dia amek kau jadi menantu, lagi naya.
eh, jauh pandangan aku nih. dah bermentua segala. takpe, motivasi.
hai, lihatlah tangan saya dilumuri isi kotor ayam dan darah kotor ayam. aku rase ade dalam berbelas jugaklah ayam aku kerjakan dalam besen tuh.
eh aku hotlah tengok ade certain budak yang tak tolong pape, datang tengok kitorg buat kerja, pastu tanya bila boleh makan. amboi amboi, aku pun malas jugak, tapi aku tau nak respect orang dan jaga maruah diri, ta penah aku tak tolong masak pastu nak makan awal-awal. bebudak tu siap ade yang tengah kilatkan kuku tengok kitorg bertungkus lumus, sabar sabar. eh kau ingat kuku kau tu nanti yangt nak impress bakal laki? tengok bakal laki camne la kot, ye tak?
ini muka gembira dah habeskan satu besen ayam lalu paksa orang datang amek gambar dia kat sini. aku puas gila buat ayam tu semua. puas tengok orang makan dan fikir maybe die tengah makan ayam yang aku potong, yang aku sembelih. rase diri ini berbaktilah pulak, haha poyo.
si pemotong ayam bersama pembasuh ayam, Nadhirah dan pemanggang ayam tetiba terselit kat belakang tu, Eri.
dan aku mendapati kasut aku tetiba bercorak camni. sebelah je pulak tuh. polka dot kunyit. sila lihat aktiviti dalam gambar bawah untuk tau punca pencorakan.
Tukang Perap.
Tukang Panggang.
Tukang Potong dan Basuh. kecuali kamilah yang paling hadapan, iaitu Tukang Kerja Kering dan hanisah di belakang iaitu Tukang Pegang Kamera. kami semua kerja dah setel, jadi melihat ayam dipanggang sambil menunggu ayam dihidang. cikgu pulak kasi free pass kat kitorg, sape yang menolong amek dulu, yang tak, faham2 sendirilah ye.
Tukang Cuci.
Tukang Cuci Longkang.
dan akhirnya, setelah memotong satu besen ayam, inilah habuan aku, yeay! disebabkan sorang dapat satu je, aku pun makan ayam ni slow-slow. dah lah sedap, kenalah hayati rasenya tu. sangat slow aku makan tak habes-habes sampai si Eri ingat aku ambek 2 kali. berbaloi-baloi!
Makan tepi tempat ayam dihidang, manelah tau ade rezeki boleh tambah lagi.
itulah dia hari saya, terujanya sehingga terjadilah aksi dan muka sebegini.

8 comments:
ama,ama,ama,ama.....
wahwahwah.....
dasyat...
kte x dtg nie rse rugi plak....
ape yg awk tulis nie mmg bole sdarkan org la....
congrats2.... ayam tu mmg nmpak sdap la...
xpe2... kte x dtg sbb adik yg dsyangi jgak...
thank u thank u bat :D
harap2 dapat sedarkan oranglaa,
tape, maybe ade next time kan??
janganla pulak awk rembat je sesape punye ayam. bahayaaa. haha
hohos, terkesima kita tengok gambar ayam disembelih, awak tau kita anti mende2 ni...
entahla hati baik sangat
*mukatakmalu*
u know peqah kite pun mcm awk jugak.
but when the knife was in hand,
i know it was my responsibility.
kalau tak before ni, tgk lembu kena tambat utk raya haji feast pun dah beair mata oh.
tp bila kite kena bwat, kite tak sedih pun. ok only a lil lah.
guess i've faced it :D
Rajinnye Akk;))!
rajen? rajen apenya dekk.
haha
terpaksa lah jugak, umur pun makin tua kan x)
hsk. kagum
wehh ama pehal tak nampak batang hidung awk dah?
huhu, mana ada sukan sayang, kami dok dewan 'menganyam ketupat'.
3c2 pown gempak!
*depend kpd orgnye lah*
=)
Post a Comment