Tuesday, November 16, 2010

Hidup di New Zealand

Tau tak tau tak?

Langit NZ

rendah! nampak lain dengan langit Malaysia. mungkin ada kaitan dengan latitud altitud jadah semua tu, haish nampak sangat tak paham Geografi dulu.

awan dia macam dekat je.kalau aku pakai kasut berspring, aku boleh melantun duduk dalam awan tu! okay asal obsess sangat dengan awan ni. weirdo.

and bulan still visible masa siang. jadi kalau nak beraksi jiwang seperti pungguk rindukan bulan pun tak payah tunggu malam okeh.


Summer yang Sejuk!

harap matahari je cerah, tapi sejuk gila, angin pun kuat! ni baru summer aku dah bersin bersin, kalau winter, dah beku tak berfungsi terus kot. dasar orang khatulistiwa.

suhu memang macam pasang aircond, kalau malam takyah cakaplah. sampai ke tulang okeh sejuk dia. rumah abang aku ni even kipas pun takde tau.

abang aku boleh lagi cakap NZ ni panas, cet mentang2 dah dok sini 3 tahun. panas pun still tak mandi gak. aku tanya berapa hari sekali dia mandi? dia cakap "bila-bila aku dah busuk".

Nature Is Still The King

orang sini sayang gila dengan alam, sampai semua orang berjalan kaki je! kereta sangat sikit, bangunan pun tak banyak. NZ bukannya lambat membangun, tapi the way the government wants to develop the country, they have to ask the people first. everything depends on petitions. kalau orang taknak bangunan, mall, industry, kilang, rumah baru, kerajaan takkan buat.

Malaysia? pembangunanlah tiket kerajaan untuk dapat undi. bukak shopping complex dengan wayang, karoke, bowling sikit, mencanaklah sokongan masa pilihan raya. thinking about how we Malaysians brag about our mother nature, sangat kelakar.

Si Capik The Cat

kucing ni bukan kucing abang aku, dia ada tuan sendiri. tapi nampaknya dia lagi sayang tuan aku sekeluarga daripada tuan dia. mana taknya, nak makan pagi petang siang malam dok meow meow kat sini. rantai dia ada loceng tau, so daripada jauh boleh dengar kalau dia datang.

tidur pun kat rumah abang aku gak. bermain pun dengan kitorang. dia sangaaat manja, buat aku sayu gila setiap kali tengok dia. aku tau dia sayang family ni.

sebab kalau dorang balik daripada bercuti ke camping ke, maksudnya berhari-harilah tak jumpa dia, mesti dia datang berlari-lari dengan tiga kaki dia tu. eh aku taktau nak cakap, Capik, kau memang manja dan comel lah!

aku rasa dia dah lupa siapa tuan dia yang sebenarnya.


namanya Chevy. tapi boleh panggil Shelby. atau Cebi.

tapi sayang, ada 3 kaki je! *background lagu Si Capik TV2 di sini*


Aku akan Gemuk!


Kakak ipar aku manusia paling pandai masak di dunia selain mak aku. dia boleh masak any kind of food dari macam-macam negara and it will be just as good.

makanan yang dia buat pulak yang kau tak pernah tau kewujudannya okeh, memang aku nak describe camne talent dia pun aku taktau. senang cakap, kalau buat restoran memang jutawan lah! kawan dia pun nak beli, tapi dia kasi free je.

selama ni aku dok Malaysia tengok FB dengan blog dia, penuh resepi makanan. hias pun cantik, kalah chef dalam tv. sekarang dah ada kat sini, hah bolehlah aku memuaskan nafsu!

birthday tahun ni siap mimpi makan moist chocolate cake dia. . . kak nak satu!

breakfast semalam. i know, the picture doesn't do the food justice. tapi percayalah, jangan nilai pada gambar yang tak berkualiti! makanan ni buat aku tambah berkali-kali!

aku redho gemok dengan cara ini. gemok berbaloi namanya.

Aku akan Hitam!

cahaya matahari sini kuat sikit, mungkin ada kena mengena dengan teori langit rendah aku tu. so kalau nak pakai sunblock, setakat made in Malaysia punya memang tak cukup lah okay.

anak2 sedara aku yang dulu putih merah, sekarang terus gelap. apakah pula nasib ayu mereka yang memang dah sedia hitam ni?

jangan sampai bukak sekolah tahun depan korang tak kenal aku sudah.



Monday, November 15, 2010

To Auckland With Love

Assalamualaikum!

baru satu hari aku tak blog korang dah rindu. ni aku nak cerita pasal flight 10 hours and fifteen minutes ke New Zealand lah ni, baca baca. tak baca siap korang!



flight delay satu jam setengah, pukul 10.30 baru terbang. dahlah aku mmg sedia hot sebab nama aku jadi NURULAMA. sungguh tak sensitif terhadap orang yang nama panjang KLIA ni.


this is fake excitement. yelah ambiklah masa korang untuk terpukau, aku taulah ni first time aku pakai selendang kan. tengok muka bulat itu puas-puas.

kepada kawan-kawan yang bertelagah haritu pasal kedudukan NZ, haa ni dia. aku dah cakap NZ lepas Australia tak percaya, nak jugak lepas US la apela. sebab tu NZ climate dia samadgn Aus, sekarang dua2 summer. kempunan salji la aku.

11 pm, baru setengah jam journey dah sampai Singapore.

last time naik flight more than 8 hours gi Egypt time darjah 2, tah apa aku naik pun aku taktau. tapi dulu yang aku pergi mana tah, skrin tak bagitau distance, time, altitude, temperature, speed, wind kejadah ni semua. atau memang ada cuma aku je tak kesah.

apa aku kesah dulu ialah bukak inflight shopping mag dan merengek nak beli mainan. pastu tido je manjang. kali ni, walaupun 10 jam lebih atas tu, aku tido 2 jam je kot.

kenapa??

sebab ni haaa

masyuk! semua cerita best-best, movie baru pun ada!

walaupun diberi free dan mungkin aku mati kebosanan dalam flight, tapi tak mungkin aku memilih ini, jatuh dignity ai yu no bila orang belakang nampak ai tengok Eclipshit.

wohoo cerita terbaik! tapi episode ni season after the one yang aku tengok kat Astro sekarang. takde beza pun since aku memang dah baca spoiler dekat Wikipedia. ahahah dasar takleh tahan nafsu. so aku tengok jelah, punya tergelak2 sampai rocking seat aku. okay tipu.

dinner time!

aku tengok Lagenda Budak Setan. tak best pun. pembohongan besar bila Kasyah takde sikit pun kecewa or terkejut bila Ayu cakap Ayu dah terlanjur. cowpee gila. kalau aku, cinta camne pun, mesti terkesan gak. yelah kau jaga diri elok2, tetiba the person you want to be with, suka hati menyerah diri kat orang lain. tah kenapa aku tengok cerita tu pun aku taktau.

then aku tido.

then aku bangun.

dah nak masuk Australia!

tengok peta tu, bahagian gelap represents malam and cerah represents siang. bila masuk Australia je, terus jadi pagi.


kalau tak gelap je malam, bintang nampak sikit2, and semalam half moon. nak tangkap gambar tapi hasilnya macam aku tangkap gambar lampu.

nampak awan! dah macam salji. padat gila awan atas ni,tak fluffy sangat, even bukit-bukit awan pun macam keras je aku tengok.

breakfast!


weehee nak landing! pilot dah suruh tutup alat elektronik. well being me, i was willing to risk the whole plane for capturing the momentzzzeh. jadi tahulah anda untuk tidak naik kapal terbang bersama saya. alah apa je camera biasa aku boleh buat? jadi bom?


awan dia macam cotton candy! kalau aku gila dah lama aku lari pergi emergency exit bukak pintu lompat makan awan dan rasa nikmat syurga selama beberapa saat sebelum jadi mayat tak dapat dikenal pasti.

bila masuk awan, putih je semua. aku sumpah dah lama gila tak naik aeroplane terbang jauh sampai jadi budak2 balik, excited nak mati setiap saat.



New Zealand, jangan terkejut kalau ada explosion dekat Airport korang yang tak best tu because i am just DA BOMB!

okay bai.





Saturday, November 13, 2010

Hello New Zealand!



Aku nak pergi New Zealand.

tiada unsur penipuan kepada sesape yang tak tahu. sorry tak cakap awal-awal kepada kawan-kawan yang terkesima, aku tak suka bagitahu benda yang belum confirm jadi ke tak. mane lah tahu kan.

so, tolong doa aku and my momma selamat pergi balik. semoga tak jadi mangsa hamba dadah yang selalu selit benda alah tu dalam beg orang, nauzubillah. semoga tak jadi insiden seperti Lost juga.

although tak dapat dinafikan kalau hidup aku macam cerita Lost, fuah memang bertuah.

asalkan aku jadi watak utama ah, bukan extra seperti mayat contohnya, dan haruslah bercinta dengan Sawyer.


Tolonglah masuk Islam dan masih handsome pada umur 50.


oh ya, kalau aku tak on FB dan blog dalam masa beberapa hari, tolong jangan telefon polis dan tanya jika ada plane crash dekat satu pulau misteri yang tak dapat dikesan ya. mungkin sebab aku nak adjust dulu kat sana.

lagi pun kena guna laptop abang aku, jadi takde privacy nak blogging dan berFB. aku akan fikir cara untuk tutup jejak apa yang aku surf dekat internet tanpa diketahui jejak tersebut dipadam, sebab Blogspot dan FB bukan untuk ahli keluarga.

agak masalah di situ, hm.

oh, aku macam akan homesick, tetiba rasa kena masuk asrama balik!


Goodbye Malaysia,
until we meet again, another one month and a half!

Friday, November 12, 2010

Aku Sebiji Big Mac; Perlu Tahu

Sesungguhnya aku seperti Big Mac. banyak lapisan, sampai kau taktau apa benda yang jadikan Big Mac itu sebiji burger. yang kau tau makan je kan?

sebab tu aku suka Double Cheeseburger. simple tapi sedap. takkan tersalah anggap. tapi adakah thrill kalau kita kenal orang sebegitu? sembang setengah jam dah bosan, samelah macam mana aku lapar lepas makan Double Cheeseburger 30 minit kemudian.

aku nak justify faktor yang buat orang selalu salah faham, kira boleh jadi bahan gaduh, sekiranya mereka tak kenal aku luar dalam.


1. AKU TAK SOMBONG.

bila jalan aku jarang pandang orang dan aku buat straight face. aku akan tegur kawan aku atau senyum dekat orang yang senyum dulu je. apa kejadahnya aku nak sengih tetiba kat SEMUA orang?


aku taknak orang pandang pelik

dulu aku senyum kat random strangers. apa yang aku dapat ialah pandangan pelik bermaksud "budak ni gilo apo?". teruk gila budak sekarang, kalau orang dulu jumpa tah sape-sape pun mesti bertegur, bukan setakat senyum je.

nak kasi salam? harapan. aku rindu time kat Serting, sana semua wajib senyum dan bertegur sapa setiap kali berselisih. tapi sama jantinalah, jangan nak gatal.


aku rabun

kalau aku pandang and ada sesape senyum, tapi aku tak nampak, lalu buat dek, tak ke lagi teruk? kalau pandang orang yang aku kenal, kenala tegur kan. perempuan takpe lagi nak hai hai bai bai. kalau laki?


tegur lelaki

Blog ni cakap perempuan HARAM kasi dan jawab salam lelaki. tapi dekat soal jawab yang ni pulak, dia kata takpe untuk bergaul asalkan tak langgar batas, etc etc. wallahualam. aku lagi percaya blog tu kot, sebab selalu dengar pendapat sama.

masalahnya laki perempuan sekarang kawan takde batasan, memang diorang kesahlah kan haram ke tak jawab salam? oh! jauhkan aku daripada semua tu.

aku still tunjuk gestures of recognition to boys yang memang kawan aku, 2, 3 orang. kalau bertentang mata dengan lelaki yang tak rapat tapi dia senyum dulu, terpaksalah senyum juga. kadang2 aku dulu yang TERsenyum. takkan nak buat-buat tak nampak pulak.

sebab ada lelaki yang terus cop perempuan sombong semata-mata sebab tak tegur dia. kau tak pernah ke terfikir perempuan cuba untuk mengelak daripada digelar gatal?



2. AKU TAK SUKA ORANG PANGGIL AKU PANDAI *MUNTAH*.

aku bukan tak bersyukur. itu bukan persoalannya.

yang buruk datang dari kita, yang baik dari Allah. sebab yang baik tu dari Allah lah, bila-bila masa Allah boleh ambik balik. faham?

result aku kalau bagus, itu Allah tolong. aku cuma doa je. nak kata berusaha sangat memang taklah. baru-baru ni result merosot sikit, mungkin Allah nak sedarkan aku yang bergantung kat doa je tak boleh buat orang berjaya.

aku pemalas, itu datang dari aku, jadi kalau nak panggil aku teruk, aku tak marah.

tapi nak panggil aku pandai? oh tidak. itu semua tak kekal.

aku tensi okay, terutama kalau perli seolah-olah aku mengiyakan aku pandai. aku tak pernah rasa diri aku pandai, aku cuma bertuah. dan tuah tu tak menyebelahi aku untuk final exam ni. impak orang cakap macam tu, aku naik angin sampai lupa cakap Alhamdulillah.

Alhamdulillah, sebab semuanya dari Allah.



3. AKU TAK PANDAI NAK RESPON BILA ORANG PUJI.

aku takde lah lawa pun. tapi Alhamdulillah untuk apa yang ada, kalau nak banding aku dengan beruk memanglah aku lagi hot kan.

tapi untuk cakap aku generally cantik, oh itu pelik.

orang melayu ni suka memuji orang lain, aku pun tak faham kenapa orang boleh puji rupa aku. kalau cakap "muka kau cantik, ada mata hidung mulut," aku fahamlah. ni spesis yang puji aku lebih2 yang menimbulkan misteri.

kalau balas terima kasih/alhamdulillah, macam aku memang rasa pujian tu betul.

kalau cakap "oh awak pun sama cantik/kurus/jelitawan", macam budak-budak okeh.


macam mana nak respon bila orang puji kita tapi kita rasa kita tak layak? cara yang kadang-kadang aku guna ialah make fun of diri sendiri lepas dipuji.

bila orang yang gambar dia dipuji kat FB balas "awh, takdelah, gambar ni biasa je," akan ada melaun yang cakap "kalau kau rasa gambar tu biasa, hodoh, takkanlah kau tepek kat FB bagi semua orang tengok".

kau takkan tak terfikir mungkin gambar tu gambar dia yang paling kurang teruk?

habis kalau aku memang obesiti, aku letak gambar aku dekat FB, aku rasa aku cun lah nak semua orang mengagumi kecantikan aku?



4. AKU TAK RASA AKU PHYSICALLY ATTRACTIVE.

pernah terjadi bila ada sorang ni puji aku tentang fizikal aku. mesti budak ni main-main, no hal la kan. aku pun deny lah dengan cara berlawak.

tetiba ada orang lain sentap bila aku deny, macam aku poyo lah. poyokah aku bila aku menafikan apa yang memang tak betul? nak aku cakap "OH YE MEMANG AKU CUN DAN HOT, DI SAMPING AYU DAN BERBADAN SEPERTI MODEL".

jadi aku nak tegaskan, kalau aku deny tu, takde maknanya aku nak jadi baik dengan harapan korang puji aku lebih-lebih lagi, takda okay, takda.



5. AKU BUKAN SEORANG NERD.

kalau definisi nerd pada korang ialah budak yang siap homeworknya, dah nama pun homework haruslah disiapkan nak tak nak, tak pernah buat latihan tambahan, tak tusyen langsung, tido macam polar bear, bangun untuk melantak tengok tv online, dan belajar untuk final exam sehari sebelum ambik paper, siap ada yang tak sempat belajar lagi sebab tertido.

kalau itulah nerd, aku dengan bangganya mengangkat tangan mengaku identiti diri.


disebabkan result aku, ramai yang ingat aku ni stock tusyen sana sini, belajar hari-hari, ada jadual study, tengok tv dan online pun terbatas, macam-macamlah.

sumpah tak weh, tak.

sila rujuk point nombor 2. ini semua pertolongan Allah, atau mungkin ujian? bagi aku leka awal-awal dan bila sampai kemuncak, aku jatuh. nauzubillah ah.


kalau nerd Harry Potter, tahu segala kronologi dan sejarah setiap watak, siap menangis-nangis lagi bila baca novel dia, haa tu memang aku lah tu.


TOLONGLAH FAHAM.

ini baru sikit, banyak lagi pasal aku korang taktau. kalau korang kenal aku macam mana mak aku kenal baik buruk aku, macam mana Allah tahu luar dalam aku, judge me all you want. tapi kalau setakat kenal aku melalui internet, apa orang cakap, tak pernah duduk semeja bersembang pasal hidup dengan aku, tak payah lah eh.


macam Big Mac, kalau kau tak bukak satu-satu lapisan, kau tak tau. sekali kena pickels, mungkin kau terus benci. tapi banyak lagi isi dalam tu yang kau boleh suka.



tapi aku suka pickles.




nom nom nom.




Sunday, November 7, 2010

Menanda Kertas PMR

Jangan jeles okeh budak PMR sekalian, aku dah tau skema jawapan untuk Sains paper 2, hoho.

how the heaven kah aku tetiba layak menanda kertas jawapan PMR?

apa yang perlu hanya seorang kakak ipar berprofession guru yang membawa pulang berguni kertas PMR. kasihan dia, nampaknya macam nak naik hantu dah tanda kertas banyak sangat.

jadi aku pun ringankan beban beliau. aku dengan abang aku kira markah, sambil tengok Mari Menari diselang-selikan dengan bola, kitorang beradu tenaga menentukan masa depan calon-calon PMR.

aku bayangkan kalau orang nak menanda kertas and mengira markah UPSR/PMR/SPM, mesti dalam suasana terkawal. bilik tertutup. kasi tenang sikit pemeriksa tu.

ini tidak.

kakak ipar aku pening banyak kerja dengan anak mengacau lagi, dia je yang tanda kertas kat hujung rumah. aku dengan abang aku kira markah sambil hadap TV, kunyah makanan. weh tak heranlah ada calon yang silap dapat markah pasni. hua hua.

aku tanda paper budak-budak Terengganu semalam.

ada sekolah tu mungkin dekat hulu agaknya, semua bantai dalam bahasa melayu. siap ada yang tulis slang ganu, kot pekat sangat pun loghat kau agak2lah dik, kalau BM ni dah lama fail.

ada ke katak ditulisnya 'katok'?

ini beberapa jawapan yang buat aku tak kering gusi serta meleleh air mata keseronokan.


1. State one function of phloem.

-hantar impulse.

memang pokok ada urat saraf tunjang otak segala sebenarnya.

-mendedahkan isinya, xylem.

jadi logiklah eh kalau aku cakap bohsia ada phloem? yelah, untuk mendedahkan isi lah katakan.


2. Bagaimanakah air dapat dihisap menggunakan straw?

-paru-paru budak itu masih berfungsi.

ada kaitan, ada kaitan.

3. State one function of producer in a food chain.

-lepaskan benih ke dalam air sebab benih-benih itu perlu membiak dalam air.

betul la kot, pokok je yang ada benih kan? satu suku markah.


4. State the type of this reproduction (gambar pokok).

-pengangguran.

siapa yang menganggur tahlah. nak kata hentam, bukan main jauh beza bunyi asexual dengan pengangguran. mungkinkah dia nak tulis pengguguran?

apa yang gugur? daun?


5. State one function of fuse.

-supaya arus elektrik dapat menyalur.

MENYALUR, mahal tu. aku berendam air mata baca ni. mengalir ok, mengalir.



aku taktaulah budak-budak ni belajar ke tak, macam pandang sekilas kat buku pun aku rasa tak. sekolah tu paling tinggi dapat 32 out 0f 60. rupanya kena ada ketahanan mental yang kuat ya untuk jadi pemeriksa, kang kertas tak bertanda kau pulak terguling-guling ketawa.


eh, agak kejamlah aku gelak baca jawapan diorang.


padahal cikgu yang tengah tanda kertas Physic, Chemist dengan Add Math aku konfem tak cukup nafas tengok segala teori dan idea mengarut yang aku cipta.


tak cukup nafas sebab kelakar atau naik darah tinggi, sama-sama kita nantikan.

Wednesday, November 3, 2010

Truth atau Ayam? SEMUA!

Tadi pergi sekolah, tengok separuh budak kelas je yang ada. pakat ponteng tak habaq mai? pengkhianat ye hangpa *tetiba keluar slang mami jarum*

ada spot check before masuk kelas. sebagai seorang pelajar yang tidak membawa barang larangan, aku sangat takde hal dengan spotcheck2 ni.

lain ceritanya dengan kelas yang beratur sebelah kelas aku. dorang gelabah sorok handphone, siap bisik taktik "kau pandang je pengawas, senyum, buat muka tak bersalah, kalau sorok muka nanti dia tau kau cuak, kantoi,".

hm, very 'fresh' tactic itu. c'mon ah bai, kalau aku jadi pengawas, muka korang yang ada label 'barang larangan di sini!' yang aku check dari hujung kaki sampai hujung rambut, tak kesah ah kau buat comel depan aku sekali pun.

dalam kelas, kitorang berkumpul ala-ala United Nation Conference. bila budak perempuan dah buat bulatan, apa lagi, kita main truth or dare ah jawabnya!

soalan yang ditanya dekat aku;

1. Aku suka siapa?

standardlah kita gegirl, soalan ni paling femes. apa barang tanya pasal makanan kegemaran? even soalan colour apekah seluar dalammu pun tak menarik perhatianku.

memandangkan aku rasa, akulah rasa, hati aku rasa aku taktaulah apa, ok diam. sebab aku rasa aku tak suka sape2, dorang tanyalah sape aku suka the latest.

aku taknak jawab bukan je sebab iluvislam kata kita takleh bagitau orang kita suka sape, dan korang ialah one group of girls, ditekankan, GIRLS. tak pasal2 kang satu sekolah tau. tapi sebab nanti feeling tu tak special. aku kena suka diam2 je, baru bermakna. lalala.

latest, early this year. walaupun aku suka setakat tengok2 je (JANGAN CONTOHI), sebab boring tenung muka kawan2 masa rehat, dan aku dah tak kesah kat mamat ni sekarang, tapi malu beb.

jadi aku tipu, aku kata latest crush aku ialah sorang budak masa form 2. time tu ulat bulu tak dijinakkan sepenuhnya lagi, maka aktiviti message setiap malam adalah wajib. dari ejek mengejek ke bicara hati ke hati. dari saling ego, ke saat budak2 kelas kenenkan sampai dua2 merah muka tahan malu. . .

sungguh geli! tapi dulu, suka. ngahaha.


2. Aku benci siapa?

soalan kedua femes dalam kalangan us, gegirl. kalau bukan nak bergossip, mengumpatlah kita. good news, aku takde jawapan. mereka tak percaya.

aku tak pernah fikir sape aku tak suka dalam 4AB. aku ada gak tensyen dengan orang, tapi time tu jela, aku tak simpan. cukuplah aku fikir pasal result exam sampai meroyan, takyahlah sibuk pasal orang lain yang tak kacau hidup aku.

tapi i did tell them about someone yang memang pernah kacau hidup aku, cuma nama tak diberitahula. aku takleh lupa apa dia buat dekat aku sampai sekarang. mungkin sebab tu aku takde senarai siapa yang aku benci macam orang lain, sebab semua tenaga negatif aku untuk membenci orang dah disalurkan to that person.

aku dah maafkan dia. mungkin ada dendam terpendam yang aku sendiri tak perasan aku belum padam. cuma aku tak boleh ada kaitan dengan dia, walaupun dalam dunia maya. kepada social networking untuk fungsi 'block user', aku ucapkan terima kasih.


Ayam percuma nyumnyumnyum!

budak form 3 sembelih ayam, alah macam aku dulu, baca post ni.

aku ingat lagi betapa berharganya pengalaman menyembelih ayam dan betapa penatnya potong dan bersihkan ayam 30 ekor, tetiba tengok form 4 menyemak sama, muka tak malu tadah pinggan, tak nampak ke kitorang yang berpeluh2 menolong ni haa?!!

bukan main mencarut dalam hati.

tapi tadi, aku pun dapat makan satu ayam jugak muahaha.

tak sedar diri, tak tolong pun tapi bertenggek tepi longkang tunggu ayam. takpelah budak form 3, akak-akak di sini hanya bagi korang peluang untuk rasa betapa tensyennya kitorang last year tengok orang yang tak membantu melantak sama.

tensyen tak?

yang penting ayam itu sedap!

eh, tapi aku rasa ayam last year hasil titik peluh kitorang lagi menyelerakan lah.

exactly, rahsia resepi terletak pada perkataan 'titik peluh'.





tu yang masin-masin dia tak boleh challenge tu.




Monday, November 1, 2010

Kiamat Khayalan

Aku ada dekat atas bukit. both sides of the bukit ada laut, peliknya, satu side laut sama paras dengan bukit. the other side, dekat tanah rata macam biasa. nak turun ke tanah rata kena guna tangga. atas bukit tu ada pondok, tempat aku join satu program agama.

sekarang asar, program dah habis. hujan. aku turun tangga, tengok-tengok banjir, tapi rendah je. call mama, cakap takyah ambik aku dululah, tunggu hujan reda, banjir surut.

atas bukit tu, lumpur paras buku lali. ramai terkandas. laut yang sama paras dengan bukit, bergelora, ombak besar. kitorang maghrib berjemaah. lepas solat, aku call mama lagi.

aku kata takpe, takyah ambik selagi cuaca tak elok. ramai kat sini dengan aku. makcik yang duduk sebelah aku, kawan mama, dia tunjuk laut paras bukit tu sambil kata "cakaplah apa yang patut dekat mak, tengok laut ni. . . takut tak sempat".

aku takdelah ucapkan kata terakhir, still cakap macam biasa, cuma rasa tak sedap hati dan sebak tiba-tiba.




lepas isyak, tengok banjir makin tinggi, lampu kereta berderet-deret dekat jalan, semua macam semut api, beratur takde laluan. sekarang pondok tu tinggal sikit orang je, sorang dua yang aku nampak.

tengah malam, aku tak tahan. aku nak balik.

tapi mana beg aku? oh, mungkin ada kat ruang solat tadi.

pergi situ, tengok ada dua perempuan bertelekung, mungkin qiamullail. ustaz yang handle program agama tadi, dia ada kat situ, dia membelakangi kiblat. dia tunduk, rocking back and forth, macam menangis. dia panggil "ayah. . . ayah. . . ayah. . .".

aku taktau kenapa, aku menangis sama. kesian tengok dia. mungkin dia teringatkan ayah dia, mungkin dia mengigau. dalam keadaan kecoh macam ni, terperangkap atas bukit yang satu belah dia mungkin tsunami, satu belah lagi banjir besar, gelabah takyah cakaplah.

beg aku ada dekat sebelah dia. nantilah aku ambik, aku fikir. aku turun tangga tu lagi. aku taknak mama risau, dan aku pun risaukan dia. keadaan makin teruk. hujan makin lebat. angin goncang alam. petir panah bumi sana sini.

ada sorang nenek tua, bertelekung. dia dari pondok tu jugak agaknya, kitorang naik tangga balik sama-sama. dah separuh jalan, tangga tu patah, tercabut dari tanah, kitorang terjatuh. aku dengan dia paut dekat pokok, dia tarik aku masuk satu lubang. kitorang berlindung.

tiba-tiba bukak mata, silau sebab ada cahaya. rupa-rupanya aku tertidur, dan sekarang dah siang. dari dalam lubang, nampak keadaan dekat luar terang benderang, mungkin cuaca dah baik. aku dan nenek tu merangkak keluar.

bukan cuaca je cerah, tapi keadaan bumi jugak berubah. tanah berumput, kaki bukit yang basah dengan lumpur semalam, sekarang jadi tanah tandus, kering, coklat, merekah. macam kemarau, walhal semalam hujan punya lebat, air siap bah.

tengah tertanya-tanya, tiba-tiba ada something libas kitorang. pokok kaktus. ya, kaktus menjalar melibas-libas. ada banyak. betul, bumi hijau semalam, dah jadi gurun hari ini.

tangga memang dah takde. kitorang tak nampak apa yang ada kat atas bukit, tapi kitorang tau itulah tempat yang ada pondok semalam.

kitorang decide untuk panjat ke atas. masa nak panjat, ada ular muncul depan aku. hissss. aku gelabah. aku panjat ikut arah lain. fuh, hampir-hampir kena patuk tadi.

cuaca panas terik. susah nak berpaut sebab terlampau keras, takde tempat untuk cengkam selain rekahan-rekahan kat tanah. duri kaktus merata-rata, tercucuk dekat kaki tangan. bukit pulak sangat curam, jauh dah pajat tapi tak sampai-sampai lagi tempat semalam.

aku dah tak larat. rasa macam nak surrender. kalau boleh aku nak lepaskan je cengkaman kat tanah ni, biar jatuh mati, aku dah tak sanggup. aku cakap kat nenek tu "nek, nanti dah sampai atas nenek jatuh kan beg saya ye, saya nak call mak saya", time tu dah nangis-nangis, aku nak balik, make sure mak aku selamat.

nenek tu mengadu sakit, tapak selipar dia tercabut. tapak kaki dia dah melecet, berdarah. ya allah. sabar nek, aku cakap as aku bukak kasut aku, nak pakaikan kat kaki dia.

dia kata dia tak tahan, aku dah teresak-esak. dia pun menangis jugak, dia kata dia tak boleh teruskan. nenek kena teruskan, nenek yang kuat, nenek yang tolong saya, kalau takde nenek saya taktau lagi sapa yang ade . . . . . tiba-tiba ada ada panah petir.

sekelip mata, muka nenek tu berubah. muka dia. . . . . . soket mata kosong, mulut kosong. . . . . . macam tengkorak. kelabu. berasap.

aku terkejut. terlepas kasut tadi dari genggaman.

aku ternganga, tak dapat bernafas.

nenek ni, nenek tua yang aku harapkan, yang jadi teman, dah takde. . . kenapa tiba-tiba?

aku dah takde sape-sape. aku taktau nak buat ape.

aku pandang atas bukit, aku harapkan sesuatu yang mungkin dah tak wujud.

aku nak teruskan, tapi aku dah tak kuat.

"ustaz. . . ." aku tercungap-cungap, separuh berbisik, separuh menangis.

aku tarik nafas, bersedia untuk menjerit dengan sisa tenaga yang ada. . .

"USTAAAAAAAZZZZZZZZZZZZZZ!"




suku kata pertama perkataan tu terkeluar dari mulut aku, mata yang tertutup terbukak. . . .



oh! rupanya aku bermimpi.

mimpi.

mimpi yang sangat real, sampai aku separuh menjerit dalam tidur. itu yang aku sedar. yang aku tak sedar?

aku blur sekejap. aku bangun. tak keruan. baru 5 pagi, tapi terus aku masuk bilik air untuk mandi. aku menangis.

ini kali kedua aku mimpi benda yang sama. kali pertama, tah bila. semua detail ni, aku ingat dari dua-dua mimpi.

mimpi ni bagi kesan sangat dekat aku. suasana dalam mimpi ni 10 kali ganda lagi teruk daripada apa yang aku gambarkan. time tu, dunia macam dah nak kiamat, nyawa dah tak panjang, dah takde harapan.

mimpi semalam, tapi masih buat aku menggeletar hari ni.

Ya Allah, sesungguhnya mimpi mainan syaitan, tapi dengan mimpi macam ni, aku harap takde perkara buruk yang akan berlaku. . . . Amin.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails