Sunday, September 5, 2010

Rumah dekat Masjid Memang Best Tapi. . .

memang best. satu, boleh tau masuk waktu bila. dua, senang bangun sebab dengar azan. tiga, boleh jalan gi masjid. empat, boleh dengar ceramah dari rumah. lima, aku bayangkan rumah kurang jin hantu setan sebab alunan orang ngaji dari masjid salu bergema.

memang best. tapi. . .

aku tak suka, diulangi TAK SUKA gi masjid jumpa budak yang aku kenal. rumah aku dekat ngan masjid (tak terlalu detail di situ), so berjalan jelah. menyampah okeh bila terserempak ngan dak laki. tak tau asal, memang dari kecik aku camtu.

dari dulu aku taknak orang tau rumah aku katne. nanti dorang kecoh. tengok rumah semidi sikit ejek orang kaya. alhamdulillah tak mati kebuluran kami sekeluarga tapi aku tak suka bila orang panggil camtu. ni kes darjah 1, 2 la ni. boleh nangis okeh.

kes darjah 5, 6 pulak, bila ada reputasi kat sekolah. mulalah lepak depan pagar aku. pastu cakap pasal aku kuat2. pastu nampak abang aku tanya "ni abang Amalina eh?", pastu kena sound balik dengan abang aku sebab kecik2 dah smoke. padan.

kes sekarang pulak, dak-dak laki dengan rajinnya BAK KATA DORANG, qiam kat masjid. solat subuh kat masjid, pastu message aku. siap boleh nampak dorang okeh! lagilah aku macam berat hati nak melangkah ke rumah Allah cehceh.

kalau nak pergi, siap aku cek lagi dorang ada tak. semata2 taknak dorang nampak.

aku bukan poyo bajet dikejar paparazzi, bukan! sifat tu memang dah ada sejak azali tanpa aku tau kenapa.

sorry lah, bukan salah korang pun. tapi memang masalah aku sendiri, benci tak pasal2.

okay luahan tamat. ini cerita lain.

haritu aku balik dari tarawikh, ada budak dua ekor atas motor. pastu ada kereta lalu depan dorang, kawan dorang drive agaknya, dorang kata "PUKIMAK LAH DENGAN KERETA KAU TU". aku like, wadepis?

aku cakap kuat2 "BUKAN BARU SOLAT TARAWIKH KE TADI? BAGUS SANGAT AH CAKAP CAMTU". oh beraninya aku!

pastu aku tarik mak aku jalan jauh2, padahal rumah dah lepas dah.

semata2 sebab taknak dorang ikut pastu simbah cat merah.

Keadaan Terkini Saya

okay. aku dah berzaman tak update ni. kenapa? lain kalilah ye bukak cerita.

GET READY FOR MASSIVE POSTS.
a new one after every half an hour!


di sekolah, aku dah tak miserable. cuma kengkadang rindu kawan lama tu ada. rindu nak cerita pasal kegedikan budak-budak bercinta tapi pada mase yg sama cerita pasal laki dengan mereka. kengkawan dulu sangat sekepala ngan aku. mix and match, tak simply black and white.

memanglah ada gaduh, tapi i think we agreed more than disagreed. kan? mereka dak-dak baik yang nampak cam skema, tapi still gedik dan gila dan kecoh bersama. sob sob.

kengkadang aku bukak buku kuning aku, dengar Good Riddance, tengok gambar, dan dengan sayunya hati, menangis. menangis sebab sedih, sebab marah. nak marahkan apa aku pun taktau. still tak move on, still tak move on.

aku takde geng lagi sekarang. namun begitu, aku ade kawan2 yang aku akan rujuk kalau nak bercakap tentang certain topik.

pasal conspiracy theory, freak out tengok checked tile, buat kuiz calon suami (laki lembut atau laki smoke? i'll go with the first. taknak okeh jadi janda muda laki mati kanser paru2), nak pinjam novel, cakap pasal benda mengarut dan menggila, aku cari aizureen.

pasal agama, bab rohaniah, lepak ngan Diena. kalau ngan Diena boleh juga gedik2, cuma segan sikitlah. nak bebel pasal Glee and How I Met Your Mother pun dengan dia. dia jenis yg orang nampak dari luar cam strictly saint, takde benda nak sembang, padahal tak langsung okeh.

kalau nak terkenang kejahatan di SKLK, kawan2 lama, Maisarah jadi pilihan. dengan dia pun best cakap pasal hal insaf-insaf, tukar2 apa yang tau pasal agama, cerita tentang laki, oh masih juga eheh heh heh.

dan ramai lagi, cam Hanisah dan Murnie (TAK SEBUT KANG MERAJUK).

senang kata, dapat mengubati luka di hatilah.

i am grateful and loving it :)



Sunday, August 22, 2010

Telekung Dipijak Makmum Sebelah

aku tengah solat isyak kat Masjid-You-Know-Which.

dengan khusyuknya, aku bangun dari sujud
"Allahua-"

APAKAH?!

kenapa aku hampir tertonggeng? kenapa aku takleh berdiri tegak? kenapa ada daya kuat seakan graviti menarik aku menyembah bumi? kenapaaa?

OH KENAPA TETIBA MAKCIK SEBELAH NI PIJAK TELEKUNG AKU?!

MAKCIK TOLONG ANGKAT KAKI ANDA hatiku menjerit.

dah baca separuh alfatihah aku masih tarik telekung dari pijakan beliau.

okay takpe. makcik ni tak sengaja. mungkin dia tak perasan punca aku tersekat takleh bangun tadi ialah dia. takpe, kusyuk. kuuuusyuk.

solat cam biasa. rukuk lagi sekali, sujud, duduk, sujud, bangun. . . .

WHAT THE HEAVEN!

sungguhku tak sangka pisang berbuah dua kali!

aku fikir camne nak bagi telekung aku tak jadi mangsa lagi. ada sape2 perasan tak? konfem ada sebab dalam seminit jugaklah aku struggle nak bebaskan diri. mesti orang pelik. . . mesti orang nak tergelak. . . oh tak kusyuk!

SENARIO ORANG SEBELAH TERDUDUK ATAS TELEKUNG MEMANG ASAM GARAM KEHIDUPAN. TAPI KALAU TERPIJAK TELEKUNG SIAP TAK PERASAN PULAK, MEMANG TAK ADA OKEH.

seumur hidup aku tak pernah jadi camtu. dahlah telekung nak tercabut, nasib baik tak jatuh. kalau jatuh, dah jadi Domino Effect pulak. sorang-sorang kang ikut tertonggeng.

inilah jadinya kalau berebut saf depan. ramai makcik2 yang datang lambat selamba je menyelit. dia kata takpe, berdiri nanti muatlah. itu berdiri, kalau duduk tahiyat akhir?

saf aku saf 3. makcik baru datang ni nak celah2 pun takde makne. baiklah gi tunggu kat belakang, lagi afdal pompuan saf belakang. tapi kalau nak sangat depan, takyahlah sampai keselesaan dan kekhusyukkan orang lain terkorban. kalau ada rezeki, naiklah saf. menyempit saf depan tapi solat tak kusyuk buatpe.

bukannya aku taktau memang kena rapatkan saf. dari tadika kalau nak solat jemaah cikgu mesti rapatkan budak2 bagi jadi kek lapis. kat MRSM lak imam salu cakap "rapatkan saf, siku ke siku, buku lali ke buku lali". yang pasal buku lali tu rasenye dari hadis. tapi aku tak pastilah, kalau salah mintak maaf banyak2. nak google tak dapat sebab internet slow cam harr. . . eh cam halal. haa jangan mencarut bulan puasa ni ye.

mungkin aku takde hak nak tensi kat orang yang suka menyempit ni. tapi kesannya terkena kita jugak. setakat bau mulut orang sebelah, jari dihimpap bontotnya, terpijak telekung, takpe lagi. tapi kalau dah tak kusyuk camne?

pada aku, first come first served lah. memanglah anda lagi tua, patut dihormati. tapi takleh expect orang lain selesa kalau kaki kanan duduk atas kaki kiri semata-mata nak kasi ruang kat makcik pakcik, kawan2 sebaya sekalian.

lain kali kalau nak saf depan datanglah awal.


tapi kalau dah mengidam sangat, letaklah tanda 'RESERVED' ye.


Tuesday, August 17, 2010

Rules of Tumblr (SILA PROMOTE TUMBLR ANDA)

Jadi, aku telah buat Tumblr. sebab Tumblr itu best. tapi aku tak follow kawan-kawan aku. kenapa?

sebelum tu sila baca RULES OF TUMBLR.

1. You don’t mention tumblr to people in real life.
2a. Social life or tumblr. You have to pick one.
2b. An error has occurred. YOUR LIFE IS NOW OVER.
3. Don’t like nerdy things? GTFO.
4. Reblog NOT repost.
5. Yes, you can be straight and fangirl over the same sex.
6. You have to watch Mean Girls before you create a tumblr.
7. Fandoms rule tumblr. especially us, Potterheads.
8. Hipster will be mocked. Forever. No exceptions.
9. Twilight will be mocked even more.
10. Anyone and everyone will be shipped (especially straight men).

bak kata nombor 1, jangan bagitahu pasal tumblr kau kat orang dalam dunia realiti. tumblr hanya sesuai untuk geng dalam dunia maya sahaja.


antara reason utama aku buat Tumblr pun adalah kerana sebab di atas. aku tengok dak-dak tumblr ramai yang sekepala dengan aku, yang obsesi sama, yang paham akulah.

aku memang die hard fan Harry Potter, and Harry Potter ialah trend di tumblr. so, kami memang sekepala walaupun berbeza latar belakang dan budaya. wah wah.

tapi kawan-kawan sekolah, mereka tak paham weh. kalau aku tunjukkan obsesi melampau aku, buat malu je sebab takde sape layan. aku sangat nerd kalau bab Harry Potter, mengalahkan nafsu korang terhadap mamat2 korea itu.

sebab tu jugaklah aku tak bagi tumblr aku kat kawan sekolah. sebab tumblr aku dipenuhi dengan benda yang aku obses, cam HP ngan Lost. kang dorang bukak kang penuh muka si Daniel Radcliffe, segan aku. segan sebab mereka tak paham, TAK PAHAM.

okeh cukup cukup, semua faham kan sekarang asal aku tak follow korang?

nantilah, satu hari nanti bila aku bersedia.

ceh cakap macam nak gi perang.







Sunday, August 15, 2010

Ekspedisi Shopping Baju Raya





Semalam pergi SOGO, bawak duit sendiri. sebab bajet nak shopping banyak, biaselah aku kan jarang keluar. anak dara suka dok rumah lah katekan ksdisadhasiudisd.

sebelum tu, kisah pasal membeli belah di sini.

nak beli handbag tapi tak jumpa yang berkenan walaupun berapa puluh kali tah aku round. ada yang tengok harga boleh juling mata. tak faham betul apa yang best kat beg tak lawa sampai harga boleh mengalahkan belanja makan 6 bulan. harap branded je buatpe.

aku jalan sorang2. Uda jumpa, dia tanya lah dah dapat ke? dia kata "belilah yang ada standard sikit, pergi beli Guess, mama kat situ". "mahal lah," aku cakap. dia balas "kalau camtu kau bawak beg plastik je nanti". finelah, fine.

kemudian kami ke Gulati's.

baju raya dah lama dah tempah, dah lama dapat dah pun. tapi biasalah, aku kan mengada. nak jugak dua baju raya baru kan kan kannn.

masuk-masuk, mak aku tanya kat sorang akak ni "size dia ada tak?"

"ada, 36 yang paling kecik"

wah bangga, nak kena pakai size paling kecik. agak2lah pun, ni kedai orang besar. kalau kedai dak2 remaja, XXL pun tak lepas kot. biasalah kedai baju sekarang ni suka sangat buat cut yang ketat2, nak seru ramai2 buat dosa agaknya *alasan tak muat*.

aku nak kain sifon, best sebab dah bertahun aku tak pakai kain lain. kain sifon ni buatkan kita nampak kurus, tu yang aku suka tu. mahal sikit pun ai relaaa yuu.

cari punya cari, cam tak best je. . . . hinggalah detik Uda (ye, dia memang ada di mana-mana) menunjukkan satu baju. . . WOW! OKEH INI SANGAT CANTIK!

baju yang over pattern atau kaler, menampakkan aku mak datin, overshadow mak sendiri, memang aku tak suka. sangat mencapub. namun baju ni, cinta pandang pertama!

akak tu tengok aku teruja, apa lagi terus dia menjalankan tugas 'memaksa orang beli' beliau, langkah pertama ialah menarik aku ke fitting room.

"jap, berapa baju ni?" aku berbisik kat Uda.
"RM tutt tutt""HAH TAKNAKKKKK!"
"kalau tak beli je baju pasar malam" kata Uda seraya menolakku ke dalam fitting room.

dah siap pakai, WOWWW.

dengan time tu rambut jatuh ke bahu, muka tetiba putih disinari cahaya lampu, baju pula sangat glemer pada aku, terus tetiba rasa nak kahwin time tu. jangan tanya kenapa.

cuma, baju ni kurung moden. aku tak suka sebab ikut badan. tak biasa, segan. tengok reflection, boleh tahan juga aku. EH TAK, boleh tahan juga baju ni. tapi tulah, shapy.

mak aku suka, biasalah dia yang selalu excited pasal baju. dia cakap elok je, tak ketat pun. aku tanya akak tu, ada tak baju kurung biasa corak yang sama? dia kata takde.

tapi dia kata "akak tak tipu dik, cantik!"

akak buat saya blushing okeh. tapi later dia pergi ambik size 38.

pakai size 38. longgar, memang tak nampak apa pun haha. sopanlah sikit, takdelah kalau nak jalan depan orang pun segan. dah macam baju kurung biasa pun ada, tapi ai likeee.

memanglah size 36 lagi cantik sebab itu size aku, mulalah syaitan berbisik. eh takde setan bulan Ramadhan ni. yang kata camtu mesti diri aku sendiri, isk. aku melawan bisikan nafsu dengan berkata "takpe bila kahwin nanti aku pakai camtu, bagi laki aku je dapat tengok."

AMBOI GATAL BEBENOOOR BUDAK SEKOR NI YE.

bagaimanapun aktiviti camwhoring masih berjalan tanpa gangguan.

apa anda rasa? pada aku ni dah cukup UMMPH dah ni.

walaupun mungkin tak berseri di pagi raya (APA, BERSERI) sebab dah tunjuk baju ni kat blog, lantaklah. kot2 sesuatu yang tidak dikehendaki berlaku kat baju ni, at least ada bukti yang aku pernah ada baju raya vogue yang biasanya nak beli pun fikir dua tiga kali.

Raya oh, raya cepatlah menjelma!

update:



teheeee





Friday, August 13, 2010

Failure Goes Before Success. Heh.

My second monthly test was a disappointment.

let's see.

Biology, the hardest science paper i've ever taken. i still see Bio as Science, more than Physics and Chemistry. seriously, science is my thing man. during lower secondary years i've never had a B. this time, even getting a B will make me cry with gratefulness.

Physics, lucky enough my teacher told us to do some exercises in a book. but so stupid of me to not even bother to open it. i didnt know ALL THE FREAKING QUESTIONS ARE FROM THAT BLOODY BOOK! turned out its enough if i have just remembered the answer scheme.

Chemistry, dont get me started.

now what happened? the so called student who got the highest mark in those subjects cant even make it in a supposedly simple monthly test. seh tuh pid la me, haiyaa.

my mom is cool, she always is, i'm the one who's fretting even if i get an A-. i know teachers got way too many things to think, but i cant erase the assumption that they are disappointed in me. who am i? the classy nation's representative? hell no.

most of all, i think i'm worried about what people will say more than what i get. if the world is up to me, i couldn't care less. but the world is flooded with busybody people peeking their nose at other people's business, for instance at my grades.

which i honestly dislike. if they talk about what you do well, they WILL talk when you don't.

do you know how its like

being expected to get 100%? to get the highest mark? to be the best?

i feel like kicking their buttocks whenever my name is mentioned to KONONNYA be all that. what if i dont get as said? i'm not a robot, i'm merely a human being who sometimes want to let loose and be free!

its not that i'm ungrateful or anything. i just dont like that kind of attention. cos if i fall, people will know. cant people just mind their own grades and leave me alone with mine?

i know this ujian isnt going to end well for me.

where can i start to blame?

maybe my menstrual cycle. you know how you get easily tired, headache and cramps during that period right? at least we girls do. so that might be a contributing factor for my failure. i take a 30 minutes break (nap) every 30 minutes of studying.

maybe its just me. i know some people dont believe it, but trust me ujian kali ni will speak for how i study dulu dan sekarang.

I STUDIED A NIGHT BEFORE THE PAPER. GET IT?

you better. i've yelled at some idiots who dont believe it and expect i study every effing day and think i lie because i want to be called a 'genius'. WTH DUDE?

are you serious? how can you ever think of that?

whatever.

yes, i studied about six hours for any paper. i did it since forever, and i did it for the mid term exam. which alhamdulillah, my results are satisfying. maybe too good to be true till i dont deserve to get those grades anymore.

ujian 2 tu aku study 6 jam memang tak sempatlah. untuk mid term a day a subject, so six hours were spent for each subject. but ujian 2, a day 3 subjects. how could i study 3 subjects in 6 hours? well, obviously i couldn't, thats how my ujian 2 result is bad.

last year i didnt get any B. imagine if i fail a subject. get ready fellas, expect a flood anytime soon.

then suddenly, a wave of optimism hit me. hey, i should be thankful to god right?

for He's giving me the chance to realize my mistake. if i'm too comfortable with my results, i will never know how studying a night before the exam can be disastrous. i will get away every time and i will think i will still be lucky the next time. what if ujian 2 was final exam? SPM?

so in a way, it's a good thing. its better that i get the wake up call now than later. only i hope this time, it lasts forever. cukup2lah dengan hangat2 tahi ayam aku, isk.

there's always next time to improve :)



Saturday, August 7, 2010

Whatever Reunion Moments


Harini aku korbankan dari pagi sampai tengahari untuk budak cun, Syahirah Aisyah. the last time we met was two years ago, for she lives in Kelantan. states apart doesn't affect our friendship, somehow i think it becomes even stronger. kitorang ni boleh kata icon dalam hubungan jarak jauh laa, ehem.

minggu depan exam, semuanya susah belaka. tapi takpa, persahabatan itu lebih penting. mak aku pun kata "alah ujian je, biarlah dapat berapa pun". ma, if only i'm that laid back. minggu depan sila minum nescafe tiga baldi dan burn the midnight oil.

The Whatever Club, also known as WEC

the last time kitorang bersama macamni was hari terakhir darjah 6. bayangkan, after 4 years baru duduk semeja dengan lengkapnya. awkward jugak awal-awal. things have changed. aku, lagi banyak gelak dan makan dari bercakap, macam masa Nad cerita dia pergi jalan kaki dekat drive-through McD nak order, pastu kena halau. hahaha.

lama sikit, baru okay. still, how it was 4 years ago we can not relive right?

Kimi & Apek, BFF since age 7

mereka join sebab dulu kitorang sangat geng. dorang laki, dorang bukan WEC. dorang Nevermind. dorang ni comel kalau berdua. kalau berdua jela. ahah hah.

muka-muka yang havoc kan SKLK satu ketika dulu. mintak junior belikan makanan, halau budak dari meja kantin, kena gossip ngan macam-macam jenis laki, pergi toilet bawak Perapi Rambut Sunsilk, suka tak puas hati dengan wannabe junior, alah tipikal budak femes. haha perasan.

sekarang kalau topik SKLK timbul, tak kesahlah sape yang tukang gossipnya, nama kitorang mesti naik. gila bangga. sekarang aku nerd je kat sekolah, dulu star.

kitorang nak tangkap gambar ramai2, tapi taktau sape yang nak jadi potogerapernya. pade sorang mamat yang t-shirtnya tertulis 'Pluto', Ais gi lari kejar mamat tu panggil 'Pluto Pluto!'. memang dilayan, lawak habis lah. pastu aku panggil akak McD, 'Kak, er kak tolong tang. . .' dia tutup pintu McD. time tu kitorang kat luar. taknak tengok dah muka budak2 kecoh ni kot.

dari McD, kami ke Wangsa Walk. teksi sebelah ni ada Kimi & Apek. racing racing.

kami tengok the Sorcerer's Apperentice. okaylah jugak. lepas habis, kitorang just window shopping, jalan2 tanpa tujuan. masuk keluar kedai. lepak ah ni kira, jangan contohi.

gambar terakhir sebelum balik. Ais yang sepatutnya balik dengan aku, baik betul pergi balik dengan Auntie dia. itulah gunanya budak laki dua orang tu, as bodyguards. kalau tak terdesak, takdenye aku nak balik naik teksi sorang2 dikelilingi laki.

kalau dulu konfem selamba. tapi sekarang dah besar kan, segan pun ada. terima kasih ye korang. mak aku pun harapkan korang jaga anak kecilnya ini, ceh. yela kan kenal dari kecik, pernah datang beraya kat rumah dah pun. ingat lagi trip beraya darjah 6? rindu doh!

mungkin sebab aku dah warn kat dorang, jangan bagi aku hilang, tetiba dua2 jadi protective. menakutkan pulak, dah macam bapak orang. nak turun depan rumah aku lah, nasihat suruh berjalan baik2lah. agak seram bila dorang serious sebegini.

Apek pun teman berjalan sampai rumah. teringat time berjalan balik sekolah sama2 dulu, cerita pasal crush masing2. contoh perbualan 4 tahun lepas;

Aku : weh, kau dah kasi ke rantai tu kat Joyah?
Apek: dia tak ambik. dia buang dalam tong sampah.
Aku : adoi sedihnya. eh, cuba kau tengok belakang. Meon ikut aku tak?
Apek : ada, Meon usha hot.
Aku : jom sembang mesra2 bagi dia jeles.

haha, sungguh comel dan tak matang. tapi perbualan kitorang tadi;

Aku : Aku boleh jalan sendiri! takyah teman!
Apek: Jatuhlah maruah aku kalau biar kau jalan sorang2.
Aku : Jatuhlah maruah kau jalan ngan pompuan.
Apek: daripada biar kau kena rogol?
Aku : WOI! bahasa!

erk, yelah. jalan ngan kau pun takpelah asal selamat.

ini dibeli tadi, sorang satu. tapi laki punye kaler putih. aku tak nampak kau pakai kang, siap kau Kimi! dahlah Kimi yang bayar, thank you thank you. haish kan comel kalau semua orang tangkap gambar pegang benda ni tadi.


Friends from SKLK are the best first loves :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails