asalnya mereka order plague aku satu untuk 8A, satu untuk subject semua himpun sekali (masa rehersal aku guna Kak Nurlin punya, penuh ruang tulis matapelajaran terbaik, ada 6 babe). tapi tiba-tiba ada penyelamat misteri kata aku yg highest BM, jadi mereka pun order lagi satu untuk aku, untuk BM sahaja. maksudnya, aku ada 3 lah plague tu. hip hip hooray.
tapi ada isu yg belum terhurai. satu subjek ni, cikgu kelas sebelah yang tanda kertas tetiba jadi strict from soft, so budak kelas sebelah sorang dua je dapat A. jadi kalau betulla logik aku ni, kelas aku yg dapat highest masa trial untuk subject tu. aku tau sebab aku yang kirakan markah semua orang. dan sebab aku ingat lagi camna aku excited kira kertas sendiri dapat highest.
lagi satu subject pulak, aku takda salah, tapi cikgu kata subject tu tak boleh dapat 100%, jadi satu markah aku ditolak saje-saje je. mungkin budak yang dapat anugerah tu cikgu kasi 100%.
tau kenapa aku ingat semua ni? sebab aku keep track on setiap exam. sapa dapat apa highest, sapa dapat berapa A. tapi taktaula kot-kot otak aku dah mereng, data semuanya dah tak betul.
dalam doa pembuka majlis tadi, ada "jadikanlah penerima anugerah pada hari ini golongan yang bersyukur". cuma keadaannya sekarang, aku dahlah stay, jadi apalah salahnya kalau bagi fair and square sikit? aku tak pindah, aku bolot semua hadiah. kan?
kalau aku ni Rachel dalam Glee, memang aku redah je pejabat pengetua terus tanya semua. tapi aku bukan Rachel dalam Glee, aku ni aku je dalam alam realiti.
jap, ini selingan ya. ramai senior dapat matriks, bagusnya korang, bangga juniormu ini. Kak Nurlin pun. dapat matriks. je. sorry, aku bukan underestimate Kak Nurlin, ish takkanlah aku nak underestimate idola aku kot (sila bangga). cuma, Kak Nurlin weh, Kak Nurlin yang Kak Nurlin tu, tak dapat lagi offer untuk fly or at least masuk UM macamtu. result tak keluar lagi kot. tapi susah nak percaya Kak Nurlin yang Kak Nurlin tu terpaksa tunggu dekat matriks.
aku ni pulak, yang aku hanyalah aku, aku yang aku ni, berangan bagai nak rak. konon nak fly merata-rata pas SPM, macam Uda. Uda taktau result lagi dah selamat dok US. hish. kalau Kak Nurlin pun kena tunggu dekat sini, ini kan pulak aku. aku mungkin nak terlalu banyak, tapi tu memang aku.
aku macam Rachel dalam Glee. cuma mudahnya kalau Glee tu aku punya realiti.
okay, selingan tamat.

tak seperti yang aku impikanlah harini. aku impikan terpandang senyuman itu, memancar-mancar sinar mata, bahagia berputik di jiwa. tapi tak jadi satu hapa pun. buat penat aku tunggu detik ni selama tiga minggu. orang bukan nak dengar cerita aku, aku dengar cerita diorang. aku duduk tepi je. aku message Aisyah, bff selamanya yang sentiasa mendengar. aku buat kerja sendiri, nak dengar perbualan, aku diluar perimeter dorang. tapi takpa, aku sabar.
dahlah semua balik cepat tadi. takda pun gambar beramai-ramai 3C1. mungkin takda sapa jakun dengan budak sekolah Lembah. buat penat aku charge bateri fon satu hari satu malam. ingat nak havoc photoshoot. takde pun menegur ex-classmate lelaki. perangai dulu masih wujud, ignorance. takde pun balik lambat untuk berbual. berbual pasal kenangan terindah, bukannya pasal benda yang aku muak dengar.
baru berapa bulan, baru berapa bulan.
Ya Allah. untuk Majlis Anugerah Cemerlang dua tahun depan, bagila kehadiranku diiringi dengan kompang rebana bagai, kalau boleh siap dihujani kelopak bunga ros lagi. bagi aku dapat hadiah besar tu, bagiiiii siniiiiiiiiiii. Amin.
P/S yang PANJANG; aku jadi MC perhimpunan minggu depan. khairi yang bestari telah memilih aku, aku of all people. padahal cikgu dah pilih AIJUGHEEN. tapi khari pilih aku. boleh pengsan depan tu. kalau akak menerima kemaluan besar isnin ni, memang kau kena khari. kau kenaaa.
