FINAL SEM 1 (bahasa mrsm) or MID YEAR EXAM (bahasa gov) or EARLY TORTURE (bahasa aku).
Persoalan; boleh tak aku jangan buat kesalahan cuai dalam setiap kertas periksa?
Hipotesis; aku memang tak boleh nak dapat PERFECT untuk ape ape pon sebab aku cuai (berbalik kepada persoalan).
Nilai murni; kepekaan dan bukan kebodohan dan kelalaian.
Isi penting; aku boleh terima kalau aku salah benda yang memang patut atas dasar aku taktau, bukannya salah yang aku MEMANG tahu tapi tiba2 jadi taktahu depan kertas periksa.
Evidence (at least 3, 5 as backups);
1. Matematik.
a) macamane aku boleh tak nampak mane satu object mane satu image padahal aku dah circle dah image? Budus. Mungkin otak aku ingat circle dekat image tu bermaksud ‘o’, yang mane o=object. Make salahlah translation aku.
b) ade satu soalan yang aku jenuh memerah keringat berjerih payah mengira hingga la ke akhir masa. Aku taktau kenapa, soalan tu nampak senang dan aku sure sangat senang sebenarnya, tapi aku dah kire berpuluh kali sampai satu kertas conteng aku diconteng semata mata untuk soalan tu pon aku masih tak boleh jawab. Tu subjektif. Lepas masa tamat, aku tanye budak len.
Bodohnya, soalah tu jalan kire die tolak lepastu bahagi je, aku smpai buat linear equation segala. Aku rase mcm dah betol dah jalan kire tu. Cume jawapan la pulak ade perpuluhan. Mane mungkin jawapan untuk unit manusia ade perpuluhan?
Lepas dah dapat markah semua, tcer tanye camne aku boleh salah. Aku pon terangkan “that’s all beyond me” type of answer. Pastu tcer cakap “ade benda kacau kamu la tu time kamu jawab soalan ni”. Huh. Better be. nak kacau pon kacau la. Daripada aku bangang sia-sia semata.
c) this is lawak of the year. Adela soalan tersebut lebih kurang begini;
4q + q – 3
Aku jawab =
4q + 6.
When tcer was pointing that out, even myself blur dan terkedu, ‘wadde?’
Lepastu tcer gelak dan cakap “kamu keliru dengan tulisan sendiri!”
Hah? Lawak. Macamanela boleh aku nampak q tu mcm 9?
Hoi engkau tulis, engkau pulak salah tafsir? Kalau orang laen nak tak faham tulisan kau tu takpe la jugak. Sape suruh tulisan tu adorable sangat --’
2. Bahasa Melayu
a) betul2 sebelum periksa bermula, ade seorang sahabat tanye aku
“amalina, ‘saya akan buat’ ke ‘akan saya buat’?”
Aku menjawab
“‘akan saya buat’ sebab between kata nama ngn kata kerja takleh ade pape.”
Lepastu ade soalan lebih kurang mcm ni;
Arahan; kalau perkataan bergaris salah pandai2 la kau cari mane yg betul dengan menanda a, b atau c. jikalau tak salah pulak, sila tanda d. kalau taktau, sila buat dadu atau ikut kata hati.
Blablablabla mereka akan lakukan blablablablablabla.
a. oleh mereka akan dilakukan
b. akan dilakukan oleh mereka
c. akan mereka lakukan
d. mereka akan lakukan
aku dengan konfiden bermonolog dalaman “hah! Naseb baek sang sahabat tanye aku tadi. Die pon mesti gumbira die tau jawapannya. Hah hah hah~”
Maka aku pon tandakan jawapan c.
C.
C.
C. . . .
Boleh tak kau stop jadi cuai dan tolongla bukak mata besar-besar! Yang ‘mereka’ tu kata ganti diri ketiga bukan pertama mcm ‘kami’ la pandai!
Lepas aku tengok kertas kawan terus aku sedar kesalahan aku dan melompat2 kekecewaan tanpa perlukan penjelasan. Sebab aku memang tau aku rase. Cume bang… Eh, tak. em. Cume tak peka je.
3. Geografi
Salah mengira skala yang memang dulu pon aku dah salah, sekarang pon nak salah lagi. Kesalahan cuai dan kesalahan lama memang sahabat kamceng aku.
(aku berniat nak putuskan persahabatan dengan segera.)
Begitulah kesalahan cuai aku. Tu yang cuai, yang memang betul2 keliru dan curiga tak tau lagi tu. Hadoi.
Tuntasnya; aku tak boleh dapat 8a sebab khb bagai telur di hujung tanguk dan bi dah SAH SAH tak a memandangkan aku tak pernah dapat 80 ke atas kerana tcer pat kesayangan memilih untuk bagi markah rendah2 untuk student beliau (atau memang aku yang tak layak).
Mase aku kat mrsm bi aku bolehla tahan dan memuaskan, tp lepas aku balik sekolah sini balik, markah aku terus 75-80 je. Tcer pat lagi brutal drpd ckgu2 mrsm yang pada dasarnya memang suke bagi markah orang rendah2. memang la bagus supaya standard kitorg nanti bagus time pmr, tapi masalahnya kelas laen tcer2 laen yg tanda semua markah 80 ke atas. Ini tidak adil.
Malah aku tengok ade seorang kawan punye kertas literature bapak pendek, essay pon salah grammar tidak kurang hebatnya, tapi die dapat markah berganda tinggi daripada aku yang berpeluh2 berusaha fikir peribahasa2 english yang menarik untuk essay 30 markah tu. Bukanla aku nak angkat bakul sendiri tapi at least give me some credit la, jgn la kasi 79 je padahal kawan sorg tu melambung2 dapat 87.
Walaupun ini mungkin memberi impak yang bagus ketika pmr, tetapi semestinya perkara ini memberi perspektif yang buruk mengenai kelas 3 Cemerlang (1). Macam semua teruk sangat je. Asek2 budak kelas laen nak dapat highest pastu beriak takbur. Padahal kami ade syafiqah yang memang hebat English dan layak mendapat best student in the mentioned subject.
Ya aku memang seorang yang competitive.
Kesian muka aku yang ditampal kat board biru laluan ke kantin, Lepas ni akan ditanggalkan dan direnyuk dan dibuang ke dalam tong sampah. Sungguh hina.
UPDATE: Alhamdulillah dapat 8 :) TQ so much Oh Allah.
____________________________________________
lately i have been feeling kinda inferior, hating my circumstances and the changing compared to how i used to be, who i was and how i am, who i am.
this time the inner struggle isnt about any big serious things like i used to face, this time it is just a small tiny nothing little thing, which causes BIG heartache.
inferiority.